Doa untuk anak-anak sukakan makanan sihat perlu jadi yang utama kerana yang mampu ubah hati dan fikiran kita hanya Allah saja.
Jadi, janganlah ketepikan Allah dan jadikan Allah yang TERAKHIR (TAWAKKAL).
Tip yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sangat membantu dan boleh jadi panduan untuk ibu bapa didik anak suka makanan sihat.
“Kita dah usaha ni, selebihnya tawakkal je lah. Tak tahulah Allah nak makbulkan ke tak. Hmmm.”
Ayat selalu didengar.
Kita cuba ubah daripada sekarang.
Bersangka baik pada Allah yang kebaikan dan cintaNya pada kita melebihi cinta ibu bapa kepada kita, melebihi cinta kasih kita pada anak. Boleh bayangkan ke hebatnya kasih sayang Allah?
Jadi, logik ke Allah yang penuh kasih sayang itu sengaja tak bantu kita?
Ingat selalu, dalam lakukan sesuatu, DAHULUKAN ALLAH. DOA HARUS JADI USAHA KITA YANG PERTAMA.
Usaha kedua, terpulanglah nak guna cara psikologi paling hebat di duniapun terpulanglah. Tapi, doa pada Allah harus jadi yang pertama. Jika Dia jadi yang terakhir? Mahukah kita jadi yang terakhir di sisi Allah? Taknak, kan? Jadi, mari kita ubah.
Ads
+ Zikir Ya Rahim (penyayang)
+ Zikir Ya Latif (lembut)
+ Al Fatihah – baca dan sedekahkan bacaan ini untuk roh anak dan roh kita sendiri. Niatkan rohnya seorang yang kuat semangat dan sukakan perkara baik.
Baca kedua-kedua zikir ini berkali-kali setiap hari, hembuskan pada
+ Makanan setiap kali memasak
+ Hembuskan pada anak ketika anak tidur.
Ads
Niatkan dilembutkan hati dan diberi rasa sayang kepada makanan sihat.
Dilindungi daripada yang sebaliknya.
Niatkan dilembutkan hati kita untuk sentiasa gunakan kata-kata elok pada anak, bukan asyik komplen dan fokus pada kesalahan mereka saja.
YA, SANGAT PENTING: JAGA KATA-KATA KITA SEBAGAI IBU BAPA.
“kenapala kakak ni suka sangat jajan?”
“haih abang ni kenapa tak suka dengar cakap mama, makanlah yang sihat ni.”
Kata-kata adalah doa, dan doa ibu bapa ni sangat makbul terutamanya IBU. Anda mahu hasil bagus tapi kata-kata anda bagaimana?
ANAK AKAN JADI SAMA SEPERTI YANG ANDA KATAKAN DI ATAS.
Ads
Tukarkan kepada yang lebih baik.
“Tak apa, sekarang abang BELUM suka, nanti mesti akan suka, mama suap sikit nanti bagi abang rasa betapa sedapnya sayur ni.” – lepas tu sesuaikanlah cara masakan kita, pelbagaikan, kreatif.
“MasyaAllah, kakak! Mama gembira dan bangga sangat kakak dah tak makan jajan kat sekolah.” – peluk anak. Bagi mereka rasai kasih sayang kita.
“Allahu, Allah. Mesti Allah sayang sangat kat Amir ni sebab Allah bantu Amir makan sayur ni. Sikit tak apa, yang penting Amir usaha makan. Meh abah peluk.”
Mengapa perlu hargai anak? KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN. INGIN DIBERI SOKONGAN, UNTUK USAHA MEREKA YANG INGIN DICAPAI DAN BELUM TERCAPAI.
Mereka perlukan sokongan tidak berbelah bagi daripada anda.
Jadikan dapur kita, tempat mencipta memori indah bersama.
Mak kita atau orang tua-tua pernah cakap, nak didik anak nombor 2 ni jiwa harus kental dan kuat. Sebab anak nombor 2 ni lain sifatnya.
Anak no 2, mendidiknya memang perlu mujahadah tinggi. Istighfarnya banyak. Akalnya panjang. Tapi kalau dipujuk dia paling ke depan dalam membantu.
Pergilah mana-mana pelusuk sekalipun, anak nombor 2 memang sentiasa disebut. Itulah istimewanya anak nombor 2..
Boleh jadi ujian, boleh jadi tauladan. Sesungguhnya tiada anak yang nakal, yang ada cuma ibu bapa yang kadang-kadang tiada kesabaran.
Lagi satu, ibu ayah perlu bersyukur dan ingat, anugerah anak yang dikurniakan buat kita suami isteri ada ganjaran pahalanya. Cuma bagaimana kita membentuk anak kita adalah dari acuan dan didikan yang diterapkan sejak awal. Ingatlah pesanan ini:
Anak orang baik, anak kita belum tentu jahat…
Anak orang banyak memberi, anak kita mungkin banyak mendoa…
Anak orang pandai belajar, anak kita mungkin punya adab…
Anak orang cantik, anak kita mungkin berakhlak…
Siapa pun anak kita…Tetaplah bersyukur…
Bahagialah punya mereka sebagaimana mereka bahagia punyai kita…
Sama-samalah kita jadi ibu bapa yang sentiasa bermuhasabah diri dan yang terbaik di hati anak-anak. Insya-Allah!
**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun bergelar doktor perubatan, Dr.Izzar Anwari juga masih sama seperti bapa-bapa lain. Sebagai bapa dia mengakui dia menjadi lebih berjaga-jaga terhadap anak-anaknya sendiri.
Memenangi hati anak bukan mudah lebih-lebih lagi anak perempuan. Menjawab persoalan daripada Fizza, Hos Anugerah Pa&Ma Gala 2022, Dr. Izzar berkongsi nasihat tentang pembahagian masa bersama-sama anak.
“Anak lebih suka pada ibu bapa yang banyak luang masa. Bila ada masa terluang memang saya bagi 100% pada anak. Jangan menyesal bila anak dah besar anak dah tak nak pada kita.”
Suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera turut berkongsi bagaimana cara layanan terhadap dua puteri tercintanya itu.
“Selalu yang nampak baik ayah berbading mak yang selalu jadi singa kan, tapi pernah je tertengking anak, naik suara dan ugut-ugut anak. Tapi biasanya rasa bersalah dan minta maaf dengan anak. Kena jaga hati anak takut budak-budak ni pendam sebab dia tak pandai nak cakap dia sedih.”
Tidak hairanlah kenapa Dr. Izzar Anwari dianugerahkan dengan Anugerah Best Papa Millennial 2022. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian Dr. Izzar, ikuti perkongsian di bawah.
Anak-anak masa kini memang kurang gemar membuat aktiviti fizikal. Maklum sahaja bila gajet ada ditangan, kalau tak ditegur ralit boleh sampai ke petang. Kita memang tahu pendedahan gajet kepada anak-anak yang masih muda memang tidak bagus untuk perkembangan mereka.
Oleh itu, perkongsian oleh Puan Siti ‘Aisyah Rozalli, Occupational Therapist boleh mama papa praktikkan bersama anak-anak. 10 aktiviti yang boleh dilakukan di rumah nak bantu tingkatkan fokus si kecil tersayang.
Apa yang disenaraikan juga akan membuatkan si kecil seronok dan yang paling penting mungkin mama dan papa juga boleh turut serta!
10 AKTIVITI RUMAH BANTU ANAK TINGKATKAN FOKUS:
1️. Susun kasut di rak kasut. 2️. Siram pokok bunga dalam pasu. 3️. Asingkan sudu dan garfu yang sudah dibasuh ke dalam tempat berasingan. 4️. Scoop beras ikut sukatan, dan masukkan dalam periuk nasi. 5️. Masukkan roti dalam pembakar roti, tekan dan alert kan anak bila roti siap masak.
6️. Sapu jem atas roti. 7️. Sapu tumpahan nasi atau tumpahan serpihan biskut atas lantai atau meja guna set penyapu kecil. 8️. Ambil barang dalam laci, dan simpan semula. 9️. Susun cawan plastik di tempatnya selepas guna untuk minum air masak (anak ada cawan plastik khas air masak setiap seorang). 10. Cabut rumput yang tertumbuh di celah tiles bawah porch.
Kesemua aktiviti di atas akan bantu anak: Rancang pergerakannya (motor planning). Buat keputusan samada kerjanya dijalankan dengan betul atau tidak. Alert dengan apa yang ada dan berlaku di persekitaran rumahnya. Mendengar arahan dan mengikut peraturan.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.