Salah satu isu yang kerap kali menjadi kebingungan para ibu lepas bersalin ialah bayi perlu ditinggalkan selepas kembali bekerja. Memandangkan bayi menyusu susu ibu, maka dia perlu diajar menggunakan botol susu agar dapat memudahkan urusan pengasuh menjaganya sepanjang ketiadaan ibunya.

Terdapat lebih 44 otot di sekitar mulut dan rahang bayi telah biasa digunakan untuk menyusu secara terus daripada payudara berbanding hanya empat otot yang digunakan ketika menyusu melalui botol.

Oleh itu, adalah disarankan sebaik-baiknya bayi anda dikenalkan dengan penyusuan menggunakan botol susu selepas dia berumur 30 hari bagi mengelakkan masalah keliru puting terjadi.Perlu anda ambil maklum bahawa ada kalanya penyusuan susu ibu perahan menjadi sukar kerana bayi menolak sama sekali penyusuan menggunakan botol atau menolak puting botol itu sendiri. Cara lain yang boleh digunakan dalam melatih bayi ialah dengan menggunakan sudu, picagari atau botol yang bersudu atau alat penitis (dropper).

Nak Start Kerja Lepas Pantang, Tapi Susah Hati Anak ‘Tolak’ Menyusu Dari Botol

Di awal usia selepas kelahiran, penglihatan bayi masih belum jelas dan tidak berwarna. Namun begitu, dia amat mengenali anda selaku ibunya melalui bau badan dan suara. Malah bintik-bintik kecil di sekitar areola payudara yang dikenali sebagai kelenjar montgomery mengeluarkan bau seperti bau air ketuban yang mana. Ia dicipta Tuhan bagi memudahkan bayi mengenali anda.

Artikel Menarik: [Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi]

Dengan yang demikian, bayi dapat merasai kehadiran anda dan akan menolak untuk menyusu melalui botol susu. Oleh itu, adalah lebih sesuai jika orang lain selain daripada diri anda seperti ayah, nenek, adik-beradik lain ataupun jiran sebelah rumah membantu sekiranya anda ingin memulakan langkah memperkenalkan penyusuan susu ibu perahan melalui botol susu kepada bayi.

IKLAN

Kena Sabar, Perlahan-Lahan

Usaha mengajar bayi menyusu menggunakan botol susu memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah, dalam keadaan tertentu, ia memerlukan strategi khusus. Lebih daripada itu, ikuti jadual yang telah disusun khas untuk mengajar bayi menyusu susu ibu menggunakan botol susu. Walau apa pun, anda dan pihak yang bakal membantu anda perlu banyak bersabar agar bayi dapat membiasakan diri dengan keadaan ini.

Nak Start Kerja Lepas Pantang, Tapi Susah Hati Anak ‘Tolak’ Menyusu Dari Botol

Sehubungan ini, anda perlu berada di bilik atau kawasan yang lain semasa latihan diilakukan. Hal ini perlu dilakukan supaya tiada penolakan oleh bayi semasa latihan dilaksanakan oleh bapa atau ahli keluarga yang lain. Selain daripada itu, cuba latih bayi di lokasi lain yang bukannya bilik yang anda diami agar tiada bau anda berada di sekelilingnya ketika itu.

IKLAN

Artikel Menarik: [Nak Bergaya Punya Hal, DipakaikanKasut. Sebenarnya Boleh Buat Tumbesaran Kaki Bayi Terbantut]

Sementara itu, ada bayi yang suka suasana sunyi, ada pula yang tidak kisah. Jadi, cuba cari cara paling sesuai yang boleh menarik bayi untuk menyusu susu ibu perahan. Berdasarkan pengalaman orang lain, ada ibu yang mencari puting botol susu yang dikatakan seumpama ataupun meniru rupa bentuk puting payudara ibu.

Dalam hal ini, cuba kenalkan puting botol susu secara perlahan-lahan ke dalam mulutnya dan lihat reaksi bayi terlebih dahulu. Sekiranya dia menolak pada sesi awal latihan pengenalan, cuba lagi di lain masa.

Latih semasa mood bayi baik

IKLAN

Persoalan tentang tempoh waktu yang sesuai, contohnya pagi atau petang untuk mengajar bayi menyusu botol adalah sangat subjektif. Namun begitu adalah disarankan agar pengenalan susu perahan melalui botol ini sebaiknya dilaksanakan pada ketika mood atau ‘angin’ bayi baik dan tidak meragam

Nak Start Kerja Lepas Pantang, Tapi Susah Hati Anak ‘Tolak’ Menyusu Dari Botol

Anda lebih mengenali bilakah mood aanak anda baik atau sebaliknya. Oleh itu,  lihat dan cuba buat dengan bantuan orang sekeliling. Beringatlah bahawa ada bayi yang senang menerima latihan ini selepas waktu mandi pagi dan ada yang senang ketika bayi mahu tidur. Jadi, anda boleh mencuba dan praktikkannya mengikut kesesuaian masa dan kesediaan bayi itu sendiri.

Sumber: Majalah Pa&Ma

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI