Ramai ingat bila dah sah hamil baru nak jaga pemakanan dan ambil vitamin. Hakikatnya, persediaan sebenar bermula sebelum dua garis tu muncul. Salah satu yang paling penting tapi selalu dipandang ringan ialah asid folik (vitamin B9). Kalau nak cakap secara mudah, asid folik ni macam “foundation” awal untuk pembentukan bayi yang sihat.
Kenapa Asid Folik Penting Sangat?
Asid folik, atau vitamin B9 (folate), bukan sekadar “supplement biasa”. Ia penting untuk:
Pembahagian dan pembentukan sel
Mengekalkan DNA yang sihat
Perkembangan otak dan saraf janin
Kalau tak cukup, risiko pada bayi boleh jadi serius seperti:
Kecacatan tiub saraf (neural tube defect)
Ibu pula boleh alami anemia kekurangan folat
Sebab tu wanita yang merancang untuk hamil digalakkan ambil asid folik lebih awal, bukan tunggu dah pregnant baru nak start.
Sumber Semula Jadi vs Suplemen – Mana Lebih Baik?
Secara semula jadi, asid folik ada dalam:
Sayur hijau: sawi, bayam, kangkung
Kekacang: dhal, kacang kuda, tempeh, tauhu
Buah-buahan tertentu
Bijirin yang difortifikasi
Kelebihan makanan asli:
Badan dapat multinutrient – bukan setakat folat, tapi vitamin lain, mineral dan serat sekali.
Tapi… ada satu realiti:
Asid folik mudah rosak bila:
Disimpan lama
Diproses
Dimasak terlalu lama (sayur layu habis nutrisi pun drop)
Sebab tu suplemen kadang-kadang diperlukan, especially untuk wanita:
Ads
Yang baru kahwin & plan nak hamil
Yang dah hamil (keperluan naik hingga ±600µg sehari)
Important: Suplemen bukan pengganti makanan. Dia cuma “backup system”.
Dan jangan main beli sendiri—kena rujuk doktor, nutritionist atau pharmacist dulu sebelum ambil asid folik tambahan.
Realiti Ibu Hamil: Sayur Selalu Tak Cukup
Ramai ibu sebenarnya tak capai pun saranan 3 sajian sayur sehari.
Sebagai guideline mudah:
1 sajian sayur = 4 sudu makan sayur masak
Atau = 1 cawan sayur mentah (ulam)
Tambah juga protein tumbuhan:
Ads
Tempeh, tauhu
Kacang dhal, kacang hijau
Badam, gajus
Simple je sebenarnya, tapi konsistensi tu yang mencabar. Bila pengambilan sayur tak cukup, keperluan asid folik harian pun susah nak capai secara semula jadi.
Suami Jangan “Lepas Tangan” – Ini Peranan Anda
Ini part yang ramai overlook.
Kesihatan ibu & bayi bukan tanggungjawab isteri seorang.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan untuk memiliki anak yang sihat dan sempurna dalaman serta luarannya. Disebabkan itu, isu berat badan akan sangat dititikberatkan. Ibu bapa semestinya tidak mahu anak mereka terlalu gemuk atau obesiti kerana ia akan mendatang pelbagai jenis komplikasi kesihatan yang lain. Selain itu, ibu bapa juga tidak mahu anak mereka terlalu kurus kerana ia turut menjejaskan kesihatan anak mereka.
Berat badan yang normal dan ideal bagi seorang kanak-kanak adalah berbeza mengikut BMI, jantina dan pelbagai lagi kondisi yang lain. Oleh itu, ibu bapa seharusnya bawa anak berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kepastian mengenai berat badan yang normal dan ideal untuk anak anda.
Apakah punca anak anda terlalu kurus?
Sebenarnya, turun naik berat badan bagi kanak-kanak adalah normal. Namun jika perubahan ini berlaku secara mendadak, ia merupakan suatu perkara yang perlu dirisaukan. Kanak-kanak akan mengalami kehilangan berat badan sekiranya mereka tidak mengamalkan tabiat pemakanan sihat, mempunyai kadar metabolisma yang rendah atau menghidapi suatu jenis penyakit. Ini seterusnya akan memberi impak yang sangat membimbangkan kepada kesihatan dan tumbesaran mereka.
Selain itu, ada juga kondisi kesihatan lain yang boleh menyumbang kepada masalah anak anda terlalu kurus. Berikut merupakan kondisi kesihatan tersebut:
Bagaimanakah mengatasi masalah ini?
Sebagai ibu bapa, anda perlu memainkan peranan yang sangat besar dalam memastikan anak anda yang terlalu kurus untuk tidak putus asa dan berpuas hati dengan berat badan yang mereka punyai ketika ini. Paling penting, anda perlu terapkan semangat kepada anak anda agar mereka makan dengan lebih banyak dan bijak. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diiikuti untuk mengatasi masalah ini:
1. Makan secara konsisten
Majoriti kanak-kanak akan makan mengikut kemahuan dan bukan keperluan mereka. Ini merupakan salah satu faktor anak anda terlalu kurus. Anda sebagai ibu bapa seharusnya membuat jadual pemakanan yang teratur dan pastikan mereka mematuhinya. Jangan sesekali biarkan anak anda terlewat waktu makan kerana ia boleh menyebabkan anak anda kehilangan nutrisi-nutrisi yang penting untuk tumbesaran.
2. Makan dalam kuantiti yang lebih besar
Kanak-kanak sangat gemar untuk makan dalam kuantiti yang kecil kemudian tidak menghabiskan makanannya. Ini juga merupakan faktor anak anda terlalu kurus. Anda perlu menggalakkan mereka makan dalam kuantiti, bahagian atau saiz makanan yang lebih besar di dalam satu pinggan sajian. Jika mereka meminta untuk menambah makanan lagi, jangan teragak-agak untuk memberikannya kepada mereka.
3. Makan makanan yang berkalori tinggi
Kalori merupakan pemangkin kepada pertambahan berat badan yang bagus dan cepat. Baca label yang terdapat pada makanan untuk mengetahuinya. Selain itu, anda juga boleh mengikuti panduan berikut untuk menambahkan kalori pada jenis makanan ini:
4. Minum minuman yang berkalori tinggi
Selain makanan, minuman yang berkalori tinggi juga dapat membantu anak anda menambahkan berat badan mereka. Antara contoh minuman yang berkalori tinggi adalah jus buah-buahan dan susu rendah lemak.
5. Makan makanan yang berlemak
Walaupun berbunyi agak klise, makanan yang berlemak tinggi adalah makanan yang terbaik untuk menambahkan berat badan anak anda. Antara contoh makanan berlemak sihat adalah kekacang, avokado, mentega kacang dan minyak zaitun.
Buah-buahan adalah kuncinya
Selain itu, ibu bapa juga perlu tahu bahawa pengambilan beberapa jenis buah-buahan juga mungkin boleh buat anak anda menjadi lebih gemuk. Wah, apakah buah-buahan berikut? Berikut adalah jawapannya:
Buah ara
Buah ini boleh dikategorikan sebagai sumber serat dan kalium yang baik. Percaya atau tidak, ia sebenarnya mengandungi jumlah gula yang agak serupa dengan gula-gula biasa. Ia mengandungi sekitar 27 gram setiap satu. Jadi, ia sudah pasti merupakan antara buah-buahan yang boleh mungkin meningkatkan berat badan anak anda. Cuma pastikan mereka tidak ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, ya?
Pisang
Buah ini sangat sesuai diambil semasa sarapan pagi. Ia bukan sahaja akan dapat menghilangkan rasa lapar, namun ia juga mengandungi sehingga 180 kalori. Dalam pada itu, ia juga mengandungi kadar serat, kalium dan vitamin C yang tinggi, menjadikan ia buah yang boleh meningkatkan berat badan anda. Jadi, anda sudah boleh minta anak anda ambil buah ini atau jika mereka kurang gemarkannya, boleh jadikannya minuman atau smoothie.
Mangga
Buah ini adalah antara buah-buahan yang boleh meningkatkan berat badan anak anda ekoran jumlah vitamin C dan seratnya yang sangat banyak. Namun, ia juga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Ya, ia mungkin berita baik bagi individu yang ingin menaikkan berat badan mereka, namun, ia mungkin akan mengakibatkan masalah lain pula seperti diabetes. Jadi, anda mungkin boleh ambilnya sebagai pencuci mulut dan dalam jumlah yang sederhana.
Avokado
Buah ini adalah alternatif kepada krim berat atau mana-mana produk tenusu yang sudah pasti boleh meningkatkan berat badan anak anda. Namun, jika anda tidak mahu berat badan anak anda naik terlalu banyak, beri mereka buah ini dalam jumlah yang sederhana sahaja. Ini kerana ia mempunyai lemak mono tepu dan kalori yang sangat tinggi. Jadi, sila berjaga-jaga ya?
Ceri
Buah ini walaupun kecil sahaja, ia mengandungi pelbagai manfaat seperti kalium yang mampu membuang sodium berlebihan di dalam badan sekali gus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Namun, pengambilannya yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah, sama seperti buah-buahan yang lain. Jadi, sama juga seperti buah yang lain, minta anak anda ambil dalam jumlah yang sederhana sahaja okay?
Namun, segala jenis makanan dan buah-buahan yang dinyatakan ini adalah cadangan semata-mata. Ia mungkin boleh atau tidak mampu meningkatkan berat badan anda. Sebaiknya dapatkan pandangan pakar nutrisi atau pakar pediatrik untuk merealisasikan hasrat anda itu.
Konklusi
Kesimpulannya, anak terlalu kurus mungkin akan membuat anda berasa gagal sebagai ibu bapa. Namun, anda tidak seharusnya berasa begini dan cuba beri mereka makanan yang diperkatakan dalam artikel. Sebaiknya, dapatkan pandangan pakar terlebih dahulu okay?
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah nak hasilkan resipi pes ikan bakar yang betul-betul sedap. Kadang-kadang beli pes segera ada juga yang tak kena dengan tekak sendiri kan? Kalau nak buat pes ikan bakar yang betul-betul sedap boleh ikuti resipi yang dikongsi ini.
Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.
Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa-paksa selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.
Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak keluar modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.
RESIPI PES IKAN BAKAR
Bahan kisar:
3 inci halia
3 inci lengkuas
12 biji bawang merah
1 setengah bawang holland
4 batang serai besar
2 sudu kecil udang kering
3 biji cili merah besar
4 helai daun limau purut
6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betul-betul lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang ‘umphh’ orang kata.
Bahan tambahan:
5 sudu cili kisar
2 keping asam keping
1 sudu kecil gula melaka
Gula putih
Garam
Penambah perisa (Knorr)
Sedikit minyak
Cara penyediaan pes:
Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. 🤗
Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi:
Siang ikan dan basuh betul-betul. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan pulak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
Sediakan daun pisang besar-besar. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.
Bakar atas kuali atau pemanggang dalam 30 minit. Sambilsambil tu cuba la selak sikit takut terlebih masak. Isi ikan dah bertukar warna putih, yeayy sekarang semua dah siap dan hidang. Alhamdulillah nikmatilah keenakan ikan bakar berempah dengan keluarga tercinta tanpa ragu-ragu ye.
Puan-puan boleh cuba ye. Nanti saya akan share lagi resepi lain yang boleh memikat selera puan puan semua. 🥰
Kredit: Siti Aisyah Husin(MAHN)
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika sebelum ini resipi Yogurt Bak yang cukup popular dan dikenali sesuai untuk bayi yang mengalami masalah gatal-gatal gusi, kali ini anda juga boleh mencuba Yogurt Strawberi Pop ini yang lebih comel saiznya.
Malah resipi ringkas yang dikongsikan oleh Pn Nazihah Nasir ini juga amatlah mudah untuk disediakan. Hanya gunakan dua bahan dan simpan sahaja untuk disejukkan. Sekali di masukkan ke mulut, terus cair. Pastinya si comel kita suka.
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.