
Kuih yang senang nak buat dan satu keluarga boleh makan pastinya menjadi pilihan ibu. Antara salah satunya baby cakoi yang di cicah dengan sos pandan kastard.
Dengan teksturnya yang lembut dan dimakan panas-panas memang tak sedar boleh habis satu pinggan. Kalau tak mahu cicah dengan sos pun, cicah dengan air teh atau kopi panas-panas pun sedap.
RESIPI ARTIKEL MENARIK [Buat Koleh Kacang Guna Sukatan Cawan Lebih Mudah & Menjadi. Resipi Kuih Kegemaran Ramai]
Perkongsian resipi dari Siti Khadijah ini bolehlah dicuba.

RESIPI BABY CAKOI SOS PANDAN KASTARD
Bahan-bahan doh Baby Cakoi
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
1 sudu teh gula halus
1/2 sudu teh garam
250 gm air suam
Cara-cara
1. masukkan air suam + yis + gula ( gaul sebati )
2. masukkan tepung dan garam
3. rehatkan doh selama 30 minit
4. selepas rehat , gaul doh untuk buang udara dalam doh, rehatkan kembali selama 30 minit
5. sedia untuk dicanai dan buat bentuk. Goreng minyak penuh sehingga garing

Sos Pandan Kastard
18 gm tepung gandum
35 gm gula halus
150 santan KARA
70 gm air
1 biji kuning telur
1 tsp perisa pandan
1 tsp pewarna pandan

Cara-cara
1. masukkan kuning telur + gula ( gaul hingga gula sedikit larut)
2. masukkan tepung ( gaul hingga rata )
3. panaskan santan dan air hingga mendidih
4. campurkan santan ke dalam bancuhan telur ( sedikit demi sedikit )
5. masukkan pewarna hijau dan perisa pandan
6. masak diatas api hingga pekat
RESIPI WAJIB CUBA [Resipi Cookies Ala Famous Amos, Krup Krap Ranggup. Makan Sebalang Tak Perasan!]
Kredit: siti khadijah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aneka Menu Mudah Kudapan Minum Petang Untuk Anak-anak

Aneka menu mudah kudapan minum petang untuk anak-anak. Mencari resipi minuman petang yang menarik? Waktu petang adalah waktu yang paling menyeronokkan apabila anda boleh menghidangkan makanan ringan yang lazat.
Melihat anak-anak bermain dengan gembira, lebih seronok jika anda dapat menghidangkan makanan ringan yang lazat, bukan? Menu yang dihidangkan kalau boleh biarlah yang mudah disediakan dan cepat dimasak.
Berikut dikongsikan idea menu minum petang yang boleh dijadikan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Ly ini, cara membuatnya pun mudah saja.

“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Step Membuat Boleh Rujuk Gambar





Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”

Bahan-bahan
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula (saya guna gula perang)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil yis kering.
Caranya
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Nak Lagi Sedap, Buat Cara Ini
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Satu lagi menu minum petang yang sesuai disajikan untuk anak-anak ialah resipi nugget ayam. Berikut perkongsian resipi oleh Puan El Musliha Katiman, cara untuk buat sendiri nugget ayam di rumah.
Nugget Ayam Buat Sendiri
Bahan-Bahan:
500gm Dada Ayam
(Agen Pelekat)
5 keping roti putih
1 gelas susu segar
(Bahan Perasa)
3 ulasbawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (*sis guna garam bukit)
1/2 sudu teh oregano kering
1/2 sudu teh thyme kering
(Salutan Nugget)
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
2 biji telur ayam
serbuk roti /bread crumb
Cara Membuat:

1.Buang kulit, tulang dan bersihkan dada ayam.
2.Selepas itu potong kecil-kecil. Boleh juga guna food processor nak hancurkan isi ayam ini.

3.Potong kecil-kecil atau koyakkan roti dan tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang.
4.Selepas itu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat. Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/tambahan/msg/ajinomoto yang sewaktu dengannya.

5.Campurkan semua sekali. Ayam + bancuhan roti + bahan perasa, gaul sehingga sebati.

6.Kemudian, ambil loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.Sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
7. Sediakan pengukus, kukus 25 – 30 minit dengan api besar, kemudian matikan api dan biarkan sejuk.
8. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
9. Potonglah ikut suka hati anda asalkan anak-anak suka.

10.Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur, kemudian salutkan ke dalam tepung, celupkan sekali lagi kedalam telur dan akhir sekali golekkan ke dalam serbuk roti sampai padat. Siap!

Simpan dalam bekas berpenutup. Susun rapat-rapat.Sedia untuk disimpan. Masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku semalaman. Sedia untuk digoreng.
Sumber: Mingguan Wanita
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Kek Chiffon Pandan Naik Elok & Gebu, Air Tangan Orang Lama, Tak Guna Ovalette Pun!

Sesekali hujung minggu, anak-anak mula minta buatkan kek homemade. Ternanti-nanti resipi kek sedap dari ibu, apa kata ubah selera anak-anak dengan kek chiffon panda ni pula.
Bukan sahaja tak susah bahkan paling lembut dan gebu. Jom cuba perkongsian resipi Ummu Ashraf!
Alhamdulillah, siap dah kek chiffon pandan orang lama tanpa guna ovalette. Kek chiffon pandan biasanya sedap dan wangi bila menggunakan daun pandan segar dan pati santan.
Resepi saya terjemahkan dan olah dari blog “I eat, I shoot, I post”.
Bahan:
Bahagian A
6 biji kuning telur
100 gm gula castor
140 ml santan
115 ml minyak jagung
2 sudu besar pati daun pandan (blend 8 helai daun pandan dengan 1 sudu besar air – perah)
Bahan B:
2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil esen pandan
1/2 sudu kecil garam
Bahan Ayak:
180 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
2 sudu kecil baking powder
Pukul kuning telur dan gula castor sampai kembang.
Dalam bekas lain, satukan santan, minyak jagung dan pati daun pandan.

Kacau rata semua bahan B dan masukkan dalam adunan kuning telur. Pukul rata.
Masukkan bahan ayak dan gaul bahan ini ke dalam adunan kuning telur tadi. Kacau hingga tidak berbintil.
Bahan C:
9 putih telur
1 sudu teh jus lemon
100 gm gula castor

Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan jus lemon, pukul hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Teruskan memukul hingga putih telur bertanduk (macam dalam gambar kedua).

Fold kan 1/3 adunan putih telur ke dalam adunan pandan. Aduk dengan berhati-hati. Masukkan 1/3 lagi putih telur, aduk – ulang hingga habis putih telur. Aduk dengan lembut hingga tak nampak lagi alur-alur putih telur.

Masukkan adunan dalam loyang kek chiffon 10 inci. Loyang jangan diminyakkan. Bakar 55 minit pada suhu 170 darjah C. Letakkan loyang pada bahagian paling bawah oven.

Selepas 30 minit, letakkan aluminium foil di atas kek untuk memastikan kek tidak merekah akibat haba bahagian atas oven.
Menarik: 6 Bulan Ni, Sayalah Paling Bahagia, Rutin Urus Bilal Mencabar Tapi Membahagiakan PU Riz!

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Creampuff Kastard Mudah, Inti Penuh & Sedap, Senangnya Nak Buat!

Suapan creampuff ke mulut pastinya tak cukup satu kerana rasanya yang cukup lembut dan sedap. Rupanya nak sediakan creampuff kastard ini tidaklah begitu sukar. Dengan hanya lima bahan sahaja, creampuff tersedia untuk anak-anak. Lagi mudah dan cantik, gunalah acuan.
Jom cuba resipi perkongsian dari Pn Izz Aishah yang cukup mudah. Intinya pun cukup sedap dan padat.

Dulu jual creampuff tapi sekarang dah pencen. Hari ni saja la buat. Selamat skill masih ada.
Bahan-bahan Creampuff Kastard:
250 ml air
100 gram marjerin (sy guna marjerin pelangi je)
125 gram tepung gandum
3 biji telur (gred 😎
Esen Vanilla 1 sudu kecil

Masukkan air dan marjerin dalam periuk, masak sampai marjerin tu larut dalam air dan mendidih.
Dah mendidih tutup api dan masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai tepung dah tak lekat pada periuk.

Biarkan sampai tepung suam, lepas tu masukkan telur dan esen vanilla. Pukul guna mixer sampai semua sebati.
Sapukan loyang dengan marjerin. Masukkan adunan tadi dalam piping plastik tu, (kalau ada acuan pakai la acuan, kalau tak dak pun takpa) dan susunkan kan dalam loyang. Jarak-jarakkan tau sebab nanti creampuff akan mengembang. Last sekali spray dengan air.
Bakar suhu 180c selama 35 minit.

Custard filling :
250 ml susu cair/Susu full cream
3 sudu besar tepung kastad
5 sudu besar gula (klu taknak manis sgt boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila

Masukkan susu, gula, tepung kastard dan esen vanilla dan buka api perlahan.
Masak sampai filling tu mendidih dan kental. Sejukkan sebentar dan boleh masukkan dalam creampuff. Siap!

Nak cantik boleh letak snow powder, takdak tak payah letak, tu hiasan je.
** Inti dia ni kalau korang nak buat guna style lain pun boleh tau. Kita yang buat dia kan.
Menarik: Hanya Guna 3 Bahan, Resipi Mudah Cucur Kembung Viral Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


