Puas sudah bermain dan merangsang mereka untuk bercakap dan mula mengajuk perkataan mudah tetapi si manja masih berdiam? Selaku ibu bapa, tentu sekali anda risau akan tingkah laku mereka yang masih diam membisu.


Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay? Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

Ikuti artikel ini yang dikongsi oleh hello doktor untuk mengetahui lebih lanjut tentang masalah speech delay atau kelewatan bercakap dalam kalangan kanak-kanak dan bagaimana untuk mengetahui jika anak anda menghidapinya.

Apa itu speech delay?

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.

Kelewatan ini ditentukan berdasarkan garis masa yang sepatutnya mereka garis masa perkembangan normal untuk usia mereka.

Anda boleh mula cakna tentang tanda-tanda amaran untuk kelewatan bercakap bermula usia 12 bulan.

Apabila sudah berusia 12 bulan, ia menjadi satu kerisauan jika anak anda masih belum boleh melakukan perkara seperti berikut:

  1. Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek
  2. Menggunakan beberapa bunyi konsonan
  3. Menyuarakan keperluan mereka

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

BACA: DUIT RAYA ANAK HILANG TANPA KESAN? INI CARA TERBAIK IBU AYAH KENA BUAT

  1. Tidak mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’
  2. Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’
  3. Tidak mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan
  4. Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan
  5. Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan

Pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan:

  1. Gagal menghasilkan ayat secara spontan
  2. Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah
  3. Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan
  4. Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan
  5. Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri
  6. Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Apakah punca untuk masalah kelewatan bercakap?

Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay? Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

IKLAN

Kelewatan bercakap boleh disebabkan oleh masalah perkembangan mulut seperti:

  1. Sumbing bibir
  2. Lelangit rekah (cleft palate)
  3. Kecacatan frenulum atau bibir

Memandangkan pendengaran juga penting untuk mengajuk bunyi, gangguan pendengaran juga boleh menyebabkan berlakunya kelewatan bercakap.

Gangguan pendengaran boleh disebabkan oleh kerosakan saraf kongenital, masalah pendengaran konduktif dan juga jangkitan telinga.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh masalah saraf oral-motor.

Masalah ini merujuk kepada disfungsi saraf pada bahagian otak yang mencetuskan ucapan dan juga bahagian yang mengawal pergerakan mulut dan lidah.

Selain masalah pertuturan, mereka juga boleh mengalami masalah ketika menyusu.

Masalah neurologi yang boleh membawa kepada kelewatan untuk bercakap termasuklah:

IKLAN
  1. Cerebral palsy
  2. Penyakit Autism Spectrum Disorder
  3. Kecacatan mental

Akhir sekali, terdapat juga kemungkinan untuk masalah pertuturan mereka disebabkan oleh isu-isu psikososial seperti:

  1. Masalah dengan pengasuh atau dengan persekitaran mereka.
  2. Ketagihan terhadap rangsangan visual melalui paparan skrin.
  3. Kurang perhatian (tidak meluangkan masa yang cukup untuk bercakap dengan orang dewasa)
  4. Selective mutism (si manja memang tidak ingin bercakap)

Apa yang perlu ibu bapa lakukan?

Pengurangan dalam tindak balas terhadap rangsangan bahasa, bacaan dan juga skil pembelajaran adalah kesan sampingan lazim untuk kanak-kanak yang dibiar tidak dirawat.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang didiagnosis dengan masalah kelewatan bercakap cenderung untuk mengalami masalah tingkah laku dan emosi di masa hadapan.

Oleh yang demikian, penting untuk ibu bapa bawa si manja ke perhatian doktor bagi menyaring keupayaan mereka untuk bercakap.

Melalui ujian saringan dan pemeriksaan rapi, doktor dapat menentukan diagnosis dan juga keterukan keadaan anak anda.

Peranan ahli perubatan lain seperti ahli terapi pertuturan, ahli terapi pekerjaan dan juga pakar perkembangan kanak-kanak juga turut dimainkan bagi merawat kanak-kanak yang menghidap speech delay.

Jika anda mengenal pasti tanda-tanda amaran dalam anak anda yang menunjuk ke arah masalah kelewatan bercakap, dapatkan perhatian doktor segera.

IKLAN

Diagnosis yang lebih awal membolehkan rawatan bermula dengan lebih cepat. Jangan biarkan si manja terus membisu.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Anda Syak Si Manja Ada Speech Delay? Kenali 14 Tanda Ini Dulu Sebelum Bawa Anak Ke Pakar

WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK

Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.

🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM

Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱

Jom jadi peserta terawal!

✍🏻 Daftar sebagai peserta di:
https://bit.ly/3yT61Ex

Jom daftar sekarang untuk berpeluang menang hadiah cabutan bertuah!_

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI