Penjagaan kebersihan mulut bayi amat penting, walaupun hanya satu gigi pertama yang baru tumbuh. Gigi susu yang sihat membantu bayi mengunyah makanan, belajar bertutur, dan menjadi asas kepada pertumbuhan gigi kekal yang baik. Oleh itu, ibu bapa perlu tahu cara membersihkan gigi bayi dengan betul dan selamat.
Bila Perlu Mula Membersihkan Gigi Bayi?
Penjagaan mulut bayi seharusnya bermula sebelum gigi pertama tumbuh. Walaupun gigi belum kelihatan, bakteria tetap boleh terkumpul di bahagian gusi. Apabila gigi pertama muncul, penjagaan harus menjadi lebih teliti.
Ads
Ads
Langkah-Langkah Membersihkan Gigi Bayi
Berikut ialah langkah mudah untuk membersihkan gigi bayi:
Ads
1. Sebelum Gigi Tumbuh: Bersihkan Gusi Bayi
Gunakan kain kasa atau kain lembut yang bersih dan dibasahkan dengan air suam.
Balut kain tersebut pada jari telunjuk dan sapu perlahan pada gusi bayi.
Lakukan dua kali sehari, terutamanya selepas menyusu dan sebelum tidur.
2. Selepas Gigi Pertama Tumbuh: Guna Berus Gigi Khas Bayi
Pilih berus gigi yang lembut dan kecil, direka khas untuk bayi.
Gunakan air masak tanpa ubat gigi untuk bayi berumur bawah 18 bulan.
Sikat gigi secara perlahan-lahan, dengan gerakan bulat pada gigi dan bahagian gusi.
Lakukan dua kali sehari – waktu pagi dan malam.
3. Penggunaan Ubat Gigi (Mengikut Umur)
Mulai umur 18 bulan ke atas, ibu bapa boleh mula menggunakan ubat gigi berfluorida khas kanak-kanak (sebesar biji beras sahaja).
Pastikan bayi tidak menelan ubat gigi dan ajar mereka untuk meludah selepas memberus.
Penjagaan gigi bayi yang konsisten dan lembut sejak awal membantu mencegah kerosakan gigi dan membina tabiat kebersihan mulut yang baik. Dengan sedikit usaha setiap hari, anda boleh memastikan senyuman si manja kekal sihat dan berseri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak diserang batuk dan selesema tentu mama jadi tak keruan kan. Malah jika lambat mengadakan rawatan dengan cara yang betul mungkin akan menyebabkan masalah jangkitan paru-paru seperti bronchitis, pneumonia atau asma. Selain mendapatkan rawatan doktor, ibu-ibu boleh mencuba rawatan cara alami di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.
5 petua cara alami untuk anda cuba
Ambik beberapa biji bawang besar. Kemudian kopek kulit bawang besar, hiri dan tumbuk dengan lesung untuk mengeluarkan jusnya. Jus bawang diletakkan dalam piring. Biarkan piring berdekatan dengan bantal tempat tidur anak anda.
Sebelum memakaikan anak stoking, ibu perlu menyapu minyak bawang putih atau minyak habbatussauda’ ke bahagian tapak kaki anak. Seterusnya boleh sapu pada bahagian dada, belakang badan dan pelepah hidung anak. Urutan ini akan memberikan kelegaan kepada anak.
Semasa anak tidur, pastikan tinggi bahagian kepala anak. Ia untuk memastikan anak berasa selesa untuk bernafas. Gunakan dua bantal nipis supaya anak dapat baring dengan selesa. Cara ini mudah dan senang untuk menguruskan anak yang mengalami selesema.
Jika di rumah anda mempunyai daun kaduk boleh cuba petua ini. Hanya campurkan daun kaduk bersama kapur dan sedikit air, dan ramaskannya. Kemudian, sapu di dada dan belakang bayi.
Cara ini dipercayai dapat mengurangkan masalah selesema anak anda. Dengan hanya mandikan bayi anda bersama lemon. Kemudian letakkan beberapa hirisan lemon ke dalam bekas mandian bayi anda. Baunya membantu mengeringkan hingus bayi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila disusukan dengan payudara, bayi menolak. Jangan terus kata baby tak suka susu ibu. Periksa dulu, mungkin 5 perkara ini jadi penyebabnya.
Ibu-ibu pernah tak alami masalah sebegini? Perkara ini mungkin pernah terjadi kepada anda di mana bayi meragam tidak mahu atau tantrum apabila diletakkan pada payudara untuk menyusu. Atau mengalihkan muka disaat anda cuba untuk menyusukannya. Mama jangan terus labelkan anak tidak menyukai susu ibu sebaliknya kenali punca kenapa si comel anda enggan menyusu.
Menurut Dr.Nurhaya Yacob, MD dan IBCLC dari Dr Nurhaya Lactation Center, di dalam proses penyusuan, mencari jalan penyelesaian tidaklah semudah “1+1=2” kerana anda berdepan dengan bayi yang tidak tahu berkata-kata. Anda sebagai ibu perlu pandai meneka bahasa gerak badannya, rengeknya, senyumnya dan banyak lagi. Jom semak tengok apa kemungkinan yang menyebabkan bayi enggan menyusu.
Kemungkinan bayi baru saja menyusu atau masih belum berasa lapar. Memberi payudara kepada bayi ketika mereka masih kenyang mungkin saja membuatkan mereka mengalihkan muka disaat ibu memberikan payudaranya.
Anda boleh kembali mencuba apabila si comel mula menunjukkan tanda-tanda lapar atau kembali menyusu selepas beberapa jam. Namun begitu, sekiranya payudara anda sudah terasa berat dan bayi masih belum mahu menyusu, anda boleh mengepam atau memerah susu untuk di jadikan stok di saat ibu keluar beraktiviti.
Usahlah risau sekiranya bayi bangun dan meminta susu setelah anda mengepam, kerana payudara ibu sebenarnya tidak pernah kosong dari air susu ibu.
2.BAYI KECIL ATAU PRAMATANG
Bayi yang kecil atau pramatang akan berasa lemah dan tidak kuat untuk menghisap puting payudara ibu. Namun begitu susu ibu adalah sangat penting bagi membantu pertumbuhan sistem imun bayi serta perkembangan mereka. Oleh itu, ibu sangat digalakkan untuk memerah atau pam susu dan diberikan kepada si comel menggunakan tiub atau cawan bagi mengelakkan si comel anda keliru puting.
Anda yang mempunyai bayi pramatang atau kecil akan merasa stres dan tertekan kerana bayi tidak pandai menyusu secara terus pada payudara ibu. Bagi menggalakkan bayi menyusu secara terus pada payudara, ibu di galakkan untuk mengamalkan “kangaroo mother care.”. Ibu boleh mulakan teknik ini untuk satu sela masa yang singkat dahulu sebelum membiarkan bayi lebih lama di atas dada ibu. “Kangaroo mother care” ini atau dengan meletakkan bayi dalam kendongan, membantu membuatkan bayi berasa lebih selamat dan selesa.
Selain itu, ia juga membantu bayi bergerak secara sendiri ke arah payudara. Ia mungkin akan mengambil masa sedikit lama untuk si comel melekap pada payudara. Anda juga boleh membantu dengan memerah sedikit susu ibu dan meratakan di sekitar payudara untuk menggalakkan bayi untuk menyusu. Bayi mungkin hanya akan memberi respon dengan menjilat di sekitar aerola sahaja pada peringkat awalnya. Namun, anda jangan tertekan atau berputus asa. Teruskan menggalakkan rangsangan bayi anda dengan teknik ini untuk menyusu kerana ia akan sangat membantu bayi anda menyusu secara terus.
Proses ini diakui memakan masa yang agak lama, namun percayalah para ibu, ia sangat berbaloi. Rahsia penyusuan terbesar asalah kesabaran dan juga kesungguhan yang tinggi serta pastinya sokongan dari lingkungan yang positif.
3.BAYI SAKIT ATAU DEMAM
Sekiranya bayi anda demam, mereka seringkali menolak atau kurang menyusu. Ini mungkin kerana mereka berasa tidak selesa di bahagian tekak atau tidak enak badan. Apa lagi sekiranya bayi mengalami jangkitan di bahagian telinga. Ini kerana akibat dari tekanan di dalam bahagian telinga akibat dari infeksi.
Oleh itu, anda boleh mengubah posisi penyusuan untu memudahkan dan membantu proses penyusuan agar lebih lancar. Antara posisi yg sering di sarankan adalah “laid back position”.
Sekiranya si kecil masih kelihatan tidak selesa, ibu boleh memberikan susu dengan menggunakan teknik cawan, dropper atau sudu. Amalkan pemberian susu atas permintaan, jangan menghad masa pada setiap pemberian susu kepada bayi anda.
Bagi bayi yang yang sudah mula mengambil makanan pelengkap, anda boleh menambahkan lebih banyak susu perahan dalam makanan untuk di berikan kepada bayi.
Sekiranya bayi di dapati mempunyai tompok putih dalam mulut, terutama di kawasan bibir, lelangit atau lidah kemungkinan ia adalah “oral thrush” atau jangkitan kulat.
Punca terjadinya oral thrush ini masih dipelajari, namun bayi beresiko mendapatkannya sejurus selpas dilahirkan akibat daripada perubahan hormon. Anda boleh mengetahuinya dengan mengambil kain bersih atau gauze, secara perlahan-lahan, secara perlahan-lahan membersihkan tompok putih tersebut.
Sekiranya ia sukar dikeluarkan atau selepas ia dikeluarkan, kelihatan kawasan tersebut kemerah-merahan, berkemungkinan bayi anda ada orak thrush. Sekiranya terlihat tompok putih di atas lidah bayil anda, lapkan sahaja kemungkinan ia adalah lebihan susu yang tertinggal dalam mulut bayi anda. Ibu harus peka apabila bayi menangis semasa menyusu kerana iainya mungkin menyakitkan atau menimbulkan rasa tidak selesa. Ibu boleh membawa bayi untuk mendapatkan rawatan ke doktor.
4.PENGALIRAN SUSU YANG TERLALU LAJU
Pengaliran susu yang terlalu laju boleh saja membuatkan bayi yang pada awalnya menyusu dengan baik menjadi tersedak atau terbatuk, lalu melepaskan payudara si ibu. Pengaliran susu yang terlalu laju membuatkan bayi terkejut, muntah dan menangis. Kadang kala bayi akan mengetap bahagian puting ibu bagi melambatkan pengaliran air susu ibu. Ibu boleh membantu bayi belajar untuk beradaptasi dengan pengaliran susu yang laju atau “adjust” pengaliran susu yang laju itu.
5.PENGALIRAN SUSU YANG TERLALU PERLAHAN
Pengaliran susu yang perlahan kadang kala apabila sedang menyusu atau pam, sering di alami oleh para ibu, kadangkala payudara terasa penuh dan berat namun apabila mengepam susu yang keluar susah atau sedikit. Malah sudah lama bayi menghisap masih saja susu mengalir perlahan sampai mereka merasa bosan, geram dan akhirnya menangis lalu menolak.
Hal ini seringkali terjadi akibat daripada rasa tekanan, sakit ataupun kepenatan. Pengambilan kafein yang tinggi, merokok dan mengambilan alkohol juga dapat menyumbang kepada punca masalah ini. Selain dari itu, pengambilan ubat-ubat tertentu yang berkemungkinan menurunkan produksi susu juga boleh menyebabkan perlahannya pengaliran susu. Dan yang paling sering berlaku adalah saluran susu yang tersumbat.
Sekiranya saluran susu yang tersumbat ini tidak diatasi dengan cepat, ia akan berkelanjutan ke masalah yang lebih berat. Sekiranya anda mengalami masalah ini, ibu boleh mencuba beberapa teknik seperti mandi dengan menggunakan air suam atau mandi sebelum memulakan penyusuan kerana ini dipercayai sangat membantu untuk merilekskan tubuh ibu. Apabila ibu relaks dan tenang, oksitoksin pun mengalir kencang sehingga membantu meningkatkan pengaliran susu ibu.
Selain daripada itu, anda boleh mencari tempat yang selesa, tenang dan lebih sunyi untuk mendapatkan mood penyusuan. Sekiranya berada di dalam kamar peribadi, anda bolehlah menanggalkan baju dan lampin bayi untuk mengamalkan skin-to-skin bagi mengamalkan penghasilan susu yang kebih lancar.
Membuat urutan pada bahagian payudara juga menjadi salah satu teknik yang seringkali di amalkan untuk mempercepatkan “let-down-refleks”. Ibu boleh membuat tuaman panas pada bahagian payudara sebelum menyusu.
Membuat perah terlebih dahulu sebelum menyusukan adalah salah satu cara untuk mengatasi masalah pengaliran susu yang perlahan, namun ia bukanlah pilihan favorit para ibu. Anda boleh cuba memerah beberapa minit dahulu sebelum menyusukan bayi. Ini kerana dipercayai pam atau perahan di awal waktu menyusu merangsang pengaliran susu yang lebih lancar. Apabila aliran susu semakin laju dan mula lancar, anda boleh lanjutkan dengan penyusuan langsung kepada bayi. Teknik ini sangat berkesan sekiranya ibu peka dengan “feeding cues” anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sensori beg rangsang motor halus bayi. Ia juga elok diberikan kepada bayi kerana dikatakan boleh meningkatkan penguasaan skil kognitif. Diy buat sendiri sensori beg untuk anak, idea yang menjimatkan!
Beg sensori adalah mainan yang mama dan papa boleh DIY sendiri untuk bayi. Mudah cara membuatnya. Paling mustahak, pastikan plastik yang digunakan tebal dan tidak mudah tertembus dan menyebabkan bahan-bahannya terkeluar.
4 KELEBIHAN BEG SENSORI KEPADA BAYI
1)Belajar melalui deria membantu bayi mengembangkan kemahiran mengelaskan dan mengkategorikan.
2)Menggalakkan perkembangan otak. Penyelidikan menunjukkan bahawa mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
4)Ia baik untuk pembangunan kemahiran motor halus. Ini kerana lebih banyak peluang mereka kanak-kanak menggunakan tangan, lebih mahir untuk memanipulasi dan mengendali objek yang lebih kecil.
CARA DIY BEG SENSORI
Bahan-bahan yang diperlukan ialah;
LANGKAH 1
Masukkan manik ke dalam beg plastik berzip.
LANGKAH 2
Masukan pula getah rambut bayi bersaiz kecil. Anda juga boleh menggunakan pompom pelbagai warna.
LANGKAH 3
Tuangkan gel rambut atau gel aloe vera yang jernih ke dalam plastik. Tuang berhati-hati, elakkan daripada tertumpah dan sememeh.
LANGKAH 4
Pastikan anda ratakan objek di dalam beg tersebut.
LANGKAH 5
Zipkan beg tersebut supaya bahan-bahan tidak tertumpah. Pastika anda mencuci atau mengelap sekiranya ada tumpahan.
Bagi anda yang khuatir plastik akan tertembus, boleh gunakan dua beg plastik. Lapiskan satu lagi pada bahagian luar.
LANGKAH 6
Pastikan anda memasang pita pelekat selofan diikuti pita pelekat tebal pada sekeliling beg sensori.
Ok, akhirnya beg ini sudah siap.
PELBAGAIKAN JENIS BEG SENSORI
Mama dan papa bolehlah berikan kepada bayi untuk bermain dan menerokai. Selain itu, anda boleh mempelbagaikan isi dalam beg sensori berikut;
Walau apa pun, elakkan daripada meninggakan bayi berseorangan ketika bermain dengan beg sensori untuk mengelakkan perkara tidak diingini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.