Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Untuk mendapatkan cahaya mata tak semudah yang dijangka. Ia bergantung kepada rezeki dan nasib pasangan masing-masing.
Namun begitu anda tetap perlu berusaha dengan melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat. Dr Zubaidi berkongsi beberapa tip boleh dilakukan untuk memudahkan setiap pasangan yang berkahwin untuk mendapatkan cahaya mata.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan zuriat sebagai penyeri hidup dalam rumah tangga. Namun tak semua terus dikurniakan rezeki zuriat. Ada yang terpaksa menunggu lamanya, menggunakan pelbagai kaedah hanya untuk cahaya mata impian.
Sama seperti puan Nourfi yang sudah menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan zuriat.
Puan Nourfi meminta kepakaran ramai dalam group:Edit Apa Hari Ni? untuk menyuting gambarnya dengan meletakkan gambar bayi disebelah kerana dia benar-benar inginkan cahaya mata.
Namun hasilnya sangat mengejutkan kerana rata-rata warga maya menunaikan permintaanya malah diselitkan doa agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Sikap warga maya di dalam group tersebut boleh dipuji malah ada yang sanggup meminjamkan gambar anak-anak sendiri untuk di ‘edit’ di sebelah Puan Nourfi.
Rata-rata warga maya sebak dan terus mendoakan rezeki zuriat buat Puan Nourfi.
Pihak Pa&Ma turut mendoakan agar Puan Nourfi dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah secepat mungkin. Amin
Kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy sememangnya boleh mengancam nyawa ibu hamil. Inilah yang dilalui pelakon, Shima Anuar pada kehamilan ketiganya yang mencecah usia tiga bulan.
Tanpa sedar janin yang membesar rupanya berada di luar dinding rahim. Malah menurut kata Shima menerusi Instagramnya, dia kehilangan begitu banyak darah malah nyawanya sendiri hampir di hujung tanduk.
“We nearly lost you my dear. U’ve lost 2.5L of blood. Your bp was 60/30, and your face became white, so pale, she said,” begitu kata-kata doktor yang merawatnya.
Ibu kepada dua cahaya mata ini turut sama berterima kasih kepada doktor yang bertindak pantas menyelamatkan nyawanya dikala dia berdepan dengan kesakitan luar biasa.
Malah kata Shima lagi, ia umpama satu mimpi ngeri bila mana mengenangkan kesakitan yang amat sangat. Lebih dari sakit melahirkan anaknya melalui pembedahan. Begitu kongsi Shima menerusi Instagramnya.
Malah menurut kata Shima lagi, selepas pembedahan itu, disebabkan tiada tindakbalas darinya hingga dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemindahan darah.
“Thank you Dr Susanna for saving my life. It was a nightmare, memang sakit sangat-sangat. Sampai tak boleh bergerak tak boleh bercakap.
“After the operation, saya dah tak response. That’s why kena masuk icu and buat blood transfusion. Saya tak tau ectopic pregnancy ni teruk sampai boleh hilang nyawa rupanya,” tulisnya berkongsi.
Malah bintang drama Suamiku Lelaki Pendosa ini juga kini semakin bertambah baik dan tidak sabar untuk kembali bersama suami dan dua anaknya.
“Syukur alhamdulillah now semua selamat. Cuma sakit jela. Kena potong dekat tempat czer dulu.
“Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada czer. Boleh imagine tak? Hihi. But it’s ok, anggap je ini ujian dan dugaan. Saya redha.
“Sekarang ni tak sabar nak balik rumah jumpa Sophia dengan Adik. Now kita continue panggil Imaan adik jela sebab baby adik dah takde. Huhu,” kongsinya lagi.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Shima dan moga kembali sihat dan cergas seperti biasa.
Pada awal Februari lalu, Shima mengumumkan kehamilan ketiganya. Shima turut mempunyai dua orang cahaya mata, Marian Sophia, 5 dan Mikhael Imaan, 3 tahun.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara TV yang juga merupakan seorang pelakon, Uyaina Arshad memuatnaik sebuah video di laman Instagram untuk mengumumkan jantina bayinya. Selebriti cantik manis ini sudah memasuki trimester ketiga kehamilan dan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertamanya itu.
Biarpun diuji dengan penyakit apendiks serta keradangan pada dinding rahim pada awal kehamilannya, ternyata Uyaina seorang yang kuat kerana mampu menempuhi detik genting itu. Sepanjang kehamilannya juga, bakal ibu ini juga banyak bersenam untuk mengekalkan kesihatan diri serta kandungannya. Memang satu inspirasi!
Di dalam video tersebut, Uyaina dan suami mengenakan persalinan serba putih dan sedang bersedia untuk memecahkan belon di hadapan mereka. Sebaik sahaja belon dipecahkan, dapat dilihat kertas biru berterbangan menandakan bayi mereka adalah LELAKI!
Jelas kelihatan pasangan dua sejoli ini gembira dan sorakan ahli keluarga serta rakan terdekat juga memeriahkan lagi majlis gender reveal Uyaina dan Raja Syahiran.