Ads

Bibir Kebiruan Selepas Mandi Waterpark, Tragedi Anak 4 Tahun Ini Jadi Peringatan Penting Buat Ibu Ayah

Ibu ayah mana yang tidak luluh hati apabila mendengar kejadian seperti ini menimpa seorang anak kecil. Baru sahaja seronok bermain air, bergelak ketawa menikmati waktu bersama keluarga, namun sekelip mata semuanya bertukar menjadi detik paling memilukan.

Lebih menyedihkan apabila seorang kanak-kanak berusia empat tahun dilaporkan rebah secara tiba-tiba selepas mandi di sebuah taman tema air di Selangor. Kejadian yang tular ini dikongsikan oleh seorang warga Threads yang juga merupakan seorang jururawat sebagai peringatan kepada semua ibu bapa agar lebih peka terhadap perubahan keadaan fizikal anak ketika bermain air.

Bibir Kebiruan Selepas Mandi Waterpark Jadi Tanda Awal Yang Tidak Wajar Diabaikan

Menurut perkongsian tersebut, kanak-kanak berusia empat tahun itu pada awalnya sedang seronok mandi dan bermain air seperti biasa.

Ibunya bagaimanapun menyedari anaknya mula kelihatan sedikit menggigil, manakala bibirnya berubah menjadi kebiruan. Walaupun ketika itu keadaan anak masih kelihatan stabil dan tidak menunjukkan tanda kecemasan yang jelas, perubahan tersebut sebenarnya wajar diberi perhatian.

Tidak lama kemudian, ketika kanak-kanak itu berjalan untuk menyambung semula aktiviti bermain air, dia tiba-tiba rebah dan mengalami kekejangan.

Dear parent i nk share 1 case kematian kanak-kanak untuk iktibar kita bersama😢 Sebak dengar kes ni. 🥺

Adik 4 tahun tengah enjoy mandi dekat waterpark area selangor. Mommy dia ada perasan anak dia menggigil sikit,& bibir kebiruan sedikit, tapi still okay. Lepas tu masa dia jalan nak sambung main air, tiba-tiba dia collapsed dan terus kejang. Orang sekeliling terus bagi bantuan dan buat CPR. But Allah had other plans. Adik tu dibawa ke hospital, but unfortunately was brought in dead (BID). 

Orang ramai yang berada di lokasi segera memberikan bantuan kecemasan termasuk melakukan CPR sementara menunggu pasukan perubatan tiba.

Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke hospital. Namun, beliau disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Setakat perkongsian dibuat, keputusan bedah siasat masih belum diumumkan. Oleh itu, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan tidak wajar dibuat sebarang andaian.

Ads
Bibir Kebiruan Selepas Mandi Waterpark, Tragedi Anak 4 Tahun Ini Jadi Peringatan Penting Buat Ibu Ayah
Gambar Hiasan

Mengapa Ibu Bapa Perlu Peka Dengan Perubahan Pada Anak?

Walaupun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, kisah ini menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa supaya tidak mengabaikan tanda-tanda awal yang ditunjukkan oleh anak selepas bermain air.

Anak kecil belum tentu mampu menjelaskan apa yang sedang mereka alami. Mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak memberitahu bahawa badan mereka terlalu sejuk, pening, sesak, lemah atau sudah tidak larat untuk meneruskan aktiviti.

Menurut perkongsian wanita itu yang juga merupakan seorang jururawat berharap ibu bapa ambil peduli jika anak mula menunjukkan tanda kesejukan selepas bermain air.

“Cuma sebagai seorang nurse, saya nak pesan dekat semua parents… please don’t ignore the small signs. Kadang-kadang kita fikir, “alah, sejuk je tu”, sedangkan anak kecil belum pandai nak explain apa yang dia rasa.

“Kalau nampak anak dah mula menggigil, walaupun sikit, better stop dulu. Keringkan badan, warm them up, bagi dia rehat dan monitor keadaan dia sebelum sambung main.”

“Sometimes, a few minutes of caution can make all the difference. Semoga Allah lindungi semua anak-anak kita dan berikan kekuatan buat keluarga adik kecil ini.”

Sebagai ibu bapa, kita mungkin menganggap keadaan itu hanyalah kesejukan biasa akibat terlalu lama berada di dalam air. Namun sekiranya anak mula menggigil, bibir berubah kebiruan atau kelihatan semakin lemah, adalah lebih baik untuk menghentikan aktiviti bermain air terlebih dahulu.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Menggigil Selepas Bermain Air?

Jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti menggigil atau bibir berubah kebiruan selepas mandi waterpark, kolam renang, sungai atau pantai, lakukan beberapa langkah berikut:

Ads
  • Keluarkan anak dari kawasan air dengan segera.
  • Keringkan seluruh badan menggunakan tuala yang kering.
  • Pakaikan pakaian yang kering dan bersih.
  • Panaskan badan anak menggunakan tuala atau pelukan bagi membantu meningkatkan suhu badan.
  • Biarkan anak berehat sehingga benar-benar kembali cergas.
  • Pantau perubahan keadaan fizikal dan tingkah laku anak secara berterusan.
  • Dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anak mengalami kesukaran bernafas, pengsan, kekejangan atau keadaan semakin membimbangkan.

Kadang-kadang hanya beberapa minit untuk berhenti dan memeriksa keadaan anak mampu memberikan perbezaan yang sangat besar.

Ramai Ibu Bapa Turut Berkongsi Pengalaman

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ada ibu bapa mengakui pernah melihat anak mereka menggigil selepas mandi sungai atau kolam, namun sebelum ini tidak menyedari bahawa keadaan tersebut mungkin memerlukan perhatian yang lebih serius.

“Thank you sharing dear. Teringat anak I gigil-gigil masa mandi sungai. Tapi I tak aware perkara-perkara ni. Next time need to be more careful.”

Ada juga yang berkongsi amalan mereka ketika membawa anak kecil bermain air seperti menghadkan tempoh mandi, mengangkat anak keluar dari air secara berkala serta memberi peluang kepada anak untuk berehat sebelum menyambung aktiviti.

Ads

Seorang lagi pengguna turut berkongsi kisah hampir sama melibatkan anak jirannya yang dikatakan meninggal dunia selepas mandi di sebuah waterpark.

Utamakan Keselamatan Anak Ketika Bermain Air

Walaupun kejadian seperti ini jarang berlaku dan punca sebenar masih belum disahkan secara perubatan, ia tetap menjadi peringatan penting kepada semua ibu bapa supaya sentiasa memantau keadaan anak ketika berada di taman tema air, kolam renang, sungai atau pantai.

Perhatikan tempoh anak berada di dalam air, perubahan warna bibir, suhu badan, tahap tenaga dan tingkah laku mereka sepanjang aktiviti berlangsung.

Jika anak mula menggigil, kelihatan terlalu sejuk, bibir kebiruan, mengadu pening, lemah, mengantuk secara luar biasa atau tiba-tiba tidak mahu bermain, hentikan aktiviti serta-merta dan dapatkan bantuan perubatan sekiranya keadaan membimbangkan.

Semoga Menjadi Iktibar Buat Semua

Semoga kejadian yang menyayat hati ini menjadi pengajaran kepada semua ibu bapa. Bukan untuk menimbulkan ketakutan, tetapi supaya kita lebih peka terhadap setiap isyarat kecil yang ditunjukkan oleh anak-anak.

Takziah buat keluarga adik kecil ini. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengurniakan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan serta melindungi semua anak-anak kita daripada sebarang musibah.

Sumber: Threads

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

MyUBAT KKM

MyUBAT KKM Mudahkan Pengambilan Ubat Susulan Anak Tanpa Perlu Tunggu Lama!

MyUBAT KKM memudahkan pesakit dan ibu bapa mengurus pengambilan ubat susulan melalui temu janji, pos, pandu lalu atau lokar ubat tanpa perlu menunggu lama di kaunter farmasi.