Apabila si manja mula sakit nak tumbuhgigi, memang tak tenang hati mama. Kadang-kadang mama buntu apa perlu dilakukan untuk membuatkan si manja lega dari kesakitan tersebut.

Baca: “Susah Tak Ada Gajet” Akhirnya Dr Halina Bagi Gajet Pada Anak, Tapi Kena Sign Surat Perjanjian Dahulu!

Adakalanya bayi tak dapat tidur dengan lena disebabkan terlampau sakit di bahagian gusi. Merenggeklah dia seharian kerana tak cukup rehat ditambah pula sakit gusi. Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic berkongsi do’s and don’ts untuk mama papa yang mempunyai masalah ini. Ikuti perkongsian beliau.

Urut Di Bahagian Gusi Bayi Guna Jari Bersih, Doktor Kongsi Teknik Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi

Bayi Tumbuh Gigi 🦷 -Tidak Semestinya Perlu Ubat 💊

Ada pesakit saya yang pernah minta ubat siap-siap apabila bayinya berumur 5 bulan, kerana khuatiri bayinya akan sakit apabila tumbuh gigi nanti. Adakah ubat itu perlu sebenarnya? 🤔

Menurut American Academy of Paediatrics (AAP), lebih baik sekiranya menggunakan cara-cara lain apabila bayi tumbuh gigi bagi mengurangkan kesakitannya. Penggunakan ubat sapu adalah tidak digalakkan.

Baca: Sebijik Kakak Lara! Awal ‘Reveal’ Muka Baby Baru, Comel Sangat-Sangat

Jadi, apa yang boleh dilakukan? ⁉️

IKLAN

✅ Mengurut di bahagian gusi dengan jari yang bersih atau guna kain kasa ataupun ‘gauze’ yang basah

✅ Memberi makanan berkhasiat yang telah disejukkan di dalam peti ais untuk digigit. Contohnya seperti pisang 🍌 ataupun timun 🥒. Boleh juga beri yogurt atau puree sejuk.

✅ Memberi ‘teether’ atau ‘teething ring’ yang telah disejukkan di dalam peti ais. Gunalah ‘teether’ yang diperbuat daripada silikon atau getah.

Urut Di Bahagian Gusi Bayi Guna Jari Bersih, Doktor Kongsi Teknik Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi

✅ Memberi kain bersih atau tuala kecil yang telah disejukkan dalam peti ais untuk digigit.

✅ Memberi air sejuk dengan menggunakan cawan.

IKLAN

📌 Teknik-teknik ini juga boleh diaplikasikan sebelum menyusu sekiranya bagi gemar menggigit apabila menyusu badan.

Sekiranya anak masih dalam kesakitan, bolehlah diberi ubat penahan sakit seperti Paracetamol mengikut dos yang ditetapkan.

ELAKKAN:

❌ ‘Teether’ yang dimasukkan ke dalam freezer kerana ia boleh mencederakan gusi apabila ia terlalu sejuk ❄️.

Urut Di Bahagian Gusi Bayi Guna Jari Bersih, Doktor Kongsi Teknik Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi

IKLAN

❌ ‘Teether’ yang mengandungi air di dalam, dikhuatiri ia akan bocor apabila digigit dengan kuat 💦.

❌ Memberi permainan yang diperbuat daripada plastik kerana dikhuatiri ia boleh patah apabila digigit.

❌ ‘Teething jewelery’ 📿 seperti rantai, rantai tangan yang dikatakan boleh mengurangkan kesakitan tumbuh gigi apabila bayi menggigitnya. Ia kebiasaannya diperbuat daripada kayu, marmar atau silikon. Bayi boleh mendapat risiko tersedak, tercekik atau trauma pada bahagian mulut atau gusi.

Urut Di Bahagian Gusi Bayi Guna Jari Bersih, Doktor Kongsi Teknik Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi

❌ Ubat yang mengandungi Benzocaine tidak diluluskan oleh FDA kerana ia boleh menyebabkan Methemoglobinemia iaitu satu kondisi yang boleh menurunkan paras oksigen yang dibawa di dalam darah.

Kredit: Dr Tengku Putri Zainab Baby and Child Specialist Clinic

Urut Di Bahagian Gusi Bayi Guna Jari Bersih, Doktor Kongsi Teknik Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI