Isteri jarang meminta, jauh sekali minta dibelikan barangan mewah untuk kecantikan dirinya. Anak-anak lebih diutamakan, begitulah isteri kita.
Walau tanpa diminta apa kata sesekali kita belikan isteri kelengkapan dirinya seperti pakaian dan sebagainya. Bukan boros tetapi nafkah untuk isteri tersayang. Inilah yang cuba dikongsikan Akhtar Syamir buat para suami!
Boros membeli pakaian ialah apabila membeli lebih dari keperluan, lebih dari kemampuan dan jatuh tahap membazir.
Tapi menyediakan pakaian buat isteri bukan satu benda yang boros. Kena faham yang ianya satu nafkah.
Ini antara sebab kenapa saya rasa gagal sebelum ini. Sebab saya tak sediakan pakaian untuk isteri. Ada kalanya setahun tak beli apa-apa.
Ads
Sedangkan apabila kita ubah mindset yang benda ini perlu buat dan letak keutamaan itu di tahap yang lebih tinggi, kita mampu sebenarnya.
Benda yang kita anggap tak penting, memang akan rasa susah nak realisasikan.
Jadi, ubahlah mindset tu. Sediakan pakaian untuk isteri atau sokong dan berilah galakan apabila mereka mahu membeli pakaian asalkan ianya tak masuk kategori boros dan membazir.
Ads
Mana tahu, asbab cakna pada pakaian isteri buat isteri nak pakai pakaian yang lebih sempurna menutup aurat? Kan bagus begitu?
Janganlah berkira dengan nafkah isteri sebab isteri jarang berkira apabila membantu suami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Heidy Cayra anak kepada penyampai radio, Haziq Hussni atau lebih dikenali sebagai Haziq HotFM telah dimasukkan ke wad setelah 3 bulan batuk berterusan. Sehingga minggu lepas dia kerap batuk teruk, muntah berkahak yang banyak.
Setelah melakukan ujian X-ray, ujian darah, hingus, Heidy disahkan mempunyai radang paru-paru. Bukan sebelah tapi dua-dua belah! Menurut Haziq, anaknya dah ada radang lama sejak Heidy Chayra menghidap batuk kokol bulan 9 last year! Menerusi instagram beliau, dia berkongsi cara untuk membuatkan anaknya tenang ketika memberika NEB.
It’s not easy to neb Heidy Nufael. Kakmisi pun susah nak control dia. Even dah balut dgn selimut. Mama @ayundaputrii tak larat dah nak pegang dia. Kuat naw. Mmg daddy la yg kena kunci kaki n tgn dia. Pgg muka dia ikut posisi dia selesa. Baru letak neb tu. Tp dia dah setahun 9 bulan kan. Mmg mengamuk la bila rasa tak selesa. Smp merah pipi tingting tang ting
Ni cara daddy bg Heidy senyap time neb. Kesian mmg kesian. Tp nak sihat kan?
Kena gak neb. Dgar bunyi neb tu je dia dah start tak tentu arah. Meronta gila-gila. Mcm kena rasuk. Dah bedung pun hancur bedung tu. Tak senang ya guys. Kena depakan tangan dia ketepi. Kunci pakai tangan kita. Tp kunci lembut2 je. Pastu kaki dia kunci dgn kaki kita. Kepala dia pun xleh dok diam gakkk. So tangan kiri kita kena letak bawah dagu kasi dia xleh gerak. Last, nak bg suasana ceria daddy nyanyi lagu Apa Khabar
“Mama, kawan adik ajak main dekat luar, boleh kan?”, tanya seorang kanak-kanak kepada ibunya yang kelihatan agak kebingungan. Ini kerana tiada seorang pun yang berada berdekatan dengan anaknya itu!
Mungkin kalian sebagai ibu bapa pun pernah mengalami situasi sebegini bukan? Sebenarnya, anak anda itu bukan berhalusinasi sebaliknya berimaginasi dalam berkawan.
Untuk pengetahuan anda, inilah yang dinamakan sebagai kawan imaginasi. Jika kalian masih ingat, mungkin semasa kecil pun anda pernah mengalaminya.
Persoalannya, adakah perkara ini normal dan apakah kesan di sebaliknya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi.
Kawan imaginasi – adakah ia normal?
Kita sering sahaja dimomokkan dengan ketidaknormalan mempunyai kawan imaginasi.
Dalam kalangan masyarakat kita sendiri pun ada yang percaya bahawa itu ada kaitannya dengan makhluk halus atau ghaib.
Hakikatnya, tidak.
Sebenarnya mempunyai kawan imaginasi semasa usia kanak-kanak itu adalah satu perkara yang normal.
Namun, itu tidak bermakna ibu bapa perlu membiarkannya sahaja tanpa berwaspada.
Menurut Pakar Psikologi Dr. Cami Winkelspecht yang bertugas di Nationwide Children’s Hospital, kawan imaginasi adalah salah satu realiti perkembangan seorang kanak-kanak.
Secara tipikalnya, mereka akan melalui fasa ini pada sekitar tempoh awal persekolahan kanak-kanak. Fasa ini pula selalunya akan datang dan pergi tanpa ibu bapa sendiri sedar.
Dalam pada itu, mempunyai rakan imaginasi juga boleh mendatangkan beberapa manfaat kepada si kecil!
Apa manfaatnya terhadap kanak-kanak?
Hakikatnya, lebih banyak kesan positif berbanding negatif jika si anak mempunyai kawan imaginasi. Antara manfaatnya terhadap kanak-kanak termasuklah:
#1. Anak anda akan lebih selesa bercakap
Jika anak anda tidak ada mood untuk memberitahu ibu bapa mengenai apa yang dilakukan di sekolah, dia mungkin akan bercakap tentangnya dengan ‘kawan’ tersebut.
Ini penting untuk anda mendapatkan sedikit klu.
#2. Anak anda akan lebih mudah belajar
Anak anda memerlukan sokongan dan galakan untuk belajar setiap perkara yang baharu.
Si kecil mungkin lebih bersemangat untuk mengemas katil atau mainan dengan bantuan ‘kawan’ mereka itu.
#3. Ia adalah tempat untuk anak anda meluahkan perasaan
Kadangkala, kanak-kanak memang sukar untuk meluahkan apa yang mereka sedang fikir atau rasa kepada penjaga.
Namun, ‘kawan’ mereka inilah tempat mereka mengadu. Jadi, gunakanlah mereka sebagai ‘spy’ anda.
#4. Ia mengajar ibu bapa lebih kreatif
Ada masanya ibu bapa sendiri pun akan mengalami masalah untuk berinteraksi dengan si kecil bukan?
Jadi, manfaatkan ‘kawan’ mereka ini dalam bermain atau bermesra dengan anak anda. Ia sudah tentu akan meningkatkan kreativiti ibu bapa dan juga si kecil sendiri.
Apa yang ibu bapa perlu lakukan?
Sekarang kita sudah tahu bahawa terdapat beberapa manfaat kepada anak jika mempunyai kawan imaginasi.
Pun begitu, apa yang ibu bapa perlu lakukan untuk tidak menghalang perkembangan si kecil?
Elakkan bercakap secara langsung – Jangan cuba untuk bercakap secara langsung dengan ‘kawan’ mereka itu. Sebaliknya, minta anak anda menjadi orang tengah. Ini penting untuk melatih kemahiran interaksi si kecil.
Layankan kerenah anak anda – Jangan pula anda terus menafikan kewujudan ‘kawan’ mereka itu. Adalah lebih baik untuk anda layankan sahaja segala perbuatan si kecil untuk mengelak dari mereka rasa dikritik oleh anda sendiri.
Jangan biar anak anda lepas tangan – Kebiasaannya, si kecil akan menggunakan ‘kawan’ mereka ini untuk lari dari masalah. Sebagai contoh, anak anda mungkin akan menuduh mereka yang membuat mainan bersepah. Ibu bapa perlu tegas dan minta mereka berdua mengemas bersama-sama.
Jumpa pakar sekiranya berlanjutan – Ya, ia mungkin normal namun anda harus berhati-hati jika ia berpanjangan sehingga kanak-kanak mencecah usia remaja. Jika ini berlaku, segera bawa anak anda berjumpa pakar kanak-kanak.
Kesimpulan
Jika anak anda gemar bercakap seorang diri ataupun sering berceritakan tentang teman yang sering menemaninya bermain, ibu bapa usahlah terus menghukum si kecil berhalusinasi atau bermasalah mental.
Ia normal untuk kanak-kanak yang masih kecil, namun jika ia mengganggu perkembangan si anak, dapatkan rundingan dari pakar perubatan.
Hati ibu bapa mana yang tak sedih anak dilahirkan sihat tiba-tiba diuji dengan sakit yang tak disangka sama sekali. Itu yang dilalui oleh sepasang suami isteri ini apabila pada mulanya ingatkan anak bongsu terkena gigitan semut. Tapi rupa-rupanya menghidap penyakit sindrom nefrotik atau buah pinggang bocor yang menyebabkan badannya membengkak.
Mata, perut membengkak
Bayi berkenaan, Muhammad Aqil Iskandar Mohd. Ashraf, 18 bulan, dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas mata, buah zakar dan perutnya membengkak dan perlu bergantung kepada ubat prednisolone.
Ibunya, Noor Athirah Abdullah, 23, berkata, pada mulanya dia dan suami, Mohd. Ashraf Mohd. Shah, 24, menyangka ia angkara semut dan terus membawa anaknya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
“Selepas seminggu dirawat, doktor mengesahkan protein dalam air kencing atau buah pinggang bocor.
“Sejak itu Muhammad Aqil perlu bergantung kepada prednisolone memandangkan tiada rawatan lain yang boleh dilakukan kerana dia masih kecil,” katanya ketika ditemui di Garden Avenue, Seremban 2 di sini baru-baru ini.
Cuba juga rawatan alternatif
Menurut Noor Athirah, mereka turut mencuba pelbagai rawatan alternatif lain bagi mengubati anak bongsu daripada tiga beradik itu.
Tambahnya, dia bersyukur apabila ada sedikit perubahan selepas mendapatkan rawatan alternatif dan proses pembuangan air kencingnya semakin baik dan tidak perlu lagi mengambil ubat lawas kencing secara kerap.
“Kos rawatan alternatif itu agak mahal antara RM400 ke RM500 untuk satu sesi,” katanya sambil memberitahu anaknya tidak boleh minum terlalu banyak susu.
Jelas Noor Athirah, dia dan suaminya terpaksa berhenti kerja bulan lalu apabila terlalu kerap mengambil cuti bagi menjaga anaknya.
“Sekarang saya hanya duduk di rumah untuk memberi sepenuh perhatian kepada Muhammad Aqil selain mengambil tempahan membuat kuih, manakala suami bekerja sebagai penghantar barang.
“Dari segi kewangan memang sekarang kena utamakan apa yang perlu terutama keperluan anak-anak seperti lampin, susu dan barang makanan,” katanya yang mempunyai anak berusia lima tahun hingga 18 bulan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Noor Athirah di talian 018-955 3236 atau menerusi nombor akaun bank CIMB 7073181380 (Noor Athirah).
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.