Susah sangat nak ajar anak kita makan sayur. Kalau disuap bersama nasi, pasti anak tolak mentah-mentah. Terpaksalah mama bertambah kreatif dengan buat trik sembunyikan sayur dalam makanan yang dimasak.
Tapi jenis makanan bagaimana yang mampu tarik perhatian anak kita untuk masak. Tak kisahlah jenis makanan apa asalkan penuh dengan nutrisi dan paling penting berkhasiat.
Resipi Sosej Ayam Sayur yang dikongsikan oleh Puan Norazlin Abd Rahman di facebooknya ini boleh juga kita jadikan panduan. Nampak sedap dan paling penting lebih selamat dan jimat. Jadi jom cuba.
RESEPI SOSEJ AYAM+SAYUR
Makanan sihat untuk anak-anak. Bukan senang nak bagi anak-anak makan sihat yang lengkap dengan happy, terutama sayur. Ini cara paling mudah dan membuatkan anak anda bertambah makan!
Ads
Bahan-bahan :-
4-5 ketul dada ayam
2 biji telur
Lobak merah dan daun sup (boleh guna apa-apa sayuran)
1 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
4 sudu makan tepung ubi
Caranya:
Ads
1. Campurkan kesemua dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ikat dihujung kiri dan kanan.
Ads
3. Kemudian rebus dalam 10 hingga 15 minit.
4. Goreng jika nak makan, yang lebih boleh simpan.
Siap!
Kredit: Norazlin Abd Rahman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa penggemar terung? Tahukah anda terung mempunyai banyak khasiat kerana makanan ini baik untuk otak. Terdapat penyelidikan yang dijalankan ke atas tumbuhan ini memberikan tumpuan kepada kandungan anthocyanin phytonutrient (fitonutrien antosianin) yang terdapat pada kulit terung dipanggil nasunin. Asunin adalah sejenis antioksidan yang kuat dan bahan kimia radikal bebas yang terbukti melindungi membran sel daripada kerosakan.
Buah ini juga mengandungi antioksidan yang membantu melawan bahan yang merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.
Banyak khasiat yang ada di dalam sebiji buah terung. Jadi jom kita cuba resipi ini
Ada tak peminat terung goreng berlada nie? 🙋🏼♀️😊 makan dengan nasi panas-panas confirm menambahkan 🤪
Resepi terung goreng berlada 🍆🌶️
6biji terung saiz sederhana digoreng
(ikut suka nak berapa biji/potong pun xkisah lagu mana janji lepas masuk mulut)🤪
*10 biji cili padi hijau (yang suka pedas bole lebihkan cili padi)
*5biji cili besar campur hijau merah
*bawang putih 5 ulas
*bawang holland/besar separuh
(Kisar kasar/tumbuk semua bahan yang bertanda *)
Garam gula secukup rasa
Sis tiram 1 sudu
Cara-cara penyediaan👇
1. Panaskan minyak. tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing.
2. Masukkan sos tiram 1 sudu, garam, gula secukup rasa
3. Masukkan terung yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Tutup api.
4. Siap dihidang 🤗
Kredit: Janna Hanie
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Resipi Berasaskan Sayur-Sayuran Untuk Si Kecil, Idea Ibu-ibu Pelbagaikan Hidangan
Ramai ibu-ibu mengakui bahawa anak-anak mereka tidak suka makan sayur. Walaupun sudah dipujuk dengan pelbagai cara namun tidak juga berjaya. Apa kata anda cuba pelbagaikan gaya masakan berasaskan sayur.
Tiga jenis resipi ini mudah disediakan. Boleh pelbagaikan gaya hiasan ketika menjamu anak-anak makan. Dengan cara itu anak-anak cari tertarik untuk mencuba. Mungkin sebelum ini anda tidak pernah memasak resipi-resipi ini di rumah, kali ini kita cuba.
RESIPI 1
BAHAN-BAHAN:
Secekak sayur meranti
1 biji ubi keledek (siap dipotong)
Udang secukupnya
Ikan bilis/udang kering
Bawang besar (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Cili merah (dihiris)
Garam secukup rasa
Santan kelapa
CARA MEMBUAT:
1. Celurkan sayur meranti kemudian ketepikan.
2. Campurkan keledek dan semua bahan lain kecuali sayur meranti ke dalam periuk. Renihkan.
3. Apabila kuah mula mendidih, masukkan sayur meranti. Kacau biar sebati.
4. Apabila sudah hampir masak, barulah masukkan udang. Biarkan seketika cukup untuk bagi udang masak (dalam 3/4 minit). Perasakan dengan garam secukupnya. Siap. Bolehlah hidangkan.
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa
BAHAN TUMISAN YANG PERLU DISEDIAKAN:
*halia potong mancis
*bawang merah potong mayang
*cili padi potong kasar
*bawang putih racik halus
*cili kering gunting 2 atau 3
*daun kari
*halba campur
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.
2. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.
3. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.
4. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.
5. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.
6. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.
7. Kacau semua bagi sebati.
8. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.
9. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih jika suka.
10. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.
11. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.
12. Sudah siap sayur kubis goreng ala mamak. Sayur ini memang terkenal di restoran-restoran nasi kandar sekitar Pulau Pinang.
Kita jarang mempelbagaikan resipi daging goreng. Pun begitu resipi daging goreng rangup perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini mama kena cuba.
Resipi ringkas menggunakan karemel dari bawang Holand yang dikemudiannya di masukkan ke dalam tumisan daging dan juga nasi buat rasa daging jadi lebih sedap. Memang sedap dan lain daripada yang lain.
Dulu, kawan saya ada meniaga Nasi Crispy Beef dekat area Wangsa Maju (kalau tak silap). Selalu tengok dia punya iklan lalu lalang. Terliur! Disebabkan saya di JB, terpaksa masak sendiri.
Daging Rangup (Crispy Beef) by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
400g daging
1 biji bawang Holland
2 sudu besar kicap cair
1 butir telur
2 ulas bawang putih
1 sudu empingan cili
1-2 cawan tepung jagung
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cuka
1 sudu besar bijan(disangai)
Garam dan gula secukup rasa
Hiris bawang nipis-nipis. Goreng dengan minyak sedikit. Saya ada letak secubit garam semasa goreng bawang ni. Bawang Holland ni manis kalau dikorek hingga terkaramel.
OK bawang dah terkaramel. Bau dia menggiurkan. Keluarkan dari kuali dan bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk nasi, satu lagi untuk sos crispy beef.
Kita potong daging nipis-nipis, lembing kurang 1-1.5cm tebal. Kalau boleh, gunakan bahagian daging yang lembut, seperti batang pinang atau rimau menangis. Barulah rangup diluar, lembut di dalam.
Kita perap dengan bawang putih, kicap cair, telur dan lada sulah. Tambah garam jika perlu. Biarkan sebentar agar ramuan mesra. 30 minit dah cukup.
Sekarang masukkan tepung jagung, gaul-gaul sampai setiap hirisan daging di selaput tepung. Selain tepung jagung, saya rasa tepung yang paling sesuai adalah tepung kentang (potato starch).
Goreng! Minyak kena panas. Jangan masukkan sekaligus. Masuk satu-satu. Dah kuning, angkat! Ni gambar saya goreng daging ni buat kali kedua (double fry) agar lebih garing.
Angkat, dan toskan minyak berlebihan. Ambil satu dan rasa. Aduhai, berkeriuk diluar, tapi masih berjus di dalam. Kalau hidang macam ni je pun, InsyaAllah licin dikerjakan anak-anak. Tapi, sabar dulu!
Kita buat sos untuk gaul dengan daging tadi dulu. Tumis bawang putih, masukkan empingan cili (chili flakes). Kalau nak guna cili kering atau cili kisar pun boleh.
Masukkan sos tomato. Selain kicap, tomato mengandungi monosodium glutamate, dan itu akan memberi rasa umami pada sos ni nanti. Barulah sedap! Kalau pekat sangat, masukkan air sikit.
Ni kicap manis. Berikan rasa lemak dan seimbangkan rasa masin dan masam tadi. Sama macam tomato, kicap pun penambah rasa umami. Barulah dapat mengecapi keenakan makanan.
Tambah sedikit cuka! Siapa yang rasa-rasa tak boleh makan cuka, tukarlah kepada limau nipis atau limau kasturi. Sejujurnya, untuk resepi ni, cuka lebih sedap. Ia beri rasa “tangy”.
Akhir sekali masukkan bawang goreng kita tadi. Bawang terkaramel ni akan menjadikan sos ni unik, dan lain dari sos masam manis yang biasa kita buat. Jadi, yang ni jangan tak letak.
Tuang daging yang dah digoreng tadi, dan gaul laju-laju. Biar sos tu menyelaputi setiap inci daging. Kalau sos tadi pekat dan likat, InsyaAllah kerangupan daging ni tak terjejas.
Lupa pula nak masukkan bijan. Tabur sikit dan dah boleh hidang! Masa nak pindah ke dalam pinggan, boleh curi lagi sekeping daging untuk rasa. Bukan ada orang perasan. Haha!
Itu dia! Nikmat kerangupan salutan tepung, keenakan sos, dan daging lembut di dalam. Semua dalam satu pakej hidangan. Saya hidang bersama nasi bawang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!