Bayi yang kerap terdedah pada asap rokok akan membuatkan mereka mengalami ‘Infantile Colic’ yang mana bayi akan menangis meraung seakan sakit sehinggakan merah padam muka mereka.
Perkongsian dari Dr. Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan antara salah satu punca keadaan ini berlaku adalah kerana si comel terdedah pada racun dan debu asap rokok.
Asap rokok akan buatkan kandungan Motilin dalam badan naik mendadak, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan pergerakan usus lalu mengakibatkan bayi terpaksa menahan kesakitan.
Jika si kecil mama kerap menangis yang keterlaluan, cuba periksa orang-orang di sekeliling sama ada yang merokok atau tidak.
Ikuti perkongsian beliau:
Kerap sangat terdedah kat asap rokok, patutlah baby tu selalu meraung sakit je.
Tiap kali berlaku episod ‘infantile colic’ macam tu, kita yang tengok pun jadi susah hati. Apatah lagi mak ayah yang mengalaminya hari-hari. Memang stress!
Ads
Budak tu menangis berterusan sampaikan merah padam mukanya seolah-olah menahan kesakitan yang tak terperi.
Kedua-dua belah tangan halus tu pulak tergenggam rapat dan lutut asyik bergerak-gerak ke arah perut.
Pujuklah macam mana pun tetap si comel tu menangis tak berhenti.
Tapi itulah. Dalam banyak-banyak faktor yang boleh buatkan baby terkena colic ni, ada antaranya disebabkan kecuaian parents sendiri yang biarkan si comel tu terdedah kat racun dan debu asap rokok.
Ads
Kalau ikutkan review yang dilakukan oleh Profesor Edmond Shenassa dari Brown Medical School dan Profesor Mary-Jean Brown dari Harvard School of Public Health, kajian mereka menemui yang asap rokok sebenarnya antara punca menyebabkan baby duk menangis keterlaluan (excessive crying).
Dan selalunya yang menjadi mangsa ialah bayi yang ibunya sendiri merokok masa tengah pregnant dan juga bayi yang asyik terhidu bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.
Bayangkanlah betapa menderitanya si kecil tu.
Asap rokok tu akan buatkan kandungan Motilin dalam badan naik mendadak, iaitu sejenis hormon yang meningkatkan pergerakan usus lalu mengakibatkan bayi terpaksa menahan kesakitan.
Sebab tu kalau si kecil kita tu kerap sangat duk menangis keterlaluan, cubalah periksa jugak orang kat keliling kita ni.
Ads
Entah-entah selama ni kita mati-mati duk ingat budak tu kembung perut, rupa-rupanya bayi kita tu sebenarnya dah jadi mangsa kepada kesan buruk asap rokok macam yang saya ceritakan ni.
Tolong #kongsikan info ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sedih sangat kalau ada baby terpaksa menanggung sakit sebab parents dia tak tahu tentang ilmu ni.
Teknologi yang semakin berkembang kini membuatkan mak ayah gagal menyekat penggunaan telefon kepada anak-anak.
Ada mak ayah yang memberikan hanya dua jam sehari, namun ada juga yang memberikan pada anak setiap hujung minggu. Terpulang pada mak ayah.
Apa yang ibu ayah perlu tahu adalah terlampau kerap menonton televisyen dan telefon membuatkan mata anak berpasir, gatal dan kering. Ini akan membuatkan mereka menggosok mata.
Elakkan kerana anak boleh terdedah risiko Keratokonus. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Malar menerusi Instagramnya.
Kalau anak selalu sangat gosok mata berhati-hati sebab boleh dapat penyakit keratokonus. Anak-anak banyak tengok gajet, telefon dan televisyen.
Kalau waktu biasa kita berkelip mata lebih kurang 17 kali dalam seminit tapi kalau kita tengok tv atau telefon, kita hanya kelip mata dari 4 hingga lima kali sahaja seminit.
Jadinya bila kerdipan mata berkurang, mata akan rasa berpasir, kering dan mata akan rasa penat.
Bila berlaku tiga situsi ini kanak-kanak akan mula gosok mata mereka. Tindakan gosok mata ini akan merosakkan atau pun mencederakan lapisan kornea.
Sepatutnya permukaan kornea rata, licin dan agak tebal tetapi bila selalu digosok, permukaan kornea akan berubah, jadi terlampau nipis dan sedikit terbonjol di bahagian hadapan.
Jadi bila kornea rosak, dia akan dapat penyakit keratokonus. Keratokonus ini menyebabkan rabun dan silai yang terlampau tinggi dan tak boleh dibetulkan dengan cermin mata biasa malah ada kanta khas.
Jadi mak ayah tolong pantau anak. Saya sendiri faham dan akui memang anak-anak akan tengok tv dan telefon terutama musim cuti sekolah.
Jadi kalau anak kerap menggaru mata, tolong dapatkan ubat titisan air yang ada pelembap dan titiskan ubat titis mata supaya kurang berpasir dan kering.
Kurangkan skrin time pada anak-anak. Bukan anak-anak sahaja, kita yang dewasa pun berpotensi untuk dapat masalah ini kalau terlampau lama bekerja dengan telefon. Jagalah kesihatan mata kita.
Ibu menyusukan bayi sebenarnya makan untuk dua orang, sama juga seperti ibu mengandung. Ini adalah beberapa jenis makanan berangin yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah kembung perut, alahan dan sebagainya.
Bukan hanya dalam tempoh berpantang sahaja ibu-ibu mesti jaga makanan yang dimakan tetapi juga ketika menyusukan. Tidak boleh main ‘bedal’ sesuka hati, kelak nanti anak meragam.
Apabila menyusukan bayi, ibu-ibu secara automatik akan lebih peka dan selektif dengan makanan yang dimakan setiap hari. Bimbang jika tersalah makan akan memberi kesan pada bayi terutama bayi di bawah usia
1. Kopi
Apabila anda minum kopi atau teh, sebahagian kafein akan masuk ke dalam susu anda. Oleh kerana bayi tidak dapat mengeluarkan kafein daripada badannya secara efisen seperti seorang dewasa, kafein yang terkumpul banyak akan menyebabkan ia tidak selesa badan, meragam dan susah tidur. Cara penyelesaiannya adalah mengurangkan minuman yang berkafein (atau elakkan terus kalau boleh), jika anda minum 2-3 cawan kopi sehari, kurangkan kepada satu cawan sehari.
2. Coklat
Ramai orang menggemari coklat. Seperti kopi dan teh, coklat juga mengandungi kafein. Tetapi kandungan kafeinnya adalah lebih rendah daripada kopi. Jika anda mengesyaki coklat membuatkan bayi anda meragam, hentikan memakannya untuk beberapa hari. Jika anda nampak perubahan yang positif pada bayi anda, teruskan elak daripada memakannya atau kurangkan kuantitinya.
3. Buah-buahan sitrus
Di dalam buah-buahan sitrus seperti orange dan lemon, terdapat bahan yang mungkin boleh memedihkan usus bayi. Ini akan menyebabkan bayi meragam, muak banyak dan juga terjadi ruam lampin. Jika anda rasa mengurangkan atau mengelakkan buah-buahan sitrus satu langkah yang baik demi kesejahteraan bayi anda, gantikan dengan makanan lain yang kaya dengan vitamin C dalam pemakanan anda seperti betik dan mangga.
4. Makanan pedas dan berempah
Setengah ibu boleh makan makanan pedas dan berempah dan tidak mendatangkan masalah kepada bayinya. Jika anda mendapati bayi anda kerap meragam dan tidak selesa perut, mungkin ada baiknya anda elakkan terus daripada memakannya.
5. Kacang
Adakah anda atau ahli keluarga lain mempunyai alahan kepada makanan? Anda perlu berjaga-jaga sebelum memasukkan kacang ke dalam pemakanan anda. Jika anda memakan kacang dan bayi juga sensitif atau alah, anda mungkin perasan simptom seperti berikut: kemerahan, eczema dan hidung tersumbat.
6. Makanan bergandum
Jika anda makan sandwich atau pasta sebelum menyusu bayi anda dan mengakibatkan bayi anda mendapat simptom berikut: menangis tidak berhenti, atau najis berdarah, ini mungkin menunjukkan bayi anda sensitif kepada makanan yang mengandungi gandum.
Untuk memastikan itu adalah alahan, hindari makanan yang mengandungi gandum selama 2-3 minggu. Jika simptom yang terdapat pada bayi anda mula menunjukkan tanda positif, anda mungkin perlu terus elakkan makanan bergandum.
7. Produk tenusu
Simptom alahan kepada produk tenusu (susu, yoghurt, ais krim) adalah seperti berikut: colic, muntah-muntah, susah tidur dan eczema. Jika produk tenusu menyebabkan anak anda mendapat simptom tersebut, elakkan produk tenusu selama 2-3 minggu untuk memastikan alahan terjadi disebabkan produk tenusu.
8. Makanan laut/kerang
Pakar-pakar telah mendapati bahawa lebih kukuh sejarah keluarga terhadap alahan makanan tertentu, lebih besar risiko dan lebih awal bayi itu mungkin menunjukkan tanda-tanda. Dalam erti kata lain, jika bapa anak anda mempunyai alahan kerang, tetapi anda tidak mempunyai masalah dengan udang dan kerang, anda mungkin ingin mengelakkan kerang ketika penyusuan badan sebagai langkah berjaga-jaga.
9. Telur
Alahan telur (biasanya putih telur) adalah perkara biasa pada kanak-kanak. Tetapi oleh kerana telur tersembunyi dalam pelbagai jenis makanan, daripada roti dan makanan ringan, mungkin agak sukar untuk menentukan sumbernya.
Ibu-ibu boleh mencuba cara ini iaitu, mengelakkan semua makanan yang paling kerap memberi alahan sekaligus (bahan-bahan tenusu, soya, telur, gandum, kacang, dan kerang). Selepas dua minggu, setiap makanan alahan ditambah kembali satu demi satu, untuk menilai alahan pada si anak.
10. Makanan berasaskan kacang soya
Ramai kanak-kanak yang alah terhadap produk tenusu (dairy intolerance) juga menunjukkan tanda-tanda alahan soya. Jika anda mengesyaki soya dalam diet anda menyebabkan masalah kepada bayi, periksa jenis soya yang anda makan.
“Soy protein isolate“, soya yang diproses ditemui dalam protein shake dan banyak makanan lain, mungkin lebih cenderung untuk mencetuskan alahan kepada anak anda. Sebaliknya makanan seperti sup miso dan tempe, boleh diterima oleh bayi anda tanpa banyak masalah.
11. Peppermint (Pudina)
Anda suka teh pudina? Malangnya, sebatian tertentu dalam herba ini boleh mengurangkan bekalan susu anda, terutamanya jika anda minum beberapa cawan sehari. Menurut pakar herba, ‘peppermint tea’ sering digunakan sebagai ubat holistik bagi membantu memberhentikan pengeluaran susu badan jika anak anda sudah bercerai susu.
12. Kobis
Ada beberapa jenis sayuran hijau, terutamanya sayuran seperti kobis, brokoli, tauge dan asparagus. Ada bayi yang tidak serasi akan berasa ‘angin’ atau kembung selepas anda memakan sayuran jenis ini.
Jadi apa yang anda boleh minum? Cuba secawan teh “chamomile”. Sebatian dalam “chamomile” yang masuk ke dalam susu anda mungkin mempunyai kesan yang menenangkan bayi anda dan juga anda! Gula-gula pudina dan ubat batuk menthol juga hendaklah digunakan secara sederhana kerana kedua-duanya mengandungi minyak peppermint yang pekat.
Habbatus sauda sangat baik dijadikan minuman harian bagi membantu menurunkan berat badan. Ia juga merupakan salah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah.
Keberkesanan herba ini dalam merawat beberapa penyakit kronik berkenaan dikaitkan dengan ciri-cirinya yang mempunyai sifat antikeradangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat. Potensi dan kelebihan habbatus sauda dalam bidang perubatan serta kesihatan bukanlah perkara baharu.
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).
Bagi mama yang sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mama bolehlah mencuba petua yang diamalkan oleh wanita ini. Bahan asas yang digunakan ialah habbatus sauda.
RAHSIA TURUNKAN BERAT BADAN DALAM MASA 20 HARI DENGAN HABATUSSAUDA
Ada tak kat sini yang tercari-cari resepi atau petua untuk turunkan berat badan? Resepi ni ciksu dapat dari sahabat kat seberang. Inshaallah berkesan katanya. Yang penting mudah dan selamat.
Bahan-bahan:
2 sudu besar habatussauda
1 jug air
1 sudu besar madu (sukatan untuk 1 cawan)
Sedikit perahan air limau nipis atau lemon.
Cara-cara:
1- Rendam semalam habatussauda dalam periuk yang berisi air.
2- Esok paginya, rebus rendaman tadi dengan api sederhana kecil sehingga menggelegak.
3- Apabila air sudah bertukar warna, tutup api dan tudung periuk tadi sementara menunggu rebusan tadi sejuk.
4- Kemudian, tuang ke dalam cawan dan masukkan madu serta sedikit perahan limau nipis atau lemon.
5- Kacau rata. Sedia untuk diminum. Memang sedap rasanya. Amalkan sehari sekali sebelum sarapan.
Dalam habatussauda terdapat sejenis kandungan kimia yang berfungsi untuk menghalang proses penyerapan lemak dalam badan. Sebab itulah ia berkesan untuk menurunkan berat badan.
Kandungan saponin dalam habatussauda ini juga berfungsi untuk meneutralkan dan menyingkirkan toksin dalam badan. Jadi, badan akan terasa ringan. Selain untuk menurunkan berat badan, resepi ini juga bagus untuk meredakan batuk dan selesema.