Keibubapaan

Biar Anak Jadi ‘Hero’ Di Masa Depan, Waktu Kecillah Masa Untuk Persiapkan Anak Lelaki!

Share

Jika anak perempuan perlu diberikan perhatian dari segi emosi, lain pula kisahnya dengan anak lelaki. Anak lelaki tidak harus dibiarkan emosinya kosong, sebaliknya perlu dipasakkan dengan elemen yang lebih baik.

Biar anak lelaki kita lebih bersedia dengan segala tanggungjawab disekelilingnya. Lebih cepat mereka bersedia lebih bagus.

Apa mak ayah perlu buat agar anak lelaki kita menjadi lelaki terbaik di masa hadapan? Ini perkongsian Parenting Influencer, Dr Taufiq Razif menerusi Facebooknya.

Persiapkan emosi dan adab anak lelaki kita sebaiknya sebelum usianya menginjak remaja.

Ajar kawal emosi marah
Terlebih dahulu ajarkan anak lelaki kita tentang amarahnya. Jangan biarkan marahnya jadi tak keterlaluan. Jangan juga biar marah bertukar jadi dendam. Ini bahaya.

Ajar anak luah perasaan dengan cara selamat
Sama seperti anak perempuan, didik anak lelaki kita meluahkan perasaannya dengan cara paling selamat.

Semua ini agar tidak merosakkan minda anak lelaki kita dan mencederakan dirinya kelak.

 

Ajarkan empati dan memahami perasaan sekeliling
Bersikap lebih ‘cool’, didik anak lelaki kita supaya dapat memahami pelbagai perkara di sekelilingnya.

Paling utama ajarlah mereka memahami pelbagai emosi supaya peka dengan pelbagai situasi. Barulah mereka lebih prihatin dan buat tak peduli.

MENARIK:

Cara Buat Kiub Ayam Homemade Tanpa MSG, Semudah ABC, Lagi Selamat Anak Makan!

Tak Perlu Cakap Jangan Atau Paksa Turun, Ni Tips Suruh Anak Yang Suka Panjat Turun Bawah!

Muka Tak Bersalah, Comel. Berkarya Guna Lipstick Mummy, Gelagat Anak Yana Samsudin Curi Perhatian!

Ajar anak tentang belas ihsan dan kasih sayang
Ini paling penting. Ajarkan anak rasa tanggungjawab dan belas insan pada ibu dan ayah serta sensitif dengan permasalahan keluarga.

Ajarkan sifat ringan tulang
Sama seperti anak perempuan, ajarlah anak lelaki kita untuk ringan tulang membantu segala tugasan di rumah sejak kecil lagi.

Semua ini agar tak menjadi beban pada keluarganya kelak. Biar anak lelaki kita berkhidmat ketika usianya muda, supaya dapat menjadi lelaki bertanggungjawab apabila besar kelak.

 

Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.

Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

IKLAN