Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga. Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil.
Pelbagai kesan buruk produk kecantikan bertoksik sudah didedahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), disebarkan di merata media sosial namun masih ada lagi yang percaya dan sanggup menggunakannya.
Perkongsian oleh laman facebook Public Health Malaysia ini diharap dapat membuka mata ramai wanita yang terlalu obses dengan produk kecantikan tidak diiktiraf kerana ia mungkin berisiko menyebabkan bayi yang anda kandung mengalami kecacatan!
INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE !
Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.
Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh dilihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.
Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.
Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;
✅ Tulang dan struktur wajah
✅ Sumbing
✅ Masalah sistem saraf
Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu dikawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.
TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.
Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni digunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.
Ads
FAST FACT
☑️ Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin
☑️ Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.
☑️ Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar
☑️ Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.
☑️ Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.
Ads
APAKAH TINDAKAN KKM?
KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.
Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
KESEDARAN PENGGUNA
Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa.
Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak.
Ads
Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.
ADUAN & PERTANYAAN
☑️ Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my
☑️ Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200
☑️ Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.
Sumber
1. A Case of Suspected Isotretinoin-Induced Malformation in a Baby of a Mother Who Became Pregnant One Month after Discontinuation of the Drug https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2703771/
2. Kenyataan Akhbar KPK 12 Disember 2018 – Larangan Penjualan Produk Acnotin Secara Dalam Talian
https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-12-disember…/
Jangan suka-suka ya cium bayi orang lain, memang nampak cute dan geram bila tengok bayi kan? Kenapa tak boleh cium? Ini penjelasan dari doktor kanak-kanak.
Gejala selesema sekarang ini makin menjadi-jadi lebih-lebih lagi bila dah masuk musim hujan dan banjir, dan ketika ini mungkin ramai orang di sekeliling anda mengalami batuk dan bersin.
Menurut doktor, terdapat virus yang semakin meningkat yang sangat berbahaya bagi bayi. Penyakit jangkitan paru-paru, Respiratory syncytial virus (RSV) adalah virus yang sangat berbahaya dan sering tidak dapat dikesan kerana ia boleh disalah anggap sebagai selesema biasa. Jika anda merasa sakit atau tidak sihat, jangan mencium atau mendekati bayi.
Virus ini juga dikenali sebagai penyebab bronchiolitis dan radang paru-paru pada kanak-kanak yang berumur kurang dari satu tahun.
“Sesiapa sahaja boleh terkena jangkitan RSV tetapi ia amat serius untuk bayi yang berusia di bawah enam bulan yang paling terdedah kepada virus ini bahkan boleh menyebabkan bayi masuk ke hospital.”
Sekiranya anda tertanya-tanya, simptom untuk RSV adalah seperti berikut:
-hidung berair
-batuk berkahak
-demam
Perbezaan utama antara RSV dan selesema biasa ialah terdapat lebih banyak keradangan dan rembesan di saluran udara. RSV juga boleh bertahan lebih lama sekitar tiga minggu.
Oleh itu, jika anda mendapati bayi anda sedang menderita selesema lebih daripada tiga minggu, lebih baik anda mendapatkan solusi dengan pantas.
Walaupun tidak ada rawatan untuk virus ini, cara terbaik adalah dengan mengamalkan symptomatic care termasuk memberi cairan kepada bayi anda, menggunakan pelembap dan memberi mereka cucian garam.
Sentiasa amalkan kebersihan yang baik dan pastikan untuk mencuci tangan anda. Tetapi doktor juga mengatakan bahawa penting untuk tidak membiarkan orang lain dengan mudah memegang anak-anak anda, terutama jika mereka tidak sihat.
Hubungan fizikal dengan individu yang sakit boleh menjangkiti anak-anak anda dengan virus dan dalam kes-kes yang lebih teruk, penyakit ini boleh membawa maut apabila paru-paru gagal berfungsi.
“Sekarang masuk musim selesema dan saya yakin ibu bapa hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka dan jika anda mendapati anak anda sakit, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga dan menjauhi anak-anak anda dari orang yang tidak sihat!” Tiffany Hill, Pakar Pediatrik di UT Health East Texas
Ramai mama yang meletakkan matlamat untuk menyusukan bayi dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan dan meneruskannya dengan makanan pelengkap sehingga 2 tahun. Puas rasanya bila dapat berikan anak susu ibu tapi cabarannya juga tak mudah. Perkongsian daripada kaunselor laktasi ini betul-betul menginspirasikan!
Menyusukan bayi dengan susu ibu adalah hadiah terindah yang boleh ibu berikan kepada si kecil. Tapi perjalanannya tidak mudah, pasti ada cabaran. Perlu kental dan cekal. Perkongsian pengalaman daripada kaunselor laktasi Puan Ziela Juzaila ini boleh menjadikan anda lebih cekal dan bermotivasi.
Susukan anak-anak dengan susu ibu sejak kali pertama bersalin dulu bukanlah satu perkara yang mudah. Di zaman 3310, internet payah dapat, info penyusuan yang terhad, alhamdulillah dapat susukan anak sehingga lebih 2 tahun tanpa susu formula. Tidak ada stok beribu oz dan kerjaya sebagai surveyor bertugas di negeri yang ada 11 daerah satu pengalaman cukup berharga pada saya.
Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki berpanjangan. Rezeki diatas usaha saya yang tidak pernah rasa down di sepanjang meneruskan penyusuan anak2.
Suka saya nak berkongsi beberapa perkara yang saya lakukan, saya tahu pasti ramai yang melakukannya juga 🙂
#1. MENYUSU SEJURUS LEPAS KELAHIRAN
Menyusu sejurus saja melahirkan. Anak-anak beratnya memang 3.3kg ke atas semuanya. No 5, Ammar beratnya 3.95kg, bersalin normal dan mudah, tenang2 saja saya melahirkannya. Menyusu di sepanjang masa di lb sementara menunggu masuk wad dengan posisi separuh baring, baby meniarap ke dada. Sebab rasa lenguh memangku dengan berat hampir 4kg 😀
#2. WAKTU PANTANG PERAH HANYA UNTUK LEGAKAN BENGKAK
Di sepanjang waktu berpantang, hanya beberapa kali saja memerah hanya kerana nak legakan bengkak masa bawah usia seminggu. Normal bengkak ketika bawah 2 minggu kerana badan belum dapat adjust penghasilan susu. Marmet adalah pilihan saya. Selebihnya susukan sekerap setengah jam sekali pada waktu siang dan sejam sekali waktu malam. Tidak simpan stok dalam pantang. Seronok Ammar menyusu setengah jam sekali.
#3. MEMERAH SEMASA MENYUSU BAYI
Bila sudah habis pantang, cuba buat tandem. 4-5 kali sehari. Dapat 1-2oz 1 sesi. Menyusu sebelah memerah sebelah. Buat hanya selama 3 minggu. Stop sebab kena block duct, ketulan tidak hilang walaupun sudah ikut protokol merawat (puncanya oversupply). Mula semula memerah 2 minggu lagi nak bekerja semula.
#4. ATUR JADUAL MEMERAH
Apabila sudah bekerja, saya aturkan jadual memerah 4-5 kali sehari. Tanpa gagal. Pernah lah juga miss tetapi seingat saya belum pernah sampai 10x. Tidak biarkan breast bengkak. 4 sesi biasanya pada jam 0745, 1030, 1300 dan 1700. Ada juga memerah 1 sesi lagi sekiranya free pada jam 1130 . saya takde masa perah berlama-lama. Fokus saya untuk kerap stimulate bukan menuai hasil semata-mata.Walaupun umpama perah hari ini untuk esok bukanlah perkara yang buatkan saya tertekan malah saya happy berikan anak saya susu fresh dan chilled saja sehingga usianya 17 bulan, frozen dikongsikan dengan 2 orang anak susuan dan selepas itu fifo.
#5. TIP MEMERAH & SIMPAN SUSU KETIKA OUTSTATION
Semasa bawah setahun, kerap juga outstation. Bawa cooler Coleman ke mana saja supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan peti ais yang disediakan. Tukar ais pagi petang sudah menjadi keseronokan saya. Pengalaman yang bukan semua orang dapat menikmatinya. Pernah juga packing susu perahan di kedai kerana cooler bag tidak cukup ruang. Fikirkan susu tidaklah sebanyak itu untuk dibawa pulang.
#6. SUSUKAN BAYI SETIAP 1 JAM SEKALI SEBELAH MALAM
Sejak lahir memang sudah melatih anak menyusu setiap jam pada waktu malam. Sejak ada anak 11 tahun dulu memang tidur malam saya tidak tahu bila lenanya.Jadi, masa dalam pantang siang atau malam sama saja pada saya. Melayan anak menyusu, risau anak tidur lama lebih sejam mesti saya nak nap kan supaya boleh menyusukan.
#7. FLEKSIBEL DALAM MEMERAH SUSU
Memerah di mana-mana saja. Kerjaya saya yang memerlukan saya selalu berada di banyak tempat dalam 1 hari. Mesyuarat, seminar, kursus bukanlah masalah pada saya. Paling penting cooler bag bersama. Marmet pun boleh walaupun tidak bawa pam.
#8.DIRECT FEED BILA BERSAMA ANAK
Bila bersama anak, hanya menyusu terus (direct feed) semata-mata. Masa anak bawah 6 bulan, pernah juga beberapa kali memerah semasa lepas subuh. Saya suka direct feed lagi. Pam letak tepi bila bersama anak. Selalu offer anak menyusu salah satu keseronokan saya.
#9. BEKALAN SUSU
Bekalkan susu 14-16oz sepanjang waktu bekerja antara jam 0730-1730 biasanya. Dengan bekalan 2oz setiap botol untuk sekali feeding. Anak dapat menyusu sekerap 1jam atau sejam setengah sekali. Nampak 2oz itu sikit pada kebanyakkan orang tetapi 2oz yang berlemak tinggi hasil perahan yang kerap.
Berikan 2oz bukanlah saya kedekut tetapi saya aturkan penyusuan yang tenang sehingga 2 tahun. Saya boleh berikan lebih lagi semasa bawah 17 bulan tetapi saya suka anak reverse cycle iaitu menyusu kerap selepas saya balik bekerja. Mengempeng hingga ke pagi membantu melancarkan pengaliran susu saya, membongkarkan lelemak kristal dari saluran yang mungkin ada.
Berikan 2oz bukanlah bermakna saya boleh bermalas-malasan untuk memerah. Saya kekal memerah kerap walaupun saya tahu jumlah perahan berlebih dari yang diperlukan semasa bawah 18 bulan dulu.
#10. CATATAN SUSU PERAHAN
Hasil susu perahan setiap hari: (lebih kurang)
– bawah 6 bulan = 25-30oz
– bawah 12 bulan = 20-25oz
– bawah 15 bulan = 15-20oz
– bawah 18 bulan = 12-14oz
– bawah 20 bulan = 10-12oz
– 23 bulan 7-10oz
#11. WALAU PUN 2 OZ SEBOTOL, TUMBESARAN ANAK NORMAL
Walaupun nampak 2oz sebotol, berat anak saya naik banyak pernah sehingga 13kg beratnya. Seperti yang saya katakan, 2oz hasil perahan yang kerap2 susu berlemak tinggi. Cukup untuk tumbesaran anak saya. Walaupun hanya dengan susu ibu saja, tumbesarannya normal.
#12. BILA ANAK MAKIN BESAR, SUSU AKAN KURANG
Tidak pernah buat PP. Sila jangan ikut saya ok :D. Susu saya perlahan-lahan berkurang kerana saya faham apabila anak meningkat usianya, perlahan-lahan hormone prolactin akan berkurang. Jadi, perubahan hasil perahan tidaklah menyebabkan saya susah hati. Yang penting cukup untuk anak saya.
#13. PRINSIP KOSONGKAN RAHIM SELAMA 2 TAHUN
Sehingga hari ini saya masih belum period lagi. Anak2 sebelum ini paling lama 20 bulan. Dan saya belum mengandung lagi. Ye, aturan saya semasa menyusukan anak bawah 2 tahun adalah mesti pastikan rahim saya kosong. Saya mahu enjoy susukan anak tanpa gangguan apa2. Kerana, bila mengandung, kebanyakkan badan akan mengalami susu kurang dan ramai yang kering susunya. Walaupun saya dulu TTC 6 tahun, saya masih menjarakkan kehamilan supaya saya susukan anak dengan susu ibu dengan lancar.
#14. 90% SUSU CHILLER SEMASA 17 BULAN PERTAMA
Sepanjang 17 bulan, anak dibekalkan chiller lebih kurang 90% dan selepas itu baru frozen digunakan sebagai rotation. Umpama perah hari ini untuk hari esok gayanya. Frozen hanya untuk emergency dan top up sekiranya saya perlu outstation.
#16. ANAK 12 BULAN KE ATAS MINUM SUSU DARI CHILLER TANPA DISUAMKAN
Guna botol treenie sejak umur 3 bulan dan sampailah sekarang. Mula minum dari chiller saja tanpa disuamkan sejak umurnya 12 bulan.
#17. PERAH 10 HINGGA 15 MINIT SETIAP SESI
Memerah setiap sesi lebih kurang 10 hingga 15 minit.Apabila anak sudah lebih 18 bulan. Biasanya perah kurang dari 10 minit. Let down refleks sudah segan2 mahu terjah banyak kali. Saya guna free style dan manual avent. Saya tidak ada masa yang lama untuk memerah. Saya aturkan jadual memerah kerap-kerap tanpa mengambil masa bekerja yang lama.
#18. STOK BANYAK
Saya mula bekerja dengan stok lebih kurang 200oz. Anak belum 5 bulan, deep freezer saya sudah penuh dan direzekikan 2 orang anak susuan. Rezeki saya kali ini dua-dua anak susuan sama macam Ammar, anak askar.
#19. USAHAKAN PERAH, JANGAN HADKAN TEMPATNYA
Saya bekerja dikalangan orang lelaki. Surveyor wanita tak ramai. Masa umur anak 1 tahun 1 bulan saya bertukar pejabat. Tanggungjawab bertambah. Alhamdulillah, saya boleh lagi memerah. Walaupun boleh perah di meja, ada privacy kata kawan2 tapi saya pilih ke surau sekejap pada sesi 2 biasanya. Saya bagi ruang subordinate anytime boleh jumpa. Tak selesa perah di meja nak pula kena bergerak ambil itu ini. Kalau meeting di bangunan lain saya memang angkut semua dan perahlah di mana pun.
#20. LEWATKAN PENGGUNAAN BOTOL
Saya perkenalkan botol susu pada Ammar pada usianya 86 hari. Ye, sejak lahir sampailah umurnya 86 hari, saya hanya direct feeding. Walaupun pada usianya 60 hari saya demam 5 hari kerana UTI sampai kena drip di HKL, saya angkut Ammar bersama saya. Anak2 sebelum ini pun memang dah nak masuk kerja baru saya ajar botol. Ada sebabnya dan itu adalah skill melatih saya. Begitu juga anak-anak sebelum ini. Perkenalkan susu perahan kurang seminggu untuk kembali bekerja. Alhamdulillah, skill dan aturannya saya ikut dan anak-anak tidak ada yang menolak botol susu.
#21. REAL FOOD, NO MILKBOOSTER
Tiada milkbooster. Makan makanan sebenar saja. Tak ambil processed food junk food jauh sekali. Makan nasi nasi.. nasi. 95% homemade food. Adalah ambil minyak kelapa dara, minyak zaitun, madu. Kurma memang banyak. Seharian 10-15 biji. Suka kurma mariami biasa beli borong 10kg tahanlah 3 bulan makan sekeluarga. Pantang makan minum.
Elak ambil makanan yang dari sumber susu lembu, sumber soya, sumber jagung, makanan yang bertepung gandum, makanan beryis kerana semua itu makanan yang melemahkan imun badan. Walaupun susu ibu bukan dihasilkan terus daripada apa yang kita makan tetapi breast kita tidak menapis semua benda. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk meningkatkan imun badan dan detox secara semulajadi.
#22. USAHAKAN PERAH KERAP
Hasil perahan 1 sesi. 5oz dah cukup banyak bagi saya. Tak pernah dapat berbelas oz apetah lagi berpuluh oz. Kerap memerah susu berlemak tinggi. Yang penting cukup. Pada saya kita kena bijak mengurus susu perahan supaya cukup. Bekalkan pada anak dengan feeding yang secukupnya dan diberikan kerap.
#23. TAK TARGET BANYAK MANA, SUSU CHILLER WAJIB UNTUK ANAK BAWAH 1 TAHUN
Tidak target stok beribu oz. Stok emergency. Dalam 250oz saja masa Ammar belum makan banyak. 14oz seharian cukup untuk Ammar. sejam hingga sejam setengah dapat minum. 2oz cukup je untuk Ammar. Walaupun outstation umpama kerja hakiki, saya masih memastikan anak dibekalkan susu chiller apabila outstation di bawah usia setahun dan apabila tidak cukup barulah guna frozen.
#24. ELAK STRES
Emosi paling penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Stress adalah pembunuh utama dalam penyusuan. Bukan mudah untuk handle stress bekerja dengan macam-macam tanggungjawab tetapi saya yakin dan percaya, bekerja tanpa bertangguh buatkan saya lebih tenang. Masalah bekerja ditangani bersama-sama boss, tak berbaloi nak hadap seorang diri.
#25. JAGA HUBUNGAN
Hubungan dengan ALLAH, hubungan dengan manusia. Bercakaplah perkara baik, bantulah sehabis mampu. Hulurkan rezeki kepada orang lain kerana saya yakin setiap rezeki saya ada milik orang. Solat sunat taubat, hajat, dhuha buatlah mana yang mampu. Inilah paling utama dalam urusan hidup saya sebenarnya.
Banyak lagi boleh dikongsikan. Nanti sambung. Semoga ada sedikit pembakar semangat ibu2 yang baru memulakan penyusuan 🙂 . Ini hanya perkongsian pengalaman. Baby kita tak sama, ragamnya pun berbeza-beza. Cuma kalau nak sama cukup 2 tahun susukan anak dengan tenang, nekad.
Tak lama lagi, aktres cantik Umi Nazeera bakal menyambut kelahiran anak sulungnya. Sebagai ibu pertama kali, dia ingin mengetahui lanjut mengenai pemakaian barut kepada bayi.
Baru-baru ini Umi turut berkongsi perkembangan kandungannya yang mengalami plasenta previa tahap dua. Para follower juga turut berkongsi tip dan pengalaman plasenta previa semasa hamil.
Umi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari pada 2017 menyuarakan keinginan untuk mengetahui lanjut mengenai barut bayi di Instagram.
Anyway Ummi baru belajar apa tu Barut baby.. Persoalannyaaa… apa kegunaan barut baby ni ya ?
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.