Ads

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

Ibu ayah mana yang tidak risau apabila anak yang dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu berdepan dengan situasi buli di sekolah yang boleh mengancam keselamatan fizikal dan emosinya.

Jauh di sudut hati, setiap ibu ayah ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak. Bukan sekadar pendidikan berkualiti, malah persekitaran yang selamat dan membolehkan anak membesar dengan penuh kegembiraan tanpa rasa takut.

Namun, bukan semua perkara yang berlaku di sekolah berada dalam pengetahuan ibu ayah. Ada kalanya, di sebalik senyuman anak ketika pulang dari sekolah, tersimpan kisah yang meruntun hati apabila diluahkan.

Demikian perkongsian pelakon Wawa Zainal yang mendedahkan anak lelakinya pernah menjadi mangsa buli rakan sekolah.

Menerusi luahannya di Threads, Wawa berkongsi kebimbangan sebagai seorang ibu selepas anaknya beberapa kali mengadu mengenai perlakuan rakan sekelas terhadap dirinya.

Perkongsian tersebut turut meraih perhatian wargamaya, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang memahami betapa beratnya perasaan apabila mengetahui anak berdepan dengan situasi sedemikian.

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Buli Di Sekolah, Pada Mulanya Disangka Gurauan Sesama Kawan

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

Menurut Wawa, sebelum ini anaknya pernah bercerita bahawa dia ditumbuk dan dipulas tangan oleh rakan sekelas. Perkara tersebut turut dikongsikan kepada suaminya, namun pada ketika itu ia dianggap sebagai gurauan biasa dalam kalangan kanak-kanak lelaki.

Suaminya berpandangan bahawa anak juga perlu belajar berdepan dengan cabaran kehidupan dan tidak terlalu dimanjakan kerana dunia di luar sana lebih mencabar.

“Sblm ni anak I pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk, pulas tangan dia.

“Then I cerita balik dekat ayah dia. Tapi ayah dia respon waktu tu, ‘Ala biasa la yang budak2 laki gurau2 tu. Lagipun biar la dia (anak i) hadap sebab dunia ni keras.’”

“Kalau manja kn sgt nanti mcm2 lagi nanti dia kena hadap in future. As long as dia tak de rasa sakit ke lebam ke luka then mgkin tu gurauan kawan kawan-kawan”

“Tapi hari ni, bila anak I cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat i rasa i da tak boleh diam!”

Bagaimanapun, apabila anaknya sekali lagi mengadu dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, Wawa merasakan sudah tiba masanya untuk dia tidak lagi berdiam diri.

Ads

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

“Tp hari ni, bila anak I cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat i rasa i da tak boleh diam!”

Sebagai seorang ibu, tentunya timbul pelbagai persoalan dan kebimbangan mengenai apa yang dilalui oleh anak sepanjang berada di sekolah.

Sekolah Swasta Juga Tidak Terkecuali

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

Dalam pada itu, perkongsian Wawa turut mengundang pelbagai reaksi apabila ada yang seakan tidak percaya perkara sedemikian boleh berlaku memandangkan anaknya bersekolah di sekolah swasta.

Bagaimanapun, Wawa menjelaskan bahawa kejadian buli tetap boleh berlaku meskipun anak bersekolah di sekolah swasta.

Hakikatnya, memilih sekolah yang terbaik merupakan antara usaha ibu ayah dalam memastikan anak mendapat pendidikan berkualiti. Namun, status sesebuah sekolah bukanlah jaminan mutlak bahawa anak-anak akan terhindar daripada perbuatan buli.

Isu buli di sekolah boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira latar belakang keluarga, kedudukan sosial mahupun jenis institusi pendidikan.

Wargamaya Beri Nasihat, Turut Luah Kebimbangan

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

Ads

Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan wargamaya yang memberikan nasihat kepada Wawa, selain turut meluahkan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak di sekolah.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman ahli keluarga sendiri berdepan dengan situasi buli sehingga ibu bapa terpaksa mengambil tindakan dengan berjumpa pihak pentadbiran sekolah.

“Budak2 skrg boleh tahan juga…anak fruit saya pn kene buli jugak di sekolah rendah…report kt guru kelas tak jadi…last2 mak ayah nye dtg skolah terus masuk bilik guru besar…sbb smpai budak tu ckp prkataan b*n*h dkt ank fruit saya…itu yg kene report terus…sbb budak skrg risau tau…hmmm..”

Perkongsian tersebut menggambarkan kebimbangan ibu bapa terhadap isu buli di sekolah yang tidak seharusnya dipandang ringan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan dan kesejahteraan emosi anak-anak.

Mendidik Anak Menjadi Kuat Bukan Bermakna Membiarkan Mereka Disakiti

Tidak salah untuk ibu ayah mendidik anak supaya menjadi seorang yang berdikari, berani dan mempunyai ketahanan emosi. Namun, ada perbezaan antara mengajar anak menghadapi cabaran kehidupan dengan membiarkan mereka menerima perlakuan yang menyakitkan.

Ketiadaan kesan lebam atau luka bukan bermakna sesuatu perbuatan itu boleh dianggap sebagai gurauan semata-mata. Luka pada emosi anak mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun kesannya boleh berpanjangan.

Apabila anak datang mengadu, dengarlah terlebih dahulu. Jangan terlalu cepat menganggap mereka manja, lemah atau tidak pandai membawa diri.

Dalam menangani isu buli di sekolah, ibu ayah juga perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak. Ada kalanya, anak mungkin menjadi lebih pendiam, hilang semangat untuk ke sekolah atau mula menunjukkan perubahan emosi yang tidak seperti kebiasaannya.

Ads

Walaupun perubahan ini tidak semestinya berpunca daripada perbuatan buli, tidak salah untuk ibu ayah bertanya dan memberikan ruang kepada anak untuk meluahkan perasaan mereka.

Ambil serius setiap aduan anak, dapatkan penjelasan dan berbincanglah dengan pihak sekolah bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.

Artikel Trending: STR 2027: Bantuan Hingga RM150 Sebulan, Keluarga Anda Layak Terima Berapa? Ini Syarat & Tarikh Penting Permohonan

Artikel Trending: KKM Dedah Penyakit Berkaitan Jerebu Meningkat, Amaran Bahaya Untuk Kanak-Kanak & Warga Emas

Artikel Trending: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Melindungi anak bukan bermakna memanjakan mereka. Sebaliknya, kita sedang mengajar anak bahawa mereka berhak dihormati, berhak bersuara dan berhak berasa selamat.

Benar, dunia ini mungkin keras dan penuh dengan cabaran. Namun, anak tidak sepatutnya disakiti semata-mata untuk belajar menjadi kuat.

Biarlah dalam menghadapi kerasnya dunia, anak tahu bahawa mereka masih mempunyai ibu dan ayah yang sedia mendengar, memahami serta melindungi mereka.

Dalam usaha menangani buli di sekolah, sokongan ibu ayah amat penting agar anak tidak berasa keseorangan ketika berdepan dengan situasi yang menyakitkan.

Setiap kali anak memilih untuk bercerita, hargailah kepercayaan itu. Jangan sampai suatu hari nanti, anak memilih untuk memendam kerana merasakan tiada siapa yang mahu mendengar.

Sumber: Threads Wawa Zainal

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

KPM Teliti Cadangan Anak 3 Tahun Masuk Tadika, Cetus Pelbagai Reaksi Ibu Ayah!

KPM Teliti Cadangan Anak 3 Tahun Masuk Tadika, Cetus Pelbagai Reaksi...

Baru usia tiga tahun, ada anak yang masih memakai lampin, belum petah bercakap dan masih menangis apabila berpisah dengan ibu ayah. Namun, bagaimana pula...