Pada zaman media sosial, mak ayah kena beringat. Ada yang ambil kesempatan apabila kita berkongsi gambar-gambar anak untuk memuaskan nafsu songsang.

Pedofilia ialah sejenis gangguan psikologi di mana individu dewasa atau atau remaja yang lebih tua tertarik secara seksual atau eksklusif kepada kanak-kanak yang belum baligh. Dengan keterbukaan teknologi dan media sosial, mudah mereka mendapatkan mangsa.

Perkongsian daripada seorang bapa, Akhtar Syamir aka BroOhsem ini wajar diambil tindakan segera. Memang ‘menyeramkan’ kerana pedofilia kini bebas ‘buat kerja’ di laman sosial menerusi gambar-gambar yang dikongsikan.

Beringat Mak Ayah! Si Pedo Minat Anak Pakai Legging, Bulan Puasa Pun Sibuk “Buat Kerja”

Dia datang lagi. Hati-hati semua dengan akaun pedofilia ini. Ramai yang dah buat aduan mengenai akaun-akaun ini yang besar kemungkinan dari orang yang sama.

Kita sedap berbuka puasa dengan anak. Si pedo ni sedap puaskan nafsu dengan gambar anak kita.

Pedo kali ini minat pada kanak-kanak perempuan yang memakai legging. Jangan pelik. Mereka ini memang ada macam-macam perangai. Cuma kali ini fokusnya ialah legging.

Beringat Mak Ayah! Si Pedo Minat Anak Pakai Legging, Bulan Puasa Pun Sibuk “Buat Kerja”

IKLAN

Dia akan komen di post yang mempunyai gambar kanak-kanak perempuan yang memakai legging dan akan tag diri sendiri betul-betul di bahagian kemaluan budak tu.

Memang sakit orang macam ni. Jadi, sila jauhkan diri dari dia dan semua akaun dia yang lain. Block sahaja dan berhati-hati apabila memuat naik gambar anak. Pastikan cover mana yang patut.

JANGAN PAKAIKAN ANAK LEGGING

Lagi satu, bila bawa anak keluar terutamanya ke bazaar Ramadhan, kalau boleh jangan dah bagi anak pakai legging. Kita tak tahu dalam ramai-ramai kat bazaar tu ada pesakit mental ni.

BLOCK AKAUN TERSEBUT

IKLAN

Tolong bagitau semua kawan-kawan. Search nama Syazwani Sapari ni dan tengok “MUTUAL FRIENDS” dia. Jika ada nama kawan kita yang menjadi friends dia, sila tag di sini dan minta mereka baca dan block sekali.

Beringat Mak Ayah! Si Pedo Minat Anak Pakai Legging, Bulan Puasa Pun Sibuk “Buat Kerja”

SI PEDO INI MEMPUNYAI ANYAK AKAUN

Dia ni ada banyak akaun. Kebanyakan akaun dia semua guna gambar budak dan legging. Pastikan block semua. Kalau boleh report dulu kemudian block.

Dia memang akan add semua orang yang ada gambar anak perempuan. Jadi jangan senang-senang approve friend request ye.

IKLAN

Jangan takut untuk post gambar anak-anak. Cuma kena tahu batasan dia dan tutup mana yang patut. Bila terhidu je pedo seperti ni, terus block.

SHARE post ini supaya kita dapat lindungi anak-anak kita dari menjadi pemuas nafsu pedofilia sampah ini. Jangan lupa TAG nama friends yang MUTUAL FRIENDS dengan pedo ni.

PEDO ADA DI MANA-MANA, MATA JAHAT SEDANG MEMERHATI ANAK KITA

Inilah pentingnya kita ajar cara komunikasi yang baik dengan anak. Pedo ini ada di mana-mana. Tak terhad di media sosial sahaja. Di luar pun ada. Kita tak tahu mata-mata jahat yang sedang memerhati anak kita.

Daripada komen posting berkenaan, netizen turut berkongsi yang pemilik akaun berkenaan suka memberikan komen emoji pelik-pelik pada gambar kanak-kanak yang nampak paha dan celahan paha. 

Beringat Mak Ayah! Si Pedo Minat Anak Pakai Legging, Bulan Puasa Pun Sibuk “Buat Kerja”

Sumber: Akhtar Syamir aka BroOhsem

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI