Pelakon dan pengacara popular Neelofa mendedahkan anak kepada sepupunya yang berusia enam bulan disahkan positif jangkitan Covid-19.
Neelofa menerusi Instagram Story berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Noor Sameera Mohd Nazlee.
“Kalau ada yang nak tolong doakan, selalu berdoa, doakan sekali anak kepada sepupu saya @missnoorcahaya. Allahuakbar, tak tahu macam mana sebenarnya perasaan seorang ibu apabila mendapat berita seperti ini,” tulisnya di Instagram Story sambil berkongsi paparan mesej dalam kumpulan WhatsApp keluarganya.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram sepupunya, Noor Cahaya turut berkongsi keadaan terkini anaknya yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.
Ads
“Terima kasih semua untuk doa dan kasih sayang. Ya, benar apa yang kalian dengar mengenai baby Sameera positif Covid-19.
“Apa yang saya harapkan tolong sentiasa doakan saya,” tulisnya.
Dalam perkongsian ibu Sameera itu, dia menyatakan Sameera adalah bayi paling muda POSITIF COVID-19 di Brunei. Sebelum ini tiada gejala demam atau batuk dan seorang bayi yang sihat.
Namun malangnya Sameera mendapat jangkitan ini dari salah seorang ahli keluarga mertua yang baru pulang dari luar negara.
Ads
Tolonglah bagi sesiapa yang baru pulang dari luar negara sila kuarantin dulu diri anda dan buat ujian kesihatan. Kita tidak tahu yang kita ada gejala tersebut tetapi boleh menjadi pembawa dan menyebarkan pula pada orang lain.
Apabila si manja mula sakit nak tumbuhgigi, memang tak tenang hati mama. Kadang-kadang mama buntu apa perlu dilakukan untuk membuatkan si manja lega dari kesakitan tersebut.
Adakalanya bayi tak dapat tidur dengan lena disebabkan terlampau sakit di bahagian gusi. Merenggeklah dia seharian kerana tak cukup rehat ditambah pula sakit gusi. Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic berkongsi do’s and don’ts untuk mama papa yang mempunyai masalah ini. Ikuti perkongsian beliau.
Bayi Tumbuh Gigi 🦷 -Tidak Semestinya Perlu Ubat 💊
Ada pesakit saya yang pernah minta ubat siap-siap apabila bayinya berumur 5 bulan, kerana khuatiri bayinya akan sakit apabila tumbuh gigi nanti. Adakah ubat itu perlu sebenarnya? 🤔
Menurut American Academy of Paediatrics (AAP), lebih baik sekiranya menggunakan cara-cara lain apabila bayi tumbuh gigi bagi mengurangkan kesakitannya. Penggunakan ubat sapu adalah tidak digalakkan.
✅ Mengurut di bahagian gusi dengan jari yang bersih atau guna kain kasa ataupun ‘gauze’ yang basah
✅ Memberi makanan berkhasiat yang telah disejukkan di dalam peti ais untuk digigit. Contohnya seperti pisang 🍌 ataupun timun 🥒. Boleh juga beri yogurt atau puree sejuk.
✅ Memberi ‘teether’ atau ‘teething ring’ yang telah disejukkan di dalam peti ais. Gunalah ‘teether’ yang diperbuat daripada silikon atau getah.
✅ Memberi kain bersih atau tuala kecil yang telah disejukkan dalam peti ais untuk digigit.
✅ Memberi air sejuk dengan menggunakan cawan.
📌 Teknik-teknik ini juga boleh diaplikasikan sebelum menyusu sekiranya bagi gemar menggigit apabila menyusu badan.
Sekiranya anak masih dalam kesakitan, bolehlah diberi ubat penahan sakit seperti Paracetamol mengikut dos yang ditetapkan.
ELAKKAN:
❌ ‘Teether’ yang dimasukkan ke dalam freezer kerana ia boleh mencederakan gusi apabila ia terlalu sejuk ❄️.
❌ ‘Teether’ yang mengandungi air di dalam, dikhuatiri ia akan bocor apabila digigit dengan kuat 💦.
❌ Memberi permainan yang diperbuat daripada plastik kerana dikhuatiri ia boleh patah apabila digigit.
❌ ‘Teething jewelery’ 📿 seperti rantai, rantai tangan yang dikatakan boleh mengurangkan kesakitan tumbuh gigi apabila bayi menggigitnya. Ia kebiasaannya diperbuat daripada kayu, marmar atau silikon. Bayi boleh mendapat risiko tersedak, tercekik atau trauma pada bahagian mulut atau gusi.
❌ Ubat yang mengandungi Benzocaine tidak diluluskan oleh FDA kerana ia boleh menyebabkan Methemoglobinemia iaitu satu kondisi yang boleh menurunkan paras oksigen yang dibawa di dalam darah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak alami cirit birit dan muntah-muntah berpanjangan, jangan dibiarkan sahaja sebaiknya perlu periksa keadaan anak. Bimbang anak terkena jangkitan Rotavirus tanpa mama sedar. Banyak bahayanya malah mengundang nyawa anak lebih-lebih lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Mama kena sentiasa pantau keadaan anak.
Perkongsian ibu ini, Puan Siti Baizura ini mama boleh jadikan panduan buat anak-anak kita. Cuba kenal pasti samada anak kita dijangkiti Rotavirus atau tidak. Penting bagi kita.
MENJAGA ANAK KENA JANGKITAN ROTAVIRUS
Minggu lepas ketiga-tiga anak saya kena jangkitan rotavirus, teruk sangat sampai diorang kena kuarantin. Kena pastikan sentiasa cukup air dan persekitaran kena sentiasa dinyah kuman.
Korang tahu tak level bahaya penyakit Rotavirus ini pada bayi dan anak-anak? Korang rasa berjangkit kepada orang dewasa tak?
Penyakit rotavirus ni kebiasaan ada kaitan dengan persekitaran atau pengendalian makanan dan minuman yang tak bersih dan boleh berjangkit melalui sentuhan.
So boleh jadi time korang bawak anak keluar main kat taman mainan atau pergi kedai makan ke, so banyak faktor la asbab boleh terkena ni.
Yang paling bahaya virus ni boleh tersebar kepada barangan yang pernah disentuh seperti perabot dan alat permainan. Tak pelik la kalau ketiga-tiga kena.
Tanda-tanda anak kena rotavirus adalah apabila mereka alami
-cirit (najis agak berbau) -muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi (kurang air dalam badan). -demam
So parent kena tahu, sebab macam saya awal-awal anak-anak kena saya ingatkan demam biasa sebab bermula dengan demam dan muntah dulu. Kitaorang dah ke klinik dah tapi doktor kata demam biasa dan muntah biasa.
Lama kemudian baru berak-berak pulak, saya ingat cirit birit pulak. Bila my husband call tanya salah sorang kawan doktor dia, terus kawan dia point mungkin anak korang kena rotavirus. Then lepas tu terus kami terus ke hospital.
Sepanjang dalam perjalanan ke hospital tu anak saya yang berumur 3 tahun memang muntah teruk sangat. Bawak la bag decathlon tu terus ha, dan baby pn memang muntah tak berhenti sampai la kat hospital sementara tunggu giliran pun masih muntah-muntah lagi.
Korang tau tak actually rotavirus ni boleh bawa maut tau untuk bayi bawah 2 tahun sebab asyik muntah dan boleh mengalami kekurangan air dalam badan, so tak mudah sangat la nak jaga anak-anak ni pun.
Yang paling susah hati dan risau, asal minum susu ja muntah terus, sampai one time baby reject terus minum susu. Pada waktu ni saya banyak bagi air kosong dan bagi makan bubur je. Tu pun saya suap sikit-sikit sebab kalau makan banyak terus akan muntah.
Penyakit ni boleh berjangkit kat orang dewasa jugak tau tapi kesannya taklah seteruk kena anak-anak yang kecik ni.
Rawatan pulak doktor kata memang takde sebarang antibiotik ka antivirus yang boleh bagi, hanya kena make sure anak-anak cukup air dan persekitaran bersih sahaja. Ubat yang dapat hanya ubat demam, ubat tahan muntah supp, dan air garam sahaja.
Anak-anak akan kena warded sekiranya mereka takda selera makan dan muntah berlanjutan. Anak-anak saya pulak nasib baik diorang mau makan dan mau minum air, cumanya tetap muntah berak. Solution saya macam saya kata tadi, bagi makan sikit-sikit tapi kerap. Taknak diorang rasa perut terlalu penuh dan muntah balik. Then bagi makan ubat tahan muntah dan minum air elektrolit.
Untuk anak yang alami muntah berak macam ni performance drink iaitu minuman elektrolit yang sangat sesuai diberi untuk menggantikan balik cairan dalam badan yang hilang dan gantikan tenaga yang hilang.
Bila dah setel semua fuhh time cuci karpet cuci habis segala cadar. Rumah mop habis dari atas sampai bawah. Baju tu tak payah cakap la muntah sikit salin, berak bocor sikit salin, maka berbakut bakul la kain baju nak kena basuh.
Solutionnya korang tau tak saya basuh kain rendam air panas dulu, then baru masuk mesin basuh campur dettol satu cap tu.
Untuk mop lantai kalau korang ada anak kecik yang masih merangkak takut chemical dan terjilat lantai boleh la pakai pencuci lantai yang organik dan selamat untuk baby. Sekarang ni Alhamdulillah semua anak-anak dah sihat. Memang lega sangat-sangat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak demam tengah malam, boleh cuba ‘jaram’ dengan air asam jawa. Demam biasanya tidak berbahaya melainkan jika suhu dah mula lebih dari 38 darjah celcius ke atas.
Untuk kanak-kanak kecil dan bayi, suhu yang sedikit tinggi mungkin menunjukkan jangkitan yang serius. Tetapi tahap demam tidak semestinya menunjukkan betapa seriusnya keadaan tersebut.
Biasanya demam akan hilang dalam masa beberapa hari dan demam sebenarnya memainkan peranan penting dalam membantu badan melawan beberapa jangkitan.
Namun sekiranya anak tiba-tiba panas tengah malam dan tiada bahan lain di rumah jangan cepat panik.
Ibu kena pastikan basahkan dulu kepala anak dan lap badannya dengan air campuran asam jawa sikit untuk cepat kurangkan suhu badan.
SELAIN KEPALA DAN BADAN, BASAHKAN JUGA DI BAHAGIAN PELIPAT (KETIAK, PELIPAT DALAM SIKU/LUTUT) SERTA ANGGOTA WUDUK SEBAB BANYAK COOLING POINT TERUTAMANYA TELINGA, KEPALA, PELIPAT SIKU DAN TAPAK KAKI.
Masa basahkan telinga tu, lurutkan atau pulas sikit cuping telinga (macam ambil wuduk) untuk rangsang refleks point pada telinga dan regulate suhu badan.