Ads

Bihun Sup Chinese Style Paling Sedap & Mudah, Resipi Padu Untuk Anak Datang Beraya!

Kawan anak-anak datang beraya? Apa agaknya menu yang sesuai untuk mereka. Mama sebenarnya boleh cuba masakkan bihun sup Chinese style yang sedap dan tidak terlalu pedas untuk anak.

Anda boleh cuba resipi perkongsian saudari Ikin Rahman yang paling mudah dan ringkas ini. Bahan-bahan yang digunakan pun memang mudah didapati di dapur. Pasti hasilnya nanti kena dengan citarasa anak-anak.

Bihun Sup Chinese Style Paling Sedap & Mudah, Resipi Padu Untuk Anak Datang Beraya!

Bahan-bahan Bihun Sup Chinese Style

(Tiada sukatan khusus. Jumlah ikut citarasa masing-masing)

  • Bihun (celur)
  • Udang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Sawi Jepun
  • Kiub pati ayam secukupnya
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili api merah & hijau
  • Chili flakes
  • Cuka secukupnya
  • Kicap cair secukupnya

Cara Memasak Bihun Sup Chinese Style

Tumis bawang putih cincang hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian keluarkan separuh minyak bersama bawang putih tersebut. Separuh lagi dibiarkan dalam periuk untuk dijadikan asas kuah bihun sup.

Untuk menyediakan kuah sup, masukkan air secukupnya ke dalam periuk yang mengandungi minyak bawang tadi. Biarkan hingga mendidih.

Ads

Masukkan kiub pati ayam, fish ball dan udang. Jika rasa kurang masin, boleh tambah sedikit garam mengikut selera. Renehkan beberapa minit sehingga semua bahan masak sempurna, kemudian padamkan api.

Dalam kuali berasingan, goreng fish cake hingga sedikit garing dan potong nipis untuk dijadikan bahan tambahan dalam hidangan ini.

Celur sawi Jepun sehingga layu dan toskan. Celur juga bihun sehingga lembut, kemudian ketepikan.

Untuk menyediakan sambal kicap, campurkan kicap cair bersama hirisan cili api dan sedikit cuka. Gaul rata sehingga sebati.

Ads

Untuk penyediaan akhir, masukkan bihun ke dalam mangkuk, tuangkan kuah sup panas bersama udang dan fish ball. Tambahkan sawi, fish cake, serta taburan bawang putih goreng tadi.

Akhir sekali, taburkan chili flakes dan hidangkan bersama sambal kicap sebagai pelengkap rasa bihun sup Chinese style ini.

Bihun Sup Chinese Style Paling Sedap & Mudah, Resipi Padu Untuk Anak Datang Beraya!

Ads

Tips Tambahan Untuk Rasa Lebih Padu

Bagi memastikan bihun sup Chinese style anda lebih sedap dan beraroma, gunakan bawang putih yang digoreng segar kerana ia memberi rasa yang lebih wangi.

Selain itu, jangan terlalu lama merebus udang supaya teksturnya kekal juicy dan tidak keras. Ini penting supaya setiap suapan terasa lebih memuaskan.

Jika anda mahu variasi, boleh juga tambah hirisan ayam atau sayur lain seperti lobak merah. Namun, pastikan rasa asal sup masih dikekalkan supaya hidangan ini kekal ringan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Bukan anak-anak saja suka, mak ayah pun pasti suka sebab rasanya teramat sedap. Malah, menu ini juga sesuai dijadikan hidangan santai di luar musim perayaan kerana cara penyediaannya yang cepat dan tidak renyah.

Dengan gabungan bahan yang ringkas serta langkah yang mudah, tidak hairanlah bihun sup Chinese style ini menjadi pilihan ramai. Jom cuba dan jadikan ia antara menu kegemaran seisi keluarga!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

5 Tabiat Pemakanan Yang Rosakkan Otak Anak

Tabiat pemakanan rosakkan otak anak sering berlaku tanpa sedar. Ketahui 5 tabiat biasa yang boleh menjejaskan perkembangan otak dan emosi si kecil.