Baru-baru ini Niena Azmann, isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody, memuatnaik sebuah foto dengan kapsyen tentang tahap kesihatannya selepas melahirkan si comel Adithya Jabbar. Di dalam postingnya itu, Niena memberitahu yang dia sudah pulih sepenuhnya.
Dia juga memberitahu ketika melahirkan anaknya, dia melahirkan secara normal tanpa sebarang epidural. Jahitan juga sembuh dalam masa dua minggu. Niena melahirkan rasa syukurnya kerana diberikan kemudahan dan sembuh cepat selepas bersalin. Niena turut memberitahu yang dia memberikan susu badan kepada anaknya dan semuanya baik-baik sahaja.
Ramai yang bertanyakan kepada Niena tentang hal ini, tetapi menurutnya kesihatan perlulah dijaga sejak dari mengandung lagi. Banyakkan berjalan dan melakukan senaman juga antara amalan yang membantu semasa dan selepas melahirkan. Apa pun menurut Niena, periksalah kudrat dan kondisi masing-masing.
Ads
Kagum betul penulis dengan semangat Niena. Biarpun baharu sahaja bergelar ibu, itu tidak menjadi penghalang untuk dirinya kembali aktif dalam sukan futsal. Tahniah, Niena!
Kurang tempoh lapan hari, dana RM9 juta yang diperlukan Reese Tan Rui Xin, 17 bulan, yang menghidap penyakit genetik, Atrofi Otot Spina (SMA) berjaya dikumpul.
Reese memerlukan suntikan ubat jenis Zolgensma dari Amerika Syarikat (AS) yang bernilai RM9 juta.
Ibu bapanya, Rachele Chung, 38 dan Jason Tan, 47 sebelum ini buntu mencari dana memandangkan harga ubat mahal namun tidak berputus asa demi kesihatan anak bongsu mereka.
Rachele berkata, mereka terhutang budi dengan keprihatinan semua pihak yang sanggup menderma sehingga berjaya mengutip RM9 juta dalam tempoh masa yang singkat.
“Anak saya perlu mendapat suntikan Zolgensma sebelum dia mencapai usia dua tahun.
“Ini adalah kerana jika melangkaui usia dua tahun, ubat ini tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada anak saya.
“Disebabkan itu, saya dan suami buntu mencari alternatif mengumpul dana sehingga kempen ini dilancarkan One Hope Charity and Welfare, sekali gus membei kesedaran kepada khalayak ramai berhubung penyakit SMA ini,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya dalam proses untuk mendapatkan ubat Zolgensma berkenaan sebaik jumlah kutipan berjaya diperoleh.
“Kita kini bersaing dengan masa untuk merawat si kecil ini yang mana kesihatan dan nyawanya menjadi keutamaan.
“Pasa masa sama, kita akan memantau perkembangan rawatan kanak-kanak ini secara rapat dan akan maklumkannya menerusi laman media sosial dan sesawang One Hope Charity dari semasa ke semasa,” katanya.
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari (jika boleh), anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri. Impaknya mungkin tidak nampak terus, tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagialah anda dan si dia.
Tidak susah, ambil wuduk dan kemudian bentanglah sejadah. Solatlah dengan penuh kusyuk dan kesungguhan, kemudian panjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi perkahwinan anda.
Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ambillah dua waktu terbaik ini, maghrib dan isyak. Secara zahir tidak terlihat manfaatnya tetapi percayalah ia akan tersemat dalam jiwa kalian berdua. Suami isteri yang mengamalkan soalt berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni.
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri.
Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Menjadi seorang ibu bukanlah kerja yang mudah. Menguruskan keluarga, menyediakan segela keperluan suami dan anak-anak sememangnya meletihkan. Sesekali perlu juga recharge tenaga, dapat rehat sekejap pun dah puas hati.
Dapat suami yang sentiasa bertolak ansur dan memahami, memang beruntung. Isteri diberi ruang untuk berehat dan segala kerja rumah diambil alih bagi meringankan beban isteri.
Badminton Tetap Onz, Main Sambil Dukung Anak
Menerusi sebiah video yang dikongsikan oleh qilahbenny, kelihatan seorang lelaki sedang bermain badminton.
Main badminton itu perkara biasa tetapi yang mencuri perhatian adalah lelaki tersebut yang dengan selamba ‘libas’ raket sambil sebelah tangan mendukung anaknya.
Ramai Kongsi Buat Benda Sama
Menerusi ruangan komen dapat dilihat banyak komen yang berkongsi pengalaman mereka melakukan hal yang sama. Ketika suami keluar bermain badminton dan sebagainya, si isteri meminta mereka membawa anak-anak bersama.
Pada ketika itulah para isteri dapat berehat sebentar atau melunaskan mana-mana kerja yang belum selesai.
Antara komen yang ada;
Baguslah kalau ada sikap tolenransi begini, kedua-dua suami dan isteri dapat melakukan apa yng mereka mahu sambil bergilir-gilir menjaga anak. Para suami yang memahami keperluan isteri untuk ada ‘me-time’ sememangnya sangat sweet dan tidak mahu membebankan isteri mereka. Syabas untuk anda!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...