Mendidik anak menjadi seorang yang pintar dan cerdas adalah impian setiap ibu bapa. Namun, di zaman serba moden ini, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Pelbagai cabaran perlu dihadapi, termasuklah pengaruh persekitaran yang semakin mencabar.
Dengan teknologi dan internet yang mudah diakses, kanak-kanak kini lebih cepat terdedah kepada dunia maya berbanding generasi terdahulu.
Ini membuatkan ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam memantau perkembangan anak-anak, terutama dari segi kesihatan mental dan kemampuan kognitif mereka.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kelemahan memori anak-anak, namun ramai ibu bapa tidak menyedari kesannya sehingga terlambat.
Pendedahan berlebihan kepada permainan video, penggunaan media sosial yang tidak terkawal, dan gaya hidup yang kurang aktif boleh mengganggu perkembangan otak anak, sekali gus mempengaruhi prestasi mereka di sekolah dan kehidupan seharian.
Di samping itu, tabiat seperti tidur tidak mencukupi atau tonton TV secara berlebihan turut menjadi faktor yang perlu diberi perhatian.
Bagi ibu bapa yang mahu memahami dengan lebih mendalam mengenai punca memori anak-anak lemah, anda boleh ikuti perkongsian dari Coach Parenting, Mohd Fhais Salim, yang sering membincangkan topik ini di Instagram miliknya.
Ads
Dalam perkongsian beliau, banyak tip berguna yang boleh dijadikan panduan untuk membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan mereka dan memastikan mereka berkembang dengan sihat, baik dari segi fizikal mahupun mental.
Mari kita ikuti nasihat beliau untuk lebih faham bagaimana kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan penting dalam perkembangan anak-anak.
1. Main Game
Tak salah nak main game, tapi jangan berlebihan. Game boleh jadi punca gangguan, belajar pun tak fokus apabila terlalu asyik bermain game.
Ads
2. Tidur Pastikan tidur tepat pada waktunya. Jika tidur lambat, ia akan mengganggu kualiti tidur. Perkembangan otak paling banyak berlaku ketika tidur.
3. Kurang Aktiviti Luar
Jangan lupa buat aktiviti luar seperti melompat, berlari, dan menikmati alam sekitar. Ini sangat penting untuk perkembangan otak anak. Kalau terlalu terperap di rumah, kecergasan mental tidak akan berkembang dengan baik.
Ads
4. Terlalu Asyik dengan Media Sosial Anak-anak di bawah 18 tahun, terutama yang masih bersekolah, tak sepatutnya terlibat dengan media sosial secara berlebihan. Media sosial boleh jadi punca stres dan ketagihan dopamine, yang tak elok untuk perkembangan mental.
5. Tonton TV Berlebihan Pantau masa anak-anak tengok TV. Jika dibiarkan berlebihan, ia boleh melemahkan memori mereka.
Dia juga berharap para ibu bapa mengambil serius mengenai lima perkara ini untuk kebaikan anak-anak.
Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
“Wei kau makan apa untuk rehat?” “Aku makan caviar.”
Inspirasi Untuk Mak Ayah Lain
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidur yang cukup amat penting untuk perkembangan bayi. Namun, ramai ibu bapa mendapati bahawa corak tidur bayi boleh berubah-ubah, kadang-kadang tanpa sebarang sebab yang jelas. Salah satu cabaran utama ialah ‘sleep regression’, iaitu fasa di mana bayi yang sebelum ini tidur lena mula kerap terjaga atau susah tidur.
Corak Tidur Bayi Mengikut Peringkat Umur
0-3 Bulan: Bayi tidur sehingga 14–17 jam sehari, dalam tempoh singkat (2–4 jam) sepanjang siang dan malam. Tidur mereka belum mengikut kitaran siang-malam.
4-6 Bulan: Bayi mula mempunyai corak tidur yang lebih teratur. Kebanyakan mula tidur lebih lama pada waktu malam, walaupun masih bangun untuk menyusu.
6-12 Bulan: Bayi tidur sekitar 12–15 jam sehari, termasuk dua tidur siang. Pada usia ini, bayi boleh mula belajar tidur sendiri (self-soothing).
1 Tahun ke Atas: Tidur malam menjadi lebih konsisten, namun satu tidur siang masih diperlukan. Masalah tidur kadang-kadang berkait dengan tumbuh gigi atau kebimbangan perpisahan (separation anxiety).
Apa Itu ‘Sleep Regression’?
‘Sleep regression’ merujuk kepada perubahan mendadak dalam corak tidur bayi yang biasanya berlaku pada umur tertentu seperti 4 bulan, 8–10 bulan dan 18 bulan. Antara tanda-tandanya:
Bayi yang biasa tidur lena tiba-tiba sering terjaga.
Bayi mengambil masa lebih lama untuk tidur.
Bayi menjadi lebih cerewet atau mudah meragam.
Faktor yang mencetuskan ‘sleep regression’ termasuk perkembangan fizikal dan mental, pertumbuhan gigi, perubahan rutin, atau kebimbangan berpisah dengan ibu bapa.
Tips Elakkan atau Kurangkan ‘Sleep Regression’
Wujudkan Rutin Tidur Yang Konsisten Mandikan bayi, baca buku atau nyanyikan lagu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Ini membantu bayi mengenal waktu tidur.
Pastikan Persekitaran Tidur Selesa Gelapkan bilik, pastikan suhu sesuai, dan elakkan gangguan bunyi. Bunyi putih (white noise) juga boleh membantu sesetengah bayi.
Kenali Tanda Mengantuk Perhatikan tanda-tanda bayi mengantuk seperti menggosok mata, menguap atau menjadi lebih senyap. Tidurkan bayi sebelum mereka terlalu penat.
Latih Bayi Tidur Sendiri Letakkan bayi dalam katil semasa masih mengantuk tetapi belum tidur sepenuhnya. Ini membantu mereka belajar menenangkan diri untuk tidur sendiri.
Kekal Tenang Semasa Fasa Sukar Fasa ‘sleep regression’ biasanya bersifat sementara. Cuba kekalkan rutin dan beri sokongan emosi tanpa menukar pendekatan setiap kali.
Corak tidur bayi memang berubah seiring perkembangan mereka. Walaupun ‘sleep regression’ boleh mencabar, dengan pemahaman dan strategi yang betul, ibu bapa boleh membantu bayi kembali ke rutin tidur yang sihat. Kesabaran, konsistensi dan sokongan emosi adalah kunci utama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.
Suami Isteri Terkejut Duit Raya Anak Cecah Lebih RM2000
Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Nurul Aina di Facebook, dia dan suaminya hanya menyedari jumlah itu setelah mengira kembali semua sampul duit raya yang diterima oleh anak mereka. Proses mengira itu dilakukan selepas mereka pulang dari beraya selama seminggu di kampung serta menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan.
“Saya betul-betul tak jangka. Setiap kali anak terima duit raya, kami cuma simpan dalam satu beg khas tanpa ambil tahu berapa jumlah keseluruhannya.
“BILA DAH BALIK KE RUMAH DAN MULA MENGIRA, KAMI TERKEJUT BESAR BILA JUMLAHNYA CAPAI RM2,075,” UJARNYA.
Menurut Aina lagi, mereka merancang untuk menyimpan kesemua wang tersebut ke dalam akaun Tabung Haji yang akan didaftarkan atas nama anak mereka.
“Duit itu memang milik anak, jadi kami akan pastikan ianya digunakan untuk masa depan dia. Insya-Allah, kami bercadang nak buka akaun Tabung Haji supaya setiap kali raya, simpanan dapat ditambah,” katanya lagi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.