Ketika dalam fasa semakin nak membesar ni, bukan mudah nak tidurkan anak. waktu bayi, cukup susu dan lampin pun dah ditukar, bayi akan rasa mengantuk sendiri. Letak saja dan boleh tidur. Lain pula dengan anak-anak yang dah mula suka bermain ni, memang payahlah kita nak ajak tidur kan?
Baru-baru ini viral cara seorang ibu menunjukkan kaedah untuk menidurkan anak. Dengan hanya menyebut perkataan tidur dan kemudian menyapu lembut muka anak sudah boleh membuatkan si anak mamai dan kemudian terlelap.
Tertarik dengan kaedah yang dikongsikan ibu tersebut, seorang ayah mahu mencubanya. Selepas menonton video itu, dia lantas mengambil anaknya di bahagian hadapan rumah dan mula mengikut cara seperti dalam video.
Selepas 2-3 kali percubaan, tak nampak seperti anaknya mengantuk. Yang pasti, dapat dilihat anaknya itu cuba mengalihkan wajahnya dari disentuh si ayah. Yang lucunya, tanpa diduga si anak kemudian menampar wajah ayahnya!
Kedengaran suara wanita yang merakan momen tersebut ketawa ketika kejadian itu berlaku. Si ayah kemudiannya terus membawa anaknya itu ke hadapan semula.
Setiap orang punya ujian dan dugaan yang berbeza-beza. Meskipun tidak diuji dengan kesusahan, kesenangan itu sendiri juga merupakan ujian untuk kita membantu orang-orang yang memerlukan.
Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Zairul Eizam cukup menyentuh hati. Dalam perjalanan di sebuah lebuh raya, dia terserempak dengan sepasang OKU yang hanya bermotorsikal membawa dua orang anak yang masih kecil.
Pasangan tersebut meredah lebuh raya dari Ampang menuju ke rumah mereka di Bukit Subang selepas mendapatkan rawatan daripada Hospital Ampang bayi mereka mempunyai masalah pendengaran. Lebih menyedihkan anak yang sulung juga walaupun nampak mempunyai masalah speech delay.
Ada motor tak stabil atas highway, pasangan bawa anak kecil dan bayi
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
Sepintas lalu, saya toleh ke sebelah kiri. Sepasang suami isteri dengan seorang kanak-kanak di depan penunggang dan ada sepasang kaki terjulur di antara pembonceng belakang.
“Allahu, ada baby”.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
Bila tanya, mereka jawab guna Bahasa isyarat, rupanya pasangan OKU
“Bang, kenapa ni”. Tanya saya.Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
Terus dapat idea, saya keluarkan handphone dan taip apa yang berlaku. Kemudian saya tanya rumah di mana. Si isteri yang sedang kendong baby, cuba membalas soalan saya.
“Bukit Subang”.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami.
Saya tonjol dari belakang sampailah ke Caltex Denai Alam untuk bantu isi angin tayar. Sempat juga saya tanyakan pada si isteri kerja di mana.
Dari hospital buat pemeriksaan anak, ada masalah pendengaran
Yelah saya beranggapan, mungkin mereka bekerja dan hantar ke rumah pengasuh yang berdekatan dengan tempat kerja. Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
“Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing”.
Terus saya menangis. Berkata dalam hati. Apa Tuhan nak tunjuk pada aku ni. Saya terus taip di Whatsapp, nyatakan bagi saya bawa motor si suami ni, sampai ke rumah. Mereka bersetuju.
Sampai di premis perumahan flat kos rendah berdepan Surau Al Mahdi, Taman Bukit Subang, Shah Alam. Saya parkir dan serahkan kunci motor mereka. Saya nekad nak bantu mereka. Saya nyatakan yang saya nak tulis cerita di Facebook untuk bantu mereka. Dengan izin Allah, bantuan sampai.
Bila mana saya nyatakan begitu, si isteri dan suami tadi mengalirkan air mata. Mungkin merasakan sesuatu yang tidak disangka-sangka. Mereka juga maklum, anak sulung, sempurna tapi ini speech delay. Tak semena-mena saya sekali lagi menyeka air mata melihat si ibu mengendong Nur Jannah dan si ayah memimpin Muhammad Ziyad Wafi.
Sama-sama bantu
Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan. Yakinlah. Dengan kudrat yang kita ada, waimah dengan berkongsi entri ini atau berkongsi wang ringgit yang ada ianya akan memudahkan urusan dan tugasan keluarga ini.
Bagi kalian yang ingin membantu, saya sertakan nombor akaun dan nombor telefon si ayah.
12234020181048 – Bank Islam (Zubair Mohammad)
0129414966 – En. Zubair Muhammad
Facebook – Zubair Muhammad
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua.
Dalam perkongsian terbaru Zairul di Facebooknya juga, dia turut membantu menguruskan beberapa hal berkaitan pasangan ini termasuklah urusan rawatan anak pasangan ini yang telah ditukarkan ke Hospital Sungai Buloh. Selepas ini mereka tidak perlu lagi ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan.
Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan ditemui meninggal dunia selepas dipercayai digigit oleh ibu kandungnya sendiri.
Kejadian yang berlaku di Bima, Indonesia ini sangat menyedihkan apatah lagi ibu kandung melakukan tindakan itu tanpa sedar.
Dipercayai digigit oleh ibunya
Menurut Ketua Perhubungan Awam Bima, Iptu Adib Widayaka mengatakan bahawa bayi perempuan itu meninggal dunia akibat luka gigitan yang dipercayai digigit oleh ibunya. Lebih pilu lagi apabila mangsa mengalami luka di bahagian pipi kiri, hidung dan tangan kiri.
Ketika kejadian, penduduk kampung datang ke rumah suspek kerana terdapat seorang wanita mengatakan bahawa terdapat kes penderaan berlaku dan meminta untuk membantu memeriksa mangsa.
Saksi yang mendengar perkara terbabit bergegas ke rumah suspek. Namun apabila tiba, dia mendapati mangsa sudah terbaring di atas tikar dan dilitup dengan kain batik dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi.
Bapa menangis tengok mayat anak
Dalam pada itu, bapa kepada bayi terbabit dilihat sedang menangis sambil memandang mayat anaknya itu. Sementara itu, suspek pula berdiri di hadapan pintu bilik sambil mendukung anak sulungnya yang berusia dua tahun.
Ketika itu saya tanya apa ‘apa yang kau dan buat dengan anak kau?’ Dia hanya kata ‘Saya tak tahu apa-apa’ dengan muka kebingungan.
Susulan daripada itu, polis bergegas ke tempat kejadian untuk menahan suspek serta meminta keterangan awal daripada saksi. Difahamkan mangsa telah dibawa ke hospital Bolo untuk proses bedah siasat.
Anggota polis yang datang ke tempat kejadian telah memeriksa keadaan mangsa dan terus menahan suspek untuk siasatan selanjutnya.
Berdasarkan kenyataan awal saksi, suspek mempunyai sejarah gangguan mental. Maklumat daripada keluarga juga telah menguatkan lagi dakwaan di mana suspek dikatakan sering dirasuk.
Mahu memiliki anak ramai, pelakon cantik, Emma Maembong tidak menolak jika dianugerahkan rezeki hamil dalam masa terdekat ini.
Walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu, namun akui Emma dia bersedia kerana amat sukakan keluarga yang ramai.
“Kalau diikutkan, saya mahu beranak setiap tahun. Cuma, belum ada rezeki kerana untuk dapatkan anak kedua ini, ada jurang dua tahun.
“Saya hendak anak ramai kerana saya datang daripada keluarga yang besar, iaitu 11 adik-beradik.
“Saya sudah biasa dengan suasana riuh rendah. Masa mula-mula kahwin, terutama pada hari raya, saya amat sunyi hingga menangis,” katanya.
Dalam pada itu, Emma juga sempat memberitahu bahawa dia sukar untuk berpisah dengan anak-anak pada tempoh yang lama.
Disebabkan itulah Emma sanggup membawa anaknya serta seorang pembantu ke set pengambaran hanya disebabkan tidak mahu berjauhan dengan mereka dalam waktu yang lama.
“Saya memang tidak boleh berjauhan dengan anak-anak. Sebab itu walaupun sesibuk mana, saya mahu anak-anak sentiasa ada dengan saya.
“Jadi salah satu cara, saya akan bawa anak-anak, suami dan seorang pembantu ke set penggambaran. Saya jadi lebih gembira dan bersemangat untuk bekerja jika mereka ada bersama,” katanya.
Terdahulu, Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan juga Shakil Aryan Shah.
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...