Persoalan bila hendak hamil lagi ialah pilihan peribadi, dan kadang-kadang ini bukanlah di bawah kawalan kita!
Wanita yang mendirikan rumah tangga ketika dalam umur 30-an mungkin tidak mempunyai peluang untuk memilih jarak yang panjang di antara dua orang anak kerana faktor kesuburan.
Dari segi kesihatan, adalah lebih baik bagi seorang wanita itu sembuh sepenuhnya daripada kehamilan dan proses bersalin sebelum hamil semula.
Ads
Ulasan daripada beberapa kajian mengenai hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat risiko yang lebih tinggi untuk kelahiran pra matang, berat kelahiran rendah, dan saiz bayi yang kecil berbanding usia bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan daripada kelahiran sebelumnya, berbanding bayi yang disenyawakan dalam tempoh 18 hingga 23 bulan daripada kelahiran sebelumnya.
Risiko ini masih kelihatan bagi bayi yang disenyawakan dalam tempoh tujuh hingga 17 bulan daripada kelahiran sebelumnya, tetapi pada tahap yang lebih rendah berbanding yang disenyawakan dalam tempoh enam bulan.
Jika anda mensasarkan jarak di antara 18 hingga 23 bulan di antara dua kehamilan, anda mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga dan sumber-sumber badan anda yang telah digunakan.
Jarak yang lebih dekat di antara dua bayi membolehkan saat-saat yang paling sukar berlalu lebih cepat, tetapi ini juga bermakna lebih banyak wang perlu dibelanjakan dalam tempoh masa yang dekat dan masalah ini mungkin berlanjutan apabila kepentingan setiap anak bertindan.
Ads
Jarak yang lebih jauh memberi peluang kepada anda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada setiap anak untuk beberapa tahun yang pertama. Ini juga bermakna anda dapat mengagihkan perbelanjaan membesarkan anak dalam tempoh masa yang lebih lama.
Secara amnya, lebih baik jika anda tunggu sekurang-kurangnya setahun ke atas sebelum cuba untuk hamil semula untuk memberi permulaan yang sihat kepada bayi yang seterusnya.
Sebaik selesai menjalani pemeriksaan antenatal, antara perkara yang menjadi igauan ibu hamil ialah apabila doktor memaklumkan tahap hemoglobin (Hb) rendah. Anda perlu faham mengapa doktor sangat menjaga para Hb para ibu hamil. Hb berperanan penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.
Daripada sudut perubatan, anemia berpunca daripada kekurangan Hb di dalam sel darah merah. Masalah ini boleh dikesan melalui ujian darah. Paras Hb anda dianggap rendah apabila parasnya kurang daripada 11gm/dl.
Semasa hamil, tubuh seharusnya menghasilkan lebih banyak sel darah merah bagi menyokong perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungan. Kekurangan Hb boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekali gus mendedahkan anda dan bayi kepada beberapa risiko yang membahayakan. Berikut adalah antara risiko yang boleh anda alami apabila kekurangan Hb dalam dara.
Paling utama, anemia boleh menyebabkan anda mudah berasa letih, lesu, dan lemah. Malah, anda juga boleh mengalami masalah pening, sesak nafas dan sukar untuk memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara. Seperti yang dinyatakan, hal ini berlaku kesan daripada kekurangan oksigen dan nutrien. Oleh sebab itulah, muka ibu hamil yang mengalami anemia sering kelihatan pucat.
Sekiranya paras Hb terlalu rendah dan berada pada tahap yang serius, tubuh anda tidak berupaya menampung bayi di dalam kandungan. Lantaram itulah, ada kehamilan yang berakhir dengan keguguran janin yang dikandung.
Seandainya anda tidak berusaha untuk meningkatkan paras Hb sepanjang tempoh kehamilan sehingga waktu bersalin, risiko berlakunya pendarahan semasa proses kelahiran adalah sangat tinggi. Jika hal ini berlaku, kemungkinan besar anda perlu melalui proses pemindahan darah demi menyelamatkan nyawa anda.
Tumbesaran bayi dalam kandungan juga boleh terlewat daripada tahap yang sepatutnya. Paling dibimbangi, bayi yang bakal dilahirkan kelak akan mengalami masalah anemia juga.
Hb yang rendah turut memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi. Dia mungkin tidak dapat membesar dengan normal semasa dalam kandungan lagi. Kesannya, dia mungkin lahir sebagai bayi Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction). Ini bererti, dia lahir dengan berat badan kurang daripada berat bayi normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital.
Kesan-kesan lain akibat daripada kekurangan Hb dalam darah juga boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.
Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.
Setelah mengetahui risiko-risiko yang boleh berlaku kepada anda dan bayi, berusahalah untuk meningkatkan paras Hb dalam darah. Berikut adalah langkah yang boleh anda lakukan.
Antara sumber makanan kaya dengan zat besi ialah daging, hati ayam, limpa, kerang, ikan, sotong, ikan bilis, pegaga, pucuk paku, kangkung, bayam, brokoli dan kailan. Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya satu jenis makanan-makanan yang disebutkan ini setiap hari.
Sekiranya anda disahkan mengalami Hb rendah, doktor akan membekalkan anda dengan ubat khas bagi mengatasi masalah ini. Biasanya ia terdiri daripada pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks. Ada juga doktor yang membekalkan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.
Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisien, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh dua jam selepas pengambilan pil zat besi.
Selain makanan berkafein, susu juga boleh menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh. Walaupun ia merupakan sumber kalsium, tetapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya dua jam selepas makan ubat.
Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C. Oleh itu, anda digalakkan untuk makan ubat bersama jus oren untuk penyerapan yang optimum. Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato dan lain-lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun hamil anak ketiga, keterujaan menantikan kelahiran anak sememangnya tetap dirasakan bagi semua ibu. Bagi pelakon, Nadya Syahera yang kini sedang sarat hamil anak ketiganya, debaran makin terasa biarpun anak ketiga.
Melalui instagramnya, Nadya berkongsi perkembangan terkini kandungan yang kini sudah pun berusia 30 minggu dan bakal melahirkan bayinya dua bulan lagi.
Melalui sekeping foto sonogram yang dikongsikan olehnya, Nadya menjelaskan agak sukar untuk melihat wajah bayinya di dalam perut sebaliknya hanya berkongsi tapak kaki.
“Assalamualaikum. Baby #no3 dah 30 weeks+.
“Harini scan dia belanja tapak kaki je kat mama dia. Okayla kan,” tulisnya berkongsi.
Biarpun kecewa tidak dapat melihat wajah setiap kali melakukan ujian imbasan, namun Nadya tetap merasa teruja dan mendoakan kelahiran anak ketiganya itu dipermudahkan.
“Tengok kaki pun mama dah teruja..haha. Setiap kali datang follow up mesti dia meniarap, susah naw nak tengok muka dia. Pemalu agaknya.
Terdahulu, Nadya mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Fizul Nawi pada September 2015. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aleena Rose dan Mohamad Dayyan.
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coretan tersebut juga turut diserta dengan video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.Malah menerusi penulisannya juga, Shukri seakan-akan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua untuk memberi kawan kepada Ameena. Lagipun kalau diikutkan usia Ameena pun dah masuk 3 tahun.
“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami! Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay! p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.
Shukri dan Tya telah berkahwin pada 20 November 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena pada 24 Ogos 2016.
Sumber: ig Tya Adnan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.