Anak kecil memang selalu bermasalah untuk mengambil sayur-sayuran dalam hidangan makanan harian. Ketika masih bayi, lazimnya semuanya dimakan tanpa banyak karenah.
Kebiasaannya masalah timbul apabila si kecil ini mula diberi makan makanan seperti orang dewasa. Jika dibiarkan, dibimbangi dia akan mengalami masalah kekurangan zat dalam pemakanan harian yang diambilnya pula.
Menurut Pakar Pemakanan di Hospital Pakar KPJ Kajang, Baidurah Bazid, situasi kanak-kanak enggan makan sayur boleh memberi kesan yang besar. Salah satunya ialah kekurangan mikronutrien.
Kanak-kanak yang terlalu selektif atau menolak lebih daripada satu kumpulan jenis makanan boleh dikategorikan sebagai cerewet makan. Jadi, bagaimana cara untuk menghadapinya?
Ads
Pertama, amat penting untuk anda sentiasa memberikannya galakan yang berterusan. Anda jangan berhenti memberikan galakan dan jangan putus asa! Teruskan menghidangkan sayur-sayuran setiap kali waktu makan. Sama ada si kecil makan atau tidak, tolak ke tepi dahulu. Hal ini kerana galakan yang berterusan ini akan meningkatkan penerimaan si kecil terhadap sayur-sayuran walaupun usaha ini mungkin memakan masa yang panjang.
Kedua ialah persembahan makanan (food presentation) yang menarik. Umumnya, persembahan makanan yang menarik mampu meningkatkan selera makan seseorang. Lebih-lebih lagi buat diri kanak-kanak.
Ads
Ketiga, main masak-masak! Libatkan anak bersama semasa proses menyediakan masakan sayuran tersebut. Namun begitu, pastikan langkah-langkah keselamatan semasa memasak yang melibatkan anak kecil ini diambil kira.
Ads
Contohnya, gunakan pisau plastik untuk memotong sayur berkenaan. Penglibatan si kecil semasa proses penyediaan boleh membuatnya lebih bersemangat untuk merasa atau memakan hidangan tersebut. Lebih daripada itu, dia akan lebih menghargai sajian yang telah disediakan oleh diri sendiri.
Keempat, mulakan dengan sayur-sayuran yang kurang pahit. Contohnya, lobak merah, sayur kacang, tomato dan lain-lain.
Kelimanya, jangan memburuk-burukkan, perli, mengejeknya, atau marah jika si manja masih lagi tidak mahu makan sayur. Jadikan waktu makan adalah waktu gembira buatnya. Anda hanya perlu teruskan sahaja usaha dan berikannya galakan. Semoga berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pertama kali melahirkan anak pastinya sedikit menyukarkan. Kurang pengalaman dan teknik yang betul untuk menyusukan anak membuatkan ibu makin stress. Apa lagi melihat susu yang dipam tidak mencapai jumlah yang diinginkan berbanding orang lain.
Jangan cepat mengalah dulu, usahakan untuk memperbanyakkan susu ibu dengan resipi ringkas, air rebusan ini. Air rebusan yang dikongsikan oleh Puan Nurasyikin Ali di facebooknya ini boleh mama cuba sebagai usaha untuk memperbanyakkan susu ibu.
Tak perlu bahan yang banyak pun, hanya dua bahan sahaja. Amalkan. Mana tahu serasi dengan tubuh mama. Jom cuba!
ORGANIC MILKBOOSTER
Susah hati jugak bila susu ibu selalu drop kan? Susu asyik tak cukup. Pam dapat sikit je. Ni Kak Ekin share resipi banyakkan susu badan yang korang boleh buat kat rumah. Hanya guna halba dan kurma.
2. Masukkan halba dan kurma. Rebus sampa warna kekuningan macam teh.
3. Boleh dihidang dan minum 2 kali sehari.
Moga membantu ibu-ibu yang berimpian menyusu hingga anak umur 2 tahun. Semoga bermanfaat.
Punyalah senang cara nak membuatnya, hanya rebuskan sahaja dua bahan ini dan biarkan jadi pekat kekuningan dan kemudian diminum setiap hari. Lakukan sesuatu pastinya lebih baik daripada tidak mencuba. Niatkan untuk tambahkan susu untuk kenyangkan anak kita. Selamat mencuba mommies!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak dinafikan menunggu anak masuk usia enam bulan memang mendebarkan. Mana taknya, berdebar hendak melihat dengan suapan pertama yang begitu bermakna.
Sebelum bersedia untuk anak makan, barang dan kelengkapan anak lebih dahulu disediakan lebih awal supaya tidaklah kelam kabut nanti.
Apa barangan dan keperluan yang perlu ada? Selain mengumpul pelbagai resipi menarik, barangan dan kelengkapan ini perlu ada. Antaranya adalah seperti food procesor, bekas kecil, bekas set makan anak, bekas air dengan straw dan lain-lain lagi.
Selain itu keperluan barangan ini seperti yang dikongsikan oleh Nurul Fikah ini perlu mama sediakan.
Senarai persediaan awal untuk baby 6 bulan.
Mommy dah ready ke untuk baby masuk 6 bulan? Mesti excited kan. Sini akak ada share beberapa keperluan yang mommy perlu sediakan.
Beli kat shopee je senang klik-klik je smpai depan rumah.
Cawan dengan straw mudah untuk baby minum air.
Yang ni wajib ada. Set silikon bekas makanan anak siap sudu garfu. Comel je.
Jangan dilupakan fruit feeder sebab senang nak bagi snack buah untuk baby nanti.
Jika ada bajet lebih, sediakanlah satu periuk khas untuk masak makanan baby nanti. Senang nak masak nasi lembik sikit.
Yang ni paling memudahkan, lebih-lebih lagi mak-mak bekerjaya. Food processor ni boleh steam defrost dan blander. Masak bubur masuk dalam ni terus blender senang.
Food container khas untuk baby pun penting supaya elakkan kita guna container yang kita simpan barang dapur. Takut terguna bekas cili pulak.
Beras jangan lupa. Bahan utama beras Sumo cepat masak dan bantu naikkan berat badan baby.
EVO ni titiskan dalam bubur baby sebelum makan. Fungsi dia supaya senang baby nak yak yak.
Ni pun penting jugak ye. Masukkan je baby dalam tu tak ada orang nak pegang ke apa, siap ada meja lagi. Mudah untuk ibu dan anak.
Bila anak dah ready untuk makan beberapa panduan ini mama kena faham dan perlu ambil tahu supaya anak dah besar tak jadi picky eaters!
Jika kena caranya mudah cuma sekarang ini, ramai ibu yang kurang arif dan alih-alih anak kecil yang akan disalahkan kerana terlalu memilih untuk makan makanan yang disediakan.
Perkongsian dari Dr Amalina Mohd Daud mengenai bagaimana nak pastikan anak tidak picky eaters boleh dijadikan panduan untuk yang ada anak mula nak belajar makan. Jika anak ok, kira berjayalah.
Tahniah ibu-ibu yang dah tak sabar nak mula makan. Saya ucapkan tahniah sebab banyak journey susah-susah anda nak harungi – perjalanan hamil, melahirkan, menyusu badan dan sekarang dah mula nak beri anak makan.
Nak beri makan anak ni banyak nak kena belajar, banyak nak kena buat, banyak nak kena sabar dan pasrah. Tapi kalau dari awal lagi ibu-ibu dah amalkan tips ni, insyaAllah weaning journey akan jadi lebih smooth dan anak akan makan dengan riang dan gembira!
1. Bawak bertenang dan please buang jauh rasa bersalah.
Saya perasan parents ni mudah sangat anxious. Dari preggy, melahirkan, menyusu dan sekarang mula makan ramai yang anxious. Bila anxious kita susah nak enjoy sesuatu perkara dan mudah stress.
Anak mudah pickup stress. Lagi kita stress, lagi dia lari dan susah makan. Nasihat saya..gali ilmu secukupnya. Kalau rasa bimbang, terus jumpa doktor. Kebanyakan baby semasa weaning takde masalah yg besar sangat. Semua inshaAllah turns out to be fine.
2. Beri contoh yg terbaik
Bila kita nak ajar anak untuk makan makanan yg sihat, pastikan kita pun makan makanan yg sihat. Tunjuklah bahawa kita gemar makan pelbagai jenis karbohidrat, protein, sayur dan buah.
Anak tidak belajar apa yg kita ajarkan. Tapi anak belajar melalui cara meniru contoh yg kita beri. Bila kita makan healthy food, anak turut suka makan healthy food.
3. Mulakan dari awal dengan betul.
Mulakan makanan sihat dari awal lagi anak makan. Jangan bubuh garam dan gula dalam makanan semata-mata nak please anak. Pilih makanan yg tiada bahan bukan-bukan dalam makanan. Masak sendiri pun ok!
Kenalkan pelbagai jenis makanan. Kajian mendapati anak yg dikenalkan pelbagai jenis makanan semasa awal usia akan turns out jadi anak yg kurang memilih makan dan makan apa sahaja yang disediakan di atas meja.
4. Makan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.
Jangan limitkan jenis sayur dan buah kepada anak. Sediakan pelbagai jenis sama ada kita suka atau tidak. Ia merangsang deria rasa anak. Anak pula akan merasai pengalaman merasa pelbagai jenis sayur dan buah.
Jangan bimbang kalau anak nampak tak suka. Kenalkan balik je. Anak ambil masa biasakan diri dengan rasa dan tekstur. Ia ambil masa 10-15 kali cubaan untuk anak biasakan diri dan suka sesuatu makanan. Kalau baru sekali dua anak reject, cubalah lagi dan lagi.
5. Makanlah bersama-sama
Waktu makan anak janganlah makan asing-asing. Usahakan ibu ayah dan anak ada bersama pada waktu makan. Inilah waktu penting untuk ajar anak kemahiran sosial dan komunikasi.
Walaupun anak dah makan waktu lain, tetap ajak anak duduk bersama waktu makan keluarga. Invest beli kerusi untuk anak. Berbual dengan anak walaupun dia ketawa senyum-senyum je. Anda sedang menajamkan skill sosial anak sebenarnya.
6. Cepat ubah tekstur makanan
Jika anda memilih untuk mula dengan puree sebagai makanan pertama anak, maka buat dengan betul. Pada awalnya anak mula dengan puree dikisar halus.
seminggu dua lepas anak ok mula beri makanan yang dikisar kurang halus. Kemudian bertukar pada yang dilenyek. Lepas seminggu dua anak dah adapt tukar pada yg lebih kasar sampailah dapat konsistensi yg sama macam makanan kita.
tekstur melatih skill mengunyah dan menelan anak. Awal-awal nampak anak tak ready tapi kita encourage dia untuk keep learning. Ajak sama-sama kunyah dan telan-telan. InsyaAllah cepat anak bercakap nanti sebab makanan bertekstur asah skill anak bertutur jugak.
7. Jangan tunjukkan anda risau di depan anak.
bila sampai waktu anak taknak makan atau reject makan, sembunyikan semua perasaan negatif anak-geram, marah, risau. Sembunyikan semua!
buat tenang dan rileks sahaja sebab anak mudah pickup response kita. Bila kita tunjuk perasaan marah bila anak tak makan, anak akan anggap marah itu juga attention dan bagi anak bila dia tak makan, kita beri perhatian pada dia.
Kita tak mahu encourage dia pada perkara yg salah. Maka jika anak tak makan, dengan senang hati kita kemas je makanan dia dan cuba lagi pada next meal time.
8. Makanan anak tak semestinya tawar
bila saya kata makanan anak tak boleh letak gula garam msg perisa perasa tak bermakna baby kena makan tawar-tawar aje.
Anda boleh sensasikan rasa makanan baby dengan menambah herbs, spices, cheese, bawang-bawang, halia, dan bahan lain yg didapati secara semulajadi.
Bahan-bahan ini bukan sahaja menambah rasa dan aroma yang berbeza dalam makanan anak tapi ia mempunyai khasiat yg tersendiri. Bawang putih contohnya membantu tingkat imuniti.
9. Takpe pun tak kenalkan makanan lain pada usia setahun
ada ibubapa sangat excited bila anak dah setahun. waktu ini lah dibelikan segala coklat, kek, gula-gula dan makanan tak sihat semasa harijadi.
Sangat tak perlu sebab anak sebenarnya ok je kalau kita tak kenalkan makanan begitu pada awal usia. Mungkin boleh cuba buat kek daripada buah-buahan pada usia setahun.
Kalau boleh tahanlah diri dari beri anak makanan tak sihat. sangat susah nak reverse bila anak dah ketagih pada benda manis. Anak pun akan kenyang dgn makanan kalori tinggi begini tapi zero nutrient nya. maka lebih baik jangan kenalkan in the first place.
10. Apa nak buat kalau dah tersalah step di atas ni?
Bagi ibu bapa yang dah buat kesilapan perkara di atas lalu anak turns out jadi picky eaters maka bertenanglah. Setiap sesuatu masalah pasti ada penyelesaiannya. Yang penting, kita belajar sesuatu dan ambil pengajaran dan jangan buat lagi.
Yang dah jadi picky eaters nanti saya akan kupaskan pula step by step macam mana nak reverse balik keadaan supaya anak dapat menerima balik makanan ye!.
Sumber: Dr Amalina Mohd Daud
Biasakan yg betul, betulkan yg biasa, baru anak jadi luarbiasa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...