Ads

Bantuan Awal Persekolahan RM200, Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Ambil Duit Bantuan Anak!

Bantuan Awal Persekolahan RM200, Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Ambil Duit Bantuan Anak!

Berita baik buat ibu ayah yang bakal membuat persediaan persekolahan anak-anak tahun hadapan. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM200 kepada semua murid pastinya sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga.

Namun, kali ini pemberian bantuan tersebut bukan sekadar untuk membantu ibu bapa membeli keperluan persekolahan anak, malah menjadi peluang untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dan guru.

Dalam kesibukan mencari rezeki, mungkin ada ibu ayah yang jarang berkesempatan untuk hadir ke sekolah, bertemu guru atau bertanya mengenai perkembangan anak-anak sepanjang sesi pembelajaran. Justeru, pemberian Bantuan Awal Persekolahan ini diharapkan dapat membuka ruang kepada ibu bapa untuk lebih cakna mengenai pendidikan anak-anak.

Bantuan Awal Persekolahan RM200, Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Ambil Duit Bantuan Anak!

Bantuan Awal Persekolahan RM200, Ibu Bapa Perlu Datang Sendiri Ke Sekolah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM200 pada tahun hadapan akan diserahkan di sekolah dengan kehadiran ibu bapa masing-masing.

Menurut beliau, kehadiran ibu bapa penting bagi membolehkan mereka mengenali persekitaran sekolah serta guru-guru yang bertanggungjawab mendidik anak-anak.

“Kita minta ibu bapa datang ke sekolah. Kita tak serah wang itu ke rumah kerana kita nak ibu bapa tahu sekolah anaknya, jumpa guru-guru dan guru boleh beri nasihat.

“Dia harus tahu yang membantu mendidik anak-anak mereka itu ialah guru dan kalau tak datang ke sekolah, (Menteri Pendidikan, Datuk Seri) Fadhlina (Sidek), jangan bagi wang itu,” katanya.

Ads

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Prakarsa AI Pendidikan Negara.

Bukan Sekadar Ambil Duit, Peluang Kenali Perkembangan Anak

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mencadangkan agar pihak sekolah menganjurkan program khas sempena penyerahan Bantuan Awal Persekolahan yang menghimpunkan ibu bapa, guru dan murid.

Pertemuan seperti ini dapat dimanfaatkan oleh ibu ayah untuk mengetahui bukan sahaja prestasi akademik anak, malah perkembangan emosi, tingkah laku, disiplin serta pergaulan mereka di sekolah.

Ada kalanya, sikap anak di rumah berbeza dengan ketika berada di sekolah. Sebab itulah komunikasi antara ibu bapa dan guru amat penting dalam memahami keperluan anak-anak.

Mendidik Anak Bukan Tanggungjawab Guru Semata-mata

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan ibu bapa agar tidak meletakkan sepenuh tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah.

Ads

“Jangan serahkan semua kepada sekolah. Ibu bapa juga harus ditegur demi tanggungjawab,” katanya.

Tambah beliau, pendidikan bukan sekadar tentang pencapaian akademik dan penguasaan ilmu, sebaliknya turut melibatkan pembentukan akhlak, disiplin serta keperibadian yang baik.

Bantuan Awal Persekolahan RM200, Ibu Bapa Perlu Hadir Ke Sekolah Ambil Duit Bantuan Anak!

Manfaatkan Bantuan Awal Persekolahan Untuk Keperluan Anak

Bagi ibu ayah yang mempunyai beberapa orang anak bersekolah, pastinya banyak perkara yang perlu disediakan menjelang sesi persekolahan baharu.

Daripada pakaian seragam, kasut sekolah, beg hinggalah kepada alat tulis, semuanya memerlukan perbelanjaan yang perlu dirancang sebaik mungkin.

Ads

Dengan adanya Bantuan Awal Persekolahan ini, ibu ayah bolehlah menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan dan mendahulukan keperluan anak-anak yang lebih penting.

Ibu Ayah, Ambil Peluang Dekati Guru Anak

Mungkin selama ini kita hanya sempat menghantar dan mengambil anak di pintu pagar sekolah. Nak bertanya khabar dengan guru pun kadangkala tidak berkesempatan.

Jadi, manfaatkanlah sesi penyerahan bantuan ini untuk bertanya tentang perkembangan anak, memahami cabaran yang mereka hadapi serta mendapatkan pandangan guru mengenai potensi si kecil.

Tak perlu menunggu sehingga anak menghadapi masalah di sekolah untuk kita mula berhubung dengan guru. Perbualan ringkas mengenai pembelajaran dan tingkah laku anak juga boleh membantu ibu ayah memahami mereka dengan lebih baik.

Jadikan sesi penyerahan Bantuan Awal Persekolahan ini sebagai permulaan untuk membina hubungan yang lebih erat dengan guru demi kebaikan anak-anak.

RM200 mungkin membantu mencukupkan keperluan persekolahan anak, namun hubungan baik antara ibu bapa dan guru merupakan pelaburan yang tidak ternilai buat masa depan mereka.

Sumber: Berita Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Mengadu Ditumbuk & Dipulas Tangan, Wawa Zainal Luah Rasa Risau

Wawa Zainal luah kebimbangan selepas anak mengadu ditumbuk dan dipulas tangan rakan sekelas. Isu buli di sekolah bukan sekadar gurauan.