Sedapnya kalau dapat makan roti canai untuk sarapan pagi atau minum petang kan? Tak semua orang pandai buat roti canai sendiri, nak mudah sama ada ke kedai mamak atau boleh beli saja yang segera.
Nak lebih sedap lagi, bolehlah buat roti canai sarang burung. Dengan kuning telur yang cair, dimakan pula dengan kuah dal, kari atau sambal sardin. Memang terangkat!
Melalui perkongsian Superdaddy, Khairul Abdullah, dia berkongsi cara mudah untuk buat sendiri menu ini menggunakan roti canai segera.
Roti Canai Sarang Burung Superdaddy
Nah aku buat roti canai sarang burung pagi tadi. Dah habis dah idea nak makan apa sebenarnya dan teringat roti paratha Tishas tu masih ada baki sekeping. Nak buat dia mudah yakmat aih, sedap pulak tu.
Bahan-bahan wajib ada: 1 keping roti paratha frozen 2 biji telur Sedikit garam dan lada hitam atau lada sulah. Boleh add on cili potong dan daun bawang.
Cara nak buat dia: 1. Keluarkan roti paratha dari freezer, buka plastik terus dan sapukan minyak di kedua-dua belah dan biarkan dia lembut.
Ads
2. Bila dah lembut maka kau lenyekkan dia bagi nipis. Nipisssss isss, nipis senipis-nipisnyaaa aaaa. Ternyanyi pulak.
3. Bila dah nipis cantik maka kau pintal dia jadi memanjang. Tengok gambar macamana aku buat.
4. Dah memanjang tu barulah kau bentukkan jadi bulat. Biar besar sikit bulatan tu kalau nak masukkan 2 biji telur. Kalau kecil jer hanya muat sebiji telur.
Ads
5. Dah tu kau panaskan kuali yang disapukan dengan sedikit minyak dan letaklah sarang di tengah-tengah kuali. Bila bahagian bawah dah golden gitu maka kau terbalikkan.
6. Dah terbalik, barulah pecahkan telur ke dalamnya. Tabur sedikit garam dan serbuk lada hitam atau lada sulah. Nak tabur serbuk cili pun nais jugak. Dah telur masak, tutup api dan hidangkan.
Kau taburlah potongan daun bawang atau potongan cili kalau suka pedas.
Sekian, selamat mencuba.
Kalau nak makan di kedai, agak pricy juga sekeping roti canai sarang burung ni. Dah tahu rahsia senang ni, bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Nak makan pun lebih puas dan bolehlah dinikmati bersama kuah pilihan. Selamat mencuba mommies!
Kuih apam antara kuih-muih yang cukup mudah disediakan. Ia ringkas malah menggunakan bahan yang tidak banyak untuk disediakan kepada anak-anak. Jika si kecil anda sukakan apam, Apam Solo ini wajib ada cuba.
Tambahan inti kelapa di dalamnya sememangnya menyedapkan lagi rasa apam. Lebih laju suapan. Apatah lagi kala digandingkan bersama secawan teh panas di petang hari. Resipi ringkas yang disediakan oleh Pn Zura Zul ini wajib ada cuba. Memang sedap!
Apam Solo. Apam berintikan kelapa dalam dia, memang sedap.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/4 cawan minyak
1 paket yis mauripan
Secubit garam
2 1/2 cawan air
Pewarna ikut suka
1) Kecuali pewarna, campurkan kesemua bahan-bahan di atas. Kacau rata/sebati.
2) Perap adunan dalam bekas bertutup 1/2 jam atau sehingga naik.
3) Panaskan kukusan terlebih dahulu hingga mendidih. Acuan sapu minyak. Susun acuan dalam pengukus.
4) Adunan perap yang dah naik tadi dikacau rata.
5) Tuang sesudu adunan apam dalam acuan tadi. Masukkan inti kelapa (buat bulat-bulat dulu inti kelapa). Tutup inti dengan adunan tadi. Jangan tuang penuh acuan.
6) Lebihan adunan bahagikan sikit-sikit. Warnakan dengan warna pilihan. Guna sudu kecil ambil sedikit adunan letak atas apam tadi. Buat dengan cepat ye sebab adunan apam naik cepat. Boleh lorekkan guna lidi.
6) Kukus selama 15 minit. Guna api sedehana besar.
P/s: **Untuk adunan warna boleh juga masukkan dalam plastik kecil. Paipkan atas apam. Kemudian lorek dengan lidi **Adunan dia sedikit pekat/kental. Jangan tambah air.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Cekodok pisang atau cucur pisang merupakan campuran antara pisang dan tepung gandum serta beberapa bahan penambah rasa yang lain. Bukan senang nak dapatkan hasil cekodok pisang yang rangup di luar, lembut di dalam dan tak serap minyak.
Kalau nak anda nak cuba resipi cekodok pisang rangup di luar dan lembut di dalam, anda boleh cuba resipi di bawah. Memang anda kena cuba sendiri.
Bahan-bahannya:
5 biji pisang
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan gula pasir
1/2 sdt soda bikarbonat
1 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin
Cara-caranya:
1. Satukan kesemua bahan kecuali tepung gandum, lenyek sebati
2. Bila dah sebati, masukkan tepun gandum dan adun sebati
3. Perap adunan itu tadi selama 30 minit sebelum menggoreng. Tujuan ia diperap terlebih dahulu supaya cekodok pisang akan menjadi ranggup di luar dan lembut di dalamnya. Itulah rahsianya.
4. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemputkan adunan tadi ke dalam minyak panas.Goreng dengan api sederhana sehingga masak.
5. Siap dihidangkan. dihidangkan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dato Aliff Syukri memang terkenal dengan aksi-aksi yang mencuit hati. Tapi di sebalik minatnya berniaga, Abang Kosmetik juga sangat suka memasak. Banyak video-video masakan yang dikongsi oleh beliau di Instagramnya. Tak lokek betul Aliff Syukri berkongsi resipi.
Minatnya memasak mungkin dari bondanya yang suka memasak makanan kampung, iaitu Bonda Rozita pengasas Sendayu Tinggi.
Kali ini mungkin berbeza sedikit, kerana Aliff Syukri masak lauk berpantang untuk isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan Yusoff Al-Qardawi.
Beruntung Datin Shahida kerana suami masakkan lauk dalam pantang. Ikuti perkongsian di Instagram Dato Aliff Syukri
Lengkuas
Bawang Merah
Bawang Putih
Serai
Halia
Asam Keping
Garam
Ikan Tongkol
Lada hitam
Cili Padi
Cara Penyediaan Tumbuk manja lengkuas, bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan serai dan lengkuas dan tumbuk lagi tapi jangan terlalu kuat.
Masukan kesemua bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam periuk berisi air.
Masukan garam secukup rasa kemudian masukan asam keping dan ikan tongkol.
Dah nak siap masukkan lada hitam dan cili padi. Siap untuk dihidang.
Menurut Aliff Syukri, resepi ini elok untuk ibu berpantang dan sesiapa yang nak diet. Masakan ini ringkas dan sedap. Masakan ini khas untuk isteri tercintanya supaya Shahida sentiasa cantik.
Namun rata-rata netizen tidak setuju Aliff Syukri menggunakan Ikan tongkol dalam masakannya untuk isteri kerana ikan tongkol boleh menyebabkan gatal-gatal.
Orang berpantang tak boleh makan ikan tongkol Dato walapun bersalin normal
Ikan tongkol tak boleh makan Dato, tapi ikan tenggiri boleh
Cara masakan bagus untuk orang berpantang, cuma ikan tak sesuai
Walaupun cara Dato mungkin salah, tapi usaha dia untuk masak makanan untuk isteri patut dipuji. Cuma Dato perlu berhati-hati dalam memilih bahan untuk masakan berpantang.
Cara Dato layan keluarga memang patut dicontohi
Untuk yang berpantang, resipi tersebut boleh diguna pakai. Cuma anda dinasihatkan untuk mengubahsuai beberapa bahan dalam masakan tersebut. Anda boleh menukar ikan tongkol dengan ikan tenggiri. Gunakan ikan yang sesuai untuk ibu berpantang. Asam keping dan cili padi jika tidak sesuai, tak perlu tambah ke dalam masakan pantang.