Makanan terbaik adalah makanan yang dimasak sendiri dan disediakan sendiri oleh ibu untuk anak. Ini kerana penyediaannya lebih terjamin bersih. Tetapi, masalahnya, asyik ulang benda yang sama sahaja setiap hari tentu anak pun dah jemu.

Baca: Resipi Nasi Arab Mudah, Tak Guna Rempah Yang Dijual Pun. 27k Perkongsian, Memang Padu!

Menu yang paling susah nak difikir adalah menu untuk bekal anak ke sekolah. Jadi pasti ramai yang tengah mencari idea untuk sediakan bekal anak ke sekolah. Apakata kali ini sediakan anak dengan ayam goreng berempah di makan bersama nasi putih ataupun nasi goreng. Selamat mencuba!

Ayam Goreng Berempah Untuk Bekal Anak Ke Sekolah, Resipi Mudah & Jimat Masa

Ayam Goreng Berempah

IKLAN

1 ekor ayam (potong 16 – kalau nak kecil lagi kerat la kecil2)
3 inci Halia
3 labu bawang putih
8 batang serai
3 sb jintan manis
3 sb ketumbar
2 sb tepung jagung
Telur sebiji
Garam secukup rasa
Serbuk cili ikut pedas mana nak + sedikit serbuk kari ayam
Daun kari secukupnya
Gula melaka 1 keping atau boleh juga letak gula pasir

Cara-cara penyediaan;

Blend semua bahan kecuali ayam dan daun kari hingga hancur. Gaulkan bahan dengan ayam dan perap 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

IKLAN

Goreng hingga garing. Api jangan kuat sangat. Kalau tutup kuali masa memggoreng lebih elok supaya ayam cepat masak. Dah hampir garing tu masukkan daun kari.

Ok dah siap angkat dan toskan. Baki bahan perapnya saya goreng rangup dan tabur bersama2 ayam yang dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap

kredit: zulfazalovescooking

IKLAN

Ayam Goreng Berempah Untuk Bekal Anak Ke Sekolah, Resipi Mudah & Jimat Masa

Sekali sekala bawa anak pergi camping, dedahkan mereka dengan dunia kehijauan pun menarik juga kan? Bukan je boleh jadikan mereka aktif, macam-macam skill juga mereka boleh pelajari!

Saksikan topik “Camping” dalam Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, Rabu ini, 9 Ogos, jam 9 malam di Astro Ria saluran 104.

#PaMaJourneyBersamaSchAwaLara
#AstroRia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI