Melihat baju sekolah anak yang kehitam-hitaman di bahagian tengkuk dan lengan buat ibu mula rasa stress. Mana tidaknya, mulalah mak-mak memikirkan terpaksa menyentalnya dengan sepenuh tenaga demi menjadikan baju kembali putih bersih.
Rupanya tak perlu sental berlebih-lebihan, ada cara dan petua mudah yang dikongsikan oleh Hasslizza Lailly Abu Hassan ini.
Memang mudah, hanya gunakan sedikit serbuk percuci, Cif sahaja untuk diletakkan pada bahagian berdaki. Memang bersih!
Since ramai yang kat komen tanya macam mana nak gunakan dia. So, hari ni Lailly sharekan video.
Siapa yang tidak sayangkan zuriat sendiri, kan? Namun adakalanya sikap anak boleh menguji kesabaran ibu bapa. Jom kenal pasti 5 perangai anak yang boleh mendatangkan kebimbangan.
Kebimbangan mengenai sikap anak
Sebagai ibu bapa, pastinya tertanya-tanya apakah perwatakan anak yang mungkin di luar batasan normal seorang kanak-kanak.
Tidak dinafikan pada tahap tertentu, anda perlu berdepan dengan tingkah laku anak yang mungkin mendatangkan masalah.
Pastinya cara anda bertindak balas terhadap sikap anak itu memainkan peranan utama. Pun begitu, terdapat beberapa perangai anak boleh dianggap sebagai petanda masalah yang lebih serius dan memerlukan bantuan profesional.
Fahami perangai anak
5 sikap anak berikut mungkin bermaksud mereka menderita gangguan tingkah laku atau didasari masalah tertentu.
Ia boleh digunakan untuk membantu anda mengenal pasti permasalahan anak, seterusnya membawa mereka untuk mendapatkan bantuan profesional bagi pencegahan awal.
#1. Membantah
Walaupun terdapat banyak penjelasan yang mendasari perangai anak ini, namun seringkali ia disebabkan gangguan tingkah laku seperti:
Selalu tanda-tanda gangguan di atas sering bertindih kerana mempunyai gejala yang lebih kurang sama.
Namun, perwatakan anak yang suka membantah ini akan lebih terserlah pada anak dengan ODD dan CD.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan, ia adalah perkara biasa untuk seorang anak menguji had kesabaran anda.
Jadi jika anak membantah permintaan anda, tawarkan sesuatu kepadanya, seperti, “Kalau Qila kemas mainan, kita boleh pergi berjalan di taman.”
Dan sekiranya mereka masih tidak mahu mengikutinya, berikan amaran yang diikuti dengan akibat. Paling penting, pastikan anda konsisten.
Jangan hari ini anda memarahi perangai mereka dan keesokan harinya, tiada sebarang hukuman jika anak mengulanginya.
#2. Kurang tumpuan
Antara sikap anak yang paling menguji kesabaran ibu ayah apabila mereka tidak memberikan fokus. Situasi ini seringkali berlaku jika mereka tidak berminat kepada sesuatu perkara itu.
Namun, sekiranya anda menyedari mereka sukar menumpukan perhatian atau kerap bertukar aktiviti tanpa menyelesaikannya, ia mungkin gejala ADHD.
Anak juga mungkin tampak impulsif – melakukan sesuatu dengan terpaksa dan terlalu aktif.
#3. Agresif secara fizikal
Bermula daripada tantrum hingga interaksi negatif dengan rakan sebaya lain, perangai anak yang agresif secara fizikal pastinya perlu ditangani segera.
Sebagai contoh, bagi anak dengan CD, perwatakan ini mungkin akan dikembangkan dengan mencederakan haiwan pula.
Secara keseluruhan, anak akan mungkin lebih terlibat dalam pengaduhan dan sukar mendengar kata.
#4. Menyalahkan individu lain
Apabila anak berkelakuan buruk, adakah mereka akan menyalahkan individu lain?
Secara umumnya, ia adalah sikap anak yang biasa untuk mengelak daripada mendapat masalah. Tetapi bagi anak yang mempunyai gangguan tingkah laku, perwatakan ini akan lebih ketara dan kerap dilakukan.
Anda akan melihat perangai anak yang secara berterusan tidak mahu menggalas tanggunjawab serta keengganan untuk menanggung kesalahan mereka sendiri.
#5. Tingkah laku antisosial
Jangan tersilap ya parents, sikap malu dan antisosial tidak sama. Biasanya kanak-kanak lelaki yang menghidap conduct disorder akan lebih cenderung menunjukkan tingkah laku antisosial berbanding kanak-kanak perempuan.
Tingkah laku antisosial yang teruk pada fasa awal kanak-kanak akan membawa kepada diagnosis CD atau ODD.
Sebagai ibu bapa, anda juga akan melihat pelanggaran peraturan sosial, mengingkari autoriti dan mengabaikan individu lain.
Mengubah tingkah laku anak
Umumnya, seorang kanak-kanak cenderung meneruskan tingkah laku yang sama apabila diberikan penghargaan dan menghentikannya apabila tidak diendahkan.
Konsistensi tindak balas anda terhadap perangai anak adalah penting.
Ini kerana jika anda pernah memberi pujian di atas sikap anak yang tertentu, tapi pada hari lain hukuman diberikan untuk tingkah laku yang sama, ia boleh menyebabkan mereka keliru.
Apabila anda menganggap tingkah laku anak sebagai keadaan yang mendatangkan masalah, tiga pilihan berikut boleh dilakukan:
Tentukan bahawa perwatakan tersebut tidak menjadi masalah kerana ia sesuai dengan usia dan tahap perkembangan anak
Cuba untuk menghentikan sikap tersebut sama ada dengan tidak mengendahkannya atau memberikan mereka hukuman tertentu yang bersesuaian
Memperkenalkan tingkah laku baharu yang anda sukai dan perkukuhkan dengan memberi penghargaan pada anak jika mereka mengikutinya
Bersabar dengan sikap anak
Masalah tingkah laku kanak-kanak dapat diatasi dengan strategi disiplin yang konsisten. Perlu diingat bahawa adalah perkara biasa bagi anak-anak membuat perangai sekali-sekala.
Ini merupakan satu proses perkembangan yang perlu dilalui oleh anak anda. Tetapi, jika masalah tingkah laku tidak bertindak balas terhadap strategi disiplin atau sikap anak mula menjejaskan pelajaran dan hubungan rakan sebaya, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bergelar ibu, pengorbanannya sangat besar. Memang penat menjadi ibu. Tidak kira bekerja atau tidak bekerja. Maka bila menjadi ibu, jangan terlalu ikut emosi.
Kalau penat nak kemas rumah biarkan dulu. Cukuplah walau kemasnya ala kadar asal lantai dipijak tidak berpasir, tidak berminyak. Kalau rajin baru kemas macam hari raya.
Kalau rasa tak mampu nak lipat kain tunggu hujung minggu baru lipat sama-sama. Pinggan lepas makan ajar anak-anak suruh basuh pinggan masing-masing.
Hujung minggu ajak semua kemas rumah sama-sama. Semua kena ada peranan, tak kira anak lelaki atau perempuan. Jangan terlampau mengharap semuanya sempurna kalau tahu diri tidak mampu.
Kena sentiasa berlapang dada, kalau tengok bersepah sikit anggap sekarang masa bermain anak-anak. Nanti dah besar rumah akan sentiasa kemas, anak-anak bawa haluan masing-masing. Tapi masa tu jiwa kita akan sunyi dan kosong terkenang balik fasa menyepah mereka.
Kena ingat, rumah kita, rules kita, so jangan biar emosi mengawal kita, buat bila kita rasa nak buat dan bila emosi kita stabil insya-Allah harmoni seluruh keluarga!
Maka benarlah, tidak perlu menjadi sempurna kerana sebuah keluarga lebih memerlukan seorang ibu yang bahagia jiwanya!
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejarah Baby On Board bermula pada tahun 1984 oleh Michael Lerner, yang mendapat idea ketika menaiki kenderaan bersama anak saudaranya.
Lerner mendapati pengguna kenderaan lain memotong kenderaannya dengan laju dan merbahaya, tidak begitu bertimbangrasa dengan dia dan anak saudaranya. Beliau merasakan insiden tersebut berlaku apabila kenderaan lain tidak nampak kehadiran anak kecil di dalam keretanya.
Pernah menggunakan sticker atau sign Baby On Board di kenderaan anda?
Tanda Baby On Board dapat memberitahu pemandu kenderaan lain untuk lebih bertimbang rasa terhadap kereta yang mempunyai penumpang kecil.
Baby On Board juga bertindak sebagai tanda atau signal apabila terdapat kemalangan. Ianya memberitahu pasukan penyelamat bahawa terdapat bayi dan kanak-kanak di dalam kenderaan ini.
” Dalam satu kes kemalangan, seorang wanita telah dijumpai di bahagian pemandu, seorang diri. Tiada kanak-kanak dijumpai. Namun, pasukan penyelamat mengambilkira tanda Baby On Board dan mengandaikan kehadiran anak kecil di dalam kenderaan. Seorang bayi telah dijumpai di dalam carseat di bahagian bawah kenderaan yang remuk” – sumber daripada quartz.com
Gunakan tanda Baby On Board anda dengan bijak dan sebaik mungkin, ianya bukanlah bertujuan untuk memberitahu dunia yang anda membawa “the cutest baby in the world” semata-mata.
Bagi ibu bapa yang paranoid, kononnya menggunakan sticker ‘Baby On Board’ lebih memudahkan penjenayah menculik bayi anda…’tepuk dada tanya selera’.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.