
Baru saja selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 17 Mei lalu, selepas empat bulan, pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad tampil berkongsi wajah terkini buah hati keduanya, Raja Urayyan.
Menerusi satu entri terbaru Uyaina, wajah comel Raja Urayyan yang kini berusia hampir empat bulan dikongsikan ibunya dalam pelbagai gaya.
“The reason (s) for my Kangaroo Pouch. @rajaurayyan,” tulisnya di kapsyen.
Uyaina terlebih dahulu berkongsikan wajah comel Urayyan ketika dilahirkan dan kemudiannya kini makin membesar iaitu pada usianya empat bulan. Makin comel dan berisi badannya.
Meninjau di ruangan komen rata-rata pengikut Uyaina di Instagram memuji wajah comel Urayyan, gabungan wajah ibu dan ayahnya yang jelas ketara.
Semoga Urayyan terus sihat membesar dan membahagiakan ibu dan ayahnya.
Terdahulu, kehadiran Raja Urayyan pada 17 Mei lalu melengkapkan lagi keluarga kecil Uyaina. Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran yang mendirikan rumahtangga pada 21 Disember 2021. Pasangan ini turut mempunyai seorang cahaya mata lagi, Raja Urhan yang kini berusia dua tahun.
Menarik: Intan Najuwa Bakal Timang Anak Perempuan, Potong Kek Simbolik Umum Jantina Anak!
“Know Know Dah Dua Bulan” Sharifah Amani Tayang Muka Anak, Comelnya!
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Boleh Survive Ke Kerja Sorang?” Berkat Sabar Demi Anak, Allah Gantikan Rezeki Melimpah!

Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan membiarkan suami menanggung segala perbelanjaan bukanlah hal yang mudah. Banyak keperluan anak-anak kecil yang sedang membesar, yang sememangnya amat-amat diperlukan.
Namun rezeki Allah sentiasa ada jika kita tahu menguruskannya dengan cara yang lebih baik. Hidup bersederhana dalam semua perkara malah tak perlu terikut ikut dengan cara hidup orang lain. Inilah yang cuba dikongsikan oleh Firdaus Shakirin.
Dulu kami struggle. Laki bini keje shif 12 jam seminggu siang, seminggu malam. Tidur 2,3 jam je sehari, pastu pergi keje pulak. Tak tahu bila anak sulung tu kami jaga, sedar-sedar dah nak dapat adik pulak.
Orang nampak, kami beruntung. Ayat yang selalu dengar adalah,
“Untunglah laki bini dua-dua kerje, duit banyak.” Walhal orang tak tahu, setiap bulan kena combine gaji bayar hutang. Duit lebih, bahagi dua, kadang-kadang dapat la sorang RM300. Kadang-kadang isteri tak ambik bahagian dia, dia suruh kita guna ja.
Masuk anak 2, lagi struggle. Gaji sama, tapi anak 2. Saya pun decide untuk tukar tempat kerje, cari keje yang gaji tinggi sikit. Dulu duit mengasuh 300, sekarang 600. Dulu duit pampers dengan susu 200, sekarang 400. RM1000 tu, memang khas untuk anak ja.
Bila dah tukar tempat kerje, automatik jadi susah jumpa bini. Jadual kerja tak sama, sorang kerja pagi, sorang kerja malam. Masa ni dah mula bincang dengan isteri tentang tajuk,
“Jadi surirumah sepenuh masa jelah yang, senang sikit nak manage anak-anak”
Usul ni ditolak isteri atas alasan kerja sorang tak mampu untuk bayar hutang. Dia risau yang saya tak boleh tanggung seisi keluarga kami. Dia still nak kerja lagi dan tgok lagi keadaan. Saya decide untuk tukar kerja lagi.
Tapi kali ni sebab nak kerja dalam normal shif Isnin – Jumaat, 8 pagi – 5 petang. Senang nak jaga anak-anak, senang nak ambik dan hantar anak-anak, senang nak jumpa isteri sendiri. Alhamdulillah, dapat keje normal.
Bila dapat kerja normal, anak-anak saya yang jaga, saya yang uruskan. Isteri fokus kerja siang malam dia tu je. Bila anak-anak ikut jadual saya, saya pulak jadi struggle.
Pagi-pagi bangun seawal 5 pagi, siapkan diri sendiri, siapkan anak-anak pukul 6, 6.30 keluar rumah hantar anak-anak. Malam pukul 7 baru smpai rumah pengasuh walaupun keluar ofis pukul 5.30pm.
Otw balik rumah, dah call kedai tomyam untuk bungkuskan makanan, jap lagi lalu ambik. Sampai rumah, setel anak-anak, bagi diorang makan, bagi diorang main, agak nampak macam ok, lari p mandi, lari p makan. Setahun lebih macam ni, dapat pulak berita isteri mengandung anak ketiga.
Sekali lagi usul untuk jadi SURI RUMAH SEPENUH MASA dibincangkan. Lepas ni kalau hantar pengasuh, 3 anak dah jadi 900. Tak campur susu & pampers lagi. Dikira, ditolak, dibahagi. Wife nak cuba dulu, tengok macam mana pasni.
Lepas pantang, hantar pengasuh sempat bayar 900 untuk 2 bulan, then tiba-tiba pengasuh pulak tak boleh nak mengasuh sebab dia mengandung. Wife ambik cuti dan ketika cuti tu dia decide untuk jadi SURI RUMAH.
Struggle lagi sebab 2 punca pendapatan, jadi satu…hutang sama, komitmen sama, perbelanjaan sama, tapi 1 gaji yang kena tanggung bayar semua. Tawakal illAllah…
Terus maju ke hadapan, ini adalah pilihan yang terbaik ketika ini, waktu ini untuk kami sebagai pasangan.
Alhamdulillah, setelah sekian lama struggle, kini kerja sorang pun dah mampu untuk tanggung perbelanjaan seisi keluarga. Allah ganti rezeki yang hilang tu sedikit demi sedikit, tahun demi tahun sehinggalah ke hari ini Allah masih ganti lagi.
Sekarang bila saya dengar soalan, “Boleh survive ke kerja sorang…?” Saya hanya mampu tersenyum dan menjawab,
“Boleh asalkan tahu untuk kawal perbelanjaan, bersederhana dalam semua perkara. Tak perlu terikut ikut dengan cara hidup org lain…”
Asal ada nawaitu untuk keluarga, untuk isteri dan anak-anak, selebihnya Allah permudahkan.
Menarik:Nak Pahala Free Rajin-Rajinlah Cium Pasangan, Kening Point Terbaik
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Engkau Makan Rumah Kau, Aku Makan Rumah Aku.” Shukri Yahaya Elak Jadi Suami Curang Dari Awal

Kalau tengok gaya Shukri Yahaya dalam drama, ramai wanita cair dengan wataknya yang penuh emosi dan romantik. Tapi di dunia sebenar, Shukri sebenarnya seorang suami yang cukup pemalu dan pendiam.
Katanya, kalau ada masalah dalam rumah tangga, dia lebih selesa diam dulu — bukan sebab tak peduli, tapi sebab dia perlukan masa untuk susun kata, supaya bila berbincang nanti, semuanya datang dari hati yang tenang.
Habis Kerja, Habis Segalanya di Set
Dalam dunia seni, tak dapat dielakkan bekerja rapat dengan rakan artis wanita. Tapi cara Shukri uruskan batas tu memang buat hati isteri mana-mana cair — sebab baginya, bila kerja tamat, hubungan pun tamat di set.
“Jumpa macam tu je, saya anggap dia rakan kerja. Berjumpa berkawan, habis di situ dan jangan bawa balik ke rumah.”
Tak ada istilah sambung bersembang atau ‘follow-up’ lepas penggambaran. Habis kerja, dia terus balik rumah, tempat paling selesa untuk seorang suami dan ayah.
Bila Watak Jadi Cermin untuk Para Suami
Dalam drama Curang Tanpa Niat, wataknya sebagai Eshaal mungkin nampak kecil kesalahan — cuma ajak rakan sekerja makan malam sebab kerja sampai lewat. Tapi bila fikir balik, kenapa tak pilih untuk makan di rumah bersama isteri dan anak-anak yang menunggu?
Shukri akui, kalau situasi itu berlaku dalam hidup sebenar, dia lebih rela terus balik ke rumah. Katanya, rumah adalah tempat selamat yang tak perlu dia cari di luar.
Balik Rumah Adalah Syurga Paling Nyaman
Shukri mengaku, dia lebih selesa habiskan masa di rumah bersama isteri tercinta, Tya Adnan, dan dua permata hati mereka — Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl. Bukan sebab dia ‘tak boleh keluar’, tapi sebab itulah tempat dia rasa paling cukup.
Tempat dia boleh jadi diri sendiri, peluk anak, duduk diam dengan isteri lepas penat kerja. Itu bagi dia satu bentuk ‘syurga kecil’ yang tak boleh dibeli di mana-mana.
Hubungan Hambar Itu Boleh Dihangatkan Semula
Ramai pasangan, lepas bertahun kahwin, mula rasa hambar. Tapi Shukri percaya, hubungan suami isteri takkan kekal ‘manis’ kalau tak jaga. Bila rasa mula renggang, jangan biar lama.
“Cari kat mana salah dan kita cuba perbaiki. Perpisahan bukanlah jalan yang terbaik.”
“Saya dah kahwin dalam sembilan tahun macam tu. selalu luangkan masa bersama isteri dan anak-anak biasanya bawa mereka holiday. Sebenarnya kalau tengah driving pun akan jadi satu memori buat suami isteri.”
Duduk berbincang, cari apa yang kurang dan cuba isi ruang tu sama-sama. Perkahwinan bukan tentang siapa paling sempurna, tapi siapa paling sudi usaha.
Setia Itu Dipilih, Bukan Diuji
Dalam nada tenang, Shukri ingatkan kita — kadang benda yang nampak ‘kecil’ pada suami, boleh jadi luka yang besar pada isteri. Makan dengan rakan sekerja? Borak lebih di luar waktu kerja? Semua tu mungkin nampak remeh… tapi kalau ada pilihan untuk elak, elakkan. Setia itu bukan sebab tak ada peluang, tapi sebab kita pilih untuk tak cari.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Shukri Yahaya;
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Yang Anggap Lisa Berubah Kerana Suami, Saya Cuma Restu.” – Datuk Yusry.

Penghijrahan Datin Lisa Surihani mendapat perhatian ramai. Banyak yang memuji penampilannya sekarang yang cukup manis berhijab. Selain itu, pelakon cantik ini juga banyak menghadiri kelas agama bersama rakan-rakan selebriti yang lain.
Suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim memberitahu penghijrahan Lisa adalah kehendak dirinya sendiri. Dia juga tidak pernah menghalang atau memaksa isterinya untuk melakukan penghijrahan sebesar itu.
Artikel Menarik: [Tak Perlu Cakap, Bila Cium & Peluk Anak Dia Tahu Kita Sayang. Selalulah Buat!]

Melalui artikel di xtra, Yusry mengatakan setiap perubahan Lisa bukan disuruh tetapi sebagai suami dia merestuinya.
“Semuanya atas kehendak dia. Itu apa yang dia mahu. Kalau ada orang kata, dia pakai tudung sebab suami yang suruh buat apa?
So, itu yang dikehendakkan. Dia buat itu dan ini (belajar agama) kerana Allah SWT, jadi saya restu. Itu je.”
Kini Lisa sudah jarang menerima tawaran berlakon di atas kehendak dirinya juga. Tambah Yusry, itu adalah pilihan isterinya untuk kurangkan berlakon.
Artikel Menarik: [Rajin Doakan Anak, Dia Berjaya. Suka Puji, Jadi Yakin Diri & Berani!]

Yusry turut memberitahu setiap apa keputusan isterinya tidak dilarang melainkan perkara yang tidak elok. Namun katanya, dia bersyukur dengan setiap perubahan Lisa.
Penyanyi dan pengarah terkenal ini juga tidak mahu mengambil ‘kredit’ di atas penghijrahan isterinya.
“Ada segelintir warganet yang beranggapan penghijrahan Lisa ini adalah kerana suami, walhal saya hanya merestui apa yang dibuat oleh isteri saya.
“I don’t want to take a credit for benda-benda yang orang lain buat. Macam ada orang kata bagus lah Yusry pandai jaga dan didik isteri.
“Saya cuma merestui dan it’s all about communications.”
Artikel Menarik: [Auto Sebak Tengok Reaksi Pakcik Ni Bila Tahu Anaknya Mengandung. Sedih!]
Bercerita tentang keputusan Lisa untuk berhijab, Yusry memberitahu ia berlaku semasa mereka baru pulang dari mengerjakan umrah. Lisa ada menyuarakan hasratnya untuk memakai hijab sebelum menunaikan umrah dan meminta pendapatnya.

Tidak mahu memaksa, Yusry mengatakan jika sudah tiba masa dan isterinya itu mahu berhijab, buatlah. Namun Yusry menitipkan pesanan agar isterinya memakai hijab bukan kerana mahukan pujian atau perhatian orang.
Tidak mahu isterinya melakukan penghijrahan mengenakan hijab kerana orang lain, Yusry tidak mahu suatu hari nanti isterinya buka tudung semula.
“Jadi benda tu saya dah nasihatkan dan make sure it is final. So, bila balik umrah tu Lisa kata YES! It is final. So, Alhamdulillah.”
Melihat penghijrahan Datin Lisa Surihani sememangnya memberi inspirasi kepada kita semua. Dengan sokongan dari suami, mudah-mudahan Lisa dan kita semua yang melakukan perubahan terbaik dalam hidup akan terus bersemangat dan istiqamah.
Sumber: xtra
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI