
Rezeki tanpa disangka-sangka. Itulah yang berlaku kepada pasangan suami isteri yang masih lagi terkejut dengan kelahiran bayi ekspres mereka.
Begitulah kisah kelahiran bayi ekspres ini yang dianggap sebagai satu keajaiban, apabila seorang ibu tidak menyedari dirinya hamil sehinggalah saat bayi itu dilahirkan.
Perkongsian tersebut dibuat oleh Fatimah Diana, 30, di Threads yang menceritakan pengalaman abang dan kakak iparnya yang menerima kelahiran ahli baharu secara mengejut.

Keluarga terkejut tiba-tiba dapat ahli baharu
Menurut perkongsian Fatimah, keluarganya benar-benar tidak menjangka kelahiran bayi tersebut kerana kakak iparnya itu langsung tidak menyedari dirinya hamil sebelum ini.
“Korang bayi ajaib dah ada depan mata! Tak pasal pasal dapat anak sedara express, thank you semua yang mendoakan baby and mommy dia.
“Dua dua sihat. Cuma kena warded lagi, mommy dia tumpah darah banyak masa besalin,” tulisnya.
Fatimah turut memaklumkan bahawa anak buahnya itu dilahirkan dengan berat sekitar 2.94 kilogram dan berada dalam keadaan stabil. Kelahiran bayi ekspres ini menjadi satu momen yang sukar dilupakan oleh seluruh keluarga kerana berlaku tanpa sebarang persediaan awal.
Haid tak teratur buat si ibu sangka bukan hamil
Menjawab persoalan warga maya, Fatimah menjelaskan bahawa kakak iparnya memang mengalami haid yang tidak teratur kerana mengambil pil perancang.
Keadaan itu menyebabkan kakak iparnya menyangka kelewatan haid hanyalah kesan ubat, bukan tanda kehamilan.
“Dia makan pil perancang memang period tak teratur, itu dia ingat lama tak period sebab makan pil. Ujian pun negatif,” balasnya.

Tiada perubahan fizikal ketara
Selain itu, perubahan fizikal juga tidak begitu ketara sehingga membuatkan ibu berkenaan tidak menyedari dirinya hamil. Malah, rasa tidak selesa pada bahagian perut hanya disangka sebagai masalah kembung biasa.
“Tak gempal pun. Jenis tinggi kot,” katanya ketika menjawab soalan mengenai bentuk badan kakak iparnya.
“Dia ingat kembung biasa,” jelasnya lagi.
Anak ketiga tapi tetap tak disedari
Apa yang lebih mengejutkan, bayi tersebut sebenarnya merupakan anak ketiga dalam keluarga abangnya.
Walaupun pernah melalui pengalaman bersalin sebelum ini, situasi kali ini tetap membuatkan kakak iparnya terkejut kerana tidak menyedari kehamilan langsung. Kelahiran bayi ekspres ini membuktikan bahawa setiap kehamilan boleh berbeza walaupun bagi individu yang sama.
Kes seperti ini juga dikenali sebagai “cryptic pregnancy”, iaitu keadaan di mana wanita tidak menyedari dirinya hamil sehingga lewat atau sehingga saat melahirkan. Walaupun jarang berlaku, ia bukan mustahil dan telah direkodkan dalam pelbagai situasi di seluruh dunia.
Apa pun, syukur kerana ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





