Kata orang, anak perempuan sememangnya manja dengan ayahnya. Bagi anak perempuan, si ayahlah hero pertama dalam hatinya. Ayah pula memang suka melayan kerenah anak perempuan yang dianggap puteri dalam keluarga.
Terserlah kasih sayang antara ayah dan anak perempuan dalam video yang dikongsikan laman Sahabat Surga ini. Kedua-dua beranak ini kelihatan cukup gembira bergurau antara satu sama lain, meski hanya duduk di atas motor.
Dalam video tersebut, dapat dilihat mereka seperti bermain ‘oh som’ dan apabila si ayah kalah, akan terima denda iaitu ciuman dari anak perempuannya itu.
Sumber: Sahabat Surga Antara aktiviti yang boleh ayah buat bersama-sama anak perempuan. Bonding jadi kuat, otak pun lebih cerdas. Klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi perempuan 9 bulan meninggal dunia, kematian dipercayai akibat didera. Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia pada Jumaat lalu, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Menerusi rakaman-rakaman video dikongsikan di TikTok Makjah, ramai terpegun dan terpesona dengan lenggokan percakapan kanak-kanak itu yang dikatakan ala loghat British.
“Berdasarkan laporan polis, bayi tersebut dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki telah didera.
“Bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 3.50 pagi pada Jumaat. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian bayi itu,” katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Menurut beliau, polis masih mengesan ibu bayi tersebut yang merupakan warganegara Vietnam.
“Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dibuat terhadap dua rakan kepada ibu mangsa. Teman lelaki kepada salah seorang daripada rakan ibu mangsa juga ditahan.
“Selain itu, pengasuh bayi yang merupakan pasangan suami isteri juga ditahan. Kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 42 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada jam 10 malam Khamis lalu,” katanya.
Menurut beliau, dua rakan kepada ibu mangsa itu disyaki telah menjaga bayi tersebut untuk satu tempoh masa sebelum kejadian.
Tambahnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat dan akan disambung reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Penularan COVID-19 sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan saja dari segi kesihatan tetapi juga ekonomi rakyat kerana boleh dikatakan hampir kesemua sektor terjejas dek kerana wabak ini.
Di dalam sebuah sidang media, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion hari ini.
Antara yang diberi perhatian oleh Muhyiddin adalah peruntukan ke atas pembayaran bil elektrik. malah kata beliau, kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat.
“Dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.
Sebagai tambahan, Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikan diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan.
Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaun sebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.
Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.
Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluarga akan menawarkan penangguhan pembayaran premium atau sumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini
Memikirkan akan kepentingan penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia, beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi.
Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan tamat.
Selain itu, tambahan RM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.
Tidak mahu wujudnya situasi majikan terpaksa membuang pekerja, Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upah untuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Menerusi program ini Kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.
Program ini dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50% sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion.
Buat anda yang mungkin risau tentang perihal belanja sepanjang wabak COVID-19 ini berleluasa, Muhyiddin memberitahu bahawa penyimpan yang menabung dalam Skim Persaraan Swasta atau PRS juga dibenarkan membuat pengeluaran wang dari akaun mereka.
Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.
Semoga dengan setiap bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan rakyat Malaysia yang terjejas akibat COVID-19. Rakyat sedar akan keprihatinan kerajaan yang sedaya upaya mencari jalan untuk memudahkan setiap pihak. Diharapkan segala permasalahan ini akan segera selesai dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas Isteri Safee Sali diberi hak penjagaan penuh anak, selesai secara damai. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.
Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali itu kini sah mendapat penjagaan ke atas dua anak perempuan hasil persetujuan bersama antara kedua-dua pihak.
Fitria memaklumkan bahawa perbincangan mengenai hal tersebut telah berlangsung sejak Mac lalu, dan kedua-duanya berjaya mencapai persetujuan tanpa perlu melalui proses mahkamah yang panjang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
“SYUKUR ALHAMDULILLAH, AKHIRNYA SAYA DIBERI HAK UNTUK MENJAGA ANAK-ANAK. SEGALANYA TELAH DIURUSKAN OLEH PEGUAM, KINI TANGGUNGJAWAB PENUH MENJAGA ANAK-ANAK BERADA DI BAHU SAYA,” KATANYA KETIKA DITEMUI DI LUAR MAHKAMAH.
Warganegara Indonesia itu sebelum ini memfailkan tuntutan hak penjagaan ke atas dua anak mereka — Shanika Salsabilah, 10, dan Shania Safina, 8 — pada Mac tahun lalu.
Hakim Syarie Salehan Yatim membuat keputusan berdasarkan dokumen perjanjian yang ditandatangani kedua-dua belah pihak. Berdasarkan keputusan tersebut, Fitria diberikan hak penjagaan penuh manakala Safee dibenarkan melawat anak-anaknya sekali sebulan bermula hari ini.
Dalam prosiding tersebut, Fitria diwakili peguam Nur Sabrina Abdul Rahim dan Putri Ummi Kartini Abd Latiff. Manakala Safee diwakili peguam Noor Azlina Che Hasan.
Menurut Putri Ummi Kartini, kes ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya melibatkan amanah terhadap anak-anak.
“Kedua-dua pihak telah mencapai kesepakatan dengan baik tanpa sebarang isu besar. Terma perjanjian tidak boleh didedahkan, namun hak penjagaan diberikan kepada ibu dan bapa pula mendapat hak lawatan yang dipersetujui bersama.
“Isu penjagaan anak tidak seharusnya dilihat sebagai perebutan. Walaupun satu pihak diberi hak jagaan, pihak satu lagi tetap diberi hak lawatan. Anak adalah amanah Tuhan, maka kedua-dua ibu bapa harus bertanggungjawab,” jelas beliau.
Sementara itu, cubaan wartawan untuk mendapatkan reaksi daripada Safee tidak berhasil apabila beliau memilih untuk tidak memberi sebarang komen dan terus meninggalkan mahkamah selepas prosiding berakhir.
Ajar anak puasa perlu dilakukan secara berperingkat mengikut umur. Pakar pediatrik Dr Nisa Khalil kongsikan panduan umur sesuai dan cara terbaik melatih anak berpuasa tanpa tekanan.