Seorang suami memenuhi hasrat isterinya yang ‘mengidam’ untuk menaiki kereta bomba. Siapa sangka hasrat itu permintaan itu telah berjaya direalisasikan oleh Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri menerusi pertolongan kawannya.
Menerusi perkongsian panggilan telefon di Hot FM pagi tadi (9/10), Syed Amirul Rosyid awalnya menganggap permintaannya isterinya hanya gurauan namun melihat kesedihan dan kesungguhan isterinya membuatkan dia berubah fikiran.
Dia menelefon kawan memberi tahu hasrat isteri. Kebetulan kawannya mempunyai kenalan di Balai Bolis dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, Pahang.
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…”
“Saya sedih sampai ulu hati untuk menaiki kereta bomba…” Luah Sharifah Nor Najwa Syed Othman menerusi perbualan sebentar tadi di Hot FM.
Dia juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada suami yang memenuhi permintaanya itu untuk kehamilan anak pertama mereka.
Ads
Agaknya begini kereta bomba yang dinaiki puan Sharifah Nor
Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Syed Amirul membawa Sharifah Nor Najwa, 25, ke Balai Bolis daa Penyelamat (BBP) Taman Tas dengan alasan mahu menghadiri mesyuarat.
Selepas mengetahui kejutan itu, Sharifah nyata terharu hingga menitiskan air mata gembira kerana tidak menyangka impiannya jadi kenyataan.
Seorang suami, Syed Amirul Rosyid Syed Mohd Syukri membuat kejutan kepada isterinya yang sarat hamil dengan menunaikan impian menaiki kereta bomba, Jumaat lalu.
Ads
Sharifah Nor Najwa Syed Othman berkata, impian menaiki kereta bomba muncul ketika menyaksikan deretan kenderaan tersebut pada Hari Kebangsaan, baru-baru ini
Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan 2 (KUP), Mohd Khairul Izhan Mohamed berkata, bomba sentiasa memberi peluang memenuhi semua impian, termasuk ibu hamil yang mengidam hendal menaiki kereta bomba walaupun situasi itu sangat jarang berlaku.
Ads
“Permintaan seperti ini yang pertama direalisasikan di Pahang. Kami di Jabatan Bomba sentiasa bersedia membantu dan setiap permintaan akan dilaksanakan dengan cara terbaik.”
Sumber: FB Balai Bomba Taman Tas, Hot FM & Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila masing-masing sibuk bekerja dan sebagainya, masa berkualiti untuk berdua juga semakin berkurangan. Paling malang sekali, jika langsung tiada masa yang boleh ‘dicuri’ untuk menghabiskan masa bersama-sama.
Menurut Akhtar Syamir, terdapat 10 aktiviti yang boleh dibuat bersama pasangan untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Bagi anda yang belum pernah melakukannya, bolehlah dibuat bermula hari ini.
1. Berpelukan selama 5 minit tanpa lepas. 2. Pakaikan pakaian untuk pasangan. 3. Bila di luar, pegang tangan pasangan tanpa lepas selama 5 minit.
4. Tenung pasangan selama 5 minit tanpa henti. Tak salah untuk berkelip mata, tetapi harus kekalkan pandangan pada pasangan.
5. Buat Intermittent Fasting (IF) bersama. 6. Potongkan kuku pasangan. 7. Bersihkan badan pasangan (mandi bersama). 8. Belikan hadiah kejutan untuk pasangan. Tak perlu yang mahal. 9. Masak bersama. Hasilkan satu menu baru.
10. Duduk berdua di sofa atau katil tanpa sebarang gangguan termasuklah telefon dan anak selama 1 jam paling kurang. Dilarang tidur.
11. Saling urut mengurut pasangan. Tak boleh sorang je urut, tak aci. 12. Layan movie romantik bersama. Cubalah cari satu cerita cinta. Hindustan boleh, Korea pun boleh. Cerita Melayu pun takpe. 13. Solat berjemaah bersama.
Setiap kali tibanya musim ibadah korban, pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya tentang cara terbaik dan paling afdhal untuk mengagihkan daging korban.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menyertainya, atau ingin memastikan ibadah ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut tuntutan syarak.
Seorang individu telah mengajukan soalan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Alhamdulillah, saya berkemampuan untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pembahagian yang afdhal untuk saya bahagikan daging korban ini? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.”
Berikut merupakan penjelasan yang diberikan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi persoalan ini:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari: (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478)
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)
Menjawab persoalan di atas, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama ada korban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban.
Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut.
Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:
Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)
Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:
Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)
Oleh itu, al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut ialah menyedekahkan kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Amin.
Tiada siapa yang menyangka, pesara syarikat swasta rugi RM680,000 dipercayai terpedaya skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, wanita berusia 60 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah Barat Daya, Balik Pulau sebaik menyedari ditipu pelaburan dikenali ‘Silver Peak Capital’
Katanya, mangsa mendakwa melihat iklan pelaburan itu di Facebook yang berkonsepkan jual beli saham pada awal Februari lalu dan menghubungi suspek di WhatsApp.
“Pelaburan itu dikatakan menjanjikan pulangan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus daripada modal yang dilabur dalam tempoh singkat.
“Mangsa yang berminat menyertainya diminta memuat turun aplikasi Silver Peak Capital bagi mendaftar keahlian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, mangsa kemudian membuat tujuh transaksi pemindahan wang ke dalam lima akuan bank berbeza, dan hanya menyedari ditipu apabila diminta membuat bayaran komisen bagi mengeluarkan keuntungan berjumlah RM11 juta seperti yang dipaparkan dalam aplikasi itu.
“Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya yang menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam menyertai skim pelaburan dan sentiasa membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi pautan https://www.bnm.gov.my dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (https://www.sc.com.my).
Sumber : Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Saleha timang anak sulung apabila selamat melahirkan bayi lelaki bernama Indra, sekali gus bergelar ibu buat pertama kali dan mencuri perhatian peminat.