Bila Isteri Dah ‘Kendur’, Jangan Pandai Kutuk Saja. Cermin Juga Kekurangan Diri Sendiri

Share

Seperti mana makanan ada tarikh luputnya, barang-barang semakin buruk dan rosak, begitu jugalah dengan kita sebagai manusia. Itulah lumrah kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Seorang suami pasti akan perasan akan perubahan si isteri selepas berkahwin. Lebih ketara lagi sesebuah perubahan itu dapat dilihat ketika isteri sudah melahirkan anak.

Mustahil isteri akan kekal cantik seperti zaman mudanya. Masih cantik, tetapi dengan caranya sendiri mengikut peredaran usia. Kudratnya mungkin juga semakin berkuarangan, emosi juga mungkin semakin mudah terganggu. Perubahan fizikal, itu sudah pasti. Anda sebagai suami, jangan hanya bijak merungut. memberi komen tentang bentuk badannya atau kulit wajah yang semakin hilang serinya.

Nak Kurus? Ikut Cara Ibu Ini: [Kombinasi Puasa, Eat Clean & Senaman, Ibu Turun 23kg. Kongsi Sajian Menarik, Confirm Diet Tak Terseksa!]

Katakan seorang suami mengeluh tentang isterinya yang semakin mengendur dan tidak ‘sehebat’ dahulu, pernahkah anda terfikir adakah isteri itu getah tali? Boleh anda tegangkan atau kendurkan sesuka hati?

Sebagai seorang suami yang bertanggung jawab dan bertoleransi, perubahan fizikal seharusnya tidak menjadi hal besar kepada anda. Seperti mana dia menerima anda, begitulah juga sebaliknya. Anda juga semakin berusia dan mungkin juga tidak ‘segagah’ dahulu.

Baca Artikel Ini: [Jarakkan Susu 3-4 Jam Sebelum Makan. Barulah Anak Berselera & Dapat Nutrisi Cukup]

Sentiasa beringat, melalui fasa menjadi tua itu sesuatu yang pasti. Tenaga yang semakin berkurangan juga normal. Benar, di luar banyak dipertontonkan gadis cantik dan ‘bergetah’, tetapi sedarkah anda bahawa itu sebua ujian untuk menguji keimanan anda sebagai suami?

Sebaik mana pun wanita lain, hukumnya tetap haram. Haram bukan hanya tidak boleh disentuh bahkan dilihat atau dibayangkan juga tidak boleh. Walhal di rumah sudah ada isteri terbaik yang halal, yang menerima anda seadanya.

IKLAN