Resipi rendang ada banyak versi. Setiap satu mengikut selera orang yang memasaknya. Salah satu jenis rendang yang menjadi kegemaran adalah Rendang Ayam Cili Padi.

Rasanya berlemak dan pedas-pedas, sesuai sangat dimakan bersama nasi impit atau lemang. Resipi ini dikongsikan oleh Ruhana Zalina.

Ayam Masak Rendang Cili Padi Xpress Siap..!!

Bahan mmg dh sentiasa ada saya frozenkan
Letak dlm bks kecil-kecil untuk sekali masak sonang..🤗
Nk masak, masukkan sebekas pes cili padi frozen..cmpk dlm kuali bersama ayam..renehkan sekejap, masukkan santan..renehkan sampai hampir kering letak kerisik, garam, gula sikit, daun kunyit hiris. Tabur.

Gaul rata rasa sedap dah okay tutup api. Siap boleh makan.

Ayam Masak Rendang Cili Padi, Pedas-Pedas Sedap! Sesuai Makan Dengan Nasi Impit & Lemang
Sumber foto: Facebook Ruhana Zalina

💜Resipi Rendang Cili Padi💜

IKLAN

Bahan-bahan:
1/2 kg ayam
1kotak santan
Asam keping
Garam
sdkit gula (1sudu teh)
Daun limau purut
Daun kunyit(hiris)
15 biji cili padi*(ikut kpdasn msg2)
5 btg serai *
2 keping kunyit size ibu jari*

Baca Juga:

Sambal Tumbuk Tempe, Lauk Tambah Nasi. Sesuai Buat Hari-Hari Terakhir Sahur. Memang Sedap!

Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!

IKLAN

Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!

Blend semuo bahan*
(Ni la bahan yang saya frozenkan tu..pes..)🤗
Kalau nak buat frozen bahan-bahan ni lebihkan kuantiti dia. Buat lebih boleh lah frozenkan utk buat stock bulan puasa ni. Bila rajin nk masak rendang atau masak lemak cilipadi..👍🥰

Cara membuat:
-Masukkan ayam kecutkan kojap dalam kuali.
-Masukkan bahan blend tunggu air koring skit
-Masukkan santan,daun limau purut(buang tulang dia) & asam keping dan garam.
-Biar mendidih dan kacau sesekali.
-Masukkan garam jika belum cukup masin. Gula, kerisik, hirisan daun kunyit. Kacau rata.
-Nak koring boleh, nak berkuah sikit pun boleh.

Ayam Masak Rendang Cili Padi, Pedas-Pedas Sedap! Sesuai Makan Dengan Nasi Impit & Lemang
Sumber foto: Facebook Ruhana Zalina

Sy suka berkuah. Tengok situasi kadang suka kering..🤗😋
# Sy suka letak nangka muda tp hari ni nangka tak ada Sy letak kacang panjang jer.. 🤗
Pes ni utk masak lemak cilipadi ayam, daging, ikan, sotong, udang, nangka muda pun boleh. Ikut suka nak masak lauk jenis apa..👍

IKLAN

Selamat mencubo!

Tak semua orang yang masak rendang jenis ini, tetapi sebenarnya rasanya sangat mudah. Dengan adanya pes yang dibekukan itu, lebih mudah nak sediakan masakan rendang atau masak lemak. Siapa yang sukakan makanan pedas, bolehlah cuba resipi ini!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI