Salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai ketika raya adalah Sambal Goreng Jawa. Dimakan dengan nasi impit mahupun ketupat, memang terangkat! Biarpun penyediaannya agak renyah kerana perlu dihiris dan kemudian digoreng terlebih dahulu, tetapi cara untuk memasaknya sangat mudah.
Menu ni kalau ada di pagi raya, memang berebut makan. Ada dua versi, sama ada yang sedikit pedas mahupun yang menggunakan kicap untuk rasa manis. Melalui grup masakan Masak Apa Hari Ni? (MAHN), Niq Ain ada kongsikan resipinya.
Sumber foto: Facebook Niq Ain
Sambal Goreng Jawa 🔥🔥🔥🔥🔥🔥 Nak beli serba salah, mkn tak ingat dunia 😝😝😝 buat aje lah sendiri..
Resepi mudah saya;
Bahan untuk digoreng:
Tempe hiris nipis
Tauhu hiris nipis
Ubi kentang hiris nipis
Hati dan pedal ayam hiris kecil
Kacang panjang(goreng sekejap sahaja-untuk mengekalkan warna hijau nya)
Suhun (direndam)
Fucuk (direndam)
Cili kering
Potong kecil dan ketepikan
Sumber foto: Facebook Niq Ain
Bahan kisar:
Bawang merah Bombay
Bawang putih
Halia sedikit
Cili kering
Ikan bilis
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar sehingga kering.
2. Masukkan garam gula lada sulah.
3. Masukkan semua bahan diatas goreng.
4. Renjis sedikit kicap manis
5. Masukkan air sedikit jika nak sedikit basah, kalau nak kering tak perlu tambah air.
6. Gaul kesemua bahan dan siap.
Mudah nak buat dan sesuai dinikmati bukan saja dengan nasi impit tetapi lontong juga. Memang mengenyangkan kerana ada banyak bahan di dalam sambal ini. Yang bagusnya, anak-anak pun boleh makan sebab tidaklah terlalu pedas. Selamat mencuba!
Bila dah lama anak-anak bercuti ni, kita pula yang buntu nak sediakan bekal mereka ke sekolah. Tak tahu nak masak apa untuk anak, risau pula mereka tak ada selera.
Kadang-kadang di sekolah anak lebih suka menu yang ringkas sebab tak perlu nak rushing ketika rehat. Kalau makanan berat, risau tak sempat pula mereka nak habiskan.
Salah satu idea untuk bekal anak adalah Baked Potato. Rasanya sedap dengan lemak keju dan pada masa yang sama sangat mengenyangkan kerana kentang adalah sumber protein.
Jom, belajar cara mudah sediakan Baked Potato seperti yang dikongsikan oleh Keroroyz Royz;
Cara membuat: 1. Bersihkn kentang dgn berus dibwh aliran air, kmudian keringkn dgn tuala & cucuk2 dgn pisau/garfu pd kulit kentang 2. Lumurkan sdikit garam & myk, AF/bakar dlm oven pd suhu 200c selama 45min. Jika rebus xperlu lumurkn myk & garam. Rebus selama 45min jgk 3. Setelah kentang sejuk, potong separuh & ceduk keluar isinya sehingga menjadi seperti sampan, tinggalkn setebal 1/4 isi kentang, ketepikan isi kentang 4. Inti : Didlm mangkuk yg sesuai lecek isi ubi kentang hingga halus. Tmbhkn sup cendawan/sos carbonara, cendawan cincang, sosej/isi ayam & garam secukup rasa. Gaul rata 5. Masukkn inti kedlm setiap sampan/kulit kentang. Jika ada lebihan sosej/inti ayam taburkan keatas kentang. Akhir sekali taburkan parutan keju cheddar
6. Panaskan AF pd suhu 170c dan bakar selama 5-6min sahaja atau hingga keju cair keperangan. Hidangkan bersama sour cream.
Tip: Russet potato lembut sikit dari kentang biasa. Jadi masa memasak lebih singkat dari guna kentang biasa. Boleh olah inti ikut selera memasing. Simpan dlm bekas kedap udara & frozenkan. Bangun pagi AF jerr.. Hepi meneraiiii 😉
Bolehlah cuba buat, masuk je dalam air fryer dah siap. Resipi pun boleh diolah mengikut citarasa sendiri. Anak-anak pun mesti suka dan kenyang bila makan kentang bakar ni waktu rehat di sekolah nanti.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
30 hari menu berbuka & sahur memang antara perkara paling kerap difikirkan setiap kali masuk Ramadan. Apabila tiba bulan Ramadan, memang ramai ibu-ibu mula pening kepala memikirkan menu berbuka dan sahur setiap hari. Anak-anak pula ada yang cepat lapar, ada yang kurang selera, ada juga yang mudah letih. Nak beli di bazar Ramadan pun bukan boleh setiap hari, kena juga berjimat untuk persiapan Syawal nanti.
Bagi yang sedang tercari-cari idea nak masak apa hari ini, perkongsian daripada Puan Nora Azni yang menyediakan cadangan menu lengkap untuk 30 hari boleh dijadikan panduan praktikal buat hidangan seisi keluarga. Dengan adanya 30 hari menu berbuka & sahur yang tersusun, ibu tak perlu lagi fikir last minute setiap petang.
Perancangan awal membantu ibu lebih bersedia dari segi bajet, masa dan nutrisi. Bila menu dah dirancang, senang nak beli bahan mentah secara pukal dan elakkan pembaziran. Selain itu, anak-anak pun lebih teruja bila tahu apa menu yang bakal dihidangkan.
Kalau diperhatikan, menu yang dikongsikan banyak mengandungi sumber protein dan ini memang sangat penting untuk anak-anak sepanjang bulan puasa. Protein membantu memberi tenaga yang tahan lebih lama, menyokong pertumbuhan badan, menguatkan otot, serta membantu anak kekal fokus dan tidak cepat lesu ketika berpuasa.
Bila badan cukup nutrisi, anak pun lebih bertenaga untuk belajar, bermain dan menjalani rutin harian walaupun menahan lapar dan dahaga. Sebab itu 30 hari menu berbuka & sahur yang seimbang bukan sekadar untuk kenyang, tetapi untuk kesihatan jangka panjang.
Selain makanan berkhasiat, pengambilan air juga tak boleh diabaikan. Pastikan anak minum air secukupnya antara waktu berbuka hingga sahur untuk mengelakkan dehidrasi, sakit kepala dan keletihan sepanjang hari berpuasa.
Amalkan minum secara berkala, bukan tunggu haus baru nak minum. Ibu boleh gunakan kaedah pembahagian gelas air dari waktu berbuka hingga sebelum tidur dan ketika sahur supaya keperluan air harian anak mencukupi.
Untuk anak-anak yang cerewet makan ketika sahur, kurma sangat digalakkan. Kurma membekalkan tenaga segera, kaya dengan serat dan nutrien penting, serta mudah dimakan walaupun anak kurang selera.
Ia juga membantu mengekalkan rasa kenyang lebih lama dan menyokong sistem pencernaan. Menyelitkan kurma dalam 30 hari menu berbuka & sahur adalah pilihan yang sangat praktikal dan berkhasiat.
Konsep utama perkongsian ini ialah menu yang simple, jimat dan mudah disediakan. Tak perlu lauk terlalu banyak asalkan cukup karbohidrat, protein, sayur dan buah. Menu ringkas seperti ayam masak kicap, ikan goreng, sup ayam, telur dadar, sayur tumis dan sambal ringkas sudah memadai jika diolah dengan baik.
Dengan perancangan 30 hari menu berbuka & sahur yang seimbang, air yang mencukupi, dan pilihan makanan sunnah seperti kurma, insyaAllah anak-anak dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa, sihat dan bertenaga sepanjang Ramadan.
***Rujuk resipi ini untuk panduan lengkap dan jadikan ia sebagai inspirasi dapur sepanjang Ramadan. Simpan senarai menu ini supaya lebih mudah untuk ibu rancang hidangan setiap hari tanpa stres yang dikongsi oleh Puan Nora Azni ini.
Koleksi 30 menu seharian saya. Semua yang ringkas dan mudah. Sesuai untuk surirumah dan suri yang berkerja. Boleh la nak tiru-tiru. Semua nama menu dan beberapa resepi ade di gambar.
– Singgang ikan tongkol – Sambal sotong petai – Ulam dan budu
– Gulai kari ikan tongkol dengan bendi – Telur dadar – Sayur kobis tumis – petai jeruk dan sambal biase.
Resepi gulai kari ikan tongkol*
– Ikan tongkol sederhana besar sekor( rebus sikit dengan air, asam keping dan garam) – 2 sudu rempah kari ikan tambah air sikit buat pes (takde jenama, sebab saya beli yang timbang dekat klate) – 1 sudu besar cili kering kisar – 4 ulas bawang merah kecil ( dimayang atau hiris halus) – 3 ulas bawang putih(dimayang) – Sedikit halia (dimayang) – 1 sudu besar halba campur – 2 keping asam keping – 2 tangkai daun kari (optional) – Santan kotak kecik – Air putih – Garam dan serbuk aji
– Mula-mula rebus ikan dulu dengan air, garam dan asam keping. (lepas tu asing kan ambik ikan je) – Panaskan minyak untuk menumis, masukkan halba campur dengan daun kari. – Dah naik bau halba campur tu, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis sampai naik bau, garing2 sikit. – Lepas tu, tambahkan 1 sudu besar cili kering kisar, dan jugak serbuk kari ikan. – Masak sampai pecah minyak dan betol-betol masak. – Kemudian, masukkan asam keping, ikan, sayur bendi, santan dan sedikit air. – Tengok kepekatan kuah, kalau nak pekat bubuh santan lagi, kalau nak cair sikit tambah air. – Tambah garam dan serbuk perasa. – Kena selalu senduk-sendukkan kuah. Tak nak santan pecah. Dah mendidih boleh tutup api.. Siap
Resepi sambal * Cili padi, cuka dan garam. Boleh tumbuk atau blend.
– Ikan talapia bakar – Sup ayam dan kentang – ulam dan air asam
Resepi ikan tilapia@talapia bakar sambal
Bahan-bahan kat bawah ni blend. * 7 tangkai cili kering (rendam dulu dengan air panas) * 3 biji bawang merah kecil * 2 ulas bawang putih * Setengah sudu teh belacan * 2 batang serai – 1 sudu teh kicap manis
– Dah siap blend, tumis sambal dengan minyak sampai masak. Jangan lupa tambah garam dan sedikit gula.(ok dah siap part sambal)
– Ikan tilapia pulak korang bersih kan, kelar-kelar sikit supaya senang masak nanti, rendam dengan limau nipis untuk hilangkan bau hanyir ikan. ( uols boleh guna ikan siakap, ikan bawal, ikan kembung atau apa saja ikan)
– Nak bakar guna dapur arang atau oven ikut uols la ye, mama ade pemanggang ajaib je. Sebelum bakar lapik pemanggang dengan daun pisang atau daun kunyit. Mama guna aluminium foil sahaje.
– lumurkan ikan dengan sambal tadi. Letak ikan dalam pemanggang yang telah dilapik dengan aluminium foil. Balik-balik kan ikan supaya mudah masak. Sambil tu lumurkan jugak ikan dengan sambal. (bakar lah sampai masak)
Resepi air asam mudah tapi sedap: *Asam jawa *Belacan bakar *Tomato *Cili padi *Bawang merah(cincang)
Mama gaul je sekali, ramas-ramas sikit, Pakai sarung tangan plastik takut pijar jari.
– Ikan goreng garing – Singgang ikan tongkol – sambal cili kering dengan petai – budu bawang Dekat bawah ada 2 resepi
Resepi singgang ikan tongkol mudah – Ikan tongkol (basuh bersih rendam limau dah asam keping bg hilang hanyir) – 4 keping asam keping – 1 biji bawang merah besar (hiris) – 2 ulas bawang putih (hiris) – Cili padi (tak payah potong) – 3 keping hirisan lengkuas – Sayur bendi – Garam dan serbuk aji
– Masak air dulu atas dapur, ikut la nak banyak mane. Masukkan asam keping, lengkuas bawang merah dan bawang putih.
– Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan ikan, sayur bendi dan cili padi.
Last sekali perasakan dengan garam dan serbuk aji.
Resepi sambal cili kering dan petai.
– 15 tangkai cili kering (rendam air panas dan kisar) – 4 ulas bawang merah kecik (kisar) – 3 ulas bawang merah (kisar) – sedikit belacan (kisar) – petai (ambik isi je) – 1 sudu kecil asam pes asam jawa – Garam, gula dan sedikit aji.
– Kisar sekaligus cili kering, bawang merah bawang putih dan belacan. – Panaskan minyak untuk menumis, tumiskan bahan kisar. – Tumis sampai naik bau, pecah minyak dan cili betol-betol masak. – Tambahkan sedikit asam jawa, garam, gula, dan serbuk aji. – Last sekali masukkan petai. – Kacau-kacau sampai masak.
P/S: Untuk sambal petai udang atau sotong pon boleh guna resepi sambal ni.
– Gulai lemak udang dengan belimbing buluh – Ayam goreng kunyit – sambal terung – Ulam dan sambal
Resipi Sambal terung ikan bilis
– Terung (potong belah 4) – 20 ekor ikan bilis goreng garing(ketepikan) – 3 sudu besar cili kering kisar – 2 ulas bawang merah kecil (tumbuk) – 2 ulas bawang putih (tumbuk) – sedikit belacan ( tumbuk) – Garam dan serbuk perasa
– Mula-mula goreng terung. Toskan minyak. – Guna minyak lebihan goreng terung tadi untuk menumis. Tumiskan bahan yang di tumbuk sehingga naik bau dan garing. – Tambah 3 sudu besar cili kisar. Masak sampai samb pecah minyak dan betol-betol masak. – Lepas tu, masukkan ikan bilis yang dah digoreng, terung, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaulkan sampai terung bersalut elok. Siap.
– Sup ayam carrot dan kentang – kangkung goreng biase – telur masin, ulam petai dan budu.
MENU 7
MENU 8
– Ikan cencaru bakar – Sup kobis, tauhu telur dan suhun – ulam bendi celur dengan kacang panjang – Sambal kicap
Sambal kicap*
Kicap manis, cili padi, bawang merah, tomato, asam limau nipis. Cili padi, tomato dan bawang merah potong kecik2. Campur dengan kicap manis dan perah asam limau nipis.
– Singgang ikan tongkol – Daging goreng kunyit – Telur dadar – Ulam timun dan budu tempoyak pedas. Cara buat sambal tempoyak.
Tumbuk cili padi, gaul dengan tempoyak dan tambah sedikit garam.
Bahan-bahan : – 1 kg Siput sedut (potong bahagian hujung siput, rendam bersama asam keping) basuh bersih sampai hilang semua kotoran. – 2 batang serai (di ketuk) – Santan pekat kotak kecil(dicampur dengan 1 gelas air) – Daun kesum – 2 keping asam keping@gelugor – Garam secukup rasa
Bahan kisar : – 3 ulas bawang putih* – 3 ulas bawang merah* – 10 biji cili padi hijau@merah* – Kunyit hidup@kunyit serbuk* – sebesar ibu jari lengkuas*
Cara-cara: – Kisar bahan-bahan yang bertanda * bersama sedikit air. – Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama serai. – Kemudian tambahkan asam keping dan siput sedut. (kacau-kacau biar sebati) – Masukkan santan,garam dan daun kesum. – Agak-agak kuah dah mendidih masak elok, boleh tutup api dan hidang.
Gulai lemak siput ni, kuah pekat lagi sedap rase dia.
– Gulai lemak udang – sambal telur rebus – sambal hitam dan ulam Sambal telur rebus*
Bahan – bahannye
– Telur ( rebus) – 10 tangkai cili kering ( rebus dah dikisar) – 2 biji bawang merah besar ( potong bulat) – 2 ulas bawang putih ( cincang halus) – 1/2 sudu teh pes asam jawa – Garam – Gula – Minyak masak
Cara – caranye
– Kupaskan telur yang telah direbus dan digoreng. – Panaskan minyak, (guna minyak goreng telur tadi) tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. – Tambah kan cili kering kisar.. Masak sehingga pecah minyak atau sambal betol – betol masak. – kemudian tambahkan sedikit pes asam jawa, garam dan sedikit gula. – Last sekali masukkan telur rebus yang telah digoreng.. Kacau sebati. – Dan siap..
Selamat mencuba ye.
Last sekali nak tambah bawang besar pon boleh.. Mama guna ape yang ade kt rumah je.
– ikan cencaru bakar – telur dadar – sayur lemak suhun kobis dan fucuk Ulam timun – colek ikan Colek ikan* Bawang merah dan bawang putih bakar. (cuci, buang kulit) Tumbuk cili padi, bawang merah dan bawang putih bakar, tambah cuka, gula dan garam. Siap
MENU 14
– Daging salai masak lemak cili padi – ikan masin goreng dan sambal belacan – sayur kacang goreng telur Kacang panjang goreng
– Seikat kacang panjang (satu hidangan) – Sebijik telur – 2 ulas bawang merah kecik – 2 ulas bawang putih – Cili padi – Kicap manis (optional) – garam dan minyak masak
Cara – caranye – Kacang panjang dipotong serong atau potong biase.. ( Basuh dan toskan) – Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. – Kemudian masukkan kacang panjang. – Tambahkan garam dan kicap manis
Resipi Sayur kangkung goreng belacan mudah Bahan – bahan – Sayur kangkung seikat (potong, bersih dan toskan) – 3 ulas bawang merah (tumbuk) – 2 ulas bawang putih (tumbuk) – 6 biji cili padi (tumbuk) – Beberapa ekor ikan bilis (tumbuk) – Sedikit belacan (tumbuk) – Garam dan minyak masak
Cara – cara nye – Panaskan minyak untuk menumis. – Masukkan bahan yang telah ditumbuk, tumis sehingga masak. – kemudian masukkan sayur kangkung yang telah dibersihkan dan kacau – kacau sehingga sayur kelayuan ( dah layu maksudnye) – Kemudian tambahkan garam secukup rase.. – Dan siap.. Senang kan
MENU 18
– sambal ayam cili padi, kangkung goreng belacan, sup telur dengan suhun, ulaman. Sambal ayam cili padi
– Setengah ekor ayam ( gaul garam kunyit dan digoreng) – 4 biji cili hijau besar* – 5 biji cili padi hijau* (guna yang tak berapa pedas) – 3 biji cili padi merah* – 4 ulas bawang merah* – 3 ulas bawang putih* – Sedikit belacan* – Sebijik bawang besar(potong bulat) – Garam dan gula – Sedikit minyak untuk menumis
(kisar kasar dulu bahan yang bertanda *) kalau rajin sangat, nak tumbuk pon boleh.
Cara masak : – Goreng ayam dulu ye. Ketepikan. – Guna minyak lebihan goreng ayam tadi, kalau banyak asing la sikit. – Tumiskan bahan yang bertanda*. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak( atau cili nya masak elok) – Tambahkan sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. – Kemudian tambahkan bawang besar yang dah dipotong bulat. – Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau biar sambal bersalut elok dengan ayam. Siap dah. Mudah je kan.
Nasi ayam
– kari ayam, sambal telur rebus, ulam terung dan bendi celur, sambal ketuk. Resepi sambal ketuk* Goreng cili padi, tomato, ikan bilis, belacan, bawang merah dan bawang putih.
Dah layu semua, tumbuk. Jangan lumat sangat.. Last tambah gula dan garam.
Asam pedas ikan kerisi, ayam goreng, taugeh goreng, sambal tempoyak dan ulam timun. Asam pedas ikan mudah cara mama
– 4 ekor ikan kerisi – 5 biji sayur bendi – Sebijik tomato(belah 4) – Asam keping(boleh guna asam jawa) – Daun kesum* – 10 tangkai cili kering* – 2 batang serai* – 3 ulas bawang merah* – 3 ulas bawang putih* – Sedikit belacan* – Garam – Gula – Serbuk perasa
Kisar dulu bahan yang bertanda *. Serai tu 1 diketuk dan 1 lagi dikisar. Daun kesum kisar sekali jugak, dalam 5-6 helai. Selebih nye letak masa masak.
Cara – cara nya: – Panaskan minyak untuk menumis. Masukkan serai yang diketuk. Kemudian, masukkan bahan yang dikisar. – Masak sehingga pecah minyak dan cili betul-betul masak. ( baru asam pedas tahan 2 ke 3 hari) – Bila sambal dah masak helokk, masukkan ikan, sayur bendi dan asam keping. ( kalau nak guna asam jawa pon boleh)balik-balik kan ikan. – Tambahkan air untuk kuah. (optional ye) – Boleh masukkan gula, garam dan sedikit serbuk perasa. – Last sekali tambahkan daun kesum dan tomato.
MENU 24
– gulai lemak telur, ikan masin dan ayam goreng, sayur bendi goreng dan sambal belacan
Gulai lemak udang, ayam goreng bawang, sambal tempoyak dan ulam timun Resepi gulai lemak udang cili padi versi mama.
Cara-cara : – Kisar semua bahan yang bertanda*( 1 batang serai diketuk) – Panaskan kuali, masukkan bahan yang dah dikisar. Masukkan sekali serai yang diketuk. – Masak sekejap ye, agak-agak macam nak kering. – Masukkan udang dan asam keping. – Kacau-kacau ye. Tambahkan sedikit air. Biarkan sekejap. Boleh tutup dengan penutup. – Bila udang dah nampak kuning sikit. Masukkan santan dan kacau supaya tak pecah minyak. Lebih senang kalau kecilkan api dan kacau sampai masak. – Masukkan juga sayur kacang dan sedikit garam.
MENU 27
MENU 28
MENU 29
MENU 30
Sup ayam carrot, udang goreng oat, Terung belada hijau, sambal kicap dan telur masin. Resepi udang oat jilat jari
Bahan-bahan : – 12 ekor udang – 3 sudu besar oat atau nestum – 1 tangkai daun kari – 3 ulas bawang merah(dicincang) – 2 ulas bawang(dicincang) – 3 biji cili padi(potong biasa) – 2 sudu besar butter – 1 kiub pati ayam(guna separuh je) – Garam – Tepung beras
Cara-cara : – Basuh bersih udang, gaul sedikit lada sulah dan 1 sudu tepung beras. Sebenar nye orang pakai tepung jagung, tapi kat rumah mama takde. (goreng udang tu sekejap) – Panaskan butter, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan daun kari. – Tumis biar elok naik bau, baru masukkan oat. (kacau-kacau sehingga garing) – Tambah kiub pati ayam dan sedikit garam. – Last masukkan udang yang telah digoreng. Kacau-kacau supaya oat bersalut elok dekat udang.
Tak perlu lauk lain, menu ayam sambal Bali sudah cukup membuatkan kita makan bertambah-tambah. Rasa bumbunya yang harum amat memikat selera.
Kalau mak-mak nak cuba buat, boleh ikut resipi ini. Sukatan satu ekor ayam, ikut setiap satu langkahnya, pasti menjadi. Ayam sambal Bali sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Jom lihat cara penyediaannya.
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
6 batang serai – dititik
8 tangkai daun kari – dilerai
Segenggam cili kering (*)
5 biji bawang besar (*)
5 ulas bawang putih (*)
Sedikit belacan (*)
Kicap masin
1 senduk gula
1 sudu teh garam
(Bahan bertanda (*) perlu dikisar halus)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan potong kecil. Basuh, tos kemudian masukkan serbuk kunyit serta garam dengan secukupnya. Gaul rata.
2. Panaskan minyak masak anggaran dua senduk. Goreng ayam yang diperap tadi.
3. Goreng ayam hingga kecut dan separuh garing. Jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan.
4. Dengan menggunakan baki minyak gorengan tadi, goreng serai yang dititik sampai separa coklat.
5. Masukkan daun kari. Goreng seminit.
6. Seterusnya tumis bahan-bahan kisar tadi hingga wangi.
7. Tambahkan garam satu sudu.
8. Masukkan juga 1 senduk gula (jangan risau manis sebab nanti akan seimbangkan rasa dengan kicap).
9. Bila cili semua sudah cukup garing, masukkan kicap dalam 8 kali renjis atau sampai dapat warna maroon/merah gelap macam dalam gambar.
10. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
11. Balik-balikkan ayam bersama kuah selama 10 minit.
12. Ayam sambal Bali siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.