Kecomelan anak perempuan kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan isteri Nurida Suraya yang diberi nama Rizqaa Rizman sekali lagi mencuri perhatian wargamaya. Bertemakan puteri Disney, kali ini Rizqaa muncul dengan aksi comel dalam satu fotografi bayi.
Ibunya, Nurida Suraya berkongsi foto-foto comel anaknya itu menerusi laman Instagram miliknya.
Dengan kapsyen,” Puteri kecil saya,” cukup ringkas dan bermakna.
Menerusi perkongsian itu lagi, Rizqaa comel mengenakan pakaian mengikut tema puteri-puteri Disney seperti Cinderella, Puteri Jasmine, Snow White, Puteri Aurora dan Belle dari Beauty and The Beast.
Foto-foto comel Rizqaa turut dimuat naik ke akaun instagram milik si kecil ini dengan menggunakan nama @rizqaarizman.
Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Dengan peningkatan jumlah penumpang semasa musim perayaan, aspek keselamatan penerbangan menjadi keutamaan. Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan bagi mengelakkan sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan.
Bermula 1 April 2025 Hanya Dua Powerbank
Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh. Lebih penting, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.
Langkah ini diambil bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini, termasuk kebakaran akibat penggunaan powerbank yang tidak terkawal.
Elak Kebakaran dalam Penerbangan
Sebelum ini, insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada peranti elektronik telah mendorong syarikat penerbangan seperti Singapore Airlines melarang penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka.
Demi keselamatan diri dan penumpang lain, pastikan anda mematuhi peraturan ini ketika pulang beraya atau bercuti bersama keluarga. Selamat perjalanan dan selamat sampai ke destinasi!
Kemalangan di Mesir, 8 pelajar Malaysia cedera, dapat bantuan Wisma Putra. Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Education Malaysia Egypt (EME) sedang memantau rapi situasi membabitkan lapan pelajar Malaysia dari Universiti Al-Azhar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Port Said, Mesir.
Kemalangan Di Mesir, 8 Pelajar Malaysia Cedera, Dapat Bantuan Wisma Putra
“Pegawai Education Malaysia Egypt segera melawat pelajar itu di Hospital As Salam Port Said untuk memberikan bantuan dan menilai keadaan mereka,” menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
“Tiga lagi yang sedang dalam pemerhatian akan dipindahkan ke Hospital Sayed Galal di Kaherah untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sudah memberikan sokongan kepada pelajar itu dan akan terus memantau keadaan dengan teliti mereka bagi memastikan kesejahteraan mereka.
Bagi bantuan konsular, pihak terbabit boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di 10, Street 261, Maadi, Kaherah, Mesir.
Selain itu, pihak kedutaan boleh dihubungi melalui talian +20 225174210 dan kecemasan (selepas waktu pejabat) di +201 200276388 atau melalui e-mel mwcairo@kln.gov.my.
“Kementerian akan terus menyediakan maklumat terkini sekiranya perlu,” menurut Wisma Putra.
Education Malaysia Egypt dalam satu catatan di akaun Facebook miliknya menyatakan kemalangan kereta yang menimpa lapan orang pelajar Malaysia itu berlaku kira-kira 12 tengah hari semalam.
LIMA PELAJAR ITU IALAH MUHAMMAD FIRDAUS YACOB, MUHAMMAD ADLI FITRI MOHD ANUAR, SHAHRUL AIMAN JAAFAR, MUHAMMAD ZULFIQAR AHMAD TARMIZI DAN MUHAMMAD HAZIEQ BADRISYAH NORHAMEDON MENGALAMI LUKA-LUKA RINGAN DAN DIRAWAT SEBAGAI PESAKIT LUAR.
Selain itu, tiga lagi pelajar, Muhammad Zafri Abdul Rasyid, Muhammad Sulhi Nazri dan Muhammad Rais Zafran Muhammad Shuhaimi telah dibawa ke hospital Sayed Galal untuk rawatan lanjut.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau mesra disapa Tokti sentiasa menjadi idola ramai atas pencapaian yang dikecapinya. Bukan setakat berbakat dalam nyanyian tetapi juga dalam bisnes dan keibubapaan.
Terbaru, Tokti menjadi bualan hangat netizen apabila dia dipercayai mempunyai sebuah sebuah rumah yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Menerusi IG story yang dimuat naik oleh Tokti, dia meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diperolehnya itu dan dalam video terbabit, kelihatan penyanyi yang berusia 43 tahun tersebut bersama dua orang anaknya, Aafiyah dan Afwa sedang meninjau sebuah kondominium mewah dengan pemandangan yang menakjubkan.
Difahamkan, Tokti telah membeli rumah pertama di Dubai dan perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Asyraf Khalid yang menzahirkan ucapan tahniah atas pencapaian yang dikecapinya.
“Tahniah Mak Iti atas pencapaian memiliki rumah pertama di Dubai. Sangat gembira dan bangga melihat pencapaian awak. Ia merupakan inspirasi buat saya dan Tya.
“Doakan satu hari nanti, Ap pun boleh ikut jejak langkah Mak iti. Ap doakan Allah murahkan lagi rezeki ayah dan Mak Iti. Awak benar-benar layak untuk semua kerja keras awak selama ini.
“Harapnya selepas ini Ap ke Dubai, tak payah la sewa hotel dah,” ujarnya berseloroh.
Alhamdulilah, berkat usaha Tokti & rezeki anak-anak!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaan Tokti dapat membeli sebuah rumah mewah dengan berkat usahanya selama ini sebagai seorang penggiat seni.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.