Pernah tak terlintas di fikiran anda untuk mengandung sekali dengan kawan baik? Kebanyakan kita mungkin berfikir semua itu kebetulan je, namun mengikut kajian sebenarnya aura kehamilan ini boleh ‘berjangkit’.
SEJAUH MANA AURA KEHAMILAN BOLEH BERJANGKIT
Menurut satu kajian penyelidikan dari sebuah jurnal pada tahun 2014 menerusi American Sociological Association, seseorang yang mengandung ataupun mempunyai aura kehamilan juga boleh mempengaruhi kawan-kawan terdekat untuk sama-sama hamil.
Satu lagi dari hasil penyelidikan dan juga mendapati jika seseorang itu mengandung, ia akan membuat lebih ramai lagi rakan yang lain.
Bagaimanapun, kajian ini turut menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja berjangkit atau merebak melalui psikologi dan juga bulan dengan cara biologi.
Kehamilan yang mempengaruhi kawan-kawan yang terdekat dengan kita akan mendapat keinginan yang sama iaitu untuk memiliki cahaya mata sendiri. Walau pada masa yang sama mereka langsung tidak merancang untuk ada anak pada masa yang terdekat.
Ads
Beza dua bulan
Sama juga situasi yang dilalui oleh Puan Natrah apabila dia tak sangka sama sekali fasa kehamilan kali ini bersama dengan kawan baik sendiri. Bila diingat kembali rasa lucu pula tapi dah rezeki kami. Sebelum ini pernah juga terbaca, bila BFF mengandung aura tu boleh berjangkit, rupanya memang betul!
Menurut Natrah, ini adalah kehamilan yang ketiga baginya manakala untuk BFF yang mesra dipanggil Ila adalah kandungan kedua. Sebenarnya kami dah berkawan lama sejak zaman sekolah lagi sehinggalah masing-masing dah ada keluarga sendiri.
Ads
“Apa saja cerita kami selalu juga berkongsi dan saling bertukar pendapat. Jadi keluarga kami pun dah saling mengenali. Kebetulan bila tinggal berdekatan, senang untuk kami berhubung dan berjumpa.
“Masa dapat tahu yang Ila mengandung, tak tahu nak gambarkan kegembiraan itu. Kami sama-sama lalui fasa alahan dan mengidam sama-sama. Lucu memang lucu tapi alhamdulillah bila dah masuk trimester terakhir ni sama-sama buat persediaan untuk sambut orang baru,” katanya.
Akan dapat baby girl dan boy
Ads
Kongsi Natrah lagi, untuk anak ketiganya ini, selepas scan beberapa kali, insyaallah akan dapat bayi perempuan selepas dah ada dua anak lelaki sebelum ini. Sementara itu, untuk Ila pula, dia akan melahirkan bayi lelaki. Jadi bila keluar nanti, dapatlah seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Saya tak sangka pula, gambar photoshoot kami sebelum masing-masing nak bersalin viral. Ni semua kenangan kerana saya akan bersalin 5 April depan manakala Ila pula dijangka bersalin Jun nanti.
“Doakan urusan bersalin kami nanti dipermudahkan dan selamat untuk ibu dan bayi nanti. Rasa gementar tetap ada walaupun dah ada pengalaman sebelum ini,” ujarnya.
Harapan Natrah juga, hubungan dengan Ila sebagai kawan baik akan diteruskan oleh anak-anak mereka. Sepanjang lebih 13 tahun berkawan, kami saling menghormati, tak ambil kesempatan dan masing-masing jujur.
Kredit: Che Ras Ds
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Doktor selebriti, Dr. Amalina Bakri yang kini sedang hamil anak pertama berkongsi beberapa perubahan yang berlaku kepada badan apabila seseorang wanita itu hamil.
Tambahnya lagi, disebabkan beberapa perubahan tersebut mungkin ibu hamil perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah tersebut. Ikuti perkongsian penuh beliau.
Perubahan badan ketika hamil
🤱Perubahan payudara
👉🏽Semasa mengandung, payudara wanita menjadi lebih besar dan lebih berisi. Payudara anda akan membesar akibat perubahan hormon apabila tarikh matang semakin hampir, menyediakan anda untuk menyusu. Ia mungkin terasa berat, penuh atau menyakitkan.
👉🏽Sesetengah wanita hamil mula mengeluarkan kolostrum dari payudara mereka semasa trimester ketiga. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh payudara anda untuk bayi anda. Ia adalah cecair pekat dan kekuningan yang mengandungi antibodi yang melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan.
Apa yang anda boleh lakukan?
Pakai bra bersalin dengan sokongan yang baik
Masukkan pad dalam bra untuk menyerap kebocoran
Maklumkan doktor anda jika anda mengalami ketulan, perubahan pada puting, lelehan (selain kolostrum), atau perubahan kulit.
🤰Strech Marks
👉🏽Ia adalah perkara biasa semasa kehamilan, menjejaskan sekitar lapan daripada sepuluh wanita.
👉🏽Apabila kehamilan anda meningkat dan perut anda mula membesar, tanda regangan biasanya terbentuk pada perut anda, dan kadang-kadang ada pada bahagian atas paha dan payudara anda.
👉🏽Selepas kelahiran anak anda, kesan regangan mungkin beransur-ansur hilang dan menjadi kurang jelas. Kadang-kadang, mungkin juga tidak akan hilang sepenuhnya.
Apa yang anda boleh lakukan?
Walaupun beberapa krim di pasaran mendakwa bahawa ia boleh menghilangkan stretch mark selepas ia berkembang, tidak ada bukti yang boleh dipercayai bahawa mereka berbuat demikian.
Tiada data yang mencukupi untuk menyatakan sama ada minyak atau krim sebenarnya boleh menghalang tanda regangan daripada berkembang di tempat pertama. Tetapi ia tidak akan memudaratkan jika anda ingin menggunakannya (selagi ia tidak mengandungi bahan yang berbahaya untuk kehamilan cth retinoid). Krim boleh membantu melicinkan kulit anda dan mengurangkan kegatalan.
🤰Berat bertambah
👉🏽Walaupun pertambahan berat badan sangat berbeza bagi setiap wanita, kebanyakan wanita hamil bertambah antara 10 dan 12.5kg (22 hingga 28lb).
👉🏽Berat badan sebelum hamil anda mungkin mempunyai kesan ke atas berapa banyak berat badan anda bertambah semasa hamil.
👉🏽Amat penting untuk mengambil makanan yang sihat dan seimbang semasa hamil.
Tanggal enam November pastinya menjadi hari yang begitu bahagia buat penyanyi Azmi Saat dan isterinya kerana bakal menyambut kelahiran bayi yang sekian lama ditunggu.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
Menurut perkongsian Azmi menerusi media sosialnya sebentar tadi, isterinya, Nazira Muhammad sudah pun dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan melahirkan cahaya mata mereka petang ini.
“Hari ini harinya yang kami tunggu-tunggu. Kami dah masuk ke wad.
“Insya-Allah petang ini akan buat pembedahan untuk melahirkan anak kedua,” tulis Azmi.
Azmi juga turut meminta doa dari semua agar kelahiran cahaya matanya ini dipermudahkan malah sihat sempurna seperti bayi yang lain.
“Mohon doa kawan-kawan moga prosesnya dipermudahkan dan diberikan keselamatan untuk Puan Nazira Muhammad dan anak kami. Amin,” tambah Azmi lagi.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Azmi turut meninggalkan pelbagai komen malah mendoakan agar kelahiran anak kecil yang ditunggu itu dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Azmi mendedahkan isterinya Nazira Muhammad hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua mereka selepas kehilangan anak pertama mereka, Khairul Afnan, dua tahun yang lalu.
Dalam video yang dikongsi di TikTok, pempengaruh media sosial Nilam Ortiz dilihat memanggil suaminya, pelakon Azlan Komeng, untuk naik ke bilik. Pada waktu itu, Azlan langsung tidak mengetahui bahawa Nilam sedang merancang kejutan dan secara diam-diam merakam detik istimewa itu.
Hadiah Istimewa Dalam Kotak Hitam Sebaik saja Azlan masuk ke bilik, Nilam memberitahu dia ada belikan hadiah. Azlan yang terpinga-pinga sempat bertanya, “Hadiah apa?” sebelum Nilam meminta suaminya untuk membuka kotak berwarna hitam di atas katil.
Apa yang tersimpan dalam kotak itu ternyata membuatkan Azlan terdiam sejenak, namun sempat melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Rupa-rupanya di dalam kotak tersebut ada alat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan keputusan positif.
Reaksi Azlan: Terkejut, Syukur & Penuh Kasih Sayang Melihat keputusan itu, Azlan terkejut dan terus bertanya sama ada berita itu benar. Nilam hanya mengangguk dengan senyuman yang penuh makna. Dalam suasana yang penuh emosi itu, Azlan terus mengucapkan rasa syukur dan memeluk isterinya dengan erat. Momen manis ini sememangnya buat ramai yang menonton sebak dan tersentuh.
“Sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia, Kita pernah hampir putus asa, pernah rasa, mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi Tuhan tahu, sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga..”
Sinar Baharu Selepas Kehilangan Lama Apa yang membuatkan momen ini lebih menyentuh hati ialah latar belakang pasangan ini yang pernah berdepan dengan kisah duka, kehilangan anak mereka dua tahun lalu. Kehamilan ini hadir sebagai satu anugerah terindah selepas pelbagai ujian dan kesedihan yang mereka lalui bersama dalam perkahwinan mereka berdua.
Hamil Pada Usia 45 Tahun, Bukti Tiada Yang Mustahil Kini, pada usia 45 tahun, Nilam menerima rezeki yang sangat didambakan. Kisah pasangan ini menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana, terutama yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat.
Ia mengingatkan kita bahawa walaupun perjalanan itu panjang dan penuh air mata, rezeki tetap akan hadir, tepat pada waktu yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.
Tonton video ini;
@puan_nilamortiz Untuk lelaki yang tak pernah menangis depan orang, tapi aku tahu dia selalu menangis dalam doa,sekarang, aku hadiahkan tangisan bahagia, Kita pernah hampir putus asa,Pernah rasa,mungkin kita bukan orang yang dipilih. Tapi Tuhan tahu — sabar kita itu layak diberi hadiah dari syurga.@AzlanKomeng ♬ original sound – DNP
Tahniah kepada Nilam dan Azlan, semoga perjalanan kehamilan kalian berdua sentiasa dalam lindungan-Nya dan dipermudahkan selalu!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.