Rihana Oksana menyatakan rasa bimbang apabila memikirkan kehidupan seharian anak sulungnya, Tengku Ismail Leon, 4 tahun yang sentiasa dikelilingi wanita seperti nenek, pengasuh, ibu saudara, guru-guru.
“Adakah bagus untuk perkembangan anak lelaki jika membesar dikelilingi wanita?”
“Leon membesar dengan dikelilingi oleh wanita – ibu dan pengasuhnya berada di rumah, nenek dan ibu saudaranya datang melawat. Guru-guru di tadika itu juga perempuan, malah Leo berkawan dengan perempuan – kawan sekolah kegemarannya pun dua orang perempuan berbahasa Rusia dalam kumpulan itu”
Pada awalnya Ratu Cantik Moscow ini bercadang untuk menghantar satu-satunya anak lelaki kesayangan ke sekolah lelaki namun setelah dipertimbangkan dia menukar tempat pilihanya.
Ads
“Jadi saya berfikir untuk menghantarnya ke sekolah lelaki. Saya mempunyai masa yang lama untuk memilih tempat, dan selepas menyemak banyak pilihan, saya menyedari bahawa sekolah untuk lelaki bukanlah pilihan terbaik. Dalam kes ini, kanak-kanak itu akan terhad dalam hubungan dengan jantina yang bertentangan, dan saya, bagaimanapun, membesarkan Leon sebagai seorang lelaki sejati.”
“Leo sentiasa membuka pintu kepada semua gadis, biarkan mereka pergi dahulu, membantu mereka menanggalkan jaket, dan di sekolah lelaki dia tidak akan mempunyai peluang untuk mempelajari adab ini dalam amalan. Dan saya juga akan memberitahu dia bagaimana untuk berkomunikasi dengan wanita sejak kecil!”
Ads
“Jadi keputusan tentang sekolah telah dibuat semalam – Leon akan ke sekolah campuran (untuk lelaki dan perempuan) pada September depan.”
Rihana pernah mendirikan rumah tangga dengan Sultan Muhammad V pada tahun 2018 sebelum berpisah pada tahun 2019.
Bila tiba-tiba anak mengamuk, meragam, jadi pemarah dan serba tak kena dibuatnya cuba perhatikan adakah berpunca daripada diri ibu bapa itu sendiri.
Kadang tu anak kecil yang buat perangai ni bersebab. Mungkin mereka tak pandai nak beritahu secara terus jadi pendekatan yang mudah adalah dengan menunjukkan tanda protes.
Bila anak buat perangai, secara automatik ibu ayah pun akan rasa geram sangat sehingga boleh terkuat suara atau pun memukul anak.
Ok, sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin boleh dikaitkan dalam hal ini. Apa yang dibincangkan oleh Puan Maryam Jamadi ini sebagai panduan bersama.
Saya nak ceritakan tentang pengalaman anak tantrum dan jadi pemarah:
Anak saya tiba-tiba banyak meragam minggu lepas, menangis tanpa sebab. Semua benda tak kena dan jadi sangat pemarah bila tak ikut kemahuan dia. Pujuk macam mana pun tak jalan, kalau kes macam ini memang saya akan biarkan dia menangis untuk lepaskan semua kemarahan dia. Cara saya tahu dia dah puas nangis adalah bila dia dah mula buka mata untuk tengok sekeliling.
Selagi dia menangis menjerit tutup mata, buatlah macam-macam cara tak akan “laku”. Punca dia menangis memang “kelakar” dan tak boleh diterima:
– Tak nak mandi
– Tak nak tukar diaper walaupun dah “membuang”
– Nak buka peti ais
– Saya tegur bila dia tumpahkan air
– Nak makan sup panas menggelegak
– Baju dia pakai tak cantik
Benda kecil pun dia akan mengamuk macam kena dera, emosi dia sangat sensitif minggu ini dan saya mencari-cari puncanya dan apa salah saya. Pening + stress.
Dalam seminggu juga dia banyak meragam, selepas itu saya bercuti 3 hari. Tiba-tiba mood dia sangat ok, bangun tidur senyum tak ada nangis dan boleh mendengar arahan tanpa mengamuk. Kalau saya tak ikut kemahuan dia, dia boleh terima.
Lepas difikir-fikir punca, rupanya minggu yang dia banyak mengamuk itu adalah minggu appointment saya penuh selama 7 hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 6 petang sebab nak kena ganti 7 hari saya bercuti. Suami pula sedang sibuk siapkan thesis master. Saya kerja beliau jaga anak, berganti-ganti.
Jadi masa itu saya stress, penat dan tak cukup rehat sampai demam, anak saya pun stress dan sangat kuat mengamuk.
Terlalu fikir kerja sehingga saya terlupa yang susu yang saya berikan kepada anak saya boleh “pass” hormon tak baik saya setiap kali saya stress dan penat iaitu hormon cortisol.
SUSU IBU + HORMON
Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.
Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.
Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.
Inilah jadi mak ayah lagi-lagi anak pertama, kita belajar apa pun atau kerja apa pun bila kena dekat batang hidung sendiri memang pening.
Jadi, untuk mak-mak yang masih menyusu badan kalau anak tiba-tiba kuat mengamuk dan meragam cuba check balik emosi kita semasa menyusu.
Kalau tengah penat dan dalam tergesa-gesa, saya cadangkan untuk ambil masa 10 minit untuk bertenang, minum air sekejap, makan coklat dan lupakan perkara yang menyemakkan kepala. Boleh buka ayat Al-Quran ataupun white noise juga untuk membantu kita bertenang sebelum menyusu. Tak kiralah menyusu direct ataupun pam.
Bila agak-agak dah tenang, degupan jantung dah stabil dan normal baru mula menyusu ataupun mengepam.
Menyusu badan bukan bermaksud kita beri sumber khasiat dan keperluan bayi sahaja. Kita juga salurkan HORMON kita. Jadi, jaga-jaga dengan emosi sepanjang proses perjalanan menyusu badan.
Suami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga emosi isteri sepanjang tempoh menyusu badan. Agak-agak isteri mula berkerut, offerlah nak masakkan makan malam ataupun tolong lipat sidai baju ke.
Macam kes saya, sebenarnya saya pun tak perasan tengah stress sebab enjoy kerja walaupun sangat penat. Selepas ini kena lebih berhati-hati lagi dengan hormon stress.
Sumber: Maryam Jamadi (Occupational Therapist)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mak-mak mana yang tak pernah stres bila anak tolak sayur mentah-mentah?
Kita dah rebus lembut, potong kecil, blend dalam bubur, siap suap dengan pujuk rayu tapi tetap dia ketap mulut, geleng kepala. Rasa nak nangis pun ada 😅
Tapi sebenarnya, anak susah makan sayur ni normal sangat! Mereka masih belajar terima rasa baru. Dan sebagai mak, kita kena jadi lebih bijak guna strategi yang lembut tapi berkesan. Tak perlu marah, tak perlu paksa kita guna cara yang seronok, kreatif dan penuh kasih sayang.
Jom cuba 5 cara ni untuk kenalkan sayur kepada anak dengan lebih fun. Siapa tahu, brokoli yang dulu dibenci boleh jadi sahabat karib anak lepas ni! 🌱✨
1. Ajak Anak Masak Sama-Sama! 👩🍳🧑🍳
Jangan risau kalau anak tak makan sayur lagi mungkin dia cuma belum kenal rapat dengan si hijau tu. Jadi, start dari dapur! Ajak anak bantu mak potong brokoli, cuci lobak merah atau gaul sayur goreng. Bila anak rasa dia pun chef dalam proses tu, dia lebih yakin nak rasa hasil masakan sendiri. Tak kisahlah dapur bersepah sikit yang penting, momen ni jadi kenangan manis dan anak belajar sayur tu bukan musuh!
2. Cerita Sayur Ala Kartun! 🦸♂️🥦
Anak suka cerita fantasi? Gunakan imaginasi tu! Jadikan sayur sebagai karakter dalam cerita harian mereka. Contohnya: “Ni brokoli kuat macam Hulk! Dia bagi tenaga lawan raksasa virus.” Bila sayur ada ‘watak’, anak pun tak nampak ia sebagai benda asing.Malah, bila kita lakonkan suara dan gaya kartun sambil makan, anak akan lebih enjoy waktu makan.
3. Sembunyi Sayur Tapi Jangan Menipu! 🥞😏
Ada anak yang terus reject bila nampak sayur? Okay, kita main strategi senyap. Blend sayur dan masukkan dalam makanan kegemaran anak macam sos spageti, pancake labu, atau cucur jagung. Tapi ingat, jangan tipu sampai anak rasa dikhianati bila tahu! Lepas dia makan, puji dan bagitahu dengan bangga, “Tadi dalam ni ada bayam. Sedap, kan?”
4. Pinggan Cantik, Selera Naik! 🎨🍽️
Anak makan dengan mata dulu jadi, pinggan kena ‘wow’! Gunakan kreativiti untuk jadikan hidangan macam karya seni. Sayur boleh jadi bahagian muka kartun, haiwan comel, bentuk bunga, atau kereta! Tak perlu susah pun, tapi cukup untuk tarik minat anak tengok dan cakap “Eh, comelnya!” sebelum suap masuk mulut.
5. Konsisten, Bukan Paksa! ✌️👶
Mak-mak semua tahu, bila anak tak nak makan, tangan ni pun rasa nak suap dengan paksa. Tapi ingat ya, paksaan boleh buat anak trauma dan makin menjauh. Yang penting, terus konsisten hidang walaupun dia tak makan langsung. Biarkan anak ‘berkenalan’ dengan sayur perlahan-lahan tengok, pegang, bau dan cuba sikit-sikit. Lama-lama akan jadi biasa.
Anak bukan tak nak makan sebab degil. Kadang dia perlukan masa, suasana yang betul dan mak yang tenang. Dengan pendekatan yang seronok dan penuh kasih sayang, anak akan belajar terima sayur sebagai kawan baik bukan musuh.
Mak yang sabar + sayur yang fun = Anak sihat & happy 💚
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bukan boleh membesar dengan sendiri, kalau kita sebagai ibu bapanya tak memberi didikan yang baik. Tapi ramai juga yang terkeliru dan menganggap anak boleh membesar dengan sendiri dan tak perlu pun di ajar apa-apa.
Berdasarkan perkongsian Pediatric Occupational Therapist, Maryam Jamadi, anak tak akan membesar dengan sendiri tetapi “dibesarkan” oleh mak ayah ataupun penjaganya terutama semasa bawah 2 tahun. Waktu ini 100% perkembangan otak anak adalah berdasarkan apa yang kita “beri” pada anak.
– Kalau kita kurung mereka dalam bilik yang kecil, itulah “dunia” mereka.
– Kalau kita tak pernah bawa mereka keluar rumah, mereka tak tahu pun betapa besarnya dunia ini dan betapa tingginya langit.
– Kalau kita hanya beri mereka tengok TV dan gadget seharian, itu sahajalah yang mereka tahu. Kalau kita tak pernah tunjuk mereka buah-buahan, sampai ke sudah mereka tak tahu kewujudan buah-buahan. Nampak kan, betapa sempitnya dunia mereka.
Sebab itulah, mak ayahlah guru pertama anak sejak dari hari mereka bernafas di dunia disitulah terletak tugas mak ayah untuk mendidik mereka. Kita yang membentuk mereka.
– Anak tak akan addicted dengan gadget kalau kita tak pernah beri.
– Anak juga tak akan belajar pakai baju dan seluar sendiri kalau kita tak pernah ajar dan beri peluang mereka belajar.
– Anak tak akan pandai makan sendiri kalau kita hanya suap mereka dan sentiasa marah mereka bila makan tertumpah.
– Anak tak akan pandai bebas diaper sendiri kalau kita tak pernah bantu mereka ke tandas.
– Anak tak akan pandai “bye-bye” kalau kita tak pernah tunjuk dan ajar mereka.
Tugas mak ayah bukan sahaja mendidik abc atau 123 semata-mata, mendidik skil kehidupan juga adalah tugas penting yang kita perlu lakukan. Skil kehidupan ini pula untung sangat kalau ada pengasuh atau penjaga anak tolong ajarkan kepada anak sebab biasanya tak ramai pengasuh yang tersempat nak ajar anak satu-persatu skil-skil ini.
Ada skil kehidupan anak kita tak perlu ajar, mereka boleh belajar. Ada skil yang kita perlu ajar sebab anak tak akan dapat sendiri. Kebanyakan mak ayah tak aware tentang ini dan tak ada idea macam mana nak ajar skil penting dalam kehidupan anak dan hanya risau:
“Anak dah umur 4 tahun tapi tak kenal lagi abc 123. Tahun ni nak masuk tadika”
“Anak umur 6 tahun tapi tak pandai membaca, menulis dan mengira lagi. Tahun depan nak masuk darjah 1”
Banyak meletakkan mindset akademik, sehingga terlupa skil kehidupan anak pun nak kena “tackle” juga. Apa yang mak ayah perlu risaukan bila anak umur 4 tahun atau 6 tahun:
UMUR 4 TAHUN
– Adakah anak bebas diaper? – Adakah anak pandai makan dan minum tanpa tertumpah? – Adakah anak pandai pakai dan buka baju seluar sendiri? – Adakah anak pandai buka dan pakai kasut sendiri? – Adakah anak boleh memulakan perbualan? – Adakah anak pandai melompat jauh? – Adakah anak boleh mengenal pasti kata sifat (panjang, pendek, besar, kecil)? – Adakah anak mengenal warna?
UMUR 6 TAHUN
– Adakah anak boleh mengurus diri 100%? – Adakah anak sudah 100% bebas diaper dan mengurus diri di dalam tandas sendiri? – Adakah anak boleh menyediakan sarapan ringkas sendiri? – Adakah anak boleh memakai baju atau seluar berbutang dan zip dengan sendiri? – Adakah anak boleh melukis orang? – Adakah anak boleh bermain teng-teng? – Adakah anak boleh menghuraikan sekurang-kurangnya 7 perkataan? – Adakah anak mengetahui lawan kata?
Dia atas ini antara checklist yang mak ayah perlu letak dalam target bila anak nak masuk umur 4 dan 6 tahun selain daripada akademik semata-mata.
*Termasuklah checklist sebelum anak masuk darjah 1 supaya tak ada episod anak “accident” di sekolah sebab tak pandai buka seluar sendiri ya
Nak cerita satu persatu macam mana nak ajar skil-skil di atas banyak sangat. Jadi, saya nasihatkan kalau mana yang anak tak capai lagi dan mak ayah tak tahu macam mana ajar skil-skil kehidupan anak. Boleh cuba
Balik kampung, berguru dengan mak ayah sendiri macam mana nak ajar.
Jumpa occupational therapist untuk lakukan penilaian awal supaya dapat tahu apa yang anak tak capai lagi kenapa anak tak dapat capai.
Kadang kala, sebagai ibu ayah yang bekerjaya, kita memang perlukan ruang untuk berehat dan lari seketika daripada rutin yang memenatkan. Menguruskan anak-anak, kerja, rumah...