Pelakon Emma Maembong yang kini sarat hamil sembilan bulan dimaklumkan oleh doktor untuk bersedia bersalin dalam masa terdekat ini.
Walaupun ‘due’ sebenar pelakon handalan ini pada 6 Mei depan, namun doktor menjangkakan Emma bakal melahirkan anak keduanya pertengahan April ini. Sama seperti kelahiran anak pertamanya, Shariq Arshan Gabriel dua tahun lalu yang turut dilahirkan lebih awal.
Akui Emma lagi, doktor menasihati dirinya supaya bersedia bagi melahirkan cahaya mata kedua yang dijangka antara tiga hingga empat minggu lebih awal.
“Doktor maklumkan sepatutnya tarikh kelahiran pada 6 Mei depan, tetapi mengikut pengalaman pertama, anak kedua ini akan lahir antara tiga hingga empat minggu awal daripada tarikh diberikan.
“Jadi, doktor memaklumkan untuk saya bersedia pada tarikh 15 hingga 19 April ini,” kongsi Emma.
Ingin berkongsi rasa bahagia mempunyai zuriat sendiri, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar yang sedang menanti saat bergelar ibu dan ayah meluahkan hasrat untuk membantu pasangan yang sudah lama ingin memiliki zuriat.
Niat murni pasangan ini dimaklumkan melalui akaun Instagram Irwansyah baru-baru ini apabila penyanyi lagu Pencinta Wanita itu berkongsi dengan pengikutnya tentang program ‘Bayi Tabung Bersama Syahki’. Ia juga adalah hasil usahasama pasangan ini dengan klinik Morula Jakarta & Bandung.
Menerusi program tersebut, dua pasangan terpilih akan ditaja untuk menjalani rawatan kesuburan iaitu In-Vitro Fertilization atau IVF.
Menurut Zaskia pula kepada Fimela dalam satu sidang media virtual pada Rabu yang lalu, dia dan suaminya mahu berkongsi rasa bahagia memiliki cahaya mata sendiri.
“Kami tidak mahu bahagia sendiri, semoga bayi tabung bersama Syahki ini, kami dapat membantu cita-cita calon ibu dan bapa mendapatkan anak secara IVF dan ia percuma,”
Memetik laporan Fimela, Irwansyah dan Zaskia turut berasa bersyukur apabila diberi rezeki dari segi kewangan untuk menjalani rawatan IVF tersebut.
Mencari satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Bandung, pasangan ini cukup memahami jika ada ibu dan bapa yang mengidamkan cahaya mata tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan IVF yang berkos tinggi.
Program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Keinginan kami untuk sama-sama berkongsi kebahagiaan dengan membantu pasangan memperoleh anak. Kami berharap program ini memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar berkeinginan mempunyai zuriat,” ujar Irwansyah.
September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF. Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima.
Sekadar info, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Masalah kerap kencing malam bukanlah sesuatu yang harus dipandang remeh. Ia merupakan sesuatu yang mengganggu, apatah lagi jika setiap malam seseorang itu harus ke tandas lebih dari dua kali. Jika seseorang wanita itu hamil, ia normal.
Melalui perkongsiannya di Facebook, Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu bahawa individu yang sihat dan normal menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari.
Kerap kencing malam adalah gejala yang mengganggu apabila seseorang itu dikatakan mengalami kencing yang kerap apabila perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan kuantiti air kencing lebih daripada biasa.
Individu yang sihat dan normal akan menghasilkan air kencing sebanyak satu hingga dua liter sehari. Namun, seseorang yang mengalami keadaan kencing yang kerap pula, buah pinggang menghasilkan air kencing melebihi 3 liter sehari.
Minum air terlalu banyak daripada keperluan tubuh badan boleh menyebabkan penghasilan air kencing yang lebih banyak daripada biasa.
2. Kencing manis (diabetes)
Kencing yang kerap di dalam kuantiti yang besar pada kebiasaannya merupakan gejala awal bagi kedua-dua penyakit diabetes jenis 1 dan diabetes jenis 2 kerana tubuh sedang berusaha untuk membuang glukosa yang berlebihan melalui air kencing.
3. Kehamilan
Saiz perut yang semakin membesar sejak proses kehamilan bermula akan memberikan tekanan kepada pundi kencing. Tekanan yang meningkat ini akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing lebih kerap daripada biasa.
4. Penggunaan ubat diuretik
Ubat diuretik merupakan salah satu ubat yang digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi. Ia akan menggalakkan pengeluaran cecair daripada tubuh badan dan menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil.
5. Strok atau penyakit saraf
Kerosakan kepada saraf yang membekalkan pundi kencing boleh menyebabkan masalah kepada pundi kencing termasuklah peningkatan kekerapan untuk membuang air kencing. Keadaan ini digelar ‘neurogenik bladder’.
6. Masalah prostat
Prostat yang bengkak akan memberikan tekanan kepada uretra (tiub yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing) dan ia akan menghalang aliran keluar air kencing lantas menyebabkan dinding pundi kencing menjadi rengsa dan tidak selesa.
Ketidakselesaan ini akan menyebabkan pundi kencing mula mengecut walaupun ia mengandungi sedikit sahaja air kencing dan akan menyebabkan seseorang itu mengeluarkan air kencing dengan lebih kerap.
7. Interstitial Cystitis
Seseorang yang mengalami keadaan ini akan berasa sakit dan rengsa pada pundi kencing. Keadaan ini tidak diketahui puncanya. Antara gejala-gejala yang ditunjukkan termasuklah keperluan yang mendesak untuk membuang air kecil.
8. Pemanis tiruan, alkohol, kafein & makanan lain
Alkohol dan kafein boleh memberikan kesan seperti diuretik yang boleh menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap. Minuman berkarbonat, pemanis buatan (seperti Splenda atau Equal) dan buah sitrus telah dikenal pasti dapat memberikan rasa rengsa kepada pundi kencing, menyebabkan seseorang itu kencing dengan lebih kerap.
1. Pengubahsuaian diet
Mengelakkan sebarang makanan yang mengganggu pundi kencing atau boleh memberikan kesan diuretik seperti kafein, alkohol, minuman berkarbonat, coklat, dan pemanis tiruan. Pengambilan makanan berserat tinggi juga penting kerana masalah seperti sembelit boleh turut menyebabkan pundi kencing menjadi lebih aktif.
2. Memantau pengambilan cecair
Pengambilan air yang cukup adalah penting untuk memastikan fungsi tubuh badan dapat dijalankan dengan baik. Namun, pengambilan juga haruslah dikawal dengan baik. Sebagai contoh, mengelakkan daripada meminum air satu jam sebelum tidur, untuk mengelakkan kencing pada waktu malam.
3. Latihan Kegel
Latihan ini akan membantu di dalam menguatkan otot-otot di sekeliling pundi kencing dan uretra untuk meningkatkan kawalan pundi kencing, mengurangkan urgensi dan kekerapan kencing. Melatih otot pelvis selama lima minit tiga kali sehari boleh membantu di dalam mengawal pundi kencing.
Salam takziah diucapkan buat aktivis kemanusiaan, Ebit Lew yang kehilangan bayinya selepas isteri tersayangnya mengalami keguguran.
Melalui Instagramnya, Ebit menyampaikan khabar duka itu kepada pengikutnya.
Malah dalam entri yang sama juga, aktivis yang sentiasa tampil untuk membantu insan yang kesusahan ini turut memuat naik videonya bersama isteri ketika berada di hospital.
“Doakan ya bidadari saya cepat sihat. Bidadari saya baru keguguran,” tulisnya berkongsi.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya, Ebit kelihatan sedang menolak kerusi roda yang dinaiki isteri selepas menerima rawatan di sebuah hospital.
Kedua-duanya tersenyum manis tanda reda walau diuji dengan kehilangan.
Dalam pada itu, aktivis yang sentiasa cepat dan pantas membantu tanpa jemu ini juga turut merakamkan penghargaan buat isteri tercintanya sebagai tanda pengorbanan dalam perjuangan kehamilan serta membesarkan anak-anaknya.
“InsyaAllah bidadariku sayang. Allah uji sebab dia sayang.
“Betapa mulia dan ketinggian seorang isteri. Hanya Allah yang layak membalas segala pengorbananmu. I love you bidadariku till jannnah,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pengikut setia Ebit Lew di Instagram turut merakamkan ucapan takziah malah diberikan kesembuhan segera buat isteri tercintanya.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.