Anne Ngasri hantar anak daftar universiti, “Macam kakak dengan adik gayanya.” Video Datin Anne Ngasri menghantar anaknya Abdul Warits memasuki universiti mendapat perhatian warga maya.
Anne Ngasri Hantar Anak Daftar Universiti, “Macam Kakak Dengan Adik Gayanya”
Ads
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, Anne kelihatannya menghantar anak lelaki sulungnya itu mendaftar di universiti. Bagamanapun Anne tidak menyatakan di universiti mana anaknya itu menyambung pengajian.
ALHAMDULILLAH FASA BARU HIDUP ANAKKU. @IMWARITS
HADHA MIN FADLI RABBI. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI DAN MEMBERI RAHMAT SEPANJANG HIDUPMU.
MAMA SENTIASA BERDOA SEMOGA WARITS MEMBESAR MENJADI HAMBA YG TAAT ANAK YG SOLEH.
HORMAT PENSYARAH DAN DISENANGI TEMAN-TEMAN….
BELAJAR ELOK-ELOK DAN SEMOGA KEJAYAAN MILIKMU DUNIA DAN AKHIRAT.- TULIS ANNE DI RUANGAN KAPSYEN.
Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Anak menangis ada yang kata jangan angkat, nanti manja, asyik nak berdukung je. Pernahkah anda mendengar nasihat seperti ini: “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.”?
Bagi sesetengah orang, kata-kata ini kedengaran logik. Namun, adakah betul untuk membiarkan bayi menangis tanpa perhatian?
Kenyataannya, nasihat ini tidak berasas dan bertentangan dengan naluri seorang ibu, sains, serta nilai keibubapaan yang penyayang. Bayi menangis bukan kerana mahu dimanjakan, tetapi kerana mereka mempunyai keperluan yang perlu kita penuhi.
Berikut perkongsian daripada Pun Wawa Shauqi, seorang penulis buku yang berkisar tentang ilmu keibubapaan.
Beberapa tahun lalu, saya pernah ditegur oleh seorang wanita di Klinik Kesihatan. Katanya, “Jangan angkat bayi yang menangis. Nanti dia jadi manja dan asyik nak berdukung sahaja.” Kata-kata itu membuatkan saya berkerut. Biar betul?
Adakah kita perlu membiarkan bayi menangis sehingga berhenti sendiri? Wanita itu menerangkan lagi, “Lama-kelamaan bayi akan faham, walau menangis macam mana sekalipun, dia takkan dilayan.”
Namun, apabila saya mendalami ilmu daripada pakar seperti Puan Amizamzuri N Uswatun, seorang pakar tidur dan tangisan bayi, saya temui jawapan yang tepat. Dalam bukunya, beliau menegaskan bahawa:
“Nasihat seperti ini adalah nasihat paling teruk, tidak berasas, kejam, dan bertentangan dengan nilai kemuliaan agama.”
Mari kita fahami mengapa pendekatan membiarkan bayi menangis, juga dikenali sebagai teknik “Cry It Out”, perlu dielakkan.
Bayi yang baru lahir dilengkapi dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks, dan tangisan adalah salah satu daripadanya. Refleks ini adalah tindak balas automatik untuk memastikan kelangsungan hidup.
Sepanjang tiga bulan pertama, tangisan bayi adalah cara mereka berkomunikasi. Mereka menangis untuk menyatakan rasa lapar, tidak selesa, letih, atau sakit.
Pada tahap ini, bayi tidak menangis secara sengaja atau “berlakon”.
Allah telah mencipta ibu dengan naluri yang kuat untuk bertindak balas apabila mendengar tangisan bayi.
Apabila bayi menangis, tubuh ibu secara automatik menghasilkan hormon:
Oxytocin: Merangsang ibu untuk mendukung dan menenangkan bayi.
Prolaktin: Menggalakkan pengeluaran susu untuk menyusukan bayi.
Jika kita membiarkan bayi menangis tanpa bertindak, kita melawan fitrah semula jadi ini.
Ada yang mendakwa bahawa membiarkan bayi menangis akan membuatkan mereka berhenti. Namun, bayi yang berhenti menangis bukan kerana mereka faham, tetapi kerana keletihan melampau.
Hormon Kortisol (Hormon Stres): Meningkat ketika bayi menangis terlalu lama, mengganggu perkembangan fizikal dan emosi mereka.
Sikap Bayi: Mereka mungkin menjadi lebih kuat menangis (kerana sedar hanya tangisan yang kuat akan menarik perhatian) atau “shut down” (tidak menangis lagi kerana sudah tiada harapan untuk dipedulikan).
Tindak balas ibu bapa terhadap tangisan bayi sangat penting untuk membentuk Secure Attachment – rasa aman dalam diri anak.
Membesar dengan keupayaan untuk mengurus emosi dan menghadapi tekanan.
Lebih tahan terhadap cabaran, trauma, atau krisis pada masa dewasa.
Sebaliknya, bayi yang dibiarkan menangis tanpa perhatian mungkin kurang berkeyakinan, sukar mempercayai orang lain, atau menghadapi masalah emosi.
Nasihat untuk membiarkan bayi menangis tanpa diendahkan bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga bertentangan dengan naluri keibuan, sains, dan nilai agama. Setiap tangisan bayi membawa mesej, dan sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita untuk mendengar dan bertindak.
Jika ada yang memberi nasihat seperti ini lagi, senyum sahaja. Kemudian, teruskan dengan cara yang anda yakini dapat memberikan yang terbaik untuk anak anda. Kerana setiap bayi berhak rasa disayangi dan dilindungi.
Penuntut cemerlang Henry Gurney ‘hadiahkan’ keputusan cemerlang buat ibu saudara. Seorang pelajar dari Sekolah Henry Gurney (SHG) Telok Mas, dikenali sebagai Adam, 19, meluahkan hasratnya untuk menebus segala pengorbanan ibu saudaranya yang telah menjaganya sejak kecil selepas kehilangan kedua ibu bapanya.
Adam yang muncul sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik bagi kategori SHG dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, menyatakan bahawa kejayaan yang diraih menjadi titik tolak untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang peguam syarie.
“Saya dibesarkan oleh mak cik selepas ibu dan ayah meninggal dunia semasa saya masih kecil. Keputusan cemerlang ini adalah hadiah untuk membalas jasa beliau,” ujar Adam ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Sekolah Integriti Sekolah Henry Gurney (SISHG) 2024.
Adam yang berjaya memperoleh 6A turut berkongsi cabaran yang pernah dihadapinya, termasuklah kesukaran dalam mendapatkan buku teks serta beban yuran persekolahan yang ditanggung ibu saudaranya. Tambahnya, masalah dokumentasi diri turut menjadi penghalang besar dalam proses pembelajarannya.
“Dulu saya tak ada kad pengenalan kerana lambat didaftarkan kelahiran. Itu menyebabkan saya tak layak menduduki SPM kerana status bukan warganegara,” jelasnya.
Namun begitu, peluang pendidikan yang ditawarkan oleh SHG membuka jalan buat Adam untuk terus melangkah ke hadapan. Dengan sokongan beberapa pihak, beliau kini dalam proses mendapatkan sijil kelahiran bagi membolehkan permohonan kad pengenalannya dibuat.
Adam, anak kedua daripada tiga beradik, mula ditempatkan di SHG pada tahun 2022 selepas terlibat dalam kesalahan mencabul. Kini, dengan semangat dan tekad yang baru, beliau mahu mengubah kehidupannya demi masa depan yang lebih baik.