Anak bermain, sepahkan mainan, tidak dengar kata dan membantah cakap ibu adalah lumrah biasa bagi kanak-kanak. Tidak ada anak-anak yang tidak pernah berbuat salah dalam kehidupan hariannya. Inilah kehidupan mereka, penuh dengan tawa riang tanpa memikirkan sedikit pun permasalah yang berlaku disekelilingnya.
Namun kita sebagai orang dewasa, ibu dan ayah kepada mereka usah membawa masalah ini ke dalam kehidupan anak-anak yang lebih kecil. Mereka perlu dilayani sebaiknya, disantuni dengan lemah lembut, diberikan kasih sayang dan gelak tawa sebaiknya agar mereka merasa cukup bahagia di zaman kanak-kanak.
Satu ketika saat kehilangan semua ini barulah kita mula menyesali diri. Maka layanlah anak-anak kita hari ini sebaiknya, peluk ciumlah mereka dengan penuh kasih sayang. Perkongsian Encik Muhammad Hassan ini banyak benarnya. Benar, layanlah anak-anak kita sebaiknya sementara Allah meminjamkan mereka.
Tuan puan. Kita semua sayang anak kan?
Lagi 1-2 jam anak-anak semua akan tidur. Sebelum mereka tidur panggil mereka sekejap atau pergi ke bilik mereka. Sebab mungkin ada di antara kita hari ini Jerit,cubit anak 2-4 tahun sebab sepahkan rumah, Sepahkan baju yang baru kita lipat,pakaian yang baru kita gosok dan buatkan kita letih sebab nak mengempeng sepanjang hari.
Rotan anak dengan amarah sebab mereka merokok, malas solat, malas mengaji, malas kemaskan rumah dan basuh pinggan, malas baca buku, malas pergi sekolah. Boleh jadi ada yang rotan mereka sehingga berbirat sebab telah memalukan kita dengan perangai mereka.
Malam ini sebelum tidur pergilah kepada mereka. Pergilah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kepada mereka. Turunkan amarah dan ego kita. Pegang tangan mereka. Minta maaf kepada mereka diatas apa yang telah kita lalukan.
Ads
Jika anak dewasa peluk mereka, cium dahi mereka, terangkan kepada mereka dengan nada yang sayu kenapa kita pukul dan marah mereka. Zahirkan dengan kata-kata betapa kita terlalu sayangkan mereka. Betapa kita mengambil berat tentang mereka.
“Abi minta maaf rotan muhammad sebab tidak solat tadi. Abi sayang muhammad lebih dari diri abi, jika muhammad tidak solat, siapa akan bantu abi jika abi mati malam ini, siapa nak bantu umi jika umi mati malam ini”
Tuan puan. Bayangkan anak-anak kita pergi dahulu dari kita. Bagaimana untuk lalui kehidupan malam ini dan hari-hari akan datang tanpa suara mereka, tanpa kerenah mereka, tanpa perangai ‘nakal’mereka. Tanpa perangai merajuk mereka.
Mulai esok tiada siapa lagi minta duit dari kita,tiada lagi yang ajak kita pergi mall,beli permainan yang mereka suka. Tiada lagi gelak tawa dan suara jeritan memanggil kita untuk ajak bermain. Mulai esok tiada lagi yang melompat-lompat atas katil kita,atas sofa dalam rumah kita. Mulai esok tiada siapa lagi sepahkan rumah, Mulai esok tiada lagi orang yang panjat belakang kita.
Mulai esok bau bantal mereka,selimut mereka mulai pudar dari deria kita. Mulai esok tiada lagi yang cium pipi,tangan kita,peluk tubuh kita dengan erat. Mulai esok tiada lagi orang yang akan ajak kita keluar makan.
Ads
Tuan puan saya pernah kehilangan seorang anak. Anak yang pernah memanggil nama saya,pernah tarik janggut saya,pernah kencing atas ribaan saya. Pernah gigit jari saya. Pernah air liurnya masuk kedalam mulut saya. Itu saya, belum ibunya lagi. Siang malam penat untuknya,sakit untuknya.
Namun anak ini telah pergi buat selamanya, anak ini sedang bergembira bersama tuhannya.Tuan puan, hargai mereka, sayangilah mereka. Jadilah pendengar yang setia setiap keluhan mereka, jadilah rakan dan tempat senda gurau mereka. Peluk dan ciumlah mereka malam ini.
Didiklah mereka dengan sepenuh kasih sayang, jangan sekali naik tangan ke muka mereka kerana ini dilarang oleh Rasul kita. Sayangi dan cintai mereka Kerana Allah dan Rasul. Moga mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah yang akan menyelamatkan kita.
-EncikMatt-
Ads
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Kepada anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, peruntukan besar itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Peruntukan ini juga menyasarkan pembangunan kemudahan dan fasiliti di institusi pengajian tinggi awam agar kualiti pendidikan negara dapat terus dipertingkatkan,” ujar Perdana Menteri dalam ucapan beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan sekolah akan dijadikan sebagai syarat utama dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi mana-mana projek perumahan berskala besar yang baharu.
“Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu,” jelasnya.
Bagi menangani isu kepadatan pelajar dan kekurangan tapak sekolah di kawasan bandar yang padat, kerajaan akan memperluaskan konsep pembinaan sekolah secara vertikal (menegak).
“Manakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,” katanya.
Langkah-langkah ini dilihat sebagai satu usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, sejajar dengan aspirasi RMK13 dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi berilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang seronok kalau dapat melancong Bersama keluarga. Tapi tu lah dengan anak-anak yang masih kecil kadang agak huru hara maklum sahajalah budak-budak kita bukan boleh jangka kalau tiba datang angin dia. Tapi tak semua anak-anak macam tu, ada je yang baik dan mendengar kata. Jadi senang mak ayah nak handle
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Rozani Heng menerusi akaun Facebooknya, percutiannya Bersama tiga orang anaknya yang berusia antara 5 hingga 10 tahun ke Cambodia dan Thailand selama 12 hari 11 malam kelihatan sungguh menyeronokkan.
Dalam perkongsian tersebut, Rozani berkongsi itinerary lengkap dengan bajet sekali. Tengok gambar-gambar pun dah cukup mengujakan. Mana tahu boleh jadikan panduan buat yang ada perancangan untuk bercuti Bersama anak-anak, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai rujukan.
Bawa 3 Anak Explore 2 Negara Indochina
mom With 3 kiddos explore Indochina
🇰🇭 CAMBODIA& THAILAND 🇹🇭
Indochina :
Tanah besar Asia Tenggara (atau Semenanjung Indochina) adalah bahagian benua Asia Tenggara. Ia terletak di timur benua India dan selatan China dan bersempadan dengan Lautan Hindi di barat dan Lautan Pasifik di timur. Ia termasuk negara-negara Myanmar (Burma), Thailand, Semenanjung Malaysia, Laos, cambodia dan Vietnam.
trip saya takdela pack mana, sb nk bagi anak anak enjoy ,, niat asal saya nak cover 4 negara , dari combodia-vietnam-laos -thailand tapi tak cukup masa sebab anak anak dh nak mula sekolah 2/1/2020. maka hanya ini yang sempat ,
Kalau masih diingati sebelum ini saya banyak kongsikan kisah travel secara solo atau bersama kawan kawan. Tapi agak berbeza untuk trip ini , saya travel bersama 3 orang anak saya ,yang berumur 5,10 dan 11tahun.
Untuk trip ini saya banyak bersedia dari segi mental dan fizikal ,bila travel bersama anak anak ni , sedikit sebanyak temperature akan naik tiba tiba , bila ada yang tak dengar kata , atau pun bergaduh sesama sendiri ,, time tu boleh bertukar menjadi singa Hahaha, tapi sepanjang trip ni alhamdulillah anak anak banyak menjaga kelakuan , mungkin sebab dah besar besar ,
Persiapan sebelum travel
Persiapan yang perlu dititik beratkan
– Travel insurance ( insuran melancong)Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kehilangan , kemalangan atau jatuh sakit . Saya mendapatkan insuran dari pihak Ola Roadtax
– Iaitu insurance etiqa takaful, yang menawarkan manfaat ‘ cashless’ sekiranya dimasukkan hospital di luar negara tidak perlu mendahului duit dan kemudian “claim”
– Ubat- ubatan ▫️ ubat ubatan asas seperti demam , batuk,selsema dan tahan sakit dll
– Makanan sampingan seperti biskut , bijirin dan roti serta lain lain lagi
– Duit ringgit /aktifkan kad untuk pengeluaran antarabangsa ( sesak sesak boleh keluarkan)
_____________________________________
Flight ticket saya beli
Lasy minute , seminggu sebelum fly
RM 1162.37 untuk one way
4pax + 20kg luggage
Itinerary lengkap dengan bajet sepanjang percutian
Day 1: Penang-kuala lumpur( klia2)
– tiket bus online beli kat easybook application
– Bus 🚌 RM55x4 =Rm220
– Harga sama walau budak
– Checkin tune hotel klia2( Rm271.70)
RM220
Day2: kUL-REP ( siem riep)
– arrived at airport 7:50am local time & transfer to accommodation
– Sy stay oops hostel area pub street (Rm133.12)
– Rest & lunch
– Combodia culture village ($12×3 =$36) Rm148
– Dinner & rest
– Btw siem riep punya masa -1hour dari malaysia .
RM148
Day 3: SIEM RIEP
– bangun seawal 5:30am bergerak ke Angkor wat untuk sunrise 🌅
– one day Angkor wat
– Entrance fees $37 (Rm152)
– Untuk kanak kanak 12 tahun ke bawah tidak dikenakan entrance fees, jadi agak berjimat untuk ini ..
– Lunch
– Sambung lagi untuk angkor thom,ta Prohm
– Pub street
– Back to accommodation
– Transportation $30=Rm122
RM152+122=RM274
Day 4-SIEMRIEP-BANGKOK
– tiket bus direct beli www.Hangtephostel.com
– $16 /pax =$64 =Rm262
– Tiket yg pling murah , gaintiblis 32$/pax
– Bus pickup dekat hotel terus ke bangkok ,
– Sim card 140baht (Rm19)
– Cross bolder cambodia /thailand (Krong Poi Pet )
– Checkin scala Hostel bangkok (RM144.66)
– Dinner &rest
RM262 +Rm19=RM281
Day 5 – MAEKLONG/ DAMNOEN SADUAK FLOATING MARKET
– Sewa kereta 700 baht (RM95.10)return
– Damnoen saduak floating market , oleh sb anak anak nak naik sgt boat so ibu pun kena turutkan. Sekali sekala untuk 1 jam 1500baht.(RM204)
– Kat floating market ni kena pandai menawar sedikit ,harga untuk ticket yg dibawah under kerajaan katanya la,, dorg akan tjuk harga dari 2500-5000baht .. bg yg nk jimat x naik pun xpa
– dari floating terus gerak maeklong railway.
– Arrival time 8:30am-11.10am-2:30pm dan 5:30pm
– Departure time 6:20am-9.00am- 11:30am dan 3:30pm
– Jika anda tidak datang pada jam diatas , anda mungkin tidak berpeluang melihat keretapi di market
– Gerak blik bangkok
– Dinner& rest
RM95.10+RM204=RM299.10
DAY 6: BANGKOK ( THONBURI)-KANCHANABURI
– Untuk ke kanchanaburi perlu menaiki train dari station thonburi ..
– harga tiket tak kira umur 5tahun atau apa tetap kena bayar harga dewasa jd bergantung pd staff tiket juga. 100baht x3 =300baht =RM40.80
– hanya ada 2 waktu train ke kanchanaburi pada pukul7:00am dan 1:55ptg sahaja perjalanan memakan masa selama 4-5 jam,
– Saya menaiki train pukul 1:55pm Arrived at kanchanaburi dalam pukul 5:00pm . Disebabkan sedikit delay
– Ambik tut-tut 80baht (RM10.80)ke penginapan
– Stay di sky resort kanchanaburi booking sehari sebelum arrived (RM186.22)
– Sewa moto untuk 2hari 400baht + minyak ( Rm63.90) deposit 1000baht kalau tinggal passport xyah deposit
– Bergerak ke death railyway kanchanaburi lepas bergambar gerak balik hotel
– Free n easy – anak nk mandi pool . So layankan je
RM40.80+RM10.80 +RM63.90=Rm115.50
DAY 7: SAFARI KANCHANABURI
– wishlist nk bawa ank- ank ke safari ni sb ianya berbeza dgn safari lain,
entrance fees untuk kanak kanak di bawah ketinggian 130cm dikira harga dewasa
550x 3 =1650baht + 350 baht = 2000 baht + 100baht ( carrot) =RM285.60
– untuk kanak-kanak iyanya adalah sesuatu yang baru untuk dicuba.
– Setelah dibayar akan menaiki bus masuk di kawasan safari park,
– Terdapat banyak haiwan seperti rusa, harimau bintang, gajah, buaya darat , zirafah dll.
– bergmbar dengan zirafah. Bus akan berhenti di satu lagi station
– disitu anda boleh tgok show gajah dan juga buaya,
– Benyamin hampir memegang babi , katanya sgt comel, pinkish je kulit babi tersebut .
Gerak ke thamkrasae , 40 minit juga perjalanan dari safari ,,
Baru je nk gerak ke erawan waterfall, tetiba ellysha nangis katanya sakit perut , nak balik hotel. so saya pun gerak balik , time ni agak heaven tuk dorang , saya sengaja book yg ada swimming pool ..reward untuk dorg sb sepanjang trip banyak stay hostel dorm.. sampai je hotel tetiba sihat waafiat , hilang dh sakit2 semua , haha rupanya akai nak mandi pool..so layankan jer.
RM285.60
Day 8: KANCHANABURI -THONBURI ( BANGKOK) – Untuk train balik ke bangkok saya ambil masa petang pukul2:48pm
– Sebelum tu layankan lagi bebudak ni mandi pool.. after checkout gerak gi mkn
– Tiket train 100baht/3 =300 baht , (RM40.80)
– Sampai thonburi station terus ambik teksi
– 130baht (Rm17.80)ke hostel
– Checkin Inn station hostel ( RM212) actually 1500 baht je tapi bila byar guna card dia cas 3% lagi ,
– Saya suka stay area ni sb mudah makanan halal ,, senang anak2 klu lapar 😋
RM40.80+RM17.80=Rm58.60
DAY9 : BANGKOK -CHACUCAK MARKET
– Pukul 9 pagi dh keluar ,
– Breakfast +lunch sekali senang berjalan bila ank ank dh kenyang
– Hua lampung naik metro ke wat Arun harga entrance fees 20baht x3= 60 baht(Rm8.20) train pula 81baht=4pax (RM11)
– Settle wat arun terus ke chatuchak market ,, rambang mata, bukan saya je anak2 pun turut serta. ,
– Train ke chatuchak lebih kurang sama, 81baht (Rm11) juga,,
– Kanak kanak 120cm kebawah harga murah sedikit , manakala 120cm keatas harga dewasa. Untuk benyamin kena bayar harga dewasa sb ketinggian dia melebihi had .
Settle settle gerak balik hostel, tambang balik berbeza dgn tambang pegi,, rupanya strt pagi -4pm harga separuh manakala 4pm keatas harga asal tiket 42baht x4 =168baht (Rm22.90)
RM22.90+Rm11+RM11=RM44.90
DAY10: LOPBURI
Satu satu wishlist jugak ni 2 tahun lepas datang bunga dh tunduk layu , kalini rezeki masih mekar.
Niat hati nak naik train pukul 7.00am kononnya time tu bunga masih segar .
Time jam bunyi terus redha takpe la bunga xsegar pun. Haha
Dlm 9 am gerak ke kedai mkn , cm biasa settle bab mkn ank2 dahulu ,
Tambang untuk local train ke lopburi
– 28baht x2 =56 baht 17bahtx2 = 34baht total 90baht (Rm12.30x 2[return] =RM24.60
– 3 jam lebih perjalanan dari bangkok ke lopburi
– Teksi 500 baht =Rm68
– Entrance fees =40baht (Rm5.40)
– Settle bergambar gerak balik ke bangkok
– Dinner & rest
RM24.60+Rm68+RM5.40=RM98.
DAY11. BANGKOK-HATYAI
tiket train beli online di Www.thairailwayticket.com
Harga tiket 3100baht (RM422)
Lower bed 2, upper bed2
Iaitu sleeptrain .. 16 jam perjalanan dari bangkok ke hatyai ..
last minute beli ticket jadi banyak seat dh penuh ,, takdapat train direct dr bangkok trus ke padang Padang besar ,
– checkout
– Lunch
– Terus ke train station .
Seharian dalam train,, time ni tetiba migraine , nasibla ank2 behave
RM422
DAY12 : HATYAI- PADANG BESAR -BUKIT MERTAJAM.
– arrived at hatyai junction. Terus gi beli tiket train hatyai-padang besar .
– 200baht =RM27.20
– 1jam perjalanan . Layan anak2 main kad
– Arrived padang besar . Settle urusan imigresen thai-Malaysia .
– Train to bukit mertajam anggaran RM26.40
– Untuk tiket ktm , jika tnjukkan kad pengenalan akan mendapat 20% diskaun.
– Arrived at bukit mertajam.
Rm27.20+Rm26.40=Rm53.60
———————————————————————
Total lost untuk 12H11M ( 4 PAX )
EXCLUDING FLIGHT +MAKANAN
Perjalanan menyusukan bayi bukan sesuatu yang mudah melainkan dalam diri dah bertekad untuk memberikan yang terbaik buat bayi. Begitu juga kisah yang penuh inspirasi oleh pelakon, Ika Nabella yang sangat komited memberi susu ibu buat anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn.
Menurut Ika Nabella yang juga pembimbing penyusuan bertauliah, sebagai seorang wanita yang baru pertama kali memegang status sebagai ibu, pasti ada cabaran penyusuan susu ibu.
“Ramai ibu yang menganggap tempoh kehamilan di antara trimester pertama hingga trimester ketiga sangat mencabar tetapi sebenarnya, bagi Ika perjalanan menyusukan bayi selepas bersalin itu adalah yang dianggap sukar jika tiada ilmu.
“Benda paling penting sekali bila jadi ibu ini ialah penyusuan pertama kali untuk bayi. Tempoh inilah ibu-ibu akan rasa lebih strugle untuk ajar anak pelekapan yang betul, menguruskan susu ibu sekiranya habis tempoh berpantang dan sokongan orang sekeliling bagi memastikan penyusuan susu ibu berjaya.
“Jadi apabila ramai yang bertanya Ika apa yang harus dilakukan, Ika akan cadangkan mesti kena cari ilmu dulu, kuatkan mindset, sentiasa gunakan pendapat pakar, kaunselor laktasi dan rakan-rakan yang berjaya menyusukan anak.
“Bila kita dalam kelompok yang positif, secara tidak langsung akan buat kita terinsipirasi dan bersungguh-sungguh nak berikan yang terbaik buat anak,” katanya.
Noah anak yang ‘excited’ sangat susu ibu
Bercerita mengenai pengalamannya menyusukan Noah, alhamdulillah sehingga sekarang Noah sepenuhnya menyusu susu Ika. Walaupun sebelum ini ramai yang selalu kata bila baru pertama kali jadi ibu, susu tak banyak, tapi bagi Ika rezeki ini cukup buatkan Ika bersyukur.
“Seperti Noah yang lagi dua bulan akan menginjak usia 2 tahun, memang dia seorang anak yang betul-betul suka susu ibu. Bayangkan siang hari saja dia boleh minum 33 auns susu Ika. Ika rasa bertuah kerana mampu ikut permintaan Noah dan setakat ini tak pernah gagal.
“Cuma ada ketikanya susu Ika pun ada up and down juga. Cuma kita yang kena pandai kawal emosi itu untuk tidak berlarutan. Setengah orang masa period atau selepas vaksin susu akan drop tapi semua itu, jika kita ada ilmu boleh tambah semula pengeluaran susu,” ujarnya.
Sementara itu, Ika Nabella juga akui, sepanjang menyusukan Noah, dia juga tetap mempunyai pengalaman yang tak boleh dilupakan seperti mengalami luka, bengkak susu kerana blocked milk duct.
Waktu Ika mengalami keadaan ini, tip Ika simple je. Masa mandi halakan shower air suam dan urut perlahan-lahan tempat blocked duct. Lepas tu memang berkesan.
Dalam memastikan proses penyusuan susu ibu ini berjaya emosi dan mental penting. Jika ibu stres, memang penghasilan susu akan kurang. Jadi sangat penting pengurusan emosi. Kena ada banyak hormon oxytocin, sentiasa fikirkan yang positif barulah pengeluaran susu lancar.
Contoh macam Ika jika shooting babak sedih, pengeluaran susu waktu itu pun ‘sedih’. Tapi selepas balik rumah jumpa anak, kita bermain sambil layan anak, makan-makan automatik susu meriah semula.
Lagi satu Ika juga manfaatkan masa mengepam seperti sambil makan, sambil pam, sambil make up pun boleh pam. Jadi apa-apa kita kena mulakan niat, sebab Ika memang niat nak susukan anak sampai 2 tahun sejak awal mengandung lagi.
Walaupun orang kata bagi susu formula anak tetap besar dan boleh jadi orang tapi sebab mindset kita dah memang nak susukan bayi kita akan boleh. Jika kita rasa tak mampu untuk 2 tahun, set dulu 6 bulan, lepas tu setahun, setahun setengah dan akhirnya sedar-sedar dapat juga 2 tahun.
Apa-apa pun ibu perlu sentiasa positif barulah aura penyusuan juga akan sentiasa positif, insyaAllah.
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021. Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya. Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.