Ads

Bayi Belajar Merangkak, Jangan Pandang Remeh! Rupanya Penting Untuk Kekuatan Otot!

Bayi Belajar Merangkak, Jangan Pandang Remeh! Rupanya Penting Untuk Kekuatan Otot!

Melihat bayi mula meniarap, mengangkat badan dan cuba bergerak ke hadapan pastinya menjadi antara momen paling menggembirakan buat ibu ayah. Walaupun pada awalnya si kecil hanya mampu mengesot atau bergerak perlahan, setiap usaha itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses perkembangan fizikal mereka.

Merangkak bukan sekadar cara bayi bergerak dari satu tempat ke tempat lain, malah aktiviti ini membantu menguatkan otot, meningkatkan koordinasi badan serta menyediakan si kecil untuk mempelajari kemahiran pergerakan yang lebih mencabar.

Namun, setiap bayi mempunyai kadar perkembangan yang berbeza. Ada yang mula merangkak lebih awal, ada yang mengambil sedikit masa, malah ada juga bayi yang terus belajar berdiri dan berjalan tanpa melalui fasa merangkak secara tradisional.

Bayi Belajar Merangkak, Jangan Pandang Remeh! Rupanya Penting Untuk Kekuatan Otot!

Menurut Cik Nur Dini Nabilah Zulkefly, Pegawai Fisioterapi, aktiviti merangkak memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan fizikal bayi kerana ia melibatkan pergerakan beberapa kumpulan otot secara serentak.

Ketika merangkak, bayi menggunakan kekuatan tangan, lengan, bahu, otot teras, paha dan kaki untuk menyokong berat badan serta menggerakkan tubuh. Pergerakan ini turut membantu meningkatkan keseimbangan dan koordinasi antara anggota badan.

Kebiasaannya, bayi mula menunjukkan kemahiran merangkak sekitar usia enam hingga 10 bulan, namun tempoh ini boleh berbeza mengikut perkembangan individu.

Ads

Sebab itu, ibu ayah digalakkan menyediakan ruang bermain yang selamat dan memberi peluang kepada bayi untuk bergerak serta meneroka persekitaran mengikut kemampuan mereka.

Paling penting, jangan terlalu membandingkan perkembangan anak dengan bayi lain. Sebaliknya, perhatikan kemajuan keseluruhan pergerakan si kecil dan dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat kebimbangan tentang perkembangan motor mereka.

Bayi Belajar Merangkak, Jangan Pandang Remeh! Rupanya Penting Untuk Kekuatan Otot!

Tips Rangsang Bayi Merangkak

1. Biarkan Anak Meniarap

Ads

Sentiasa biarkan anak bermain dalam keadaan meniarap supaya mereka berpeluang untuk mencuba merangkak. Bayi yang meluangkan masa lebih banyak bermain sambil meniarap akan lebih cepat merangkak.

2. Letak Di Lunjuran Kaki
Sesekali letakkan anak di atas lunjuran kaki anda dan biarkan dia melangkah untuk mencapai mainan. Gerakan otot paha ini membuatkan bayi dirangsang untuk merangkak.

3. Main Atas Perut
Selain lunjuran kaki, anda boleh juga meletakkan bayi anda di atas perut dan letakkan mainan di sebelah tubuh anda. Agah anak supaya dia mencapai mainan di hadapannya. Gerakan ini boleh membuatkan otot anak bergerak dan berpeluang untuk merangkak.

Ads

4. Bina Tarikan Mainan
Jadikan waktu anak bermain lebih menyeronokkan dengan membina halangan seperti menggunakan bantal, peanut ball atau kotak yang tidak keras untuk anak memanjat dan merangkak. Cara ini buat otak paha dan kaki anak dirangsang sebaiknya.

5. Luas Dan Selamat
Biarkan anak bermain dan meniarap di kawasan yang luas. Namun perhatikan seluruh kawasan agar selamat dan tiada unsur-unsur yang boleh membahayakan anak ketika bermain.

6. Elak Walker
Elakkan penggunaan walker ketika usia anak 6 bulan ke atas. Sebolehnya biarkan bayi melalui fasa merangkak dahulu sebelum merangsang anak berjalan.

Langkah Demi Langkah Latih Anak Merangkak

1. Lunjurkan kaki ibu dan letakkan anak di atas paha secara melintang. Biarkan anak melepasinya.
2. Gerak-gerakan paha kiri dan kanan supaya melatih anak memanjat kaki ibu.
3. Letakkan anak di atas peanut ball dan biarkan dia mencapai benda di hadapannya.
4. Ransang anak dengan mainan supaya anak menggapai mainan di hadapannya.
5. Gunakan bantal yang ditinggikan sedikit di bahagaian hadapannya. Lakukan teknik sama dengan merangsang guna mainan.
6. Tolakkan kaki anak, kiri dan kanan supaya adanya pergerakan seperti merangkak.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Bantut Bukan Sekadar Masalah Ketinggian! Pakar Otak Kongsi 8 Cara...

Anak bantut bukan sekadar masalah ketinggian. Dr Rizal Abu Bakar kongsi 8 langkah penting untuk membantu ibu ayah menjaga tumbesaran anak.