Ads

Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap ‘Tak Nak!’ Jangan Cepat Marah, Rupanya Ini Tanda Otak Sedang Berkembang!

Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap 'Tak Nak!' Jangan Cepat Marah, Rupanya Ini Tanda Otak Sedang Berkembang!

“Tak nak makan!” “Tak nak mandi!” “Tak nak pakai kasut!” Pernah tak ibu ayah berdepan situasi macam ni? Anak umur 2-3 tahun suka cakap ‘tak nak’ apabila diminta melakukan sesuatu. Hampir setiap perkara yang disuruh, pasti ada sahaja jawapan ‘tak nak’ daripada si kecil.

Kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya, lebih-lebih lagi apabila anak yang sebelum ini mudah mendengar kata tiba-tiba mula menolak hampir semua arahan.

Namun, ibu ayah jangan cepat melabel anak sebagai degil atau suka melawan. Sebenarnya, tingkah laku ini boleh menjadi sebahagian daripada proses perkembangan normal kanak-kanak, khususnya ketika memasuki usia dua hingga tiga tahun.

Menerusi perkongsian Dato’ Dr Rizal Abu Bakar, beliau menjelaskan mengapa anak kecil gemar menyebut perkataan ‘tak nak’ dan bagaimana ibu ayah boleh mengendalikan situasi ini dengan lebih bijak.

Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap 'Tak Nak!' Jangan Cepat Marah, Rupanya Ini Tanda Otak Sedang Berkembang!

Anak Suka Cakap ‘Tak Nak’, Ibu Ayah Sampai Tension!

Menurut Dr Rizal, beliau pernah menerima mesej daripada seorang rakannya yang mengadu tentang sikap anak berusia tiga tahun. Rakannya mula berasa tertekan apabila hampir setiap arahan yang diberikan dijawab dengan perkataan ‘tak nak’.

Menariknya, Dr Rizal memberikan satu perumpamaan mudah yang membuatkan rakannya lebih memahami perkembangan anak kecil.

Berikut perkongsian beliau:

“Saya dapat mesej dari kawan. Dia sebaya saya. Kahwin lama. Tapi baru dapat anak.

Dia mesej dan tanya “Kenapa Anak Aku Suka Sebut “TAK NAK!”. Dia tambah lagi “aku tension”.

Saya kesian. Dah lah lama tunggu nak dapat anak. Anak pulak tunjuk skil level profesional.

Dia kata bila suruh “Makan sayur.” “TAK NAK!” “Pakai kasut.” “TAK NAK!” Penat aku,” kata dia lagi.

Umur anak dia baru 3 tahun. Umur macam ni memang lain sikit brain development nya.

Ads

Saya kata “Anggap anak 3 tahun ni macam ‘CEO Startup’ baru. Dia baru sedar dia ada kuasa veto. Dia nak test ‘power’ dia pada setiap arahan yang dia terima dari Board of Director.

Bila bagi contoh begini, baru kawan saya faham. Sebab dia orang koperat.

Kalau dalam Brain Based Parenting, inilah fasa Autonomy. Antara umur 2-4 tahun, otak anak mula test ’cause and effect’.

Ini tanda otak dia membesar dengan sihat, bukan sebab dia derhaka. Bukan sebab nak berontak.

Cuma nak apply sebab dan akibat. Saya bagi Neuro Tip pada kawan saya ni. Nak selamat, beri anak dua pilihan. Pilihan ini akan sebabkan dia kata “Ya”. Atau bantu dia buat keputusan. Bukan terima arahan.

Contohnya: “Nak kasut biru ke merah?”
“Nak sayur ke nasi”.

Otak dia rasa dia yang buat keputusan. Dia ada kuasa. Dia berjaya. Jadi situasi dia rasa dia menang, kita rasa kita menang.

Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap 'Tak Nak!' Jangan Cepat Marah, Rupanya Ini Tanda Otak Sedang Berkembang!

Ads

Kenapa Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap ‘Tak Nak’?

Sebenarnya, apabila anak memasuki usia dua hingga tiga tahun, mereka sedang melalui fasa penting dalam perkembangan emosi, pemikiran dan pembentukan identiti diri.

Pada usia ini, anak mula menyedari bahawa mereka mempunyai kehendak sendiri. Mereka juga semakin memahami bahawa perkataan dan tindakan boleh mempengaruhi reaksi orang di sekeliling.

Dalam psikologi perkembangan kanak-kanak, fasa ini dikenali sebagai autonomi, iaitu keinginan anak untuk melakukan sesuatu sendiri dan mempunyai kawalan terhadap pilihan harian mereka.

Sebab itulah perkataan ‘tak nak’ sering menjadi cara paling mudah untuk mereka menyatakan kehendak, bukannya semata-mata mahu melawan ibu ayah.

Apabila anak umur 2-3 tahun suka cakap ‘tak nak’, ibu ayah juga perlu memahami bahawa kemampuan mereka mengawal emosi dan menerima arahan masih berkembang. Ada kalanya, anak menolak sesuatu bukan kerana sengaja mahu menguji kesabaran, tetapi kerana mereka belum tahu cara yang lebih baik untuk menyampaikan perasaan.

Keadaan ini juga boleh berlaku apabila anak berasa penat, lapar atau terlalu banyak menerima arahan dalam satu masa. Sebab itu, memahami situasi dan emosi anak sebelum memberikan respons boleh membantu ibu ayah menguruskan keadaan dengan lebih tenang.

Anak Umur 2-3 Tahun Suka Cakap 'Tak Nak!' Jangan Cepat Marah, Rupanya Ini Tanda Otak Sedang Berkembang!

Ads

Beri Anak Dua Pilihan, Bukan Asyik Mengarah

Antara tip menarik yang dikongsikan Dr Rizal ialah memberikan dua pilihan kepada anak berbanding hanya mengeluarkan arahan.

Contohnya, daripada menyuruh anak memakai kasut, ibu ayah boleh bertanya, “Adik nak pakai kasut biru atau kasut merah?”

Begitu juga ketika makan. Cuba tawarkan pilihan seperti, “Adik nak makan brokoli atau lobak dulu?”

Pendekatan ini membantu anak berasa dirinya mempunyai peluang membuat keputusan, sekali gus boleh mengurangkan penolakan terhadap arahan.

Bagaimana Jika Anak Tetap Menjawab ‘Tak Nak’?

Walaupun sudah diberikan pilihan, ada masanya anak tetap menolak kedua-duanya. Situasi seperti ini juga boleh berlaku kerana anak masih belajar memahami pilihan dan menguruskan perasaan sendiri.

Ibu ayah boleh cuba memberikan sedikit masa kepada anak sebelum mengulangi pilihan dengan nada yang lebih tenang. Elakkan memberikan terlalu banyak pilihan sekali gus kerana keadaan itu mungkin membuatkan si kecil semakin keliru.

Dalam masa yang sama, ibu ayah masih perlu menetapkan batas yang jelas, terutama bagi perkara penting seperti keselamatan, kebersihan dan rutin harian.

Kadangkala, sedikit kesabaran dan dua pilihan mudah sudah cukup untuk membantu ibu ayah menghadapi fasa perkembangan ini dengan lebih tenang.

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: @drrizalabubakar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di JPN, Mudah!

Sijil Lahir Anak Hilang, Ni Cara Mohon Semula Secara Online Di...

Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!