Berpisah bukan halangan Emma Maembong dan bekas suami terus berbaik, habiskan masa bersama anak-anak. Pelakon Emma Maembong dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar dilihat mesra melayani anak-anak meskipun mereka sudah berpisah.
Emma berkongsi gambar bersama bekas suami dan anak-anaknya, Syariq Gabriel serta Syakil Aryan Shah di Instagram.
Berpisah Bukan Halangan Emma Maembong & Bekas Suami Terus Berbaik
Dalam hantaran tersebut, Emma dan Shazli dilihat ceria memangku kedua anak-anak mereka sewaktu keluar bersama adik-beradik serta anak buahnya.
Menerusi hantaran itu juga, kapsyen yang disertakan menyatakan yang Syariq Gabriel dan Syakil Aryan Shah telah keluar berjalan-jalan dengan ibu serta bapanya.
Mereka merasakan cukup gembira apabila ibu saudara serta sepupu turut ada bersama.
“Keluar dengan baba dan mama semalam bersama ibu saudara serta sepupu. Kami sangat gembira,” tulisnya.
Habiskan Masa Bersama Anak-anak
Perkongsian Emma telah mendapat perhatian warga maya di media sosial. Ramai yang gembira melihat Emma dan bekas suami tetap baik walaupun sudah berpisah demi anak-anak.
Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32 telah mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya sudah berpisah dengan juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Walaupun tidak mendedahkan bila tarikh sebenar mereka bercerai, namun selebriti itu menyatakan yang tempoh idahnya sudahpun selesai. Mereka masih menjalinkan hubungan baik demi anak-anak mereka yang berusia 4 dan 1 tahun.
Sekadar info, Emma dan Shazli telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan mengumumkan perpisahan mereka pada 7 Oktober 2024.
Ibu bapa mana yang tidak mengidamkan anak-anak yang berilmu dan beradab. Paling penting sudah tentulah kita mahu anak-anak kita menghormati guru-guru mereka. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga mendidik supaya murid-murid menggunakan akal dengan bermoral.
Setiap ibu bapa mengimpikan dan mengharapkan anak-anak mereka, mempunyai akhlak yang baik, mendengar kata, tidak melawan ibu bapa dan taat akan suruhan agama. Cara guru dan ibu bapa mendidik mungkin berbeza.
Mudah-mudahan kita dapat membantu membentuk anak-anak dalam masyarakat yang perihatin.
1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau di rumah dia taat, dia mungkin nakal di belakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.
2. Bukan anak kita seorang sahaja dalam kelas itu.
Kita di rumah paling banyak anak 6- 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Bayangkan kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam itulah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.
3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tidak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.
4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Karakter dia di rumah dan di sekolah tidak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.
5. Ingat semula kenapa kita hantar dia ke sekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tidak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tidak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tidak boleh dididik.
6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tidak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tidak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tidak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tidak semestinya betul.
7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru-guru. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geografi, biologi dan sebagainya. Kita mengharapkan guru mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.
8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tidak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tidak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.
9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru lah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru-guru itu ruang untuk membantu kita.
10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 -7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 -7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.
11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam al-Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia. Amal kita?
12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tidak apa. Asalkan tidak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.
13. Guru-guru sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru-guru untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru-guru anak-anak kita.
Justeru itu, berlapang dadalah. Ilmu itu bukan bilangan “A”. Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.
Sumber: Sekolah Rendah Islam Alor Setar (Facebook)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik anak menjadi insan yang lebih baik, mengenal Allah dan mengenal kehidupan ini bukanlah satu hal yang mudah. Banyak pengorbanan yang terpaksa dilakukan mak ayah.
Jangan putus asa dalam mendidik anak. Teruslah bersabar dan tabah dalam setiap ujian ketika mendidik anak kita berjaya. Ganjaran pahala yang menanti mak ayah cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
2. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
3. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
4. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
Anak-anak pada usia di bawah lima tahun biasanya masih tidak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu keadaan. Jauh sekali untuk bercakap buruk mengenai orang lain melainkan meniru percakapan orang disekelilingnya.
Menurut perkongsian Public Health Malaysia, sebagai ibu dan ayah, jadilah contoh terbaik dan paling penting jaga percakapan semasa bersama mereka. Mereka mendengar dan meniru!
Bayangkan anak kecil anda, dengan wajah polosnya, tiba-tiba menyebut kata-kata yang tidak sesuai.
Bagaimana mungkin anak yang belum kenal dunia, yang tutur katanya sepatutnya lembut dan suci, tiba-tiba berkata sesuatu yang menyakitkan telinga?
Hakikatnya, anak-anak di bawah usia 5 tahun tidak akan mengeluarkan kata-kata buruk melainkan mereka dipengaruhi oleh persekitaran.
Mereka belajar daripada apa yang mereka dengar, lihat, dan alami. Setiap perkataan yang mereka ucapkan mencerminkan dunia yang mereka hidup di dalamnya.
Sebagai ibu bapa dan dewasa di sekeliling mereka, kita adalah cermin mereka. Jika mereka menyerap bahasa penuh kasih, mereka akan memantulkannya kembali.
Apa yang kita boleh lakukan?
1. Berhati-hati dengan tutur kata kita
Anak-anak tidak memilih apa yang baik atau buruk. Mereka hanya meniru. Jadi, jadilah contoh yang baik untuk mereka.
2. Cipta suasana yang penuh kasih sayang Kurangkan emosi negatif di hadapan mereka. Bahasa yang positif akan melahirkan jiwa yang lembut.
3. Jelaskan dengan penuh kelembutan
Jika mereka tersilap berkata sesuatu yang buruk, jangan marah. Tunjukkan mengapa kata itu tidak baik dengan kasih. ❤️
Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
Lokasi: Masjid Negara Malaysia
Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
Apa yang anak anda akan dapat?
✅ Sijil Penyertaan
✅ Goodies Istimewa Bintang Kecil
✅ Makanan disediakan
Bayaran hanya RM50! Terhad kepada 200 peserta sahaja! Jangan lepaskan peluang ni! Tempat terhad, daftar segera! Untuk maklumat lanjut, hubungi: 019-6222989 (Nor)
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...