Anak jutawan terkemuka dan usahawan berjaya, Chryseis Tan Sri Vincent Tan tampil sopan bergaya dengan busana rona putih serta mengenakan selendang putih di majlis cukur jambul anak keduanya, SM Arman Naza bin SM Faliq, 3 bulan, sebentar tadi.
Ini kali pertama penampilan mummy anak dua ini mengenakan selendang dihiasi lace yang sangat cantik.
Majlis cukur jambul baby Arman diadakan penuh meriah dan dihadiri ahli keluarga serta rakan perniagaan.
Memilih konsep floral dan natural membuatkan majlis kelihatan sangat cantik dan tenang ditambah dengan alunan zikir daripada kumpulan nasyid, INTEAM.
Ads
Penampilan anak Tan Sri Vincent Tan, tycoon perniagaan ini mendapat pujian ramai. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Chryseis sentiasa mencuba untuk bertudung.
Tidak semua kelahiran berlaku dengan mudah. Bagi sebahagian ibu, setiap kali melahirkan anak, mereka perlu melalui pembedahan caesarean (C-section) iaitu satu prosedur besar yang melibatkan risiko kepada rahim dan kesihatan keseluruhan.
Bila sudah tiga kali melalui pembedahan ini, ramai ibu tertanya-tanya mengapa doktor mula menasihati mereka untuk mempertimbangkan prosedur ikat selepas czer, atau nama perubatannya bilateral tubal ligation (BTL). Adakah ia bermaksud tidak boleh hamil lagi? Atau sekadar langkah keselamatan?
Baru-baru ini, Dr. Malar Santhi Santherasegapan, seorang doktor dan pempengaruh kesihatan media sosial terkenal, berkongsi penjelasan penting di platform Threads bersama Dr. Lisa Eik Lee Cil Cah, pakar sakit puan dari sebuah hospital swasta di Cheras.
Mereka menjelaskan bahawa selepas tiga kali pembedahan caesarean, risiko komplikasi meningkat dengan ketara bukan sahaja semasa pembedahan, tetapi juga pada kehamilan seterusnya.
Menurut mereka, antara risiko utama yang sering menjadi pertimbangan doktor ialah:
Dr. Malar menjelaskan, saranan untuk melakukan ikat selepas czer bukan bertujuan menafikan rezeki atau menutup peluang hamil, sebaliknya demi keselamatan dan kesihatan ibu yang telah melalui banyak pembedahan besar.
“Atas faktor keselamatan ibu, kebanyakan doktor akan mencadangkan untuk melakukan BTL selepas pembedahan kali ketiga,” kata Dr. Malar.
“Namun, keputusan akhir tetap bergantung kepada ibu dan pasangan selepas berbincang dengan doktor pakar obstetrik dan ginekologi (OBGYN).”
Prosedur BTL ini biasanya dilakukan serentak semasa pembedahan caesarean terakhir, bagi mengelakkan risiko pembedahan berulang. Ia bersifat kekal, jadi keputusan perlu dibuat dengan penuh pertimbangan dan persetujuan bersama pasangan.
Dalam ruangan komen perkongsian Dr. Malar, ramai wanita tampil berkongsi pengalaman peribadi mereka menjalani prosedur ikat selepas czer selepas tiga kali pembedahan caesarean.
“Kehamilan ketiga saya dirancang sebagai elective c-section dan doktor cadangkan BTL. Ramai terkejut sebab usia baru 30-an, tapi saya dan suami sepakat. Badan kita, kita yang jaga,” kongsi seorang pengguna.
“Saya pula dah tiga kali czer, tapi doktor tak mahu ikat sebab luka cantik dan sembuh elok. Katanya boleh cuba lagi sebab anak semua lelaki. Tapi saya rasa cukuplah tiga,” tulis seorang lagi ibu.
Ada juga ibu yang tidak disarankan melakukan BTL kerana keadaan rahim masih baik, dan mereka hanya dinasihatkan menggunakan peranti intrauterin (IUD) untuk menjarakkan kehamilan.
Menariknya, ramai warganet berpendapat bahawa topik seperti risiko selepas banyak kali caesarean dan pilihan perancangan keluarga ini sepatutnya diterangkan lebih awal — contohnya ketika kursus praperkahwinan atau sesi kaunseling keibubapaan.
“Dicadangkan ketika kursus kahwin diselitkan penerangan begini supaya bakal suami dan isteri sama-sama faham. Bukan sekadar topik ringan yang buat peserta segan,” tulis seorang pengguna Threads.
Setiap ibu berhak membuat pilihan yang terbaik untuk diri dan keluarganya. Prosedur ikat selepas czer bukanlah hukuman atau penafian terhadap rezeki anak, tetapi satu langkah keselamatan apabila risiko kehamilan semakin tinggi.
Bincanglah dengan doktor pakar, fahami kondisi tubuh dan buat keputusan dengan tenang. Apa jua pilihan, yang paling utama adalah nyawa dan kesihatan ibu kerana di situlah bermulanya kasih, kekuatan dan kebahagiaan seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seronok bergelar ibu membuatkan ramai teruja untuk membeli pelbagai produk untuk si manja mereka. Dalam keterujaan tersebut, ibu kena tahu memilih produk yang sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit lembut dan sensitif.
Jangan mudah terpengaruh dengan faktor cantik dan menarik tanpa mengambil tahu apa bahan-bahan yang tak sesuai untuk kulit anak. Risiko bayi terkena alergi atau masalah kulit lain sangat tinggi.
Tahukah ibu, produk yang mengandungi bahan kimia seperti paraben perlu bayi hindari demi memastikan kulit mereka tidak berisiko mempunyai masalah alergi dan sebagainya. Paraben adalah bahan pengawet yang murah dan berkesan untuk menghalang pertumbuhan acuan dan bakteria yang merosakkan produk tetapi berpotensi membahayakan kulit lembut si manja anda.
Produk Paraben Dan Bahan Kimia Yang Berbahaya
Memang ibu bapa sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk membeli produk penjagaan kulit bayi agar kulit si kecil mereka kekal lembut dan gebu. Namun, anda perlu berhati-hati dalam memilih produk untuk bayi anda.
Pastikan sebelum membeli produk penjagaan diri si manja, ibu dan ayah buat beberapa langkah ini ya.
Langkah 1: Baca Label Terlebih Dahulu
Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu bapa setiap kali ingin membeli sesuatu produk, termasuklah produk penjagaan kulit bayi. Ini bertujuan untuk memastikan produk tersebut tidak mengandungi apa-apa bahan pewarna atau bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi.
Selain itu, periksa juga bahan dan ramuan, deskripsi penggunaan, tempoh luput, tempat dan nama kilang pembuatan serta jika terdapat apa-apa amaran pengunaannya.
Langkah 2: Jenama Produk Yang Diiktiraf
Pilih jenama produk bayi yang diiktiraf oleh dermatologi dan pakar pediatrik
Langkah 3: Testimoni
Semak komen daripada ibu bapa yang berpengalaman menggunakan produk bayi tersebut.
Segalanya Untuk Bayi Anda
Bila bercakap tentang produk penjagaan kulit bayi, perkara pertama yang ditanya oleh pengguna ialah bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. NIVEA telah mengeluarkan produk terbaru iaitu NIVEA BABY, rangkaian produk bayi yang diiktiraf oleh dermatologi dan pakar pediatrik yang bebas daripada paraben dan pewarna. Selain itu, NIVEA BABY mengandungi bahan-bahan yang mesra kulit untuk mengurangkan risiko alahan serentak juga mengekalkan kesihatan dan kelembutan kulit bayi.
Produk yang boleh didapati antaranya ialah:
NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath
NIVEA BABY Head to Toe Shampoo & Bath mengandungi Chamomile yang membantu melindungi kelembapan kulit halus bayi. Produk 2 dalam 1 yang direka khas untuk membersihkan kulit halus dan rambut halus bayi dan yang paling penting tidak memedihkan mata bayi.
NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion
NIVEA BABY Gentle Touch Moisturizing Lotion di formulasi dengan Aloe Vera (lidah buaya) yang melembapkan dan melindungi kulit bayi dan mengimbangi kelembapan kulit bayi.
NIVEA BABY Soothing Caring Oil
NIVEA BABY Soothing Caring Oil di formulasi dengan Almond Oil (minyak badam) membentuk lapisan pertahanan yang licin untuk membantu mencegah kehilangan lembapan berlebihan. Ia mampu melembapkan dan menguncikan kelembapan kulit bagi daripada kekeringan. Produk ini bagus untuk urutan bayi dan ideal untuk aktiviti mengeratkan ikatan antara ibubapa dengan si manja.
NIVEA BABY No Tears Mild Shampoo
NIVEA BABY No Tears Mild Shampoo di formulasi dengan Chamomile yang lembut untuk menenangkan kulit kepala dan rambut bayi dengan bersih dan lembut. Anda tidak perlu risau kerana produk ini tidak memedihkan mata bayi.
NIVEA BABY Daily Protection Smoothy Cream
NIVEA BABY Daily Protection Smoothy Cream di formulasi dengan Calendula dan mampu melembapkan kulit bayi selama 24 jam. Selain itu ia juga membantu menenangkan kerengsaan kulit, tidak berminyak dan mudah diserap serta melembap dan melindungi muka dan badan bayi.
NIVEA BABY Soft & Cream Wipes
NIVEA BABY Soft & Cream Wipes bebas paraben dan pewarna. Ianya mampu membersihkan kulit bayi di bahagian-bahagian yang sangat penting seperti tangan, kaki, muka dan sekeliling mata. Tisu basah ini mengandungi rumusan krim lunak dan lembut dan tidak memedihkan mata bayi anda.
Ibu bapa tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan produk bayi bebas paraben, alcohol dan pewangi. Sekarang anda boleh dapatkan rangkaian produk NIVEA BABY dari farmasi dan hypermarket yang terkemuka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudahpun bergelar bapa! Pereka fesyen terkenal dan pemilik jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin mengumumkan isterinya, Nurida Suraya telah selamat melahirkan bayi perempuan mereka.
Rizman mengumumkan berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira pukul 11 pagi tadi. Puteri kesayangan ibu dan ayahnya ini diberi nama yang cukup indah, Princess Rizqaa.
Bismillahirahmanirahhim.. dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang.. pemilik sekian alam.
Alhamdulillah, telah lahir insan yang dinanti.. Princess Rizqaa.
Rizqaa: A blessing, gift from Almighty,” kongsi Rizman lagi.
Dalam pada itu Rizman turut memberitahu, puteri mereka dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah SWT.
Titip doa buat anak
Bukan itu sahaja, malah Rizman turut mendoakan kelahiran cahayamata sulungnya itu semoga menjadi anak yang soleh dan membanggakan agamanya kelak.
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi.
Sementara itu, isterinya, Nurida Suraya turut berkongsi kegembiraan ini di instagram miliknya. Comel sungguh Princess Rizqaa. Moga terus membesar dengan sihat!
“Syukur Alhamdulillah . Welcome to the world my baby girl”, kongsinya ringkas.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan ucapan tahniah disamping memuji kecomelan Rizqaa. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan artis dan selebriti tanahair yang mengucapkan tahniah sambil mendoakan agar kesejahteraan ibu dan baby Rizqaa.
Semoga baby Rizqaa terus menceriakan dan melengkapkan kehidupan mummy dan daddynya!
Rizman dan ahli perniagaan Nurida Suraya, sah bergelar suami isteri pada 13 September 2019.
EPISOD 2 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Ibu dan bapa harus menyokong minat anak-anak. Kerana dari minat itu, ianya akan menyokong tumbesaran anak serta menggalakkan dan mendidik anak-anak membuat perkara yang mereka suka.
Episod kali ini akan membincangkan tentang hobi dan minat anak-anak. Saksikan episod kedua dengan topik Hobi Anak Alaf Baru di Journey Bersama Jovianina pada 2 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.