Allah menguji hambanya tanda kita sayang. Namun saat diuji adakalanya kita mula goyah dan orang terdekat dengan kita selalunya menjadi mangsa. Anak-anak dan isteri pastinya turut terkesan disaat kita dilanda emosi yang begitu kuat.
Perkongsian bapa ini, yang mesra disapa Broku cukup menyentuh jiwa. Telus dan begitu menyentuh hati. Satu saat dia pernah gagal dalam perniagaan. Kegagalan yang paling besar sehingga tiada langsung wang untuk menyediakan keperluan anak.
Malah dikala ujian itu jugalah dia mula diuji dengan rezeki anak istimewa dari Allah. Anak ketiganya disahkan mengalami Global Developmental Delay (GDD) atau terlambat perkembangannya. Hadiah paling bermakna dan ujian cukup besar buatnya dan isteri dikala perniagaannya dilanda masalah. Namun dia akur dan reda dengan setiap percaturan Allah.
“Berbanding isteri, saya lebih suka memanjakan anak. Tapi bila saya diuji dengan perniagaan, ada waktunya saya rasa dah tak boleh nak bercakap dengan anak hanya disebabkan duit langsung tidak ada.
“Kalau dulu saya suka beli mainan pada anak-anak tapi disebabkan ujian yang semacam itu, saya terpaksa beli mainan satu sahaja bila saya ada lebihan wang dan akhirnya jadi rebutan pada anak-anak saya. Saya mengamuk tengok anak-anak berebut dan akhirnya saya campak mainan ke luar. Saya sedih mengenangkan keadaan diri saya ketika itu.
“Pernah juga ketika saya tidur, anak main lompat-lompat dekat saya, saya bangun dan terus tampar anak hingga terkoyak kulit di bahagian pipi anak. Sampai sekarang saya masih menyesal,” katanya berkongsi.
Namun selepas melalui tempoh yang sukar itu, bapa kepada lima orang cahaya mata ini mula yakin dengan satu hal yang membuatkan kehidupan sukarnya mula berubah.
Ads
“Kalau kita diuji, cuba patah balik dan tengok keadaan anak dan isteri di rumah. Happy wife happy life, itu sahaja cara saya berubah.
“Start dari itu, kehidupan saya mula berubah. Apa yang saya boleh belajar dari sini, jangan cuba mencari sesuatu yang tak pasti, balik ke rumah dan lihat dan berbuat baiklah dengan isteri terutamanya.
“Tak kisah nak cari duit banyak mana pun, peace of mind, Allah akan turunkan rezeki dari langit dari pelbagai sumber yang tidak disangka-sangka,” katanya berkongsi cerita, kisah kegagalan hidupnya dahulu.
Selain itu, bapa penyayang ini juga rupanya cukup istimewa kerana berpeluang menyambut kelahiran anak keempatnya sendiri. Satu pengalaman yang cukup berharga bagi seorang bapa.
“Bagi saya dalam rumah tangga, jagalah percakapan kita dengan isteri walau diuji macam mana sekali pun. Setiap kali doa, mintalah pada Allah.
“Lagi satu bermurah hatilah dengan permintaan anak-anak dan isteri, insyallah Allah akan mudahkan rezeki kita,” kongsi bapa anak lima ini lagi.
Ads
Kisah yang dikongsikan bapa ini menerusi Pa&Ma Go Live yang bersiaran pada setiap Rabu sememangnya banyak memberi kesedaran kepada kita. Satu perkongsian yang cukup mendalam. Ini tip yang dikongsikan bapa ini untuk para bapa di luar sana.
Tip
1. Hidup kita akan lebih bahagia kalau di rumah kita bahagia.
2. Enjoylah dengan anak-anak dan isteri di rumah kerana itulah penawar dalam kehidupan kita.
3. Adakala kita rasa resah gelisah, usaplah kepala anak-anak kita yang tengah tidur dan berpesanlah pada anak. Bercakaplah dengan anak-anak sebaiknya, pujuk dan cakaplah sebaiknya.
Ads
Walau kita diuji dengan kesusahan malah diberikan rezeki yang berlipat ganda, usah kita lupakan isteri dan anak-anak yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita. Peganglah kata-kata ini.
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi No.1 tanah air, Dato’ Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa sayangnya yang mendalam kepada cucunya, Arif Jiwa Asyraf anak kepada Asyraf Khalid dan pelakon, Tya Arifin.
Perkongsian itu dikongsi melalui instagramnya bersama-sama video sempena dengan hari istimewa, hari lahir buat Arif Jiwa Asyraf.
Harini tarikh yang sangat istimewa buat permata hati @tyaarifinnw & @asyrafkhalid .. Sebenarnya , ikut perkiraan Doc..Aafiyah lahir harini iaitu sama tarikh dengan @arifjiwaasyraf ..(Tapi aafiyah keluar awal)..
Arif istimewa buat Umi Ti kerana dari Arif Umi Ti dapat tumpang rasa naluri keibuan.. (sebelum aafiyah lahir) Umi Ti belajar banyak perkara dari Ibu Arif @tyaarifinnw .. Doa Umi Ti Arif menjadi anak yg soleh, sentiasa hormat Ayah & Ibu serta berjaya dunia & akhirat … aamin ya rabb… Love u @arifjiwaasyraf#videomasaumitipregnant
Sebelum ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sudah melakukan rawatan IVF sebanyak 5 kali selama 10 tahun dan gagal sebelum akhirnya berjaya hamil dan melahirkan cahaya mata yang sangat comel dan popular bernama Siti Aafiyah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).
Dato Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah. Perkahwinan terdahulu Datuk K dikurniakan 4 anak lelaki, 3 telah berumah tangga dan seorang lagi masih bujang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam rumah tangga, suami isteri perlu sepakat. Namun jika isteri sahaja yang menguruskan hal-hal rumah tangga dan anak, risau emosi jadi tidak stabil dan suami akan ambil mudah hal ini.
Sebab itu, persefahaman penting dari awal perkahwinan dan mesti ada tolak ansur. Suami jika nampak isteri penat, jangan terus dibiarkan kerana lama kelamaan boleh menjejaskan hubungan. Ini paling dirisaukan!
Oleh itu, seperti perkongsian seorang suami, En Mohd Fhais Salim, apabila melihat rambut isteri gugur, benar-benar menjentik hatinya. Mungkin ini juga boleh dijadikan panduan bersama pasangan suami isteri lain.
Terkejut saya nampak sikat ni penuh rambut! Ni sikat isteri, dia sorang je pakai sikat ni. Kenapa saya terkejut?
Mana tak terkejut, rambut gugur ni tanda-tanda dia kerap stress. Bila kerap stress, sistem hormon badan dia akan jadi tak menentu.
Dan hormon yang tak menentu ni akan buat rambut dia stuck dekat fasa telogen (fasa rehat ). Kalau nak tahu, dekat fasa telogen ni la rambut kita akan jadi mudah gugur dan mudah putus.
Aduhai, macam mana la boleh tak perasan ni. Kebelakangan ni saya sibuk sikit. Jarang ada dekat rumah. Jadi dia seorang urus rumah dan anak. Sibuk sangat.
Selalunya yang paling banyak bagi isteri sakit kepala dan stress ialah anak yang sulung. Si annur rania tu la.. dia rasa dah besar, dah pandai menjawab.
Saya memang selalu perhati je. Bila ibunya suruh buat apa-apa, susah nak ikut. Bila ibunya marah-marah, buat derk je dia. Langsung tak takut.
Bila ibunya cakap ada sahaja dia menjawab. Memang patut la, banyak rambut gugur akhir akhir ni. Aduhai..
Saya hold beberapa projek, time tu juga saya ajak isteri pergi bercuti. Menginap la kami dekat hotel 2 hari 1 malam. Ubat stress ni kena berehat je.
Isteri kita ni kalau dapat rehat yang berkualiti, sehari rehat impak dia macam dapat rehat sebulan.
Bukan stress je hilang, kedut-kedut di muka pun turut hilang sekali. Baru dapat maintain keayuan dia. Cewah.. Banyak bagi isteri rehat okey
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi ajaib! Ya itu yang boleh dikatakan kepada seorang bayi perempuan yang dilahirkan ibunya ketika nazak dalam satu kemalangan.
Kejadian yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun meninggal dunia dihempap sebuah lori.
Menerusi laporan Daily Star, kelahiran bayi terbabit dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia dikatakan ‘terkeluar’ dari rahim ibunya ketika kemalangan ngeri itu berlaku.
Meskipun dilahirkan pramatang, namun doktor mengesahkan bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan hanya memerlukan rawatan neonatal.
Menurut pihak polis di Narkhi, kemalangan maut itu melibatkan seorang wanita yang pada ketika itu sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.
Dalam pada itu, saksi di tempat kejadian mendakwa bahawa suami mangsa cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan, namun hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.
Lebih memilukan lagi apabila mangsa telah dihempap oleh lori berkenaan dan melahirkan bayi ajaib ketika sedang nazak di tempat kemalangan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta mengatakan bahawa bayi terbabit tidak berada dalam keadaan bahaya kerana dia dilahirkan pramatang serta kelihatan sedikit kecil.
Tali pusatnya mengalami sedikit masalah dan terdapat kecederaan kecil pada pusatnya disebabkan kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.
Ujarnya, melihat kepada foto kemalangan, sebahagian besar badan si ibu telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.