Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya, tak sangka apa yang diamalkan oleh ibu dan ayahnya yang sering menyimpan duit syiling dalam tabung menjadi ikutan Qaiser Rifqi Martin, pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah di Kota Kinabalu.

Tular kisah Qaiser apabila wang saku yang diberi sebanyak RM2 oleh ibunya untuk bekalan ke sekolah bertambah menimbulkan rasa hairan ibunya Hasmi Shamsuddin.

“ Semasa hari kedua persekolahan, saya terkejut dia bawa duit balik ke rumah. Sekolah sesi pagi dia tak baa duit sebab saya bekalkan makanan dari rumah.

“ Sesi petang saya tak dapat nak bekalkan dia makanan sebab saya bekerja. Pada hari itu saya bagi belanja RM2, dia bawa balik RM4.

“Saya terkejut juga dia bawa duit balik rumah. Ingat dia ambil duit kawan-kawan. Bila tanya kenapa duit banyak, dia kata tangkap belalang lepas tu jual pada kawan,” ujar Hasmi kepada sebuah akhbar.

Bagi Duit Belanja RM2, Bawa Balik RM4. Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam TabungMula Menabung Sejak Umur 6 Tahun

Menurut Hasmi juga dia melihat kecenderungan Qaiser dalam menabung sejak awal tahun lalu ketika umurnya 6 tahun.

IKLAN

“Saya dan suami memang ada tabung untuk duit syiling. Semua duit syiling akan masuk dalam tabung, kalau ada duit syiling anak-anak sekali join masukkan dalam tabung.

Bagi Duit Belanja RM2, Bawa Balik RM4. Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam Tabung“Apa yang saya lihat Qaiser ni mula rajin menabung sejak saya belikan dia tabung yang dia minat. Kebetulan ada tabung BoboiBoy yang dia suka saya belikan, sejak tu dia rajin menabung,” ujar Hasmi.

Tambah Hasmi lagi, apabila ditanya apa yang akan dibeli dengan duit yang disimpan, menurutnya dia hanya menabung hanya untuk menyimpan.

IKLAN

“Bila saya tanya ada nak beli apa-apa ke dengan duit yang disimpan, dia tak jawab cuma kata nak simpan saja. Memang kalau duit saya dan atok nenek dia bagi dia akan simpan dalam tabung.”

Pengalaman pertama anak masuk sekolah

Menurut Hasmi, Qaiser yang merupakan anak pertamanya cukup teruja untuk ke sekolah dan bangun seawall pukul 5.30 pagi untuk bersiap. Tambahnya juga ini merupakan pengalaman pertama berhadapan dengan ragam anak yang baru memulakan persekolahan.

Mengakui sengaja berkongsi kisah tentang Qaiser dilaman Facebook untuk dijadikan kenangan pada masa depan.

IKLAN

“Sebelum ini saya tak ada pengalaman dengan ragam anak masuk tahun satu. Dia tak menangis ke sekolah, Alhamdullilah mula sekolah dia senang bangun dan teruja nak pergi sekolah baru.

Bagi Duit Belanja RM2, Bawa Balik RM4. Rupanya Jual Belalang Nak Simpan Duit Dalam Tabung“Saya post di Facebook pun sebab nak jadikan kenangan dan untuk abah dia tengok post saya bila balik belayar nanti. Line di laut tak kuat. Nak call pun tak dapat. Saya abadikan cerita ragam anak sekolah tu di FB untuk ayahnya baca.

Selain Qaiser, Hasmi mempunyai seorang lagi cahaya mata berusia tiga tahun hasil perkongsian hidup dengan suami, Martin Tamrin yang merupakan seorang kelasi kapal.

Perkongsian Hasmi yang mendapat hampir empat ribu perkongsian tentang sikap Qaiser yang suka menabung itu mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji walaupun masih kecil Qaiser sudah ada nilai keusahawanan yang tinggi dan pandai cari duit.

Sumber: Hasmi Samsuddin & Mstar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI