Isteri jarang meminta, jauh sekali minta dibelikan barangan mewah untuk kecantikan dirinya. Anak-anak lebih diutamakan, begitulah isteri kita.
Walau tanpa diminta apa kata sesekali kita belikan isteri kelengkapan dirinya seperti pakaian dan sebagainya. Bukan boros tetapi nafkah untuk isteri tersayang. Inilah yang cuba dikongsikan Akhtar Syamir buat para suami!
Boros membeli pakaian ialah apabila membeli lebih dari keperluan, lebih dari kemampuan dan jatuh tahap membazir.
Tapi menyediakan pakaian buat isteri bukan satu benda yang boros. Kena faham yang ianya satu nafkah.
Ini antara sebab kenapa saya rasa gagal sebelum ini. Sebab saya tak sediakan pakaian untuk isteri. Ada kalanya setahun tak beli apa-apa.
Ads
Sedangkan apabila kita ubah mindset yang benda ini perlu buat dan letak keutamaan itu di tahap yang lebih tinggi, kita mampu sebenarnya.
Benda yang kita anggap tak penting, memang akan rasa susah nak realisasikan.
Jadi, ubahlah mindset tu. Sediakan pakaian untuk isteri atau sokong dan berilah galakan apabila mereka mahu membeli pakaian asalkan ianya tak masuk kategori boros dan membazir.
Ads
Mana tahu, asbab cakna pada pakaian isteri buat isteri nak pakai pakaian yang lebih sempurna menutup aurat? Kan bagus begitu?
Janganlah berkira dengan nafkah isteri sebab isteri jarang berkira apabila membantu suami.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa yang mempunyai anak lelaki sulung beruntung kerana dia boleh diharap untuk melindungi adik-adiknya apabila sudah besar. Bagaimana pula dengan anak sulung perempuan, adakah adik-adiknya nanti tidak boleh bergantung kepada kakak yang paling tua? Jangan pandang sebelah mata akan keupayaan seorang kakak. Banyak yang mereka boleh buat dan kemampuan mereka ada kalanya menjangkaui apa yang ibu bapa fikirkan.
Anak sulung perempuan biasanya lebih prihatin dan penyayang. Rasa kasih kepada adik-adiknya tidak diselindungkan. Dia tanpa segan silu akan mencurahkan rasa sayangnya terhadap adik-adik. Mempunyai anak sulung perempuan akan memupuk sifat penyayang dalam diri adik-adiknya. Selain itu, dengan adanya kakak sulung rasa empati akan terbentuk dengan mudah dalam diri anak-anak anda yang lain.
Jika anak pertama anda adalah perempuan, bagus! Biasanya anak perempuan cepat dalam kemahiran bersosial. Lumrahnya mereka secara natural lebih sensitif terhadap emosi serta ekspresi seseorang. Kakak sulung juga akan mengajak adik-adiknya untuk berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain.
Sebab itulah, kalau dibiarkan kanak-kanak perempuan bermain di taman misalnya, mereka lebih mudah berkawan berbanding budak lelaki. Kanak-kanak lelaki yang membesar bersama kakak dan adik perempuan lebih mudah bersosial dan mempunyai kelebihan untuk membina hubungan dengan kawan perempuan ketika mereka di sekolah.
Dengan adanya kakak sulung, bukan sahaja kemahiran sosial bagus bahkan keyakinan diri juga tinggi. Abang atau adik lelaki lebih banyak bersembunyi di sebalik perwatakan serius atau misteri dan menzahirkan kasih sayang dengan melindungi adik-adiknya. Kakak sulung juga begitu, tetapi mereka lebih lantang dan tidak gentar untuk menyuarakan pendapat mereka.
Semakin mereka menginjak dewasa, anak perempuan mempunyai semangat yang tinggi. Mereka lebih cenderung untuk mempertahankan adik-adik mereka dan memastikan setiap orang dalam keluarga rapat antara satu sama lain. Lihat saja bila adik-adiknya bergaduh, jarang sekali kita lihat kakak sulung berpihak pada sebelah pihak.
Kebiasaannya, dia akan berusaha untuk memujuk adik-adiknya untuk berbaik dan sanggup merayu kepada ibu atau ayah untuk memberi ganjaran kepada adik-adik jika mereka ‘berkawan’ semula. Kakak sulung memang pandai memujuk dan selalunya dia selalu positif.
Walaupun orang kata mulut anak perempuan ni becok, tetapi jika adik-adiknya ada masalah, dialah pendengar setia. Dia juga tidak akan sesekali bercerita kepada orang lain perihal yang dia ketahui. Sebagai contoh, adik dimarahi ayah kerana nakal. Adik mengadu pada kakak dan ayah ternampak. Cubalah bertanya pada kakak apa yang adiknya beritahu, dia takkan buka mulut (biarpun ayah umpan dengan gula-gula kegemarannya!).
Biar apa pun jantina anak pertama anda, bersyukurlah. Kedua-duanya anugerah terindah dari Allah SWT. Setiap anak ada telatah dan perangainya sendiri. Kemampuan dan kelebihan anak-anak juga berbeza antara satu sama lain. Baik kakak mahupun abang (anak pertama), sebagai ibu bapa sudah tentu kita boleh mengharapkan mereka suatu hari nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti anda pernah minum susu kultur, kan? Tetapi benarkah ia menawarkan manfaat buat kesihatan badan? Ini penjelasan yang perlu anda ketahui.
Apa itu susu kultur?
Susu fermentasi atau lebih dikenali sebagai susu kultur adalah produk susu yang diperam dengan sejenis bakteria dikenali sebagai Lactobacilli atau Bifidobacteria.
Fermentasi bermaksud sebahagian daripada susu tersebut dicerna oleh bakteria. Ia secara tidak langsung menjadikan produk susu ini lebih mudah diproses oleh sistem pencernaan badan.
Ini terutamanya bagi individu yang mempunyai alahan susu atau intoleransi laktosa. Proses fermentasi yang dilakukan juga dapat meningkatkan tempoh masa ketahanan susu ini daripada basi.
Umumnya, susu kultur adalah sejenis minuman yang sangat popular di negara seperti Jepun. Tetapi apakah kebaikan sebenar susu yang melalui proses fermentasi ini?
9 kebaikan susu kultur untuk kesihatan badan
Produk tenusu kultur ini dikatakan sangat baik untuk usus. Ini kerana ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan badan. Berikut adalah antara beberapa kebaikan minuman kultur ini untuk kesihatan, iaitu:
Demam hay
Berdasarkan beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus acidophilus mungkin dapat mengurangkan masalah hidung berair pada individu dewasa yang mengalami demam Hay – alahan bermusim. Dalam sesetengah kajian mengatakan, produk tenusu kultur ini dikatakan dapat mengurangkan risiko untuk mengalami demam Hay kanak-kanak dan remaja.
Masalah cirit-birit
Cirit-birit kesan ubat antibiotik
Produk tenusu kultur ini juga dikatakan dapat mengurangkan masalah sembelit bagi individu yang mengambil ubat antibiotik. Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu fermentasi yang mengandungi bakteria Lactobacillus dan Bifidobacterium mengurangkan risiko terkena cirit-birit semasa mengambil antibiotik.
Cirit-birit pada kanak-kanak
Penyelidikan awal menunjukkan bahawa meminum susu yang diperam dengan Lactobacillus casei mengurangkan tahap cirit-birit pada bayi dan kanak-kanak. Kajian awal lain juga mendapati penggunaan produk susu fermentasi khusus – mengandungi pelbagai jenis bakteria – dapat mengurangkan jangka masa yang diperlukan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Cirit-birit akibat rotavirus
Beberapa bukti menyarankan pengambilan minuman susu Lactobacillus ini pada kanak-kanak dengan cirit-birit kesan rotavirus selama 5 hari akan dapat mengurangkan tempoh kesakitan mengalaminya.
Ekzema (dermatitis atopik)
Anda sedang hamil? Apa kata amalkan minum susu kultur. Daripada hasil kajian mendapati bahawa meminum susu fermentasi yang mengandungi pelbagai jenis bakteria semasa kehamilan dan setelah melahirkan mengurangkan kemungkinan anak kecil mengalami ekzema.
Selesema
Antara kebaikan susu fermentasi untuk kesihatan badan adalah ia dapat membantu mencegah masalah selesema bagi kanak-kanak prasekolah. Sesetengah produk tenusu kultur lain juga dapat membantu mengatasi selesema pada individu dewasa.
Saluran pencernaan
Jangkitan saluran pencernaan yang berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau H. pylori boleh menyebabkan ulser. Namun melalui kajian yang dilakukan mendapati, pengambilan produk tenusu kultur yang mengandungi pelbagai jenis bakteria setiap hari selama 12 hingga 16 minggu bagus untuk kesihatan badan.
Ini kerana ia dapat memperbaiki gejala perut yang disebabkan jangkitan H.pylori. Manakala daripada hasil penyelidikan lain pula, menunjukkan bahawa mengambil produk susu fermentasi tertentu semasa menggunakan antibiotik untuk jangkitan H. pylori akan mempercepatkan proses penyembuhan.
Tekanan darah tinggi
Hasil daripada beberapa kajian mencadangkan bahawa susu kultur dapat menurunkan tekanan darah sistolik (nombor pertama) tetapi tidak diastolik (nombor kedua) pada individu yang mengalami tekanan darah tinggi.
Sindrom kerengsaan usus (IBS)
Masalah kerengsaan perut yang dialami untuk tempoh jangka panjang boleh meningkatkan risiko untuk mengalami sindrom kerengsaan usus (IBS). Beberapa kajian menyarankan pengambilan susu fermentasi 2x sehari selama tempoh 4 minggu dapat mengurangkan gejala IBS, termasuk rasa kesakitan dan gas.
Intoleransi laktosa
Ada masalah untuk mencerna laktosa gula dengan betul? Mungkin pengambilan produk tenusu kultur dapat membantu mengatasi masalah itu. Ini kerana hasil daripada beberapa penyelidikan menunjukkan, mengambil susu fermentasi yang mengandungi Lactobacillus casei dan Lactobacillus acidophilus mengurangkan kembung, cirit-birit, dan kesakitan pada individu yang mengalami intoleransi laktosa.
Kesan pendedahan radiasi
Susu yang menjalani proses fermentasi juga baik dalam membantu merawat masalah kesihatan kesan pendedahan radiasi. Hasil kajian mencadangkan pengambilan minuman yang mengandungi Lactobacillus acidophilus bermula 5 hari sebelum rawatan dengan radiasi mengurangkan cirit-birit dan kesan sampingan perut lain. Minuman ini juga dikatakan dapat mengurangkan ketidakselesaan perut selepas rawatan radiasi.
Mencantikkan kulit
Selain manfaat kesihatan badan yang disenaraikan di atas, susu kultur juga dipercayai menawarkan kebaikan untuk kulit. Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa pengambilan produk susu yang dikultur dengan bakteria probiotik bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan usus sihat, tetapi juga keadaan kulit yang baik.
susu fermentasi
Malahan, saintis telah lama mengetahui bahawa kesihatan usus dan kulit adalah saling berkaitan. Pun begitu, masih banyak kajian yang diperlukan untuk mengesahkan mengenai manfaat susu kultur pada kesihatan badan serta kulit. Tetapi tiada salahnya andai anda menjadikan minuman susu fermentasi ini sebagai amalan harian.
Namun jika terdapat keraguan mengenai kesesuaian pengambilan minuman ini dengan keadaan kesihatan anda, dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, okay?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Bersalin secara normal tanpa penahan sakit bagi anak pertama, apa yang dilakuakn Mawar Rashid ini amat mengagumkan. Suaminya sebak mengenang kembali detik kelahiran kelahiran anak pertama mereka berdua.
Mawar melahirkan bayi pertama , Raden Muhammad Rafael pada 13 Mac lalu. Suaminya, Raf Yaakob berkongsi momen bersalin Mawar. Dia yang sentiasa menemani Mawar sepanjang proses kelahiran mengakui Mawar tenang dan melalui kontraksi dengan zikir dan urutan.
Tak ambil epidural atau laughing gas. Sentiasa berada di samping Mawar sepanjang masa.
Lalui kontraksi dengan zikir, doa serta urutan pada kaki serta pinggang.
Setiap kali kontraksi sentiasa ingatkan yang kelahiran bayi semakin dekat.
Mawar isteri yang taat, ibu yang baik & anak yang patuh kepada ibu dan ibu mertua.
Mungkin sebab ini Allah permudahkan dia bersalin normal.