Uyaina Arshad abadikan ‘baby hand-foot print’ untuk anak kedua, “saya dapat simpan memori ini sepanjang hayat.” Berbagai-bagai cara untuk kita mencipta kenangan bersama insan tersayang agar dapat dikenang sepanjang hayat.
Uyaina Arshad Abadikan ‘Baby Hand-Foot Print’ Untuk Anak Kedua
“Saya Dapat Simpan Memori Ini Sepanjang Hayat”
Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Uyaina di laman Instagramnya, ternyata Uyaina begitu teruja dengan ‘aktiviti’ pertama buat anak keduanya.
“Kerana anak-anak terlalu cepat membesar..
Membuat cetakan kaki tangan ini sangat menyeronokkan (walaupun tidak kemas)
Dan bahagian yang terbaik? Saya dapat menyimpan memori ini sepanjang hayat.
Kenangan untuk hari tua,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.
Perkongsian Uyaina mendapat banyak reaksi daripada rakan artis dan juga warga maya. Ramai yang meninggalkan komen bahawa turut teruja dengan apa yang dilakukan oleh Uyaina sebagai cara untuk mencipta kenangan bersama anak tersayang.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Baru sahaja menimang cahaya mata selepas hampir tujuh tahun menanti, namun siapa menyangka Allah menjemput lebih awal sebelum sempat membesarkan zuriat yang dinanti sekian lama.
Pemergian suami, Mohammad Isma Azwa Mohd Salleh, 33, yang disahkan maut selepas terbabit kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja berhampiran Changi Beach Park, Singapura meninggalkan kesan yang cukup mendalam bagi isterinya, Nur Shahirah Nabihah Mohammad Azan.
Menceritakan kejadian itu, kakak Nabihah, Nur Shahirah Nadiah Mohammad Azan, 37, berkata, Mohammad Isma yang bekerja sebagai juruukur hidrografi berulang-alik dari rumahnya di Danga Bay, Johor ke tempat kerja di Singapura.
“Ketika kejadian, dia menunggang sebuah vespa di jalan lurus sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mahu membelok.
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Changi untuk menerima rawatan. “Namun sebaik tiba di hospital itu, Nabihah dimaklumkan suaminya meninggal dunia akibat pendarahan dalaman kira-kira jam 11 pagi, semalam.
“Selepas pelbagai dugaan dilalui mereka selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata, kini Nabihah perlu berdepan hakikat kehilangan suami tercinta.
“Saya harap dia kuat menghadapi dugaan ini demi anak tunggal mereka,” katanya yang memaklumkan jenazah Mohammad Isma akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan van membawa jenazah Mohammad Isma sudah dalam perjalanan dari Singapura ke Tanah Merah dan dijangka tiba awal pagi ini.
Cari telefon bimbit untuk tunaikan nazar
Dalam pada itu, Nadiah berkata, sebelum kejadian, Mohammad Isma ada memberitahu isterinya mengenai nazar serta beberapa urusan yang disenaraikan di dalam nota telefon bimbitnya.
Bagaimanapun, katanya, pihak polis memaklumkan tiada telefon bimbit ditemui pada adik iparnya sebelum semakan menerusi aplikasi mendapati peranti itu berada dalam sebuah bangunan berhampiran lokasi kejadian.
“Pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan telefon bimbit itu tetapi tidak berjaya.
“Telefon bimbit itu amat penting untuk mendapatkan senarai urusan dan nazar yang dinyatakan adik ipar dalam peranti berkenaan.
“Kami mohon supaya telefon bimbit itu dipulangkan kerana ia adalah kenangan bagi keluarga arwah,” katanya lagi.
Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“MEREKA BELUM TAHU LAGI (PEMERGIAN IBU BAPA) WALAUPUN MEREKA SEDAR KERANA KITA TAK MAHU MENGANGGU EMOSI MEREKA.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Setiap ibu bapa pasti pernah berdepan dengan situasi anak yang mengamuk, menjerit atau menangis tanpa henti terutama di tempat awam! Kadang-kadang, kita sendiri jadi hilang sabar. Tapi hakikatnya, tantrum bukanlah tanda anak nakal. Ia sebenarnya tanda anak sedang bergelut dengan emosi yang mereka belum mampu kawal.
Tantrum boleh jadi peluang untuk ibu ayah melatih anak memahami dan mengurus emosi mereka dengan lebih baik. Jom Pa&Ma kongsikan 10 langkah bijak untuk bantu anak bertenang dan elakkan stres buat Mama Papa juga.
Apabila anak mengamuk, perkara pertama yang perlu dibuat bukanlah memarahi mereka tetapi mengawal diri sendiri dahulu. Anak yang sedang beremosi perlukan contoh tenang daripada ibu bapa. Jika Mama Papa turut menengking atau marah, suasana akan makin tegang. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan, dan katakan pada diri, “Aku nak bantu anak, bukan lawan dia.” Bila kita tenang, anak pun lebih mudah ikut rentak kita.
Sebelum menasihat atau menegur, akui dahulu perasaan anak. Contohnya, “Mama tahu adik marah sebab tak dapat mainan tu.” Dengan pengiktirafan begini, anak rasa difahami dan tidak disalahkan. Anak kecil belum tahu cara luah marah dengan kata-kata, jadi bila kita faham, mereka belajar yang emosi itu normal dan boleh dikawal dengan kasih.
Bila anak mula menolak peraturan, jangan terus marah. Gunakan nada lembut dan konsisten. Contoh:
“Bukan Mama tak nak bagi coklat, tapi kalau makan selalu nanti gigi rosak.”
Penjelasan logik dan lembut bantu anak faham sebab di sebalik larangan. Lama-lama, mereka akan belajar kawal diri tanpa perlu disuruh berkali-kali.
Anak yang rasa dikawal sepenuhnya mudah melawan. Jadi, beri mereka peluang buat pilihan mudah. Contohnya,
“Adik nak mandi sekarang atau lima minit lagi?”
Pilihan kecil ini beri rasa dihormati dan kawalan diri (sense of control), sekaligus membantu anak lebih mudah bekerjasama tanpa drama.
Kadang-kadang, cara terbaik redakan tantrum ialah ubah fokus anak. Gunakan suara ceria dan ekspresi lembut. Contoh:
“Eh, adik tengok tu! Besarnya belon tu!”
Teknik ini berkesan untuk anak kecil yang belum faham penerangan panjang lebar. Mereka akan cepat lupa punca marah bila tumpu pada perkara baru yang menyeronokkan.
Apabila anak menangis kuat, jangan terus cuba hentikan. Biarkan mereka lepaskan emosi selama beberapa minit. Bila tangisan reda, dekati anak dan peluk. Kata dengan lembut:
“Dah okay sekarang? Mama tahu adik sedih tadi.”
Pelukan dan empati adalah ubat paling mujarab untuk tenangkan jiwa anak kecil.
Anak belajar lebih baik dengan pujian dan ganjaran, bukan hukuman. Bila anak berjaya kawal diri, puji dengan ikhlas. Contoh:
“Bagusnya adik tadi tunggu giliran. Mama bangga!”
Penegasan positif buat anak rasa dihargai dan yakin diri. Ia juga mengurangkan risiko tantrum berulang.
Anak kecil rasa lebih selamat apabila mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Rutin seperti waktu makan, tidur dan bermain yang konsisten bantu kurangkan tantrum. Bila anak tahu jangkaan harian, mereka lebih mudah patuh dan tidak mudah “hilang kawalan” bila sesuatu tak kena pada masa atau tempatnya.
Ramai ibu ayah tergoda nak “menyergah” bila anak mengamuk, tapi cara ini hanya buat anak lebih takut bukan faham. Hukuman fizikal mungkin buat anak diam sekejap, tapi tidak mengajar mereka cara mengawal emosi. Gunakan kata-kata lembut tapi tegas, dan jelaskan akibat dengan kasih:
“Kalau adik baling barang, boleh cedera. Lepas ni kita cuba cakap, bukan baling, ya?”
Jangan sesekali kedekut dengan pelukan. Biarpun anak sedang marah, pelukan yang lembut boleh menjadi bahasa kasih paling kuat. Ia memberi isyarat bahawa
“Mama sayang adik walaupun adik marah.”
Pelukan bukan sekadar tenangkan anak, tapi juga bantu tubuh mereka keluarkan hormon tenang (oxytocin). Itulah yang paling anak perlukan bila dunia kecilnya terasa huru-hara.
Ingat, tantrum bukan ujian untuk kesabaran anak, tapi ujian untuk ketenangan kita sebagai ibu bapa. Anak belajar daripada cara kita mengawal diri, bukan daripada kata-kata kita semata.Setiap kali anak mengamuk, pilihlah untuk menjadi pelabuhan tenang mereka bukan ribut yang membalas ribut.
Didik dengan kasih, bukan dengan jeritan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.