Musim anak batuk, selesema dan demam berpanjangan ini apa kata kita sediakan minuman berkhasiat untuk anak-anak dan keluarga.
Petua tradisional yang dikongsikan oleh Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar menggunakan bawang yang dicampur bersama madu amat baik untuk meredakan batuk.
Jom tonton tip nak jadi bapa ‘cool’ dan terbaik.
Kali ini, Dr Rizal tampil sekali lagi berkongsi petua semulajadi bagi meredakan kahak atau gelema yang terperangkap. Mudah sahaja, hanya jadikan teh panas bersama campuran halia dan bunga cengkih. Wajib cuba!
Ads
Saya tengok ramai sangat orang. Kong kong bunyi. Teruk sangat. Nampak sangat gelema susah keluar. Degil. Ada tak cara natural nak hilangkan gelema ni? Oh mestilah ada.
Apa kata minum teh bunga cengkih. Boleh cari bahan bahan ni dulu.
1. Setengah inci halia atau halia sebesar ibu jari.
2. Satu batang kulit kayu manis
3. Setengah sudu besar bunga cengkih
4. Tiga mug air.
5. Madu
6. Setengah biji lemon
Ads
Nak buat senang. Panaskan air dan masukkan bahan 1-3.
Masak pada api sederhana. Bila mendidih, padamkan api. Guna penapis untuk tapis bahan.
Ads
Tuang ke dalam cawan. Masukkan madu secukup rasa. Perah lemon. Minum.
Senang saja kan. Apa kata cuba. Mulut pun tak berbau dah. Kalau habis buat lagi. Gitu.
Nak tarik perhatian anak-anak, nak mereka dengar cakap kita itu sebenarnya ada cara yang boleh kita jadikan rutin. Perkongsian oleh Terapis Cara Kerja Puan Siti ‘Aisyah Rozalli mengenai kaedah yang diinspirasikan oleh ayahnya boleh digunakan untuk anak-anak.
Menurutnya hanya dengan story time yang spontan dan dijadikan rutin setiap hari akan mencipta bonding emosi positif buat anak-anak. Caranya mudah sahaja, cerita yang simple, berulang dan konsisten, hasilnya anak-anak akan lebih rapat, dengar cakap, dan juga kesan lain dari sudut perbendaharaan kata dan penggunaan imaginasi yang kreatif yang lebih baik.
Ikuti perkongsian beliau:
TARIK PERHATIAN ANAK DENGAN “STORY TIME” SPONTAN
Nak anak:
⭐️ rapat dengan kita
⭐️ dengar cakap kita
⭐️ bagi perhatian setiap kali kita cakap dengan dia
⭐️ ada keberanian menggunakan bahasa
⭐️ gunakan imaginasi dengan aktif
⭐️ bijak susun ayat….
Dulu masa saya kecil-kecil, kami ada satu Story Time yang akan buat kami adik-beradik terusssss lari rebutkan ketiak abah. Hehehehe.
Setiap kali abah cakap “Pada zaman dahulu… Ada 3 ekor beruang..”🐻🐻🐻
Haaaa…. mencicit semua lari berkejar nak dengar.
Padahal…
Cerita tu berulang yang sama.
“Pada zaman dahulu, ada 3 ekor beruang… 🐻Beruang yang pertama, namanya beruang yang pertama. 🐻Beruang yang kedua, namanya beruang yang kedua. 🐻Beruang yang ketiga, namanya beruang yang ketiga. Habis”.
Daaaan…
Semua akan gelak ketawa minta sambung cerita.
Maka, abah akan sambunglah cerita-cerita lain.
Cerita pasal arnab rajin tolong mak dia ke.🐰
Cerita pasal kura-kura pergi solat dapat tenaga jalan laju ke.🐢
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Setiap ibu bapa pasti mengimpikan anak yang sihat, cergas dan membesar dengan ketinggian ideal. Ramai yang menyangka faktor genetik memainkan peranan paling besar, tetapi menurut perkongsian Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, rahsia anak tinggi sebenarnya boleh dibentuk sejak kecil melalui pemakanan seimbang, tidur yang cukup dan gaya hidup sihat.
Menariknya, Tunku Azizah sendiri berkongsi pengalaman membesarkan anak-anak baginda termasuk Tengku Mahkota Pahang yang tinggi lampai. Baginda menegaskan, amalan yang konsisten sejak bayi mampu membantu anak mencapai potensi ketinggian maksimum.
Tunku Azizah menekankan bahawa tempoh 1,000 hari pertama selepas kelahiran amat penting. Dalam fasa ini, pemakanan anak perlu seimbang dengan lebihkan protein, zat besi, sayur-sayuran dan kurangkan nasi.
“Saya ingat lagi, anak umur 4 bulan dah banyak diberi bayam, daging dan hati ayam. Saya lebihkan ayam dalam makanan mereka. Kalau nak anak tinggi, lebihkan ayam, daging, ikan, sayur. Nasi kurangkan,” kata baginda.
Pakar perubatan turut menyokong pandangan ini. Protein daripada ayam, ikan, daging dan hati ayam membantu membina otot serta tulang. Hati ayam pula kaya dengan zat besi (iron) yang penting untuk pembentukan hemoglobin. Hemoglobin berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke sel tulang, sekaligus menyokong tumbesaran anak.
Tip lain yang Tunku Azizah amalkan ialah mengelakkan anak daripada minuman manis seperti sirap atau air berperisa. Untuk kanak-kanak kecil, cukup dengan susu dan air kosong yang membekalkan kalsium serta protein untuk pertumbuhan tulang.
Tidur juga memainkan peranan besar dalam tumbesaran anak.
“Kalau nak anak tinggi, pukul 7.30 malam dah masuk katil, pukul 8 lampu tutup. Apabila anak mendapat lebih tidur, mereka akan lebih tinggi,” jelas baginda.
Secara saintifik, hormon pertumbuhan dirembeskan paling aktif ketika anak tidur nyenyak di waktu malam. Sebab itu tidur awal sangat membantu ketinggian mereka.
Selain pemakanan anak, Tunku Azizah turut mengingatkan ibu hamil untuk menjaga pemakanan sejak awal. Tempoh 9 bulan dalam kandungan dan 1,000 hari pertama selepas kelahiran adalah asas kesihatan, kecerdasan dan ketinggian anak.
Makanan kaya protein, zat besi, kalsium, vitamin D serta tidur yang cukup membantu melahirkan anak yang sihat dan membesar dengan baik.
Jelaslah, ketinggian anak bukan semata-mata faktor genetik tetapi boleh dibentuk dengan amalan yang betul sejak kecil. Pemakanan seimbang, cukup tidur dan gaya hidup sihat adalah kunci utama.
Patutlah Tengku Mahkota Pahang memiliki ketinggian ideal—rahsianya rupanya telah dipupuk sejak awal usia dengan amalan yang konsisten!
Sebagai seorang ibu, baik yang bekerja mahupun seorang suri rumah, amat penting bagi anda untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Letih menjadi seorang isteri dan ibu itu tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata, apatah lagi jika mempunyai kerjaya pula. Itulah sebabnya setiap ibu perlukan masa untuk diri sendiri. Biarlah satu jam sahaja, tetapi jika masa itu dipenuhi dengan aktiviti berkualiti, sudah cukup untuk memberi kesegaran kepada si ibu.
Bukan mahu mengada-ngada, sebaiknya kepentingan ‘me time’ ini lebih dipandang serius oleh para suami. Sesekali, benarkan isteri untuk buat sesuatu yang memberi keseronokan kepadanya. Banyak perkara yang boleh dibuat, sama ada membeli-belah, keluar berlibur dengan teman-teman, pergi makan dan sebagainya. Itulah yang seorang isteri perlukan, sedikit masa rehat untuk mereka dapatkan kembali semangat dan kesegaran untuk menggalas tanggung jawab sebagai seorang penggerak rumah tangga.
Keperluan ‘me time’ ini telah dibuktikan dengan kajian psikologi. Ia penting untuk memastikan keadaan mental sentiasa sihat dan tubuh bertenaga. Mereka yang diberi peluang untuk ada ‘me time’ mempunyai keseimbangan hidup yang lebih baik, lebih bahagia dan menjadi lebih fokus. Kuantiti tidak penting, tetapi kualiti ‘me time’ itu yang perlu dititikberatkan.
Pilihlah aktiviti ‘me time’ yang disukai dan menggembirakan anda. Antara kebaikan ‘me time’ adalah untuk reboot otak yang terlalu stres memikirkan kerja yang tak pernah habis, membantu untuk kekal tenang dan meningkatkan konsentrasi, menjadikan diri lebih produktif, membantu seseorang itu mengenal diri serta menyelesaikan masalah serta memperbaiki hubungan suami isteri.
Cara seseorang untuk mengembalikan semangat berbeza antara satu sama lain. Buatlah aktiviti yang memberi pengalaman bermakna buat anda, bukannya orang lain. Untuk menikmati ‘me time’ tidak semestinya perlu keluar rumah. Dengan hanya satu aplikasi, anda akan dilayan bagaikan ratu dan boleh merasai nikmat ‘me time’ tanpa perlu bersusah payah merancang aktiviti apa yang mahu anda buat.
Tak susah untuk merasai suasana ala spa di mana saja anda berada. Apa yang perlu anda buat hanyalah dengan menggunakan sebuah aplikasi hebat iaitu Sparadise.
Sparadise adalah sebuah platform aplikasi mobile yang memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan tanpa perlu hadir ke pusat kecantikan (spa).Juru terapi mereka akan pergi ke lokasi pelanggan sama ada di rumah, pejabat atau di mana sahaja mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan oleh pelanggan.
Selain daripada itu mereka juga membantu juru terapi yang bersama dengan mereka untuk menjana pendapatan lebih untuk setiap tawaran kerja yang diterima. Mereka bebas untuk bekerja di mana-mana tetapi dengan Sparadise mereka mampu menjana pendapatan tambahan dan dapat meningkatkan tahap kemahiran mereka.
Antara servis yang mereka tawarkan adalah pre dan post natal massage, urutan badan, rawatan wajah, rawatan kuku, perkhimatan mekap dan sebagainya.Dengan hanya memuat turun aplikasi Sparadise di ios dan android, tempah servis yang diingini dan mereka akan datang ke tempat anda.