Punya anak ramai sering dikatakan seumpama tidak punya masa untuk diri sendiri. Malah untuk tampil cantik seperti dulu juga terpaksa dilupakan kerana tidak sempat.
Hakikatnya anak ramai sememangnya cukup membahagiakan dan ini diakui sendiri oleh penyanyi Adira Suhaimi yang turut mempunyai empat orang cahaya mata dikala usianya baru menginjak 31 tahun.
Malah akui Adira, dia dan suami sebenarnya mensasarkan untuk punya anak sempat sebelum usianya 30 tahun. Namun tersasar dan melahirkan anak bongsunya pada usia 31 tahun.
Malah ibu kepada empat cahaya mata ini amat bersyukur kerana dikurniakan empat cahaya mata pada usianya masih muda iaitu 31 tahun.
“Memang saya rancang untuk beranak dulu, lepas tu berhenti untuk mulakan balik karier seni.
“Sebenarnya saya dah ‘ikat’ (peranakan) dah sebab keempat-empat anak bersalin Czer. Jadi saya ambil keputusan tu atas nasihat doktor dan suami juga. Saya bersyukur dah ada dua anak lelaki dan dua perempuan.
“Saya cadang nak berhenti beranak sebelum atau masa umur 30 tahun tapi sebab Covid dan sebagainya, lahir anak last umur 31 tahun,” katanya berkongsi.
Punya anak ramai bagi dirinya langsung tidak memberikan tekanan malah dakwaan punya anak ramai akan melenyapkan kecantikan dan awet muda seorang perempuan disangkal oleh ibu cantik manis ini.
“Tak semestinya anak seorang, dia akan nampak awet muda dan tak semestinya juga anak ramai, akan nampak lebih tua.
“Saya rasa yang penting, mental kita kena jaga dan emosi serta rutin harian kita. Begitu juga apa yang kita makan. Kadang-kadang orang muda tapi tak ada anak pun dah nampak tua. Mungkin dengan masalah tempat kerja atau sebagainya.
“Jadi saya rasa wanita khususnya ibu kena sihat mental dan fizikal. Diikuti rutin apa yang dia buat dan pemakanan.
Ads
“Kalau tanya saya sebenarnya, beranaklah ramai-ramai. Seronok ada anak ni sebab bagi saya, bila bujang dulu lain dia punya vibes.
“Bila dah jadi seorang ibu ni, lain lagi yang mana saya rasa ia sangat bagus untuk diri saya. Bila ada anak-anak, saya banyak belajar dari segi jadi matang seorang ibu dan jadi multitasking. Saya seronok buat semua tu,” kongsi Adira lagi.
Jangan takut beranak ramai
Malah isteri kepada Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red ini turut menasihatkan wanita agar jangan takut untuk berkahwin dan memiliki zuriat sendiri.
“Jangan takut untuk kahwin dan beranak. Beranak ramai sebab anak itu adalah rezeki,” ujar ibu cantik ini lagi.
Ads
Adira yang kini kerap muncul di media sosial sentiasa menghiburkan wargamaya dengan keletahnya bersama anak-anak. Ada sahaja sisi keibuan yang ditonjolkan Adira untuk perkongsian semua.
“Mungkin sebelum ini saya kurang aktif di media sosial. Sekarang, lepas kahwin dan beranak-pinak dengan permintaan terhadap media sosial, saya kena ikut peredaran masa,” katanya lagi.
Terdahulu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Red pada 3 Disember 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan Anggrek berusia 6 tahun, Asan; 5 tahun, Anggun umur 4 tahun dan Ayub yang lahir pada September tahun lalu.
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia Tenggara bagi kes jangkitan koronavirus baharu (Covid-19) selepas mencatatkan 428 kes, dengan sembilan kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah terkini itu berikutan terdapat 190 kes positif Covid-19 baharu setakat 12 tengah hari (15 Mac).
“Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu itu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.
“Sehingga kini, seramai sembilan kes positif Covid-19 sedang dirawat di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataani ini.
Dr Adham berkata, penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan tabligh sedang giat diteruskan.
Justeru, katanya, KKM menyeru peserta perhimpunan tabligh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
“Peserta perhimpunan tabligh akan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling.
“Begitu juga untuk kontak rapat kes positif Covid-19, Pesakit Dalam Siasatan (PUI) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka perlu diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian,” katanya.
Sebelum ini, seramai 4,942 peserta menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling berjaya dikenal pasti.
Daripada jumlah itu seramai 3,069 peserta datang sendiri ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan dan saringan dengan 137 individu dirujuk ke hospital.
Anak atau diri sendiri asyik selesema? Sebenarnya ada banyak faktor mempengaruhinya. Perubahan cuaca, faktor persekitaran antara yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Jadi ada beberapa cara nak pastikan masalah ini dapat dikawal.
Berikut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar cara cepat dan lebih berkesan dalam merawat masalah ini.
Pertama sekali, kena rewind balik kenapa tiba-tiba kena selesema. Ia tanda sistem imun jatuh sakit.
Geng virus datang bertandang. Penyebab keradangan pada dinding membran di antara hidung dan tekak.
Ada juga sebab alergi.
Juga tanda munculnya geng bakteria jahat dalam usus. Sebab utama iaitu diet salah. Terkurang atau terlebih makan makanan yang salah.
Macam mana nak elak selesema ataupun redakan tahap keberjangkitannya?
1. Bawang putih
Ada allicin. Bertindak sebagai antibiotik.
2. Teh hijau
Ada anti-viral dan anti-microbial. Boost sistem imun. Tingkatkan metabolisma.
3. Sup ayam
Elektrolit dan cecair sup ada kandungan anti keradangan. Bantu rawat sistem imun.
4. Madu
Ada anti-bakteria dan anti-microbial. Bantu halang batuk dan kahak. Boleh campur dengan teh hijau untuk kesan maksimum.
5. Makanan kaya zink
Contoh macam kekacang, bijian. Kaya agen ‘immunity booster.’
6. Buah pelaga
Punyai bau aroma kuat aroma. Sifat anti-radang bantu baiki aliran lendir dalam saluran hidung.
Ketika selesema ni wajib elakkan makanan/minuman berkafein. Apa lagi wajib elak? 1. Sport drinks 2. Ais Krim 3. Roti putih 4. Gula-gula 5. Minuman karbonat
Kenapa?
Mengikut American Journal of Clinical Nutrition kesemua ini sebabkan keradangan dan lemahkan sistem imun.
Selesema biasanya datang dengan pakej lengkap. Sakit tekak, hidung tersumbat, dan demam.
Apabila amalkan 4 perkara ini, kita baiki sistem imun. Kita juga baiki tahap sihat usus kita iaitu otak kedua manusia.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memberontak hanyalah tingkah laku sengaja melawan peraturan biasa atau pihak yang berkuasa, kebiasaanya anak melawan ibu bapa. Kadang-kadang ibu bapa rasa mereka dah beri yang terbaik untuk anak-anak. Namun, ibu bapa juga mungkin terlepas pandang beberapa perkara yang menyebabkan anak-anak suka memberontak dan berdendam.
Terdapat ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak. Sebagai ibu bapa, anda perlu ketahui bagaimana cara untuk mencegah, sentiasa bersedia untuk mengendalikan anak anda yang suka memberontak dan susah nak dengar cakap. Ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif;
Kalau kita nampak anak kita suka memberontak dan macam susah nak dengar cakap..
Cuba periksa dulu benda ni. Ada tak kita buat anak kita rasa 5 benda ni
1. Rasa didengari
Selama ni kita betul-betul dengar suara hati anak kita tak? Atau kita paksa anak dengar arahan kita je?
2. Rasa dihargai
Selama ni kita betul-betul puji usaha anak kita ataupun kita cuma puji result anak kita? Kita puji anak belajar bersungguh-sungguh tak selama ni atau kita cuma puji bila dia skor A je?
3. Rasa diterima
Selama ni ada tak kita kritik anak kita sampai anak kita pun rasa menyampah dengan diri sendiri? Jangan main-main dengan kritikan mak ayah ni. Jangan sampai anak kita rasa dirinya tak berguna sampai rosak self image-nya.
4. Rasa dikenal
Betul ke kita kenal anak kita? Kita tahu ke minat dan kecerdasan anak kita cenderung ke arah mana? Linguistics ke Bodily Kinesthetic ke? Atau kita kenal tak apa Love Languages bagi anak kita? Dia lebih prefer sentuhan kasih sayang ke atau Quality Time?
5. Rasa difahami
Selama ni ada tak kita ambil tahu passion dan minat anak? Atau kita duk paksa minat dan cita-cita kita ke atas anak? Bila anak luah perasaan, ada tak kita tengking dan jerit kat dia? Padahal kita sendiri pun menderita kalau duk pendam perasaan sendiri kan apatah lagi anak kita
Cuba periksa diri kita dan pasangan kita. Ada tak kita buat anak kita rasa 5 benda di atas ni?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak adalah cerminan daripada apa yang mereka lihat, dengar, dan rasakan daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa bukan sahaja berperanan dalam mendidik dan memberi...